Kanda Dinda - Surat Mujahid Yusof Rawa Untuk Nurul Izzah | Tak pernah pernah Fadzi tulis entry pasal politik tapi isu hujung tahun kali ini betul betul buat Fadzi tertarik. 

Tertarik pada asalnya sebab ramai kawan-kawan dekat Facebook duk up pasal Kanda Dinda. Mula-mula Fadzi blur habis. Ingatkan ada lagu baru tajuk Kanda Dinda. Rupa-rupanya ada surat terbuka daripada Dr Mujahid Yusof Rawa Untuk Nurul Izzah Anwar. 


Kanda Dinda - Surat Mujahid Yusof Rawa Untuk Nurul Izzah

Kanda Dinda - Surat Mujahid Yusof Rawa Untuk Nurul Izzah

Ramai yang rasa tak patut Dr Mujahod yang tiada pertalian darah dengan Nurul Izzah buat surat terbuka dengan mambahasakan dirinya serta Nurul Izzah sebagai "Kanda" dan "Dinda".

Dekat bawah ni Fadzi ada copy paste surat yang 'diutuskan' oleh Dr Mujahid Yusof Rawa daripada Cordova kepada Nurul Izzah. Itu pun kalau korang nak baca lah. Sebab Fadzi pun tak larat nak baca panjang sangat. 


WARKAH DARI CORDOVA UNTUK NURUL IZZAH

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
Ke hadapan Adinda Nurul Izzah yang dikasihi,

Kekanda kini dalam perjalanan darat 3 jam dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid. Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda setelah keputusan adinda tempoh hari. Semoga adinda berada dalam keadaan sihat dan tenang menghadapi berbagai cabaran selaku 'Puteri Reformasi'.

Gelaran itu bukanlah mudah untuk dikalungkan kepada sesiapa walaupun ramai wanita muda era reformasi bangkit bersama, ini adalah kerana adinda ialah lambangnya dan simbol yang sinonim dengan gelombang reformasi. Kekanda amat bangga dengan gelaran itu malah kekanda sering menjadikannya inspirasi kepada anak-anak dan golongan muda lain agar mencontohi susuk tubuh 'puteri' ini.

Adinda,
Kekanda pernah menasihati adinda bahawa jalan untuk adinda masih panjang dan jauh dan pastinya adinda akan sampai jua dihujungnya. Kekanda cuba menyelami perasaan anak muda seperta adinda dalam politik kepartian yang penuh dengan persaingan individu dan kekelompokan. Percayalah, kekanda telah melaluinya sehingga kekanda terpaksa membuat tindakan yang sukar lagi berisiko, semuanya gara-gara tabiat politik kepartian. Kekanda tidak mahu adinda tumpas dengan medan politik dalaman yang kadang-kadang tidak berhati perut. Beberapa kali kekanda menangis sendirian antara meneruskan atau pasrah sahaja malah ada ketika mahu sahaja kekanda mengucapkan selamat tinggal kepada politik kepartian. Kekanda pernah dinasihati sifu-sifu parti agar senantiasa fokus dan buktikan nilai diri kita kepada perjuangan parti.

Sehingga kini, di telinga kekanda masih teriang kata-kata penuh hikmah ayahanda kekanda Tuan Haji Yusof Rawa ketika kekanda mengadu padanya tentang persaingan dalam kepimpinan semasa kekanda dalam Pemuda PAS satu ketika dahulu. Ayahanda yang sudah agak uzur ketika itu tersenyum sambil berkata: "anakandaku Mujahid, di mana kamu berada bukan masalah kamu, jika Allah kehendaki kamu akan sampai di kemuncak, sampailah kamu, walaupun ramai tangan manusia yang menyekat kamu, tapi ingat jika belum sampai masanya dan Allah belum menetapkan, walaupun seribu tangan manusia ingin membawamu ke sana kamu tak akan sampai."

Haji Yusof Rawa terus berpesan dengan penuh kebaikan: "...buktikan dengan kerja kamu, buatlah kebaikan kerana Allah, bersabar dan biarkan yang lain di tanganNya"

Sudilah apa kiranya dikongsikan nasihat ini untuk adinda jua semoga dipanjangkan kebaikan nasihat ayahanda Haji Yusof Rawa yang amat dikasihi oleh ayahanda Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Kanda Dinda - Surat Mujahid Yusof Rawa Untuk Nurul Izzah

Adindaku Nurul Izzah,
Nama adinda adalah cahaya (Nur) yang penuh dengan kemuliaan (Izzah). Ayahanda adinda tinggi peradabannya malah kekanda yakin setiap nama yang diberikan kepada zuriat yang dikasihi adalah doa agar kekal nama itu sepadan dengan tuannya.

Kita dilahirkan dalam rumah yang tidak terpisah dengan kerjaya ayahanda kita iaitu ahli dan tokoh siyasah (politik). Sememangnya benar kata pepatah orang tua-tua kita : "kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?"

Adinda mewarisi ketokohan siyasah itu sama ada dengan pilihan atau warisan. Memang sukar untuk selalu diperbandingkan kita dengan ayahanda-ayahanda kita oleh manusia yang memerhatikan kita. Kekanda selalu berkias tidak layak perbandingan tersebut dengan berkata, kuku pun tak sama dengan ayahanda kekanda, apatah lagi ketokohannya. Namun kita juga harus berbangga bahawa ayahanda kita mendidik kita sebaiknya untuk kita menabur bakti, berbuat baik tanpa syarat dan mementingkan perjuangan daripada diri sendiri. Kekanda yakin adinda telahpun menghadamnya sejak bergelumang di alam politik.

Adindaku,
Sejak kekanda mengenali adinda, adinda masih remaja dan amatlah kekanda bersedih dan bersimpati betapa remaja seperti adinda terpaksa melalui saat-saat duka menanggung kepedihan fitnah ke atas ayahanda yang dikasihi. Bukan mudah penderitaan tersebut, terpaksa menanggung kata keji manusia yang memfitnah sedangkan kita ada kawan, sekolah dan masa depan yang kita harus tempuhi. Bukan calang-calang manusia yang mampu berhadapan dengannya apatah lagi sebagai anak sulung, adinda terpaksa membebani jua penderitaan adik-adik yang masih kebingungan.

Kekanda ada melihat wajah adinda semasa dalam salah satu siri ceramah di Melaka hujung tahun 90an. Kekanda berada di atas pentas ketika itu, betapa hati kekanda berbisik : "Ya Allah, mengapakah anak ini harus menanggung semua ini? Lihatlah wajahnya masih remaja dan mentah terpaksa berada di atas pentas membela ayahnya yang difitnah dan diaibkan, Ya Allah kukuhkan jiwa anak ini." Itulah bisikan doa kekanda waktu itu. Alhamdulillah era reformasi hujung 90an membawa kekanda berada di atas pentas politik sehingga kekanda memutuskan untuk bertanding pada PRU 1999.

Alhamdulillah juga kita diketemukan usai PRU 2008 sebagai ahli parlimen hingga kini. Anak 'remaja mentah' yang kekanda pernah doakan agar jiwanya cekal kini menjadi rakan seperjuangan kekanda yang kental, sama-sama melalui detik suka dan duka demi harga sebuah perjuangan, demi Malaysia Baru. Kekanda amat menghargai persahabatan kita disimpulkan dengan satu cita-cita dan satu harapan.

Adinda Nurul Izzah,

Kekanda amat yakin kebolehan adinda bukanlah kerana 'menumpang' nama besar Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pepatah Arab ada mengatakan: "bukanlah anak muda hebat itu yang berbangga tentang kegemilangan ayahnya tetapi anak muda hebat ialah yang berkata aku adalah aku". Kekanda akan berkata, "adinda adalah adinda dari sudut kehebatan dan kemampuan".

Manusia akan terus berkata, janganlah adinda menjangkakan manusia akan diam dengan kebolehan kita dan kemampuan kita. Sehebat manapun seseorang, dia akan lebih hebat jika manusia terus mempertikaikannya maka terserlah lagi kehebatannya. Para ulama dan ilmuwan yang namanya terukir dibibir orang yang membaca pandangannya tidak dihargai pandangannya begitu sahaja, mereka dikritik malah dicerca dan dicaci sebagai 'sesat' dan sebagainya. Lihat siapa mereka hari ini, dimana pencacinya berakhir? Pencaci dan pencacai akan hilang ditelan zaman, yang terserlah ialah kehebatan kepada yang dicaci dan dikritik.

Kekanda tidak tahu tentang adinda tetapi kekanda yakin dengan 'sunnah' ini selagi ada kekuatan hujah dan kejelasan pemikiran apa yang kita perjuangkan. Biarkan pengkritik lakukan apa yang mereka pakar lakukan, kita lakukan apa yang kita perlu lakukan iaitu membawa gelombang Malaysia Baru! Kekanda perlukan adinda bersama memimpin gelombang besar ini...

Bukan mudah berada dalam parti yang dikatakan kononnya 'parti anak beranak'. Mereka juga menggunakan istilah yang lebih sofistikated seperti 'nepotism'. Kekanda tidak pandai guna istilah-istilah ini, apa yang kekanda tahu ialah abaikan semua itu (persetankan, maaf bahasa kasar) kerana adinda bukan apa yang diperkatakan, adinda ada kelayakan tersendiri, amat tidak adil untuk kelayakan ini 'dimandulkan' hanya kerana kata-kata sinis seorang, dua. Tiada yang lebih baik dibuat kayu pengukur melainkan dengan istilah al-Quran iaitu 'al-qawwi' 'al-amin'.

Adindaku,
Kekanda pernah bertanya pada sifu-sifu kekanda dalam politik. Anehnya sifu-sifu kekanda bukan semuanya dari mana-mana parti tertentu tetapi sebahagian mereka hanya pemerhati yang mengamati sepanjang pengalaman hidupnya bagaimana potensi digilap dan potensi 'dimalap'.

Hanya satu pesanan sifu-sifu ini: 
"...dalam perjuangan tak boleh 'merajuk' dan kecil hati sebab musuh kita akan melihat itu satu kekalahan awal, mereka akan lebih berani ke hadapan hendak menjatuhkan kita".


Kanda Dinda - Surat Mujahid Yusof Rawa Untuk Nurul Izzah

Namun satu kata nasihat yang kekanda tak akan lupa dari seorang sifu kekanda yang telah pun meninggalkan dunia fana ini. Sifu dari Pulau Pinang ini memetik dari kata-kata semangat seorang pemimpin besar di Barat: "Jangan salahkan musuh kamu kerana menjatuhkan kamu, salahkan diri kamu sendiri kenapa kamu enggan berdiri semula".

Kekanda pernah dijemput ke rumah seorang sifu satu ketika di Kelantan. Waktu itu kekanda berumur 30-an dan penuh semangat anak muda. Sifu ini yang sekian lama berdiam diri setelah pernah menjadi manusia yang digelar 'paling bekeng' dalam politik Kelantan. Beliau jadi juara 'gedebe' setelah menewaskan dalam satu pergaduhan dengan 'ketua gangsta' paling digeruni, sejak itu gelaran kepada beliau sebagai tokoh gedebe tidak pernah dipertikai dan disangsikan. Dengan latarbelakang sifu ini, kekanda menjangkakan nasihatnya 'keras' dan 'tegas' namun kata nasihatnya penuh kesufian dan kelembutan. Katanya: "Mujahid akan muncul jadi pemimpin satu hari nanti, lagi tinggi Mujahid naik, mesti lebih kukuh asas tempat bertapak, jika tidak, pasti akan bergoyang di atas nanti, bina tapak dari sekarang pasti Mujahid akan memerlukannya". Dua puluh tahun lebih berlalu, kenyataan kata-kata nasihat dari sifu paling 'gedebe' ini kanda ingin kongsikan dengan dinda. Sudilah apa kiranya adinda mendengarnya buat bekalan perjalanan panjang kita.

Adinda Nurul Izzah,
Kekanda hanya mahukan kebaikan untuk masa depan politik adinda, maaf kerana warkah ini ditulis cara terbuka tetapi kekanda rasa adinda adalah 'Puteri Reformasi' milik generasi baru yang akan mencorakkan Malaysia Baru. Mereka perlukan 'puteri' mereka terus memimpin langkah awal ke arah apa yang dicitakan oleh pengasas gelombang reformasi. Para pengkritik juga ingin menguji apakah kekentalan 'Puteri Reformasi' masih utuh? Jangan biarkan ujian ini menjadi satu kebenaran dan jangan biarkan mereka yang tidak ada bersama kita sebelumnya menentukan nasib Malaysia Baru, kita perlu tentukannya bersama.

Adinda tidak perlu bimbang banjiran mereka yang mahu berada dalam Pakatan kita, kita punya kerangka besar yang mereka harus berada dalamnya biar apa parti pun yang mereka pilih di kalangan kita. Kita ada Malaysia Baru yang kita perjuangkan bersama, Puteri Reformasi perlu perkukuhkan Malaysia Baru bagi menjawab kebimbangan ini. Janganlah berundur setelah beribu tapak perjalanan kita, jalan kita masih jauh, Malaysia Baru memerlukan adinda.

Adinda Nurul Izzah,
Akhir kalam terimalah salam kekanda dari hati yang merindui Malaysia Baru tanpa kebencian kaum dan agama, Malaysia Baru yang melimpahkan kekayaannya buat golongan mustadafin dan Malaysia Baru yang melahirkan generasi baru yang progresif dan inklusif. Alangkah bahagianya saat Malaysia Baru jadi kenyataan ketika itu.

Kekanda tidak tahu apakah kekanda akan berada di situ nanti tetapi sekurangnya adinda Nurul Izzah mesti teruskan perjalanan ini. Kekanda menghormati keputusan adinda namun kekanda harap adinda membaca warkah ini sehingga habis bukan untuk mengubah pendirian adinda kerana kekanda tahu kekentalan adinda sukar dilenturkan, tetapi untuk menyatakan kepada adinda bahawa perjuangan kita lebih besar dari perasaan dan emosi kita terhadap apa sahaja yang berlaku di hadapan kita. Siapalah kita hanya zarrah kecil membentuk harapan manusia ke arah Malaysia dengan dunia yang lebih baik.

Kenderaan kami menghampiri Toledo, dan kekanda akan berhenti di sini dahulu untuk menikmati keindahan pemandangan dari kawasan tinggi di sini. Adios...

Sekian,

Yang Benar,

Kekanda Mujahid Yusof Rawa
(Perjalanan darat dari Cordova ke Madrid)
Huggies Malaysia's Fastest Absorbing Diaper Pants | Aneeq baru saja 2 minggu totally free diapers. Teringat Fadzi masa Aneeq pakai diapers dulu. Macam-macam jenis diapers yang kiteorang cuba dekat Aneeq untuk dapatkan yang paling selesa untuk dia.

Dan antara diapers yang Fadzi pernah guna adalah diaper pants daripada Huggies. So far Fadzi memang suka sebab tak pernah bocor walaupun Aneeq jenis yang banyak membuang air kecil dan jenis yang suka mengelat waktu nak tukar diapers. 



Huggies Malaysia's Fastest Absorbing Diaper Pants


Huggies Malaysia's Fastest Absorbing Diaper Pants 

Baru-baru ni Huggies ada keluarkan diaper pants yang katanya merupakan diaper pants yang paling cepat menyerap kebasahan dalam Malaysia. Fadzi macam, eh ada beza ke kadar penyerapan antara diapers dekat Malaysia ni?

Sekali, Fadzi ada nampak video demo diaorang dekat supermarket mana entah. Memang nampak perbezaan kadar serapan cecair tu. Kalau korang mak mak atau bapak bapak yang tengok video tu mesti rasa woah woah excitednya. Korang boleh tengok video demo tu dekat bawah ni.




Kelebihan Huggies Dry Pants Baru

Fadzi ada baca tentang kelebihan Huggies Dry Pants baru ni. Antara kelebihan Huggies baru ni adalah:


Huggies Malaysia's Fastest Absorbing Diaper Pants
1. Diaper Pants Paling Pantas Menyerap Di Malaysia
Diaper pants baru daripada Huggies ni menggunakan teknologi yang unik iaitu Rapid Absorb Technology untuk menyerap kebasahan dengan serta-merta. Dalam masa yang sama, ia akan memberi keselesaan kepada kulit anak-anak korang.


Huggies Malaysia's Fastest Absorbing Diaper Pants
2. 1000 Lubang Mikro Untuk Penyerapan Cepat
Huggies Dry Pants ni menggabungkan Rapid Absorb Technology dengan 1000 lubang mikro pada permukaan diaper untuk serap cecair dengan lebih pantas. Bukan tu saja. Permukaan diaper pants ini pun kekal kering untuk memastikan keselesaan kulit anak korang.  


Huggies Malaysia's Fastest Absorbing Diaper Pants
3. 5 Way Comfort Fit
Dan Fadzi rasa point yang ini paling penting. 5 Way Comfort Fit ini memastikan diaper pants ini sesuai dengan anak korang. Maksudnya ada 5 bahagian yang boleh mengembang dan elastik untuk mengelakkan kesan-kesan merah dan dan kesan ketat. 5 bahagian itu adalah bahagian pinggang di perut, pinggang di belakang, kelangkang (crotch) dan kedua belah kaki.

Korang boleh tengok Size Guide dekat bawah ini untuk pilih saiz apa yang sesuai untuk anak-anak korang.  



Huggies Malaysia's Fastest Absorbing Diaper Pants
Huggies Dry Pants Saiz S

Huggies Malaysia's Fastest Absorbing Diaper Pants
Huggies Dry Pants Saiz M
Huggies Malaysia's Fastest Absorbing Diaper Pants
Huggies Dry Pants Saiz L

Huggies Malaysia's Fastest Absorbing Diaper Pants
Huggies Dry Pants Saiz XL

Huggies Malaysia's Fastest Absorbing Diaper Pants
Huggies Dry Pants Saiz XXL


Huggies Malaysia's Fastest Absorbing Diaper Pants


Dah tak payah cakap banyak dah. Kalau korang nak beli jugak Huggies Dry Pants yang baru ni, korang boleh beli dekat sini - Huggies Dry Pants Malaysia Fastest Absorbing Diaper Pants

Menjadi Ke Bell Ngasri Jadi Duta PPZ-MAIWP? | Korang kenal ke tak Bell Ngasri? Masa kecil-kecil dulu dialah jadi pelakon kanak-kanak yang famous dengan adik beradik dia.

Baru je tadi Fadzi tengok satu video dekay Youtube ni. Nampak gaya macam Bell Ngasri jadi duta PPZ-MAIWP sebab dia duk promote pasal PPZ-MAIWP tu. Bila Fadzi tengok Facebook PPZ pun, ada nampak poster Bell Ngasri ni sekali.


Menjadi Ke Bell Ngasri Jadi Duta PPZ-MAIWP?


Menjadi Ke Bell Ngasri Jadi Duta PPZ-MAIWP?

Boleh ke Bell jadi duta untuk PPZ MAIWP ni? Nampak Bell ni sejenis yang lawak dan tak serius je kan?

Tapi bila Fadzi tengok video PPZ TV tu sampai habis, okay je Bell jadi duta diaorang. Tak ada lah nampak dia buat lawak spastik macam biasa tu. Hehehe. Dan paling tidak pun, mesej yang dia nak bagitau orang tu sampai. 

Korang boleh tengok video Bell Ngasri jadi duta PPZ-MAIWP tu dekat bawah ni. Tak lama pun video ni. Ade lah dalam seminit je. 

Gaya penyampaian dia tu, kalau korang selalu tengok Bell dekat TV, lebih kurang macam tu lah jugak dia bercakap dalam video dekat bawah ni.


Dalam video ni, Bell ada cakap pasal Kaunter Zakat Bergerak dan Perkhidmatan Door To Door yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat untuk mempermudahkan korang membayar zakat. 


Kaunter Zakat Bergerak

Kalau korang nak tau lebih lanjut di mana lokasi kaunter bergerak yang berhampiran dengan korang.

Telefon 1 300 88 5757 
atau  
Facebook Pusat Pungutan Zakat


Perkhidmatan Door To Door

Perkhidmatan Door to Door bagi korang yang nak bayar zakat RM5000 ke atas. Sebelum ni Fadzi ingat diaorang buat Perkhidmatan Door To Door ni untuk dekat office je. Rupanya kalau dekat rumah pun boleh. Asalkan korang nak bayar RM5000 ke atas lah. 

Dah tak ada alasan dah lepas ni tak nak bayar zakat. Macam-macam jenis cara pembayaran yang korang boleh guna. Tinggal nak tak nak je kan? Jom, jadi kaya dengan zakat! #PPZMAIWP 


Tempat Recycle Baju Lama Di Shah Alam | Sebelum Anas lahir bulan September lepas, Fadzi sempat lagi buat declutter barang-barang yang Fadzi dah tak pakai dekat rumah ni. 

Sebab rumah kecil kan, nak tambah lagi seorang dalam rumah ni, kenalah kurangkan barang dekat rumah. Baru selesa. Banyak jugak barang yang Fadzi kemas-kemas dan rasa tak pakai termasuklah pinggan mangkuk, alat elektrik dan yang paling banyak sekali pakaian.

Tempat Recycle Baju Lama Di Shah Alam

Kalau nak tengok, memang banyak betul baju-baju yang Fadzi asingkan dan kumpulkan untuk recycle. Nak buang baju lama, rasa sayang pulak sebab banyak baju yang masih boleh dipakai.  

Jadi Fadzi gigih jugak cari dekat mana pusat pengumpulan baju terpakai dekat Selangor ni. Baru Fadzi jumpa yang terdekat di Shah Alam ni dekat mana. Dekat je pun dengan rumah padahalnya.


Tempat recycle baju Shah Alam

Tesco Extra

Tempat pertama yang Fadzi pergi hantar baju-baju lama dekat Tesco Extra yang dekat dengan Pusat Akuatik seksyen 13 Shah Alam. Yang sebelum lahirkan Anas dulu, Zul yang hantarkan baju-baju untuk recycle dekat sini. Baru minggu lepas, Fadzi hantar lagi barang-barang untuk recycle macam baju dan soft toy.

Dekat sini Fadzi hantar pakaian dan benda-benda yang masih elok untuk dipakai je. Rasa serba salah pulak kalau hantar barang-barang yang tak elok sebab yang ini untuk kerja amal kan. 

Fadzi tak pasti diaorang akan bagi barang-barang recycle ni atau dieorang akan jual barang-barang recycle ni dan bagi kepada Tabung Jalinan Budi sebab dekat tong recycle tu dia kata dana akan disalurkan. Dana maksudnya duit lah kan. Bukan barang-barang recycle tu.


Tempat recycle baju Shah Alam

Dekat area parking Tesco Extra ni ada disediakan tong-tong recycle untuk korang letakkan barang-barang recycle korang. Antara barang yang korang boleh recycle dekat sini:

  • Pakaian
  • Kasut
  • Beg tangan
  • Tali pinggang
  • Cadar
  • Patung permainan


Kalau masih tak pasti Tesco Extra ni dekat mana, korang boleh cari dekat Google Maps atau Waze kan aja. Alamat dekat bawah ni.

No. 3, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.



Tempat Recycle Baju Lama Di Shah Alam

H&M

Ha, kalau korang ada baju-baju atau fabrik yang dah koyak rabak tu, korang boleh bawak dan hantar ke mana-mana store H&M. Kalau dekat Shah Alam ni, korang boleh hantar dekat H&M AEON Shah Alam.

Yang ini best sikit. Kalau korang ada apa-apa jenis fabrik yang masih elok atau dah rosak, korang hantar dekat H&M. Kumpul siap-siap dalam beg shopping yang muat lebih kurang dalam 5 6 helai pakaian.

Setiap beg yang korang bawak ke H&M untuk di recycle, korang akan dapat 1 voucher 15% untuk beli pakaian dekat H&M. Berbaloi ke idok? Berbaloi kan. Walaupun kalau boleh Fadzi nak voucher 50% hahahha. Tapi 15% pun dah okay lah.


Tempat Recycle Baju Lama Di Shah Alam

Kalau ikutkan, ada limit berapa voucher yang korang boleh dapat per day per store. Korang cuma boleh dapat 2 voucher je. Tapi masa Fadzi hantar tu, ada je orang H&M bagi voucher lebih. Alhamdullilah.

Voucher tu ada expired date tau. Jadi korang kena beli barang guna voucher tu sebelum tarikh expired date. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal recycle pakaian dekat H&M, korang boleh baca entry yang Fadzi pernah tulis dulu pasal benda ni dekat sini - Bawa Pakaian Terpakai Anda Dan Dapatkan Voucher Diskaun H&M

Setakat ni itu je lah dua tempat yang Fadzi dah pernah pergi untuk recycle pakaian. Kalau korang ada tau tempat lain untuk recycle pakaian dekat Shah Alam ni, komen dekat bawah ye. Nanti Fadzi nak letak jugak dalam entry ni.