Recap Februari 2019

February 28, 2019


Recap Februari 2019 | Dah penghujung Februari pun kita. Dah 2 bulan dah tahun 2019 ni kita lalui. Apa yang korang dah achieve dan apa lagi yang korang masih terkial-kial? Fadzi? Banyak lagi yang terkial-kial.

Recap Februari 2019

Recap Februari 2019

Okay entry kali ni Fadzi nak share sikit kehidupan Fadzi dan keluarga sepanjang Februari 2019 kali ni. 

Fadzi Sambung Pakai Invisalign

Fadzi pernah cerita pasal Fadzi pakai Invisalign masa mula-mula dulu dekat entry ni - Entry Invisalign. Walaupun sebenarnya boleh cepat je habis treatment tapi sebab banyak kali delay jadi treatment Fadzi ni tak habis habis sampailah sekarang ni.

Tahun lepas pulak masa pregnant Fadzi langsung tak boleh pakai invisalign ni sebab asyik muntah. Kalau letak apa-apa dalam mulut pun muntah je sepanjang masa termasuklah makanan. Lepas habis bersalin dan berpantang, gigi pulak gilu. Tak boleh pakai lagi.

Jadi sekarang ni, Fadzi mula perlahan-lahan pakai semula. Dan yang lebih teruk, gigi dah tergerak balik ke tempat asal. Jadi Fadzi kena start all over again. Inilah padahnya kalau tak konsisten pakai invisalign. Jadi harapnya kali ni, terus konsisten walaupun gigi ngilu ngilu gitu.

DJI Osmo Pocket

Yang keduanya, Fadzi dapat advanced bithday present dari Zul. Zul belikan Fadzi DJI Osmo Pocket yeay! Korang boleh baca pasal DJI Osmo Pocket tu dekat sini.

Zul Stop Pergi Gym

Ingat tak masa recap Januari bulan lepas Fadzi ada share dengan korang yang Zul pergi gym? Masuk awal bulan Februari ni kiteorang decide untuk Zul stop sekejap pergi gym. Sebabnya?


Exercise Sakit Belakang

Sebabnya Zul asyik mengadu dia sakit belakang. Sebenarnya kiteorang risau Zul kena slipped disc sebab masa dia mula main gym tu, dia terus buat angkat berat. Dia tak buat slow slow. Lagipun awal tahun ni juga Zul start pergi kerja naik kereta sebab Fadzi pakai kereta untuk hantar Aneeq pergi school.

Jadi tak dapat nak detect apa penyebab sakit belakang Zul. Tak tahu sama ada sebab naik motor ke tempat kerja atau main gym. Dia pun kata sakit bukan jenis biasa-biasa ni. Jadi Zul pun stop dulu gym. 

Minggu kedua Februari tu dah pergi jumpa doktor dah check belakang Zul. Ye lah, risau lah kan kalau kena slipped disc tu. Payah hidup. So far doktor cakap bukan slipped disc. Jadi doktor sarankan rehat jangan angkat benda benda berat lagi buat masa ni. Apa pun alhamdullilah bukan slipped disc. 

Aneeq Menangis Meraung Dekat Sekolah

Hari Selasa lepas, Aneeq terpijak apa entah dekat sekolah dia. Miss Mai call Fadzi nak bagitau Aneeq meraung-raung sakit kaki. Fadzi pun cepat-cepat pergi sekolah Aneeq.

Homeschool

Bila sampai dekat sekolah, Aneeq dah tertidur dekat ofis sekolah. Fadzi dengan Miss Ain gigih cuba keluarkan benda yang Aneeq terpijak tu. Benda tu tak nampak pun apanya. Tapi Fadzi dapatlah keluarkan.

Miss kata masa Aneeq mula-mula sakit tu, dia meraung menangis melalak nampak macam sakit betul lah. Bila Aneeq dah bangun tidur, rilek je die boleh sambung main. Adeh!

Anas Dah Ada Akaun ASB dan Tabung Haji 

Sebenarnya akaun Tabung Haji dah lama dah Anas ada. Fadzi buat untuk Anas masa Fadzi berpantang dekat kampung. Tabung Haji dekat kampung tak ramai orang sangat. Jadi cepat je boleh siap.

Akaun ASB Anak

Akaun ASB pulak baru je Fadzi buat bulan ni untuk Anas. Awalnya nak buat sekali dekat kampung sekali dengan buat Tabung Haji hari tu tapi orang bank kata baby kena umur 6 bulan baru boleh buat. 

Padahal Fadzi tengok dekat website seawal kelahiran dah boleh buat dah sebenarnya. Tapi tak apa lah, malas nak pening-pening, Fadzi tak buat lah masa tu. Fadzi buat 18 Februari lepas lepas hantar Aneeq pergi school. Nanti Fadzi update macam mana nak bukak akaun ASB untuk anak.

Pasal azam Fadzi, masih lagi ke laut. Masih lagi susah nak konsisten. Masih lagi berusaha. Masih lagi duduk dalam comfort zone aduiii. Harap harap bulan Mac ni, Fadzi lebih berani untuk keluar dari comfort zone Fadzi.

So, macam mana Februari korang? OK ke KO?




Baca ini juga ..

20 comments

  1. Olololo..kesian kat aneeq. Moga² lepas ni ta nanges dah ye.

    ReplyDelete
  2. February akak sama jer macam bulan - bulan yang lepas..takde yang menarik..cumanya akak dah berani keluar pergi food review last week..lama akak stop sebab tka sihat kan..sekarang kesihatan ok..tapi blom sepenuhnya..akak nak kena fit semula..

    ReplyDelete
  3. wah banyakk juga achievement fadzi...at least ada juga perkara baru yang keluar dari comfort zone..akk ni rasa setahun lps tak kerja rasa masih mencari arah lagi..sbb dulu rasa selesa berduit skrg mcm kena kerja dengan lebih keras lagi

    ReplyDelete
  4. Bulan Febuari adalah bulan Bday saya..juga 3orang adik beradik saya..jadi byk sambutan hari lahir sampai jemu makan kek..ehehe

    ReplyDelete
  5. Februari ni rasa takde apa pun yang menarik atau yang berbeza pada bulan yang lain. Cuma tak cukup 30 hari jela.. Hahaha...

    ReplyDelete
  6. Pejam celik pejam celik dah 2 bulan berlalu tahun 2019. Samalah kita, azam macam konpius nak capai mana satu..haha..harapnya bulan 3 ni bulan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  7. Bulan Feb ni untuk sis pulak penuh dengan kesakitan..samalh macam Zul..sakit pinggang sampai nangis2 dibuatnya, ingatkan slip disc. Gi sepital entah berapa kali..ubat pain killer, streoid semua makan..bila berenti makan sakit balik, tak tahan suh doc buat MRI dan masuk ward..akhirnya baru tahu punca tulang belakang, urat saraf dan muscle bengkak, nasib baik tak slip disc..tapi yg ni pun tak ada ubat gak..kena byk rehat, jgn angkat berat dan kena rajin buat senaman ringan dan streching

    ReplyDelete
  8. banyak jugak antaranya first time jadi tour leader kat korea , sambut birthday anak bujang yang pertama kali duduk asrama pastu kena khinat dengan kawan sendiri ....apapun hidup perlu diteruskan

    ReplyDelete
  9. Macam-macam peristiwa yer terjadi sepanjang febuary. Dh macam tragedy oktober plak.By the way Dji punya kamera tu cantik dan macam best. Macam cantik la video2 lepas ni yer.hehehe

    ReplyDelete
  10. Bulan ni ada 28 hari je. February mungkin jadi sejarah jugak dalam hidup saya. Sbb back to hometown for good. Doakan rezeki saya kt kg ya.

    ReplyDelete
  11. Mine? Honestly, bad. Sobss. target goal for February tak tercapai. So agak sedih sbb kena drag ke Mac. harap-harap goal for Mac boleh tercapaki dgn jayanya إن شاء الله.

    ReplyDelete
  12. Sepanjang dua bulan 2019 ni ada juga turun naiknya. InsyaAllah Mac ni nak buat lagi bagus.

    ReplyDelete
  13. Wahhhhhhhh! Dah ada recap bulan februari, rasa nak buat gak tetiba supaya tak terus hilang memori kenangan semua tu fadzi. Alhamdulillah husband fadzi takde slipped disc. Seriau la sakit tu. Anyway, happy belated birthday nah fadzi, tak pasti dah wish e belum before this,hehe

    ReplyDelete
  14. Dah Mac dah? Eh... tak terasa sebab busy non-stop kat kerja hakiki. Haha. bagusnya Fadzi dah buka pelbagai akaun untuk anak-anak. Ini contoh yang bagus dan Rawlins pun dok paksa adik2 buka akaun untuk anak-anak depa. Sikit2 simpanan tu insyaAllah membantu di masa depan kan.

    ReplyDelete
  15. Setiap orang ada cabaran hidup yang tersendiri kan. Setiap bulan tu ada je perkara yang kadang kala kita tak jangka.
    Ehh, mcm buas ASB baby tu kan, kita dulu pun buka buku untuk anak lepas 6month.
    Sebab nak buat awal tak boleh dorang kata.
    So masa dapat anak no.2 pun kita buat macam tu. Dah 6bulan baru la buku acc dia.
    Apa apa pun, semoga kita semua dapat tempuh cabaran yang bakal mendatang dengan baik.

    ReplyDelete
  16. bagus lah dah stop pergi gym dan buat aktiviti yang boleh menyumbang pada sakit belakang. Huda pun rasa nak buat la akaun ASB untuk anak-anak. Thanks sharing

    ReplyDelete
  17. Wah!!! good sharing. Speaking about gym i actually have a gym membership sebenar but because i m so busy macam tak berapa kerap pergi so now have to start be more rajin to go.

    ReplyDelete
  18. February emi biasa2 aje hehe. week days pergi kerja balik kerja. weekend kalau ada event, pergi event. kalau takde duk rumah je.

    ReplyDelete
  19. Memang kalau start gym and terus angkat berat ni boleh ada masalah kat pinggang, lagi2 kalau takde trainer yang tolong masa tengah gym. Kalau sakit tu berlanjutan, better check tau. Anyways, Invisalign tu berapa harganya?

    ReplyDelete

Followers