6 Wishlist Tahun Baru 2019

January 03, 2019
6 Wishlist Tahun Baru 2019 | Rasanya tak terlambat lagi kalau Fadzi nak ucapkan selamat tahun baru dekat korang semua. Selamat tahun baru korang! Entry santai kali ni Fadzi nak share dengan korang apa wish list Fadzi untuk tahun 2019 ni. 

Wishlist Tahun Baru 2019

Dalam minggu lepas Fadzi ada baca kawan-kawan blogger buat entry pasal wishlist. So, Fadzi pun nak join jugak lah. Lagipun orang kata, kalau nak sesuatu tu, kena selalu bercakap, berfikir dan tulis pasal benda yang kita nak kan tu. InsyaAllah akan dapat. Itu prinsip Law of Attraction.

Wishlist Tahun Baru 2019

Okay untuk tahun 2019 ni agak banyak jugak wishlist Fadzi. Fadzi senaraikan wishlist Fadzi dekat bawah ni. Mana tau boleh jadi inspirasi untuk korang jugak kan buat wishlist.

Kamera Mirrorless Canon M50

1. Kamera Mirrorless Canon M50

Yang pertama sekali Fadzi nak sangat kamera mirrorless Canon M50. Dari apa yang Fadzi survey dan tengok review dekat Youtube, ramai yang kata Canon M50 ni antara kamera yang best untuk blogging dan vlogging. 

Walaupun function video 4k dia memang haruk, tapi for now Fadzi tak ada plan untuk nak pakai record video pakai 4k pun. Sebabnya Malaysia punya line internet still sucks dan 4k video takes a lot of time to render.

Pindah Masuk Rumah Baru Hujung Tahun 2019

2. Pindah Masuk Rumah Baru Hujung Tahun 2019

Yang keduanya Fadzi harap sangat hujung tahun ni, Fadzi dan keluarga dapat masuk rumah baru. Alhamdullilah awal tahun lepas Zul ada beli rumah baru jenis landed. Syukur sangat dengan rezeki ni. 

Kalau ikutkan phase pertama perumahan tu akan siap dalam bulan Mei dan phase kedua akan siap dalam bulan September. Rumah kiteorang adalah phase kedua. Kalau lah betul siap dalam bulan September, sempatlah untuk renovate sikit-sikit dalam 2 3 bulan dan bulan Disember InsyaAllah dah boleh masuk.

Menang Hadiah Barangan Elektrik

3. Menang Hadiah Barangan Elektrik 

Tahun ni Fadzi nak cuba untuk join lebih banyak contest yang menawarkan hadiah-hadiah barangan elektrik. Sebab rumah baru nanti siap, Zul kata barang-barang elektrik lama nak tinggal je dekat rumah sekarang. Senang nak sewakan dekat orang. Complete barang dalam rumah.

Jadi, untuk rumah baru nanti Fadzi nak menang beberapa barang elektrik seperti:
  • Peti ais
  • Front load washing machine
  • Dryer
  • Televisyen
  • Set stove dan hob
  • Water heater

Menang Hadiah Kereta

4. Menang Hadiah Kereta

Tahun ni jugak Fadzi nak join contest yang ada bagi hadiah kereta. Tak kisah pun kereta jenis apa asalkan kereta. Kalau dapat hadiah kereta mahal-mahal, rasanya Fadzi akan jual dan kemudian beli kereta Proton yang agak murah. kalau dah menang kereta murah sikit, tak ada hal. 

Kenapa Fadzi nak menang hadiah kereta? Sebab sejak Aneeq mula masuk sekolah, Fadzi yang guna kereta untuk ulang alik hantar dan ambil Aneeq. Zul pulak pakai motor. Fadzi sebenarnya risau sangat bila Zul pakai motor pergi kerja. 

Ye lah, bahaya kan banyak kereta. Jadi harapnya Fadzi dapatlah menang kereta sebijik supaya Zul tak payah pakai motor lagi dah. Kalau nak beli kereta baru, ongkos tak cukup. Jadi Fadzi berusaha untuk menang kereta jugak. Kalau diizinkan Allah heee. 

Nak Naikkan Followers Di Sosial Media

5. Nak Naikkan Followers Di Sosial Media

Disebabkan Fadzi ada side income sikit sikit daripada social media, jadi Fadzi harap tahun ni Fadzi dapat naikkan lagi follower dekat social media antaranya dekat Instagram, Facebook Personal, Facebook Page, Twitter dan Youtube. 

Kalau boleh nak naikkan sampai 10k setiap sosial media. Kalau korang ada yang nak bertukar-tukar likes, follow dan komen, feel free to do so. Fadzi akan balas punya. Link untuk sosial media Fadzi senaraikan dekat bawah.



Nak Tingkatkan Pageview Di Blog

6. Nak Tingkatkan Pageview Di Blog

Dan last but not least, mestilah Fadzi nak naikkan pageview blog Fadzi. Walaupun lately pageview agak merudum, dan Fadzi perasan blogger-blogger lain pun ada yang cakap pageview dieorang makin menurun, tapi Fadzi masih lagi rasa nak berblog.

Fadzi ni housewife jadi tak banyak kawan. Kalau berkawan pun borak dekat social media dan anak-anak je. Blog lah tempat Fadzi membebel sambil simoan kenangan dengan family. Tahun ni Fadzi nak buat entry yang lebih berguna untuk korang yang membaca nanti insyaAllah.

Law of Attraction 

Kenapa Fadzi tulis wishlist dekat blog? Simple. Sebab Law of Attraction. Law of Attraction ni adalah hukum alam atau 'peraturan dunia' yang terjadi mengikut apa yang kita fikirkan. 

Kiranya kalau korang nak sesuatu tu, korang kena selalu fikirkan pasal benda tu. Dia sama jugak macam Vision Board yang Fadzi perasan agent Shaklee selalu sebut sebut. Lebih kurang macam tu jugak lah.

Kalau nak bercakap pasal Law of Attraction ni plus bersangkut paut ke dia dengan hukum Islam panjang sangat. Mungkin boleh buat satu lagi entry. Heheheh. 

Kalau korang berminat, nanti Fadzi akan buat satu entry full pasal Law of Attraction, dibolehkan ke dalam Islam dan apa yang Fadzi buat untuk dapatkan sesuatu.

Akhir kata, selamat tahun baru korang. Pastikan tahun ni segala wishlist dan azam tahun baru kita tercapai.

You Might Also Like

21 comments

  1. Wah... Menarik pula baca tentang Law of Attraction tu. Sharelah pasal sangkut paut dengan Islam pula. Teringin nak tau lebih lanjut! Apapun, insyaAllah, saya doakan semoga tercapailah semua wishlist tu. Aminn...

    ReplyDelete
  2. Semoga Fadzi berjaya dengan impian yang telah dinyatakan. InsyaAllah dengan usaha pasti berjaya juga dapatkannya

    ReplyDelete
  3. Best betul. Terasa juga nak adakan wishlist tersendiri kan memotivasikan diri sendiri. Moga-moga semua wish anda boleh termakbul. :)

    ReplyDelete
  4. All the best with all the wishes. May 2019 brings you more success and more luck. Dah follow kat social media fadzi jugak. Nanti follow -follow julia jugak ye ;)

    ReplyDelete
  5. Menarik laaa wishlist awak! No 1 bab camera Nina pun teringin nak ada sebuah camera. Selama ni dok snap gambar video pakai handphone jer.
    No 5, no 6 Nina pun sama! Dan... Lagi sama kita sesama housewife yang selalu rasa kita tak de kawan kannn? Jom ber huhuuu...
    Moga wishlist awak tercapai. Aamiin

    ReplyDelete
  6. Tudiaaaaaa...wishlist x menahan tu..yang pertama tu sama nngan akak..kalau ada ada rezeki nak beli kamera macam tu...sennag nak nak amik gambar walau besar bagak..runah dh beli..kereta dah ada cuma x bawak je .nak pi refresh balik bawak keta..yg lain2 insyaallah nak pi travel berdua ngan Dania lepas dia PT3

    ReplyDelete
  7. Saya suka bila awak selitkan pasal pencapaian dan the law of attraction. Semakin kita yakin yang kita boleh dapat apa yang kita inginkan, semakin itulah ia akan datang pada kita. saya interesting nak baca law of attraction. tunggu ur new entri. Gud luck for wish list 2019

    follower here, saya yang ke #728

    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete
  8. nanti update psl law of attraction berkait dgn islam tu...wishlist dpt dok umh landed syok tu...akak br je dpt 1st house tp umh apartment je tu pn dh syukur

    ReplyDelete
  9. Best of luck Fadzi. Huda doakan segala wishlist akan tercapai dengan izin Allah. InshaAllah ada kelapangan huda akan support semua link sosial media fadzi nanti. All the best in 2019

    ReplyDelete
  10. Seronoknya kan kalau impian kita tercapai. Lelagi apa yang kita nak tu dapat. Onie doakan moga rezeki untuk wishlist fadzi menyebelahi fadzi tahun ini, inshaAllah :)

    ReplyDelete
  11. Moga impian Fadzi yang disenaraikan diatas menjadi kenyataan. Yakin boleh dan capai target apa yang diimpikan yea! InsyaAllah

    ReplyDelete
  12. Tahniah fadzi ada wishlist yg menakjubkan...semoga tahun 2019 akan tercapat kesemunya...aminn

    ReplyDelete
  13. hahahahha wowww! among all on your list, initially i nak cakap semua tu boleh achieve if you plan it out, lepastu i see got menang hadiah... this one.. betul betul need law of attraction! haha good luck and all the best to you in achieveing all these ya!


    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  14. Fuhh wishlist yang buatkan sis terkebil kebil nengok. Buat masa sekrang wishlist sis tak mampu nak mahai2 lagi..ini pun yg murah2 pun tak termakbul lagi and bring foward utk tahun ni..hehehe

    ReplyDelete
  15. susah gila kan nak menang kereta? harap harap tercapai semua target fadzi tahun ni. camera tu pun penting juga utk blog dan channel youtube

    ReplyDelete
  16. Wah.. Fadzi ni.. entri Fadzi ni sama macam azam 2019 yang ritu TB vbaca.. semua bagi inspirasi kat TB tau.. menarik betul.. TB pun tak terfikir nak list kan macam ni.. dan kebetulan yang Fadzi listkan ni macam samaaaa jeee.. cuma yang rumah tu je la.. kami lum lagi ada rezeki nak beli rumah.. mungkin dalam 2-3 bulan ni adalah kot (kata2 itukan doa) Aamiinn

    ReplyDelete
  17. Wah.. Fadzi ni.. entri Fadzi ni sama macam azam 2019 yang ritu TB vbaca.. semua bagi inspirasi kat TB tau.. menarik betul.. TB pun tak terfikir nak list kan macam ni.. dan kebetulan yang Fadzi listkan ni macam samaaaa jeee.. cuma yang rumah tu je la.. kami lum lagi ada rezeki nak beli rumah.. mungkin dalam 2-3 bulan ni adalah kot (kata2 itukan doa) Aamiinn

    ReplyDelete
  18. Akak doakan semua wishlists awak termakbul fadzi.. Yg part nak menang hadiah tu... Akak pun nak join jugak. Mana tau sama2 menang ke kan

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah dah banyak list ni yang kita tercapat tahun ni hehehehe nak rumah baru cuma nak kereta baru yang X70 tu jer belum lagi wakakakkaka...

    ReplyDelete
  20. moga semua tercapai ye.
    baru aida terfikir tentang join contest tu, fadzi.
    mcm nak masuk dlm list jugak la hi hi hi... tak terfikir tentang tu.
    mana la tau murah rezeki, kan...
    thn ni in shaa Allah aida pindah menetap rumah baru.
    dah 3 thn dpt kunci.
    tapi dek krn persekolahan anak2, exam years yg berpanjangan, tempat keje...
    ditangguhkan. brg rumah da complete dah pun. cuci kaki masuk jer.
    sepanjang 3 thn tu memang beli & renovate skit demi skit...

    ReplyDelete