Recap Julai 2019 | Dah hari last bulan Julai pun. Besok dah masuk bulan Ogos, bulan Kemerdekaan Malaysia. So bulan Julai ni apa yang best dalam hidup korang? Sebelum tu meh Fadzi share apa yang yang jadi dalam hidup kiteorang.
Recap Julai 2019
Tak sangka kan dah masuk bulan ketujuh tahun 2019 ni. Rasanya banyakkkkk sangat benda Fadzi tak buat lagi. Meh Fadzi share sikit recap untuk bulan ni.
Fadzi Tak Ada Achievement Bulan Ni
Jujur Fadzi cakap, bulan Julai ni rasa macam rak ada pencapaian apa-apa pun untuk Fadzi. Perkara yang boleh buat kenangan atau untuk diingatkan pun tak ada apa-apa. Sedih pulak bila fikir balik.Bulan Ogos ni Fadzi kena buat sesuatu yang Fadzi boleh ingat dan abadikan dalam recap bulan depan. KENA!
Zul Pergi Kursus Communication Skill
Bulan ni Zul ada attend satu lagi kursus. Under company dia. Alhamdullilah. Bagus betul company Zul ni. Kursus kursus macam ni sedikit sebanyak dapat tambah value dalam kerjaya Zul.So far, Zul memang suka company ni. Dah nak masuk 7 tahun kot dia kerja dekat situ. Dari intern terus kerja. Gaji bagus, benefit pun bagus. Zul tengah nak capai satu target hujung tahun ni. Tolong doakan Zul dapat capai target die guys.
Aneeq Ada Animal Costume Party
Awal bulan Julai ni Miss dekat school Aneeq ada bagitau hujung bulan diaorang nak buat Animal Costume Party dekat school. Bila sebut Animal Costume Party, Fadzi fikir mestilah kena pakai costume.Jadi gigih Fadzi cari costume animal dekat Shopee. Ada yang Aneeq berkenan. Dia kata nak jadi zebra. Fadzi pun beli satu costume zebra dengan harga RM32.80. Murah lah jugak. Selesa pun selesa.
Hari ni Aneeq pergi sekolah pakai costume zebra tu. Anas pun pakai jugak. Anas punya tu sebenarnya onesie je. Onesie zebra tu Aneeq punya dulu. Dia pakai masa kecik kecik. Cik De beli kan.
Bulan ni juga Aneeq ada join satu coloring competition. Tak ada lah competition besar pun. Hari tu ada Fadzi pergi shopping groceries dekat Lulu Hypermarket. Tengah shopping diaorang ada buat announcement ada coloring contest. Fadzi pun saja suruh Aneeq join.
Aneeq pulak kata okay je. Ha, join lah dia coloring contest tu. Color pun tak serius sangat. Tapi organizer dia bagi jugak lah hadiah untuk saguhati. Bila Fadzi tanya nak join lagi tak contest macam ni. Aneeq kata nak.
Bagus jugak kalau dia join contest contest macam ni. Boleh boost Aneeq punya confidence. Ye tak?
Anas Tumbuh Gigi Lagi Satu
Anas tumbuh gigi lagi satu guys. Zul yang perasan dulu. Patutlah lately Anas restless betul. Baring menangis, duduk menangis, dukung menangis, acah acah pun menangis.Bila bagi makan atau bagi teether untuk gigi, baru dia senyap. Tapi dalam gigit gigit tu, berbunyi jugak lah merengus dia tu. Kesian Anas. Sakit ye tumbuh gigi ni.
Sekarang ni Anas punya air liur selalu meleleh. Fadzi pun apa lagi. Suruh Aneeq yang lap kan air liur Anas. Aneeq tu walaupun dia eiiwww eiiiwww konon geli, tapi dia buat jugak. Sayang Aneeq hahahha.
Itu je main highlight untuk bulan ni. Korang pulak macam mana Julai korang? Ada yang best nak share?
15 Comments
Update keluarga untuk kenangan nanti kan?. Best tu masuk contest tu. Kecik2 dah masuk contest. Walaupun hadiah kecik tapi memori tu besar tu. Kalau kerja kat company yang bagus dan jaga pekerja memang kita akan stay lama kat situ. Untung la kan?. Tak semua company bagus kepada pekerjanya.
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeleteBestnya ada costume party macam tu. Onesie tu ramai sekarang cari and jadikan sebagai salah satu tema utk sesebuah party. Wahhh Anas dah tumbuh gigi. Semoga terus membesar dgn sihat ! 🤗
ReplyDeleteBagus galakkan Aneeq join contest. Pendedahan yang bagus untuk tumbesar Aneeq. Tahniah buat Husband Fadzi, lama keje kst company tu. Keje ok kekalkan dan jaga prestasi sendiri jer. Bukan senang nak dapat yang serasi. Comel jer baby dah tumbuh gigi. Get ready nanti di gigit. Hehe...
ReplyDeleteKita biasa2 jugak bulan ni. Tak ada apa-apa yg menarik dan teruskan kehidupan macam biasa je. Huhu. Sekejap aje dah pertengahan tahun. Blur dengan pencapaian hidup ni. Huwaaaa
ReplyDeleteSaya suka baca akak fadzi punya kisah keluarga ni hehehe memang bahagia walaupun tak banyak yang besar tapi sedikit sebanyak kisah keluarga ni boleh jadi macam diari dan juga dikenang 10 tahun akan datang teruskan akak menulis macam tiada lagi orang seperti akak....
ReplyDeleteMasing-amsing ada cerita dia kan..setiap bulan pasti banyak benda baru ada..hehee..comel anas dan aneeq pakai baju zebra tu..ehhee..
ReplyDeleteAla comelnya Costume Party. Hahaha Fadzi. Anas dah tumbuh gigi. Uuuuuuuuuhhhh menyusu badan nanti dia mula gesek-gesek sebab gatal gusi. Ngilunya rasa. Hahahaha.
ReplyDeleteanak huda yang sulung pun ada request nak join coloring contest, tapi huda jer tak pernah nak bawa. pk2 balik , anak2 suka kan aktiviti luar cam tu. comel la costum zebra tu. rasa nak beli jugak untuk anak2. terus nk terjah shoppe skrg.
ReplyDeletesuka tengok fadzi recap macam ni. atleast kita tau apa target kita kan. apa kita nak dah berjaya nak buat dan apa kita plan nak buat.
ReplyDeletetahniah ,, rajin haa buat recap tapi ok camni paling2 nanti tak lupa apa peristiwa penting yang telah berlaku sepanjang bulan untuk disimpan jadikan kenangan dimasa hadapan
ReplyDeleteAneeq menang best dressed tak? Hahaha
ReplyDeleteBulan 7 plak Rawlins busy kat opis - nonstop terima pelajar luar negara seramai 200 orang... penat hehehe..
Achievement? Hurm. Tak ingat plak hahaha
tahniah tuan. Kadang nak juga tingkatkan pengetahuan diri dengan ikut kursus2 yang jangka pendek. Terutamanya tentang mass comm dan juga writing course. asalkan dapat tambah ilmu untuk diri sendiri,
ReplyDeleteAlhamdulillah Tahniah buat suami Fadzi dan comel2nya Aneeq dan Anas dalam costume zebra depa tu.. amboi tumbuh gigi dah ye :)
ReplyDeleteAlhamdulillah saya masih hidup sampai sekarang.
ReplyDeleteGambar anak tumbuh gigi lagi satu tu paling win. Hehe.