Homework Pertama Aneeq | Bila dah jadi mak ni kan, gigih kan semua benda pasal anak nak cerita. Tambah lagi bila jadi housewife tak ada geng nak berborak sangat, blog je lah jadi tempat nak luah cerita-cerita macam ni.
Entry ni pulak Fadzi nak cerita pasal homework pertama Aneeq. Sebenarnya bukan homework untuk Aneeq sorang je tapi lebih kepada homework untuk family. Sebenarnya Fadzi suka sangat aktiviti macam ni sebab boleh bonding lebih lagi dengan anak.
Homework Pertama Aneeq
Untuk homework sekolah pertama Aneeq, kiteorang kena buat family tree dengan favourite things Aneeq. Yes, kiteorang sebab Mak Ayah sekali kena buat dengan anak hehehe.
Task homework ni diberi pada minggu pertama Aneeq masuk sekolah. Fadzi ada cerita pasal Aneeq pergi trial class untuk tiga hari (Isnin, Selasa dan Rabu). Hari Khamis dan Jumaat Aneeq terus masuk kelas half day belah pagi.
Minggu pertama tu jugaklah Aneeq dapat homework ni. Homework ni macam fun fun je tak ada lah beria sangat nak cantik atau elok. Lebih lebih lagi bila anak-anak yang buat kan.
Mula-mula sekali kiteorang plan nak buat macam mana untuk kedua-dua homework ni. Siap draft atas paper lagi. Fadzi bagi cadangan nak buat macam mana. Aneeq pun bagitau dia nak buat macam mana.
Bila dah paln siap-siap, Fadzi pun cari gambar-gambar yang diperlukan macam gambar Grandpa, Nenek, Atok, Wan, Mak, Ayah, Aneeq dan Anas. Lepas tu kiteorang cari jugak gambar-gambar untuk Aneeq's Favourite Things - cartoon, toys, food, drinks dan book.
Fadzi print. Masa print tu, excited betul Aneeq bila paper keluar dari printer. Lepas tu Fadzi gunting dalam row supaya Aneeq senang nak gunting. Aneeq pun baru je Fadzi bagi pegang gunting. Dalam bulan 12 tahun lepas. Sekarang dah okay cara die pegang gunting. Awal awal memang dia kekok.
Bila Fadzi dah gunting ikut row, Aneeq un mula gunting satu-satu. Fadzi suka tengok Aneeq menggunting tau. Dia sangat fokus. Tapi sebab Aneeq gunting lambat sangat, Fadzi tolong dia gunting sekali.
Bila semua dah siap gunting, kiteorang mula gam. Ini kali pertama Fadzi perkenalkan gam pada Aneeq. Sebelum ni Fadzi sebut je perkataan gam tapi tak tunjuk barangnya. kali ni Fadzi sebut nama gam, tunjuk bentuk gam macam mana dan ajar Aneeq cara nak guna gam tu.
Lepas gam, Aneeq tampal pulak keratan gambar yang dia dah gunting dekat kertas A3 ikut apa yang kiteorang dah plan awal-awal sekali.
Sejujurnya Fadzi ni seorang yang agak perfectionist. Bila Aneeq tampal agak-agak tak ikut plan awal, Fadzi rasa macma geram sikit tapi Fadzi biarkan je.
Kalau ikutkan perfectionist Fadzi, Fadzi nak buat semua benda ni sorang-sorang. Tapi ni kan sekolah Aneeq. Dia kena belajar buat semua ni. Fadzi tahan je lah mata dan hati hahahha.
Untuk family tree pulak, sama je. Mula-mula kiteorang plan nak buat apa dulu. Lepas tu gunting dan susun-susun gambar. Fadzi bagi Aneeq buat semua termasuklah lukis garisan dan bentuk heart.
Bentuk heart tu tak ada rupa heart langsung tapi Fadzi biarkan sambil tahan perasaan. Huhuhuh. Bertabahlah mak.
Aneeq sekarang dah boleh menulis huruf dan nombor ikut apa yang dia nampak. Untuk homework Aneeq ni, Fadzi tuliskan semua. Tapi ada lah jugak dia tulis ikut apa yang Fadzi tulis.
Tada! Dah siap homework Aneeq - Aneeq's Family Tree dan Aneeq's Favourite Things. Homework ni buat satu family. Fadzi, Zul dan Aneeq plan bersama. Tapi untuk buat, Fadzi dan Aneeq je sebab Zul jaga Anas. Anas tengah merengek pulak time tu.
Hasil akhir homework pertama Aneeq. I am a proud mother. Gigih mak menolong tau. Lepas ni tak tau homework apa lagi sebab sekolah Aneeq ni bukan jenis yang belajar guna buku.
Hari ni hari hantar homework Aneeq dekat teacher. Masa sampai sekolah, Aneeq gigih usung homework dia ke sana sini tak nak bagi dekat teacher. Waktu balik sekolah pulak Aneeq tanya, mana dua paper tu?
Pening mak jawab dah bagi homework dekat teacher. Tapi Aneeq nak jugak. Jawab nye lepas ni kena buat Aneeq's Family Tree dengan Aneeq's Favourite Things yang lain pulak lah ak bagi dia simpan dekat rumah.
26 Comments
good job aneeq
ReplyDeleteOh dah jadi mak2 ye skg.. hihi..
ReplyDeleteseronok aneeq :)
ReplyDeletegood job.. cantik bila dah siap..
ReplyDeletegood boy Aneeq, 1st time sekolah kan. Pandai pakai gunting n gam
ReplyDeletealahai.
ReplyDeletecomel nyer homework.
tukang buat pun comel teramat :) hi hi hi...
kemasnya keje aneeq, tersusun je kan. Cantik je kak lily tengok, tapi bentuk heart ni memang tak boleh blah.. senget benget tapi tak per usaha sendiri kan
ReplyDeletewahhh, bagus bonding time dengan anak2. bagus jugak sekolah aneeq tu, awal2 dah bagi task.
ReplyDeleteSeronok nya dia buat family tree. Hari tu school anak kita pun mintak bawakkan gambar2 family. Tapi belum buat lagi, this week baru buat projek tu kat tadika. Tak sabar nak tengok!
ReplyDeleteWow...hasil kerja tangan Aneeq cantik la untuk budak umur 4 tahun...takpe la Fadzi..kena tahan la skit macam mana anak buat kerja sekolah kan..kita as a mom memang nak perfecto je..tapi kita bagi je dia explore..practice makes perfect kan
ReplyDeleteFirst impression tengok Aneeq ni sangat teliti. Bagus lah Fadzi didik Aneeq jadi kemas dan teratur. Suka betul tengok satu family bekerjasama bersama-sama... Best3x
ReplyDeleteawww.. this is so sweetlaa.. ur such a good mummy!
ReplyDeletewah..good idea utk anak2 ni..tq sis sharing..nt nak ajar anak pegang gunting dan gam juga..mesti dia suka
ReplyDeleteeh.. lawa la hasil kerja aneeq, ok sangat fadzi.. haha.. tang love tu kalau nak lagi cantik print je bentuk love tampal kat situ.. hahaha.. tapi ok je love aneeq tu.. lum tengok harraz lukis lagi.. ada rupa love tak? wakakaka.. tak rupa apa kot
ReplyDeletePandai dia,anak sya Pon sya ajar gunting ikut bentuk seawal 3tahun..seronok tengok anak2 ni pndai..Kita lagi excited Nak ajar mcm2 lagi aktivity
ReplyDeleteKemas nya aneeq gunting gambar2 tu. Anak bijak nih
ReplyDeletewow good job la ur son...pandai gunting gunting...susun pun cantik
ReplyDeletehahaha teringat zaman sekolah rendah kena buat homework family. habis album kena potong gambar semata nak cukupkan salah silah keluarga. nasib baik cikgu bagi markah A
ReplyDeleteBagus homework ni. Bonding time family. Great idea la family tree tu. Cantik! Terbaik mak dan anak. Gabungan idea yang mantap! Macam manalah nanti anak cx pula school next year.
ReplyDeletecomelnya ada kicap hehehe..
ReplyDeleteWahhh aneq dah ada homework lah..bertabah lepas ni akan banyak lagi homework ya.
ReplyDeleteSelalunya kita sebagai mak ni yang teruja..kekandang tu mak yang lebih tolong buat..hahaha
wow bagusnya... i paling takut nak kasi adelia pegang gunting walaupun dah usia 4 tahun... abang dia start 5 6 tahun pegang gunting.. dia banyak buat karakter faveret dia je.. so far bagus expose kanak-kanak dengan aktiviti macam ni sebab mereka akan ingat sampai besar aktiviti macam ni.. data otak sekarang tengah rekod..
ReplyDeletehahaha so cuteeee. yes i remember last time the first homework was also about drawing the family. good that you spent time with your children and doing homework together with them.
ReplyDeleteAlahai comelnya. Bagus aktiviti mcm ni untuk perkembangan minda budak2. Dulu masa umur2 mcm ni pun dah kene buat task mcm ni. Mmg have fun.hehehe
ReplyDeleteYang ni lah homework paling best sebab time lah nak kumpul & ingat balik nama saudara mara nama sepupu lah apa lah. Kalau jenis belah mak ayah adik beradik ramai memang penuh kertas kadang2 tak cukup. Good job mommy fadzi.
ReplyDeleteBiasalah bila anak2 dah mula sekolah, mak dia pun sibul terutama keja sekolah kita kena ngadap dia klu xkeja sekolah mmg xsiap
ReplyDelete