-->

Buffet Ramadan KL 2019 - Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel

April 15, 2019
Buffet Ramadan KL 2019 - Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel | Biasanya dah dekat dekat bulan Ramadan ni, mesti ada yang tercari-cari buffet Ramadan kan?


Buffet Ramadan KL 2019

Okay, kali ni Fadzi nak kongsikan dengan korang buffet Ramadan di Kuala Lumpur yang korang boleh cuba untuk berbuka puasa nanti. Yang Fadzi nak kongsikan kali ini adalah Bazaria Buffet Dinner by The Boulevard St Giles Hotel.  

Buffet Ramadan KL 2019 - Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel 

Dengan bertemakan Alfresco Dining by the poolside, korang akan berpeluang untuk menikmati pengalaman berbuka puasa berbumbungkan langit di tepi kolam. Fuh! Boleh bayangkan? Nampak best kan?

Nanti mereka akan menyediakan BBQ berkonsepkan open air dengan beberapa stall yang menyajikan pelbagai pilihan makanan tradisional serta kuih muih Melayu di sekeliling kolam renang. 

Yang Fadzi suka tentang Bazaria Buffet Dinner ini adalah lokasinya. Bazaria Buffet Dinner ini akan diadakan di Wild Rice Restaurant. Restaurant ini terletak di tingkat 9 di The Boulevard St Giles Hotel. 

The Boulevard St Giles ni sangat senang nak pergi. Sebabnya ia terletak di Mid Valley. Naik bas boleh, naik Grab boleh, naik teksi pun boleh, nak drive sendiri lagi lah boleh.  

Kalau korang nak drive sendiri, boleh jugak. Nanti bila validate parking voucher dekat kaunter reception untuk dapat harga flat rate RM5. Murah je kan?

Signature Dish Wild Rice Restaurant 

Dekat Wild Rice Restaurant ni, signature dish dieorang adalah Sup Gear Box Utara. Rasa dia memang terangkat. Bau dia pun memang sedap.


Buffet Ramadan KL 2019

Ada 20 jenis condiments yang korang boleh makan dengan sup gear box ni. Antaranya adalah:
  • Mee hoon
  • Tulang gear box
  • Daging
  • Paru-paru
  • Urat Daging
  • Perut lembu
  • Hati lembu
  • Lidah lembu
  • Bebola daging
  • Lobak masin
  • Tauhu
  • Tauge
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Limau kasturi
  • Roti bengali
  • Cili kicap
  • Cili sambal merah
  • Cili hijau
Buffet Ramadan KL 2019
20 condiments yang korang boleh pilih untuk makan dengan sup gear box tu nanti. 


Buffet Ramadan KL 2019
Dalam mangkuk ni ada mee hoon, tauhu, daging dan ha segedebuk tulang gear box.

Menu Istimewa Bazaria Buffet Dinner Wild Rice Restaurant

Selain daripada signature dish dieorang - Sup Gear Box, Fadzi cadangkan jugak korang cuba menu-menu yang sedap seperti:
  • Ekor Asam Pedas
  • Udang Sambal Petai
  • Ayam Kepak Madu
  • Serawa Durian
  • Durian ABC
Buffet Ramadan KL 2019
Dekat mana lagi yang buat ABC Durian masa buffet Ramadan nanti? Dekat Bazaria Buffet The Boulevard Hotel ni dah confirm memang ada dah. Fadzi dapat rasakan yang ABC Durian ni akan jadi hote stuff masa bulan Ramadan dekat hotel ni nanti. 

Buffet Ramadan KL 2019

Menu-menu dekat atas ni memang Fadzi suka. Dan ini menu yang Fadzi sangat sangat cadangkan korang kena cuba. Jangan tertinggal satu pun menu dekat atas ni tau.  

Pilihan Menu Bazaria Buffet Dinner Wild Rice Restaurant

Sebenarnya banyak lagi menu-menu yang korang boleh cuba masa berbuka puasa dekat sini nanti. Korang boleh cuba aneka ulam-ulaman dan aneka kerabu sebagai pembuka selera.

Menu utama pula, korang boleh cuba nasi briyani, ayam rendang pucuk ubi dan terung berlada. 


Buffet Ramadan KL 2019
Nasi briyani


Buffet Ramadan KL 2019
Lauk pauk Melayu

Buffet Ramadan KL 2019
Ketupat palas dan lemang

Untuk menu BBQ, pilihan yang ada adalah seperti ayam percik, kambing bakar berempah dan aneka ikan bakar.

There's always room for dessert. Betul tak? Dah makan kenyang-kenyang, mesti nak cuci mulut dengan hidangan yang manis-manis kan. Kalau Fadzi, tak makan pencuci mulut, memang tak sah. 

Antara hidangan pencuci mulut yang ada seperti aneka jeli, kuih muih Melayu, aneka puding, sago gula Melaka, tapai ubi dan tapai pulut.


Buffet Ramadan KL 2019
Aneka jenis jeli. Yang atas sekali tu sedap. Yang tu Sago Gula Melaka. Rasa lemak manis dia cukup.

Buffet Ramadan KL 2019
Pelbagai jenis kuih muih Melayu yang dihidangkan. Bukan ini saja sebenarnya. Ada lagi beberapa kuih muih yang lain.

Buffet Ramadan KL 2019
Serawa durian. Boleh makan dengan roti.


Buffet Ramadan KL 2019
Antara pilihan air minuman yang boleh korang pilih nanti.

Harga Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel 

Harga untuk Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel adalah seperti di bawah.

Dewasa RM98.00+
Kanak-kanak RM48.00+

Harga kanak-kanak bermula umur 6 hingga 12 tahun. 


Buffet Ramadan KL 2019 - Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel

Tapi yang bestnya, kalau korang beli awal, korang boleh dapat harga early bird. Korang cuma perlu bayar 1 harga tapi boleh makan untuk 2 orang. Korang kena cepat sebab harga 1 untuk 2 orang tu cuma sah untuk 100 voucher saja.

Korang boleh mula berbuka puasa di Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel pada waktu seperti di bawah.

12 hingga 30 Mei 2019
7.00 hingga 10.00 malam

Dieorang juga ada sediakan surau dekat Level 8. Wild Rice Restaurant ni dekat Level 9, jadi korang ambil lift dan turun level bawah untuk ke surau. Untuk tempahan atau pun sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi:

Wild Rice Restaurant, 
Level 9,
The Boulevard - A St Giles Hotel
03-22958124/010-2208124
fnbblv@stgiles-hotel.com

Fadzi sendiri tak sabar nak tunggu untuk berbuka puasa dekat sini bulan Ramadan nanti. Sebabnya nak makan makanan yang sedap-sedap terutamanya serawa durian dan durian ABC tu.

Tambah lagi nak merasa berbuka puasa dengan konsep open air. Siap ada open air BBQ. Memang rare habis. Jarang-jarang ada hotel nak buat konsep berbuka puasa macam ni.


You Might Also Like

19 comments

  1. wow bestnyaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. banyak juga hotel2 sediakan sup gear box ni..haii sedap nampak gear box kat sini..adoiii nak2 pulak ada ABC/cendol durian..mmg my favourite itulah yang laju jer nak ambil..menu2 semua sedap2 belaka..a must try nanti buka puasa

    ReplyDelete
  3. Wow! Another place that has Ramadhan Buffet less than RM100! Wajib masuk dalam senarai places to visit during Ramadhan kelak nie.

    ReplyDelete
  4. wah meriahnya makanan dekt sini! terasa macam nak cuba berbuka dekat sini kalau ada kesempatan. apa favourite dekat sini ya? terliur pula tengok gambar dia !

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni kebanyakan buffet ramadhan mesti ada sup gear box. I memang favourite ni. Boleh la try kat sini nanti. Harga pun ok. Tempat pun tak jauh.

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya menu-menu yang dihidangkn untuk iftar nanti. Sup mmg fav makanan untuk berbuka. Boleh try lah nanti ni. hehehe

    ReplyDelete
  7. Perut terus lapar tengok gambar makanan yang Fadzi share .Ala Sago Gula Melaka tu nampak sedap sangat. Nak jugak. . harga buffet pun not bad kita berbaloi dengan menu makanan yang disediakan.

    ReplyDelete
  8. Now dah start dah sana sini dok promo buffet ramadan..buatkan sesiapa yg tgok menu yg terhidang jadi tak sabar nak sambut puasa..hehehe. Meriah sungguh kan kalau dapat berbuka reramai cam ni..

    ReplyDelete
  9. Eh, ni hotel baru ke? tak pernah dengar pulak sebelum ni. Tapi not bad juga buffet ramadan diorang, harga murah & nak pergi pun senang sebab boleh naik public transport. BTW lama tak jumpa Fadzi.. ^_^

    ReplyDelete
  10. mak aihh cendol durian tu nampak sedapla..ayoyo..macam-macama ada dekt sini ya..huishh terliur tengok..bulan puasa pun dah naka dekat..

    ReplyDelete
  11. Amboi cendoi tu... Lauk pauk melayu dia tu tempting sangat uiiii... Kalau kt Penang ni.. St Giles Hotel antara yg umphhh jugak. La

    ReplyDelete
  12. Wow...ABC durian. Tak ada lagi di mana-mana Buffet Ramadhan ni. Memang akan 'laku keras' ni. Menu lain pun tak kurang hebatnya.

    ReplyDelete
  13. Wahh best tu ada BBQ. Memang rare tempat ni. Ada ABC durian tu. Kat luar mahal n susah nak cari.hehe.. peminat sup ni mesti berkobar nak pergi sini sebab menu nak makan tu banyak sangat. Mahu terangkat makan ni.

    ReplyDelete
  14. Fuhhhhh.. macam macam ada ni haa. Rambang nak pilih mana nak makan. Harga bufet not bad. Menu pun nampak sedap

    ReplyDelete
  15. Cendol durian dia memang ohsem presentation nya! Melting seyhh...
    Nasi beriani dia sedap, sup gear box banyak pilihan, lokasi stategik, public transport senang. Terbaik laa

    ReplyDelete
  16. MasyaAllah mengundang betul menu-menu dia. Sedap semuanya. Boleh dah start susun nak pergi mana bulan puasa nanti.

    ReplyDelete
  17. Besarnya the tulang gear box! Damn...boleh habis ke tak kalau Yana yang makan. Oh but after scrolling yang tertarik minat is the durian cendol....that's my love right there.

    ReplyDelete
  18. Wah...byknya menu buffet ramadan, blm lg tiba bln ramadhan dah mcm2 menu dpt rasa.

    ReplyDelete
  19. Wah banyak nyer food selection for their Ramadan Buffet, I spotted many dishes yang I suka. Let me check out more.

    ReplyDelete