Resepi Puding Karamel Mudah

May 11, 2019


Resepi Puding Karamel Mudah | Masa Fadzi belajar degree dulu, Fadzi ada buat puding karamel dekat rumah sewa. Bagi lah kawan-kawan merasa. Lepas tu, ada yang suruh Fadzi buat lagi.

Puding karamel ni adalah dessert yang paling senang nak buat. Pakai blender je nak mix kan semua bahan. Nak masak pun mudah sangat. Pakai kukus. Dulu dekat rumah sewa tak ada pengukus. Kiteorang DIY je pengukus pakai periuk nasi. Huhuhu.

Resepi Puding Karamel Mudah

Resepi Puding Karamel Mudah

Hari ni Fadzi nak kongsikan cara Fadzi buat puding karamel. Buka puasa hari ni, Fadzi buat puding karamel sebab dari awal puasa lagi Zul kata nak makan kuih. Tapi disebabkan Anas masuk hospital, tak sempat lah nak buat.

Oh ya, Anas masuk hospital awal Ramadan lepas sebab demam panas dan batuk batuk. Berkampung lah kiteorang dekat hospital dari hari Selasa sampai hari Jumaat. Jumaat tu tengah hari dah discharged. Alhamdullilah.

Okay berbalik kepada puding karamel. Dekat bawah ni Fadzi kongsikan cara nak buat puding karamel mudah.

Resepi Puding Karamel Mudah

Bahan-Bahan:

3/4 tin susu pekat manis (Fadzi guna brand Trader's Choice)
1 tin susu cair (Fadzi guna brand Trader's Choice)
1/2 tin air
5 biji telur
Esen vanilla

Bahan Gula Hangus:

5 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Bahan Hiasan:

Jem buah-buahan campuran (Fadzi guna brand Crown's Choice)

Cara-cara:

1. Masukkan bahan gula hangus ke dalam periuk. Hanguskan hingga keperangan dan masuk dalam loyang.
2. Campur kesemua bahan lain dalam bekas dan kacau sebati secara perlahan-lahan.
3. Tapis dan masukkan semua bahan yang dah sebati ke dalam loyang gula hangus.
4. Kukus 45 minit atau sampai masak.


Kalau korang nak tengok cara-cara buat Puding Karamel ni dengan lebih detail, korang boleh baca langkah demi langkah bergambar yang Fadzi sediakan dekat bawah ni.

Langkah Demi Langkah Bergambar Cara Buat Puding Karamel

Resepi Puding Karamel Mudah
1. Masukkan gula dan air ke dalam periuk. Biarkan sampai warna bertukar jadi perang dan kacau rata-rata. 

Resepi Puding Karamel Mudah
2. Kemudian masukkan ke dalam loyang atau bekas untuk dikukus. Biarkan gula hangus sejuk. Kena tuang ke dalam loyang cepat-cepat takut gula tu mengeras dalam periuk.

Resepi Puding Karamel Mudah
 Susu cair

Resepi Puding Karamel Mudah
 Air 

Resepi Puding Karamel Mudah
 Telur

Resepi Puding Karamel Mudah
 Susu pekat

Resepi Puding Karamel Mudah
Esen vanila

3. Masukkan susu pekat, susu cair, air, telur dan sedikit esen vanila ke dalam bekas. 

Resepi Puding Karamel Mudah
4. Kacau semua bahan dengan perlahan. Pastikan semua bahan dah sebati dan telur dah pecah.

Resepi Puding Karamel Mudah
5. Tapiskan bahan yang dah dikacau dan masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi.

Resepi Puding Karamel Mudah
6. Kukus dalam pengukus selama 45 minit atau sehingga puding karamel masak.

5. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan. Hias puding karamel menggunakan jem blackcurrant (optional)


Tips:

  • Kalau tak ada pengukus, korang boleh kukus dalam oven guna kaedah water bath.
  • Kalau guna pengukus, pastikan lap penutup periuk selalu atau balut penutup periuk dengan kain untuk elakkan air wap jatuh ke dalam puding karamel.
  • Sejukkan dulu puding karamel dalam peti sejuk sebelum hidang. Sedap makan sejuk sejuk.
  • Susu pekat dan susu cair korang boleh guna mana-mana brand pun tapi Fadzi guna brand Trader's Choice dari Segifresh
  • Jem buah-buahan pun korang boleh pilih jenis apa-apa pun. Strawberry ke blueberry ke. Apa-apa brand pun boleh tapi dekat rumah Fadzi ada jem blackcurrant brand Crown's Choice pun dari Segifresh.
Resepi Puding Karamel Mudah

Pada Fadzi puding karamel ni antara menu pencuci mulut yang paling senang nak buat. Makan masa sejuk sejuk lagi sedap. Letak toping jem buah, mak aih memang terbaik.

Kalau korang ada masa, buat lah puding karamel ni. Bahan-bahan dia pun guna yang senang nak dapat dekat rumah je kan. Selamat mencuba.



Baca ini juga ..

18 comments

  1. Makan ni sejuk-sejuk memang heaven hihiih

    ReplyDelete
  2. Kecur air liur tengok puding hahaha

    ReplyDelete
  3. oh my.... saya pun nak buat pudding caramel ni... u make me so much craving after reading this... lolz

    ReplyDelete
  4. Senang nak buat rupanya. Ingatkan susah. Nanti nak cuba buat lah. Trima kasih sbb kongsi resepi nak buat puding karamel ni..

    ReplyDelete
  5. sedapnya , terus rasa nak buat ...nampak senang pun yer jugak pernah buat sekali jer dulu tapi sekarang suh buat dah tak ingat , time camni entry resepi paling laku kat blog kan ....

    ReplyDelete
  6. Sedapnya... Dah lama gak tak bikin karamel. Kak nina lagi suka yang tanpa telur. Apa pun dessert ni terbaik

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap. Pandainya buat. Hehe. Ena tak pernah cuba sebab takut tak jadi. Haha. Memang fail bab2 kukus n baking ni. Mesti bertambah2 makan kan. Macam nak cuba lah. Sebab bahan pon senang. Doakan ena buat jadi taw.

    ReplyDelete
  8. Wowww nampak sedap ni. Sis pernah jugak buat tapi dah lama dah sampai dah lupa cam mana nak buat..hehehe. ni dah ada resepi ni boleh le buat utk juadah berbuka nanti

    ReplyDelete
  9. Lama tak buat puding karamel ni hurmmmmm kita teringin juga kalau dah bulan puasa ni memang semua menda nampak sedap hehehehe tapi ini memang betul-betul sedap menyelerakan mudah lak tu nak buat tambah bahan boleh beli kat Segi Fresh Market..

    ReplyDelete
  10. Puding caramel ni kalau kat buffet ramadan memang antara fav dessert yang sis suka. Nampaknya lepas ni boleh la buat sendiri kat rumah. Rasanya bahan pun ada kalau ikut resepi Fadzi. Boleh la buat nanti

    ReplyDelete
  11. betul, makan masa sejuk memang paling bahagia nak pula kalau tengah stress dengan kerja. Mudah rupanya nak buat, tak pernah lagi makan dengan jem buah.

    ReplyDelete
  12. Puding ni memang fav kak liez dan keluarga.. tapi klau kat rumah ayah yang selalu buatka sebab dia ada ingredient rahsia. Hihihi. so klau teringin mkn mmg ayah akan buatkan.. kak liez suka sbb dia manis2 pahit gula hangus tu..

    ReplyDelete
  13. teringin makan puding karamel tp takut nak makan. tak manis sangat ke fadzi ? nampak dekat bazaar org jual mak ai mahal betul sepotong tu. nak buat sendiri tkot x termakan pulak

    ReplyDelete
  14. Iskhhh dah lama x buat puding ni. Ingat nak buat la. Antara feveret menu time puasa hehehe

    ReplyDelete
  15. Puding karamel ini my favourite. Sedap makan sejuk-sejuk. Thank you for the recipe.

    ReplyDelete
  16. AM penah buat n kasi anak2 makan.. Diaorg mmg suka cuma AM kurangkan sukatan gula... Takut manis sbb si kakak xsuka mkn yg manis.. Mmg betul mmg mudah n senang nak buat puding karemel nie

    ReplyDelete
  17. Just in time, i nak buat ni for my office buka puasa pot luck party next week. Thanks for the info.

    ReplyDelete

Followers