Recap Mac 2019 | Bulan Mac ni bulan yang Fadzi paling suka. Walaupun tak ada cuti panjang, walaupun cuaca panas, Fadzi tetap suka. Sebab? Sebab bulan ni bulan lahir Fadzi.
Recap Mac 2019
Okay untuk bulan Mac 2019 ni pulak. Ada 2 event yang besar dalam family Fadzi. Iaitu birthday Fadzi dan birthday Aneeq.
Fadzi Dah 31 Tahun!
Hohoho. Dah 31 tahun dah Fadzi ni. Cepat betul masa berlalu. Dalam 31 tahun Fadzi ni, Fadzi rasa masih belum capai kejayaan apa-apa dalam hidup. Rasa macam masa Fadzi untuk contribute pada dunia ni masih belum ada lagi. Ha, gitu.
Anyway, birthday kali ni Zul belikan Fadzi kek ais krim Baskin Robin. Sebenarnya tahun lepas lagi Fadzi dah request nak kek birthday BR tapi sebab tahun lepas Fadzi terdampar dekat kampung sebab alahan yang teruk masa mengandung, jadinya tahun ni baru Zul dapat belikan kek BR tu.
Oh, tak lupa jugak advanced birthday present dari Zul - DJI Osmo Pocket ni. Terima kasih kihkihkih. Dan selamat hari muda Fadzi!
Oh and, hujung hujung bulan ni, tiba tiba aja phone Fadzi rosak. Screen jadi hitam. Nasib baik sempat save semua gambar dan video. Huih, minggu ni kena pergi Huawei center untuk hantar tengok apa masalah.
Oh and, hujung hujung bulan ni, tiba tiba aja phone Fadzi rosak. Screen jadi hitam. Nasib baik sempat save semua gambar dan video. Huih, minggu ni kena pergi Huawei center untuk hantar tengok apa masalah.
Zul Interview Position Manager
Awal bulan hari tu Zul ada bagitau ada opening untuk position manager dekat ofis dia. Jadi kiteorang decide untuk Zul cuba ambil peluang. Mana tau ada rezeki naik pangkat kan.
Last week Zul update semula. Rupanya diaorang cari manager yang dah ada experience. Jadi definitely Zul tak dapat position tu. Tapi bagus juga dia pergi interview tu. Paling tak pun, dia dah tau kot kot nanti ada next interview untuk position manager, dia dah tau apa nak expect untuk interview tu kan.
Last week Zul update semula. Rupanya diaorang cari manager yang dah ada experience. Jadi definitely Zul tak dapat position tu. Tapi bagus juga dia pergi interview tu. Paling tak pun, dia dah tau kot kot nanti ada next interview untuk position manager, dia dah tau apa nak expect untuk interview tu kan.
Celebrate Birthday Aneeq Dengan Family
Kiteorang tak rajin nak celebrate birthday selalu. Tapi tahun ni, tergerak pulak hati nak sambut hari lahir Aneeq. Tapi kiteorang buat sambutan kecil-kecilan je. Ajak family terdekat.Diam tak diam, dah 4 tahun dah Aneeq ni. Dah besar panjang, perangai macam-macam dah dia. Korang boleh baca entry pasal celebrate birthday Aneeq dekat sini - Aneeq Turns 4.
Bulan Mac ni jugak sekolah Aneeq ada Parents Playleaders Meet Up (PPMU). PPMU ni lebih kurang perjumpaan parents dengan person in charge dengan anak-anak dekat sekolah Aneeq lah.
Masa ni lah segala perkembangan Aneeq akan dibagitau pada kiteorang parents ni. So far, Aneeq tak ada masalah dekat sekolah. Pandai bawak diri cuma kadang-kadang tu terlupa bounds and bundaries yang dia kena ikut.
23 Mac lepas pulak ada Family Get Together sekolah Aneeq yang pertama untuk tahun 2019 ni. Dah yang pertama untuk kiteorang satu family. Fadzi ada buat entry pasal tu dekat sini - Kinderkaizen Get Together 2019.
Anas Dah 6 Bulan!
Anas dah 6 bulan hari ni. Dah boleh mula makan solid food. Tapi Fadzi tak nak mula bulan ni. Nak start bulan depan hari Isnin. Aneeq kan tengah cuti sekolah hari ni. Takut Fadzi tak ready nak fokus dekat pemakanan Anas bila Aneeq ada.
Yang pentingnya, kali ni Fadzi nak cuba 4 days rule tu. Kalau sebalum ni untuk Aneeq, Fadzi tak ikut pun. Alhamdullilah Aneeq tak ada alergik apa-apa. Next week nak start dengan bubur cair kosong untuk Anas.
Yang pentingnya, kali ni Fadzi nak cuba 4 days rule tu. Kalau sebalum ni untuk Aneeq, Fadzi tak ikut pun. Alhamdullilah Aneeq tak ada alergik apa-apa. Next week nak start dengan bubur cair kosong untuk Anas.
So, ada benda yang menarik korang nak share dengan Fadzi untuk bulan Mac ni? Komen sikit dekat bawah. Fadzi pun nak tau jugak.
20 Comments
Bulan mac ni bulan kelahiran MIL dan FIL kak PC..hehehehe..MIL kak PC cakap bulan je sama tapi tahun lain..huhuhuhuhu..
ReplyDeleteBagus jugak buat recap camni kan. Lagi-lagi untuk yang liat update entry macam kita ni. Senang satu entry letak semua moment berharga heheh. Happy Birthday kak Fadzi & Aneeq! Kejap je rasa dan besar dah Aneeq, siap ada adik dah. Andddd tak sangka kak Fadzi dah 31! Still nampak mudaaaa macam sebaya je kitaaa hahah.
ReplyDeleteSeriouslah fadzi dah umur 31? tak macam 31 langsunglah. Nampak lagi muda. Emi ingat Fadzi around 28 je baru. Btw pasal interview tu emi setuju sangat. Kadang2 walaupun kita tak dapat position tu, tapi pengalaman pergi interview tu sekurang2nya dapat dedahkan diri kita tentang suasana interview & soalan2 yang kita kena jawab.
ReplyDeletewah anas sekarang dah besar..kejap je 6 bulan berlalu. makin comel pulak tu..geram je pipi pau tu. sekejap je bulan 3 dah nak sampai penghujung kan.. isnin ni dah masuk bulan april.
ReplyDeleteWahh seronok tengok keluarga bahagia ni hehehe jelous kita yang masih belum bekeluarga ni wakakakak. Tapi bulan 3 ni banyak yang sambut birthday sama hehehe kawan kita pun ramai satu keluarga birthday sama...
ReplyDelete6 bulan yg debab dan comeyyyyy. Ha btui tak nampak macam 31. Petua awet muda apa?
ReplyDeleteAlhamdulillah untuk semua perkara yang baik. Happy belated birthday and may all your dream come true. Ni semua kenangan. Nanti in future boleh baca dan senyum dengan family. All the best Fad
ReplyDeleteBulan mac rutin macam biasa je.. Hahaha.. Cuma nk cakp duit payment job masuk bulan tiga kebanyakannya. .Hahaha... Tu je. .Yeahh adik baby dah makan. .Sekejap betul
ReplyDeleteokay fine, baru tahu umur fadzi 31. ingatkan umur dalam lingkungan saya dan kebawah. betul2 awet muda nie. seems like everything goes well for you and family and hope it stays like that. semoga terus dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik buat Fadzi sekeluarga
ReplyDeleteWah.... Recap March! Menarik...
ReplyDeleteHappy birthday Fadzi & Aneeq. Hope semuanya going smooth dan dipermudahkan. March bulan agak busy tuk saya. Alhamdulillah blog kembali semula setelah mimpi ngeri disekat MCMC. Pengalaman yang sangat berharga.
syok jer baca recap macam ni..and happy belated birthday to Fazi & aneeq..sedap pulak tengok gambar kek BR tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah besar dah Aneeq ya, dah 4 tahun, jap lagi dah nak masuk tadika lah tu. Elok2 ya sayang.
ReplyDeleteBulan Mac ni, target akak untuk income dari affiliate marketing dah tercapai. Infact dah over exceed dah Alhamdulillah. Bulan depan kene set target tinggi sikit, doakan akak ya Fadzi
Cara Nak Mulakan Affiliate Marketing Untuk Newbie
Muda sungguh..baru 31 :)..happy belated birthday ya fadzi n aneeq. Bagi sis, bulan mcm ni mcm bulan2 yg lain..rutin ttp sama..uruskan anak n sesekali ke event.
ReplyDeletewow that's nice to know. Happy Belated Birthday pretty! Hope the coming months are even better for all of us hehe. Stay happy!
ReplyDeleteMarch kite biasa2 je.. adela balik kampung sekejap. tengok Captain Marvel hehe.. aci x ?
ReplyDeletemacam2 acara bulan 3 yang fadzi..apapaun semoga bulan2 yang seterusnya lebih vcemerlang dan sukses...seronok sebenarnya bila dapat buat sesuatu untuk diri dan keluarga :-)
ReplyDeleteSelamat hari lahir Fadzi 🎉🎉🎉 semoga diperluaskan rezeki n bahagia di samping keluarga tersayang ya.. Mmg Best dpt sambut hari lahir dgn baskin robbin kan? Hehehe
ReplyDeletehappy belated birthday ye Fadzi .. hehe.. bulan 3 dah lepas.. terlambat wish.. tapi nak wish gak.. semoga diberi rezeki yang melimpah ruah yea.. Aamiin
ReplyDeleteHappy birthday to you,semoga bahagia
ReplyDeleteYou make me feel like time flies and we people are chasing the time in making a good life and memories. Enjoy reading your post and happy belated birthday to you!!! May you be blessed with loads of happiness and good health!
ReplyDelete