Azam Tahun Baru 2019

January 01, 2019
Azam Tahun Baru 2019 | Alhamdullilah dah masuk tahun baru 2019 pun kita semua. Semalam dapat tidur tak? Ke tak lena sebab bising orang main bunga api pum pam. Hahahha.

Semalam Fadzi pun tidur tak lena. Sebab bising tu lah. Dah lah dekat rumah Fadzi ada padang orang sambut Tahun Baru. Tambah lagi dekat mall yang berdekatan pun ada orang sambut jugak dengan fireworks. Kiranya meratalah ada fireworks malam semalam.
Azam Tahun Baru 2019

Azam Tahun Baru 2019

Tahun lepas Fadzi pernah tulis cara-cara untuk buat azam tahun baru dengan cara yang betul. Kalau korang rasa tak tahu nak buat macam mana, korang boleh rujuk entry ini - Panduan Dan Idea Azam Tahun Baru

Bila korang dah faham cara-cara nak buat azam tahun baru ni, baru korang boleh mula senaraikan dan mula buat. Tahun ni, Fadzi tak nak ada banyak sangat azam tahun baru sebab tahun lepas pun banyak yang ke laut.

Itu pun sebab awal-awal tahun lepas tiba-tiba Fadzi disahkan mengandung dan banyak benda yang Fadzi tak larat nak buat. Sebabnya waktu Fadzi pregnant, memang teruk sangat alahan. 9 bulan tu memang banyak je masalah.

Jadi tahun 2019 kali ini, Fadzi lebih kurang nak recycle je azam tahun lepas dan kurangkan apa yang Fadzi rasa tak mampu. Dekat bawah ni Fadzi senaraikan apa azam tahun Fadzi mengikut kategori. Senang sikit nak monitor.



Ibadah

1. Solat Dhuha setiap hari
2. Baca surah Al-Waqiah setiap kali lepas Solat Dhuha
3. Baca satu muka surat Al-Quran setiap kali lepas solat fardhu

Kesihatan
1. Breakfast setiap hari 
2. Makan buah setiap kali sebelum makan makanan berat
3. Bawa Aneeq dan Anas main setiap petang satu jam
4. Minum 2 liter air kosong setiap hari

Ilmu
1. Baca satu buku setiap bulan
2. Belajar satu bidang ilmu/skill baru setiap bulan
3. Kongsi ilmu yang baru dibelajar setiap bulan di dalam blog

Ekonomi
1. Simpan RM50 sebulan dalam ASB sendiri, Aneeq dan Anas
2. Simpan RM50 sebulan dalam Tabung Haji sendiri, Aneeq dan Anas
3. Sedekah setiap bulan (tak boleh nak spesifik kan dekat sini huhuhu) 
4. Masak setiap hari setiap waktu makan

Blog Dan Sosial Media
1. Satu hari satu entry blog
2. Lebihkan engagement dengan kawan-kawan di sosial media

Relationship
1. Cari waktu untuk dating dengan husband tanpa anak sekali sebulan
2. Lebihkan masa bonding untuk Aneeq dan Anas (homeschooling)

Me Time
1. Pergi spa atau facial sekali setiap bulan


2019 Planner

Ini antara azam tahun baru yang Fadzi nak buat tahun 2019 ni. Harapnya semua dapat buat. Nak semak sama ada dapat buat ke tidak, Fadzi guna DIY planner dan tick tick kan je apa yang dah buat, apa yang tak dapat nak buat.

Selain itu, Fadzi gunakan jugak planner untuk plan apa yang perlu dibuat. Kira macam ada jadual lah. Nanti dekat entry lain, Fadzi share macam mana planner Fadzi tu okay.

Akhir kata, Selamat Tahun Baru 2019 untuk korang semua. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun tahun sebelumnya. Dan semoga tahun ini bawak segala kebaikan kepada kita semua.



You Might Also Like

17 comments

  1. Azam yang realistik macam ni nampak mudah tapi kena disiplin tu.
    eh! bercakap untuk diri sendiri sebenarnya ni hahaha...
    Mrs. A doakan semoga semua azam Fadzi Radzak untuk tahun 2019 akan tercapai dengan izinNYA.
    In Sya Allah

    ReplyDelete
  2. tak terlambah nak wish kat uols happy new year..wahh tiap kali tahun baru mesti ada azam..kenapaaaaaa..azam lah setiap hari hihi..semoga semua azam2 fadzi akan termakbul amin

    ReplyDelete
  3. Akak tiap- tiap tahun berangan aje la pasang azam..slealunya ke laut dalam..pas tu carry forward pi the next- next year...tahun ni azam just nak cepat sihat je..nak fit kan badan dan nak aktif blogging...selamat tahun baru fadzi...blom terlambat nak wish kan

    ReplyDelete
  4. it's great to hv a list like this for the whole 2019... happy new year to everyone ya... nice 2019!

    ReplyDelete
  5. Wow! Realistic hehe. Nad nak share azam 2019 pun segan sebab macam angan-angan tinggi jauh nau hahaha. Tapi in shaa Allah kalau focus boleh capai. Antara nak dengan taknak usaha lebih je sebenarnya kan.

    ReplyDelete
  6. Azam tahu baru you menarik betul. I sebenarnye tiap tiap tahun azam yang sama. Tapi tak pernah sekali pun tercapai sebab salah sendiri. Lack of determination. huhhhuhuh

    ReplyDelete
  7. Best lak baca azam tahun baru orang lain. Nak buat sendiri, macam hmm tak perlah dulu. Kita recylce azam utama tahun taun sebelum ni je la dulu. Hehe

    ReplyDelete
  8. Good luck untuk azam baru...2019, Nampak sangat senang bila disenaraikan tapi kadang-kala benda yang senang tu boleh jadi terlupa. Moga dipermudahkan urusan Fadzi yea InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. Suke pulak baca azam fadzi sbb merangkumi semua aspek. Jom kite sama2 perbaiki diri kearah yg lebih baik. huhuhu

    ReplyDelete
  10. Bagus part yg ekonomi n utk anak2 tu.. .akak suka. .
    Akak pun nak azam masak tiap2 hari.. Tapi kan... Gila pemalas🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  11. Banyak juga wish list fadzi ni ya heheh. Apapun all the best menjadi ibu anak 2, hehehhe. Moga terus konsisten dengan cita2 yg dihajatkan. 🥰

    ReplyDelete
  12. Samalah.. Kita ade azam juga.. Harap bykla terlaksana.. Tp azam2 pon.. Kne ingt juga dunia ni dh xlama..bila2 leh berlaku.. Cuma hrp kita lebih byk beribadah lepas ni.. Amin..

    ReplyDelete
  13. Selamat tahun baru Fadzi... dama la dgn kak liez.tiap tahun benda yang sama je azamnya tapi yang penting nak topup ibadah lebih.. makin tua makin dtg kesedaran tu.. nak penuhkan mana yang lopong hihihi

    ReplyDelete
  14. wahhh satu blog satu hari, that's very impressive! then betul betul kena time management baik baik. anyway good luck and all the best, hope you boleh achieve semua tu.

    ReplyDelete
  15. wah.. bagusnya cara Fadzi senaraikan Azam 2019 ni.. teratur dan tersusun je.. TB rasa boleh jadi inspirasi buat TB jugak ni.. huhu .. tapi banyak sangat tu TB tak mampu.. boleh follow sikit2.. hahaha.. actually azam TB setiap tahun sama je cuma bila dah ada anak ni.. lebih fokus untuk anak je lah.. Tapi bila tengok list Azam Fadzi ni.. Rupanya ada persamaan dengan apa yang TB inginkan.. thank you bagi inspirasi ..

    ReplyDelete
  16. Selalu azam sis carry foward..hehehe, walapun ada yang tak tercapai..sis tetap buat azam, untuk bagi semangat kat diri sendiri.

    ReplyDelete
  17. terbaiklah susunan azam fadzi.
    tersusun ikut kategori.
    ni yg sebaiknya. perlu ada ekk, baru boleh fokus.
    as for aida, azam berkisar kpd 3 aspek - holiday, savings & shopping :) ha ha ha ha...
    shopping????
    ada explain kat blog.
    pendekkan citer, this year azam aida nak tumpukan perhatian kpd keluarga. dlm masa yg sama, bab duit, savings dan sedekah. byk sedekah, byk la rezeki dlm pelbagai aspek, kan. shopping is more time dgn asben & anak2. penuhi keperluan hidup seharian. spend money wisely utk keluarga. jgn kufur nikmat.

    ReplyDelete