4 Variasi Dashing Deo + Perfume Body Spray

July 08, 2019


4 Variasi Dashing Deo + Perfume Body Spray | Zul bukan jenis yang suka pakai perfume. Cukup dengan deodorant saja. Tapi bila jenama Dashing ada buat produk Dashing Deo + Perfume Body Spray, Fadzi excited nak bagi dia cuba.

Dashing Deo + Perfume Body Spray

Ramai dah tau pasal brand Dashing kan. Bau dia memang sedap. Sampai masa Fadzi belajar dulu, ada kawan Fadzi yang perempuan pun pakai perfume brand Dashing ni tau.

4 Variasi Dashing Deo + Perfume Body Spray

Kali ni Dashing keluarkan produk deodorant sekali dengan perfume dalam bentuk body spray. Ada 4 jenis bauan yang dieorang keluarkan. Keempat-empat bauan tersebut adalah:


Dashing Deo + Perfume Body Spray

Hattrick

Wangian Hattrick ini dihasilkan daripada gabungan haruman unik epal, sitrus, bunga dan amber.


Dashing Deo + Perfume Body Spray

Ultimate Kick

Wangian Ultimate Kick ini dihasilkan daripada campuran lemon, buah pelaga, vanila dan musky.


Dashing Deo + Perfume Body Spray

Speed

Wangian Speed ini dihasilkan daripada gabungan buah-buahan dan musky.


Dashing Deo + Perfume Body Spray

Hitman

Wangian Hitman ini dihasilkan daripada campuran sitrus, ice cucumber, lada sichuan, lavender, Patchouli dan kayu gaiac.

Saiz Dan Harga

Korang boleh dapatkan 4 variasi Dashing Deo + Perfume Body Spray ini dengan harga RM12.20 untuk botol spray bersaiz 120ml. Dashing Deo + Perfume Body Spray boleh didapati di pasaraya utama, pasaraya hyper serta pembelian atas talian.

Personally Fadzi suka bila Dashing decide untuk buat produk 2 in 1 macam Dashing Deo + Perfume Body Spray ni. Sebabnya biasanya orang lelaki ini lebih suka pakai satu produk je kan.

Kalau kena pakai banyak banyak produk, dieorang akan rasa macam leceh. Eh eh pakai deodorant dah lah kan. Nak kena sembur perfume pulak ke? 

Tapi bila dah ada Dashing Deo + Perfume Body Spray ni, senang kerja. Sembur sekali dah siap pakai deodorant dan perfume.

Untuk pengetahuan korang, Dashing Deo + Perfume Body Spray ini dirumus dengan wangian Dashing Eau De Toilette untuk beri bau yang lebih tahan lama.

Agen anti-bau dan anti-bakteria pula berkesan utnuk memberikan perlindungan selama 24 jam terhadap bau badan.

Yang lebih menarik, satu botol Dashing Deo + Perfume Body Spray ini bertahan sebanyak 880 semburan. Kira sebotol ni boleh tahan selama 5 bulan. Sebabnya kandungan Dashing Deo + Perfume Body Spray adalah 100% deodorant.

Nampak macam jimat duit kan. Tahan ke tidak tahan 5 bulan satu botol ni, nanti Fadzi suruh Zul test. 

Lagipun nak bawak merata rata pun tak ada masalah sebab saiz dan bentuk botol Dashing Deo + Perfume Body Spray ni cantik dan mudah dibawa. Zul masa mula mula nampak botol ni, dia kata design botol ni lawa.

Kalau korang berminat nak dapatkan maklumat lanjut pasal Dashing Deo + Perfume Body Spray ni, korang boleh pergi ke Facebook Dashing atau Instagram Dashing.




Baca ini juga ..

16 comments

  1. Ini brand idaman anak bujang saya..
    Setiap kali keluar product baru mesti mama dia kena beli..

    ReplyDelete
  2. dari dulu mmg suka dengan bauan dashing ni..tok laki pun mmg peminat dashing..cantikkan botol perfume dashing kali ni

    ReplyDelete
  3. Selama ni suami pakai Nivea kalau tak silap. Boleh la suggest untuk suami cuba pakai dashing pulak. Jimat duit sebab 2 in 1. Minyak wangi dan ubat ketiak. Space beg toiletteri balik kampung pun jimat

    ReplyDelete
  4. Kita suka yang Speed tu memang wangi dan juga kegemaran kita hehehe sekarang ni senang lah orang laki semua dua dalam satu wangi dan deodoran tak ada alasan nak keluar busuk-busuk pergi dating hehehehe....

    ReplyDelete
  5. Dashing kalu pakai lepas main tournament memang sedap je bau. bagus nak kurangkan bau peluh, nanti hujung bulan nak try la bau kot-kot sesuai dengan jiwa BBL boleh standby dalam beg kalu nak pergi gym

    ReplyDelete
  6. Semua wangi kan fadzi? Husband akak pun suka sampai xtahu nak pilih guna yang mana satu dulu. Baguslah 2 in 1 travel tak perlu bawak banyak banyak

    ReplyDelete
  7. Berbaloi ni, siap 2 dalam 1 tu. lagipun jenama dashing ni memang lejen, sinonim dah sebagai pewangi untuk lelaki kan.. Dalam 4 pilihan bau tu, mana yang paling best??

    ReplyDelete
  8. Banyak betol produk deodorant yang dashing keluarkan . Diorang ni memang bagus dalam marketing. brand sentiasa fresh.

    ReplyDelete
  9. Kita pun beli untuk suami kita haritu! tpi kita paling suka warna hitam dengan biru. bau sedap and sporty gittuh. hehehee. nk ckp tahan lama pun mmg tahan lama smpai suami risau tkut tk habis habis.hehe

    ReplyDelete
  10. Macam nak kasi suami cubalah Dashing ni. Dia punya deodorant susah gila nak cari, baik cuba suggestkan dia brand yang senang nak cari dekat mana-mana. Ni ada banyak jugak pilihan ni.

    ReplyDelete
  11. Wah sekang produk lelaki pun ada banyak jenis & pilihan. Jenama dashing memang dah dikenali ramai kan. harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  12. Nad bagi ni dekat laki masa hari bapa..hehee..sedap sanagt bau dia..pulak tu jimat, minyak wnagi dan deodoran..setiap kali suami pakai kita suka..ehee

    ReplyDelete
  13. Bagus now they have 2 in 1 and also come out with 4 types of scent.

    ReplyDelete
  14. Wah dashing dah ada yg baru lah.. Suami kita pengguna tegar dashing juga.. Bolehlah bagi dia cuba yg baru ni.. Kot2 serasi lagi... Dashing ni dr kecik kita smpai ke besar pun ada..

    ReplyDelete
  15. I have tried them and my favourite has gotta be the black one as it is not too strong for my liking. Just nice I would say. :D

    ReplyDelete
  16. Haaa nanti nak suh anak bujang sis cuba produk ni lah. Tapi tu lah, nanti dia suh mak dia jugak yang belikan..hehehe

    ReplyDelete

Followers