Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka | Bagi orang-orang Melaka yang tercari-cari tempat untuk berbuka puasa dalam bulan Ramadan ni nanti, mungkin korang boleh pergi ke Villa Istana Melaka.
Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka
Kalau korang pernah tengok drama Jodoh Jodoh Annisa dekat Astro Prima, meh Fadzi nak bagitau. Dekat Villa Istana Melaka ni lah dieorang pernah buat penggambaran untuk drama ni.
Tapi Fadzi sekarang nak kongsikan dengan korang pasal buffet Ramadan dengan sajian makanan 5 bintang untuk juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan kali ni.
Katanya sajian hidangan kali ini akan memenuh citarasa ramai serta layanan dan perkhidmatannya akan memuaskan hati korang bila datang berbuka dekat sini nanti.
Menu Wajib Buffet Ramadan Villa Istana Melaka
Untuk pengetahuan korang, Villa Istana Melaka akan menyediakan pelbagai sajian tradisional dan jugak moden. Antara menu wajib yang akan dihidangkan di sini adalah:
- Kambing Grill
- Nasi Beriani
- Nasi Serai
- Ayam Masak Merah
- Ayam Goreng Rempah
- Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi
- Daging Dendeng
- Daging Rendang
Kemudahan Buffet Ramadan Villa Istana Melaka
Bila berbuka puasa dekat Villa Istana Melaka ni korang tak perlu risau sebab dekat sini kemudahannya cukup. Dewan makannya cukup selesa dengan penghawa dingin.
Ruang makan pun luas dan boleh muat sehingga 500 orang dalam satu satu masa.
Tambah lagi ada wifi percuma untuk korang online. Jangan lupa tag Facebook dan Instagram Villa Istana Melaka bila datang berbuka di sini.
Selain daripada itu Villa Istana Melaka juga menyediakan ruang parking kereta yang luas, tandas awam, bilik solat khas yang lengkap dengan sejadah, selipar serta tempat wuduk supaya korang senang nak solat Maghrib dan Isyak dekat sini nanti.
Kalau korang dari tempat lain datang ke Melaka untuk urusan kerja atau peribadi, tak ada masalah. Ada bilik penginapan eksklusif untuk korang singgah dan berehat.
Masa berbuka puasa nanti, korang jugak akan dihiburkan dengan persembahan hiburan daripada kumpulan Nasyid Unggul SaffOne.
Harga Buffet Ramadan Villa Istana Melaka
Bila tengok harga buffet Ramadan di Villa Istana Melaka ni, Fadzi serius terkejut. Murah sangat-sangat dan berbaloi dengan lebih 80 jenis hidangan makanan yang korang akan nikmati nanti dengan kemudahan yang sangat bagus.
Harga untuk Buffet Ramadan Villa Istana Melaka adalah seperti di bawah.
RM 45 Dewasa
RM 29.90 Kanak-kanak
Untuk pakej keluarga, korporat dan berkumpulan, ada promosi lain untuk korang.
Korang boleh mula berbuka puasa di Buffet Ramadan di Villa Istana Melaka pada waktu seperti di bawah.
10 Mei hingga 1 Jun 2019
Untuk tempahan atau pun sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi:
VILLA ISTANA MELAKA
Lot 11319 PM1313
Jalan TU1, Taman Tasik Utama
Ayer Keroh, Melaka.
06 - 233 0205 / 017 - 340 8715 / 016 - 790 0804 / 010 - 794 0115 / 017 - 335 7466
Facebook: www.fb.com/IstanaMelaka
Instagram: www.instagram.com/villaistanamelaka
19 Comments
ermm not bad jugak harganya ye, nanti kak lily balik melaka boleh bawak mak ayah ni
ReplyDeleteLok Lok Ipoh tu apa dia yea.. huhu.. ter fokus kat gambar tu pulak.. hehehe... lawalah villa istana ni patutlah ramai pengarah suka shoot dram kat sini kan..
ReplyDeletebanyak betul promotion buffet ramadhan. bilik yang disediakan pun nampak macam kediaman istama dengan mewahnya. mesti makanan pun sedap belaka kan?
ReplyDeletemacam best ja buka puasa kat sini..
ReplyDeleteCantiknya Villa ni sangat exclusive dan juga mewah heheheh nak duduk juga kat sini bestnya. Lepas tu boleh buka puasa terus kat sini meriah tengok makananya banyak harga berpatutan dengan lokasi dan jumlah makanan...
ReplyDeleteMurah sangat harga dia.. Tempat pun macamnistana hah.. Cantik luasa besar... Selesa ni berbuka dekat sini, siap hawa dingin, wifi free.. Perghh.. Bilik pun cantik
ReplyDeleteMurah betul, mana nak dapat buffet ramadan dgn harga murah macam ni. Kalau dwkat mmg sis dah terjah utk berbuka kat sini
ReplyDeleteAffordable price and looks good too. I can recommend to my friends at Melaka.
ReplyDeleteBanyak juga menu pilihan untuk buffet ramadhan nanti. Harga pun boleh tahan ye. Bila ramadhan ni memang banyak pilihan buffet ramadhan yang ada.
ReplyDeleteLa... kenapa murah sangat pakej nie? Dah la lokasi dia menarik gila - teringin plak nak buat photoshoot kat bilik atau tangga villa nie. And ruang makan berkonsep ala garden tu sangat menarik ye. Makanan dia pun nampak menarik jiwa dan raga nie
ReplyDeleteJauhnya pergi
ReplyDeleteMakan buffet hahahah. Tapi harganya boleh tahan dengan pelbagai hidangan yang ditawarkan
Murahnya buffet di sini. Nampak sedap pula tu. Lama dah tak pergi Melaka. Rasa macam nak stay sini dan berbuka kat sini pula
ReplyDeletecantiklah tempat ni..walaupun makan dekat luar tapi disediakan aircond lagi..barulah selesa pengunjung nak makan..harga pun murah dengan menu2 yang banyak dan nmpk sedap..byk jugak gerai2 yg diorg ada
ReplyDeletecantiknya villa ni , besar dan selesa sangat , harga buffet pun murah ...sesekali ajak kelurag berbuka puasa diluar pun best kan...nak try lok lok kat situ sebab macam sedapp jerr
ReplyDeletewahhh ini satu lokasi yang sangat bagus dan sesuai untuk bawa family datang berbuka. lihat sahajalah menu yg ditawarkan . semua nampak menyelerakan sungguh. harga pon berpatutan. best nya !
ReplyDeleteWuuu seronoknya! Orang Melaka wajib la pi sini. Ruby kalau kampung kat Melaka, sure hujung Ramadan bawa parent berbuka kat sini. Tapi sayangnya di Kuantan takda pun camni. Kalau kawasan macam ni tak jalan jauh dan mak larat jalan jauh dan ambil makanan tak sesak.
ReplyDeleteThis hotel is very classic and their interior design pun best sangat, I like vintage style. I have spotted a few dishes i love at their ramadan spread.
ReplyDeleteBeruntungnya orang Melaka. Tempat yang selesa, kemas, cantik, food plak super ohsem! Lauk pauk pun aduyai.... Nangis tengok!
ReplyDeleteYour story buat Nina rasa teringin nak pegi buka puasa kat sana. Awat laaaa jauh nun sana. Huhuuu
TERtarik dengan interior kamar. Sukanya katil kayu tu..
ReplyDelete