Projek CSR-DMR #darihati123mamanet Sempena Hari Bumi 2019 | Kalau korang follow portal Majalah Harian Wanita (www.123mamanet.com), mesti korang tau yang dieorang ada buat program amal bulan April yang lepas.
Yang menariknya, program amal portal tersebut kali bergabung bersama MBSA menerusi Program Eco Free Market, bersempena sambutan bulan Ramadhan yang akan diadakan pada 14 April, 2019 (Ahad) bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Projek CSR-DMR #darihati123mamanet Sempena Hari Bumi 2019
Sebenarnya Projek CSR-DMR ini adalah salah satu usaha syarikat DMR untuk turut sama membantu meringinkan beban golongan yang memerlukan, khususnya golongan asnaf di sekitar Shah Alam.
Bukan tu je, projek DMR #darihati123mamanet ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam serta para pembaca www.123mamanet.com agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban golongan susah yang lebih memerlukan sumbangan.
Nak-nak lagi sempena kedatangan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.
Kalau korang nak tau, ini adalah kali ke lima diaorang buat progrma CSR macam ni. Fadzi pun harap sangat lebih banyak lagi golongan korporat atau individu yang berkemampuan untuk menjalinkan kerjasama atau menghulurkan bantuan untuk memberi manfaat berguna kepada masyarakat yang tidak bernasib baik di luar sana.
Harap-harap jugak golongan yang kurang bernasib baik ini tidak berasa tersisih dan dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan nanti dengan lebih bermakna.
Eco Free Market
Program Eco Free Market ni dah banyak kali dah dibuat di Shah Alam ni. Tapi kali ni agak berlainan sikit.
Setiap pengunjung yang datang, perlu membuat pertukaran barang-barang kitar semula seperti botol plastik atau botol kaca bagi mendapatkan kupon percuma.
Kupon percuma itulah yang akan dibawa oleh pengunjung ke booth-both yang terlibat dalam program Eco Free Market ini. Menarik kan?
Selain daripada sumbangan kewangan daripada individu-individu bagi membeli barang-barang keperluan dapur seperti tepung, meehoon, gula dan lain-lain lagi, QSR Brands (M) Holding Bhd turut memberi tajaan berupa bentuk barangan keperluan dapur.
Antara barangan keperluan dapur di bawah jenama QSR Brands (M) Holding, adalah seperti produk-produk daripada Life seperti Life Sos Berperisa Tiram, Life Kicap Manis, Life Sos Chili, produk-produk daripada Ayamas Kitchen seperti Ikan Macherel, Ikan Sardin, Pes Masak Merak, Pes Masak Kurma dan macam-macam lagi.
Bagus kan bila ada program macam ni. Paling tidak pun dapat kurangkan sedikit beban mana-mana orang yang tak berkemampuan.
16 Comments
Bagus nya ada kempen macam ni. Sambil buka mata & bagi kesedaran ttg penting nya go green ni, sambil membantu org kurang kemampuan jugak.
ReplyDeleteTak tahu pun ada program macam ni bagusnya hehehehe kita kalau ada program CSR dan amal nak jer join kalau ok hehehehe jarang dapat program macma ni...
ReplyDeletewowwwww! Majalah member onie. Kak Anie! Semoga program CSR ini berjaya sehingga penghujungnya dan buat team mamanet. Moga terus kuat sepanjang CSR ini :D
ReplyDeleteMemang patut lebihkan kempen sebegini kan? Selain menyemai sikap yang lebih prihatin terhadap alam sekitar, dapat juga bantu mereka yang memerlukan.
ReplyDeletewahhh bestnya dapat join kempen sebegini. kita perlukan lebih banyak lagi kempen sebegini dan membantu mereka yang kurang ebrkemampuan. tambah2 nak dekat puasa nie, mesti ada keluarga yg tiada bahan asas memasak. jadinya kita perlu peka dengan jiran sekeliling
ReplyDeleteBagus adanya Projek CSR-DMR #darihati123mamanet ni... Konsep eco go green ni memang sebaionya mendapat pendedahan yang lebih meluas dari banyak pihak. Moga ianya berterusan di masa akan datang
ReplyDeletebagus betul program macam ni. at least boleh didik masyarakat untuk saling membantu orang memerlukan. rasanya anak-anak perlu expose awal tentang kebaikan aktiviti macam ni. nanti bila dah besar senang nak hulur bantuan kepada golongan memerlukan
ReplyDeleteBaguslah program anjuran CSR boleh membantu sedikit sebanyak barang keperluan nak sambut bulan puasa nanti, penerima sumbangan nampak ceria sekali.. Tahniah CSR!
ReplyDeleteBagus diadakan program macam ni. Kita sama sama boleh mendekatkan diri dengan golongan yang susah dan membantu mereka dengan memberi sumbangan yang mereka perlukan.
ReplyDelete1st time tahu pasal Projek CSR-DMR #darihati123mamanet ni..cukup kelainan..yang best tu ada eco free market..boleh tukar barang kitar semula dgn kupon bestnya..harap2 kempen2 mcm ni dpt diteruskan di setiap negeri..nti bolehlah join sama
ReplyDeleteFirst time dengar projek ni. Lain dari yang lain. Selain membantu golongan yang memerlukan, projek ni juga menggalakkan kita untuk sayangi alam sekitar. Good job. Harap tahun akan datang ada lagi projek ni.
ReplyDeleteBagusnya ade program macm ni.. Membangu orang memerlukan.. Baru tau ada program mcm ni.. Siap boleh tukar barag dengan kupon.. Memg eco free market sanagt ni.. Barg pun brg dikenali
ReplyDeleteWah bestnya program macam ni. Bukan selalu ada program macam ni kan. Nak tarik orang join program mcm ni
ReplyDeletelamanya rasanya tak join event CSR macam ni. kalau masa belajar dulu memang sangat aktif sebab minat. BTW Tahniah penganjur.
ReplyDeleteBagus ya ada program CSR mcm ni. Kalaulah ada peluang memang nak join dn bantu mana yg patut.
ReplyDeleteHarap banyak lagi program macam ni demi mwmbantu golongan yg memerlukan
Bagus program macam ni, dapat mengurangkan pencemaran dek bahan2 yang tak terbiodegrasi
ReplyDelete