Recap Januari 2019

January 31, 2019
Recap Januari 2019 | Ya Allah, sekejap je bulan Januari dah nak habis. Azam tahun baru Fadzi dan wishlist Fadzi masih belum complete dan masih bertatih. Hari ni nak recap sikit lah apa yang berlaku bulan Januari 2019 ni.

Recap Januari 2019

Recap Januari 2019

Fadzi nak share dengan korang semua recap untuk bulan Januari 2019. Alang-alang nak buat kenangan dan juga post mortem untuk diri sendiri, share lah sekali dekat blog sendiri kan.

Aneeq Pergi Sekolah

Aneeq Pergi Sekolah

Bulan ni Aneeq mula masuk sekolah. Hari pertama Aneeq pergi sekolah, memang terasa sunyinya walaupun Anas ada dekat rumah. Fadzi tak dapat nak bayangkan kalau dua dua Aneeq dan Anas pergi sekolah satu hari nanti macam mana.

Fadzi masukkan Aneeq ke learning center Kinderkaizen sebab Fadzi tak nak push Aneeq belajar jenis yang duduk dekat meja. Fadzi nak lebihkan Aneeq belajar macam mana nak bersosial dan skill-skill lain.

Kalau tang belajar ABC, 123, tambah tolak, phonics, jam, hari, bulan dan lain-lain tu, Fadzi sendiri perlahan-lahan ajar Aneeq dekat rumah. Yang social skill dan skill skill lain tu yang Fadzi nak penting kan dulu.

Fadzi Jadi Full Time Driver
Don't worry, Anas duduk dalam carseat dia. Bukan duduk atas riba Fadzi masa Fadzi drive. Huuuu.

Fadzi Jadi Full Time Driver

Sebelum ni Fadzi jarang-jarang sangat nak drive kereta tau. Boleh tu memang boleh tapi kalau ada Zul, Fadzi lebih suka duduk di passanger seat dan suruh Zul je yang drive. 

Sebabnya Zul dah expert drive. Fadzi pulak masih terkial-kial lagi memandu ni. Minggu kedua Fadzi hantar Aneeq pergi sekolah, boleh pulak Fadzi terlanggar divider dekat palang masuk rumah Fadzi. Dan yang teruknya, Fadzi tak perasan langsung tayar depan belah passanger tu dah bocor kena toreh.

Nasib baik masa Zul nak pergi gym, dia perasan tayar kereta dah kempis dan dah bocor. Terpaksalah dia tukar tayar tu dan skip pergi gym.

Zul Pergi Gym

Mula bulan Januari ni, Zul pergi gym. Sebenarnya Fadzi yang paksa dia pergi gym sebab tahun lepas setiap kali Zul balik kerja je, mesti dia mengadu penat lah tak larat lah. Sampai Aneeq ajak main pun dia boleh tertidur.

Jadi Fadzi cadangkan Zul pergi gym untuk stamina badan. Setiap selang sehari Zul akan pergi gym lepas balik kerja. Sabtu Ahad dia tak pergi. Sekarang bab makan Zul pun Fadzi kena jaga sebab nak naikkan berat badan dia. Fadzi mencari juga apa makanan untuk naikkan berat dan gemukkan badan.

Patut tak Fadzi buat gambar before and after Zul? Sekarang kurus uih. Tunggu Zul consistent pergi gym dan makan banyak, baru Fadzi ambik gambar after.

Anas Makin Banyak Ragam

Anas Makin Banyak Ragam

Anas pulak semakin hari semakin banyak pulak ragam dia. Dan banyak jugak perkembangan dia. Fadzi tak sempat nak update pasal perkembangan Anas sebab entah lah. Rasa hidup ni busy sangat. Hahahhaa.

Antara perkembangan yang Fadzi tak berapa boleh nak hadam sangat adalah main toy dekat play gym dia guna kaki. Ya Rabbi. Boleh pulak macam tu kan. Tak nak grab dengan tangan tapi grab pakai kaki benda benda yang tergantung tu.

Oh, by the way. Anas dah masuk umur 4 bulan sekarang ni.

Dalam entry sebelum-sebelum ni Fadzi ada share pasal Fadzi punya azam tahun baru. Amboi sangat macam-macam nak buat. Mula-mula memang buat - baca satu muka surat Al-Quran setiap kali lepas solat, solat dhuha, baca surah Al-Waqiah, makan buah setiap kali sebelum makan berat, satu hari satu entry......

Tapi bila Aneeq dah start masuk sekolah, ya Allah, susah betul nak konsisten buat semua benda tu. Maybe sebab Aneeq masuk sekolah tu terlalu adhoc. 

Fadzi pun macam tak sangka juga nak hantar Aneeq pergi sekolah tahun ni tapi itulah. Dah ada peluang kan. Kite teruskan jugak hantar Aneeq. Tapi serius agak susah nak set masa nak buat macam-macam benda sekarang bila Aneeq dah start sekolah dan bila ada Anas ni.

Lepas ni Fadzi nak kena setting balik masa dan nak susun balik jadual supaya semua azam tahun baru ni berjaya dibuat dan dalam masa yang sama, Fadzi terus konsisten buat content dalam blog dan youtube. InsyaAllah.

So, macam mana dengan korang punya Januari? Okay ke tak okay?


You Might Also Like

18 comments

  1. kami rasa january begitu lama sampaikan ingat anak2 dah sekolah dah 6 bulan mcm tu..hahaha..nti uols akan seronok bila anak2 takde kat rumah semua pergi skul..masa tu nak buat apa pun xde org kacau..hihi kami pun igt nak p gym..kihkihkih tp sememangnya rutin harian mmg full

    ReplyDelete
  2. Bulan Januari ni agak sibuk dengan kerja2 office..ada audit after CNY..mujur laa pasal anak2 sekolah dan kerja rumah suami yang uruskan..Murni hanya uruskan baby kecik jer

    ReplyDelete
  3. Bab nak konsisten update blog tu macam arghh susahnya... Idea lari lintang pukang bila ada gangguan pon satu hal . Plus tengah pregnant ni lagi susah la nak rajin update blog. Hehe

    ReplyDelete
  4. wow time fly, he is 4 months now. He is so cute and chubby just look at the photo. Great catching up with you here, long time we no meet up at events.
    I am also busy with kids, later got to go fetch, see sky here wanna rain soon.

    ReplyDelete
  5. Terbaik! Cx bulan january ni satu permulaan yg menarik dengan rezeki kurniaan Ilahi. Rasa syukur sangat . Best dapat update recap dalam blog kan? Nanti bolehlah anak² baca bila mereka dah dewasa.

    ReplyDelete
  6. Good luck for throughout year 2019! Hope to achieve all your resolutions.

    ReplyDelete
  7. Wahhh... Om pun nak jugaklah recap january 2019...

    ReplyDelete
  8. Wah sekejap ja dah 4 bulan anas ye. Mesti makin banyak ragam hehehe i feel you. Aneeq pun dah pegi school. Moga belajar rajin rajin ye

    ReplyDelete
  9. Bila anak masuk sek, memang akan jadi kalut sikit. Sama macam kita pun. Lintang pukang bab nak masak. Hehe

    ReplyDelete
  10. Wahhh Fadzi yg suggest laki pergi gym, hebat lah ! Selalunya lelaki tu sndri yg nsk pergi. Bagus2, isteri yg supportive. Anyway, driving skill diasah melalui kekerapan memandu, jadi, biasakan dri memandu okay 😉

    ReplyDelete
  11. Bulan Januari memang agak sebuk berbanding bulan lain.. Kalau dekat office bab failing semua kena update , buka fail baru ikut tahun 2019... hu hu hu moga dipermudahkan urusan kita semua InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  12. Our January is so far so good jugak. Balqis started school jugak, tapi unofficially dah start Dec la. Hehe. To a better February! 😘

    ReplyDelete
  13. YEAHHHHHH! Bagus Fadzi hantar aneeq bukan tujuan nak kerah dia belajar ABC 123 segala tu semata-mata, tapi pentingkan juga sosial aneeq dan macam-macam lagi. Moga Fadzi sekeluarga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera ya :)

    ReplyDelete
  14. Tugasan seorg ibu...ibu ni multifuction...mcm2 kena bwt...tp xpernah rasa penat bila tgk anak2 n keluarga bahagia

    ReplyDelete
  15. Seronoknya mama pun entri summary utk bulanan ya. Boleh track ada yang telah lalui bulan-bulan kan :) Comel!

    ReplyDelete
  16. kinderkaizen area shah alam kat mana ehh///sekolah ni bagus sebenarnya utk anak2 usia 4-5 tahun....sgt rekomen cuma tak tahu shah alam area mana

    ReplyDelete
  17. Cepat betul masa berlalu..dh besar2 dah anak ekk. Bertambah sibuk lah sang ibu. Samalah..walapun anak sis dh besar..awal tahun mmg busy, nk adjust balik masa sb selama ni anak sek ptg, now pagi lak..tu yg blog pun tak consisten gak..:)

    ReplyDelete
  18. wah cepatnya membesar budak budak ni kan, heee... syoklah lepas ni ada rezeki lagi boleh buat team dah ni hehehe just kidding.. seronok pula tengok anak orang lain membesar dengan jayanya semoga menjadi anak anak peyejuk hati ibubapa ya..

    ReplyDelete

Followers