Beza Bisul Dengan Jerawat | 2 hari lepas tiba-tiba je Fadzi rasa sakit dekat bawah bahagian bibir ni. Ingatkan ulser. Gigih mencari guna lidah tapi tak jumpa.

Lepas tu ingatkan pulak sebab Anas ada head butt bibir Fadzi ni. Mungkin sebab tu sakit. Raba-raba dekat bahagian bawah bibir, baru perasan ada ketulan dekat belah kanan bibir bawah.

Jadi Fadzi assume kan ni jerawat lah kot. Tapi bila pegang sakit. Dan macam ada benda putih dekat belah dalam. Makin lama bibir bawah belah kanan tu makin membengkak. Ah sudah. Fadzi terus fikir, jerawat ke bisul ni?

Beza Bisul Dengan Jerawat

Terus Fadzi google apa beza bisul dengan jerawat. Ye lah, takut jugak kalau tiba-tiba benda ni bisul kan. Malu satu. Sakit pun satu. Alang-alang dah google, Fadzi nak share sekali apa yang Fadzi baca.

Apa Itu Jerawat

Apa Itu Jerawat

Jerawat disebabkan oleh folikel rambut tersumbat. Penyumbatan itu disebabkan oleh kelebihan pengeluaran minyak oleh kelenjar minyak di kulit serta kulit mati yang terkumpul. 

Apa Itu Bisul

Apa Itu Bisul

Bisul disebabkan oleh jangkitan bakteria di folikel. Bakteria yang menyebabkan bisul dan carbuncles adalah Staphylococcus aureus, atau “staph“. Jangkitan staph adalah akibat daripada bersentuhan dengan orang yang dijangkiti atau bersentuhan dengan barang-barang yang tercemar, seperti tuala.

Cara Untuk Membezakan Jerawat Dengan Bisul

Jerawat dan bisul mungkin nampak macam sama, terutamanya jika bisul baru mula terbentuk. Kedua-dua jerawat dan bisul mungkin kelihatan merah dan membonjol. 

Tapi, bisul boleh menjadi lebih besar daripada jerawat. Bisul juga boleh bergabung dan membentuk carbuncles, yang merupakan sekumpulan bisul yang menyambung dan membentuk satu kepala. 

Bisul dan carbuncles biasanya sangat keras dan menyakitkan, sedangkan jerawat tidak keras dan mungkin atau tidak menyebabkan rasa sakit.

Tempat Tumbuh

Salah satu cara untuk membezakan antara jerawat dan bisul adalah lokasinya.

Jerawat selalunya muncul di muka, belakang, dan dada kerana ia adalah tempat kelenjar minyak menjadi terlalu aktif dan folikel jadi tersumbat. 

Bisul biasanya muncul di kawasan kulit yang terdapat banyak bakteria seperti lipatan kulit, pangkal paha, punggung, ketiak, atau dalaman peha. 

Walau bagaimanapun bisul dan jerawat juga boleh muncul di sekitar hidung atau di leher. 

Cara Merawat Bisul Dan Jerawat

Jerawat boleh hilang sendiri tanpa rawatan, tetapi korang boleh menggunakan ubat bukan preskripsi atau krim preskripsi atau antibiotik untuk merawatnya.

Staphylococcus aureus
Ini lah menatang Staphylococcus aureus tu.

Tapi, bisul memerlukan rawatan perubatan. Kalau tidak dirawat, Staphylococcus aureus boleh menyebabkan komplikasi yang serius, seperti septisemia, jangkitan otak atau saraf tunjang, jangkitan jantung atau artritis septik.

Menakutkan tak bunyi penyakit-penyakit yang boleh dapat daripada bisul ni. Fadzi baru tau ni.

Bagi rawatan jerawat, jumpa pakar dermatologi jika:
  • Jerawat anda banyak
  • Rawatan bukan preskripsi tidak berfungsi
  • Tidak berpuas hati dengan penampilan diri, atau jerawat menjejaskan harga diri anda


Bisul kecil cukup mudah untuk dirawat sendiri. Tetapi jumpa doktor jika bisul:
  • Muncul di muka atau tulang belakang anda
  • Sangat menyakitkan
  • Lebih besar daripada 2 inci
  • Menyebabkan demam
  • Tidak sembuh dalam masa beberapa minggu, atau terus kembali


Sejujurnya, Fadzi masih lagi keliru apa yang tumbuh dekat bawah bibir Fadzi ni. Nak kata bisul, macam tak. Nak kata jerawat, macam bisul pulak. Nak pergi jumpa doktor, kang tetiba rupanya jerawat je. Kan buat malu.

Zul pulak suruh letak minyak gamat. So ye, malam semalam lepas gosok gigi, cuci muka semua, Fadzi letak minyak gamat dekat bahagian yang timbul tu. Boleh rasa macam ada sensation dekat bahagian tu. 

Pagi ni pulak bila Fadzi bangun, sedar-sedar nampak yang benda putih dekat dalam benda timbul tu dah macam jerawat nak masak. Korang yang ada jerawat mesti faham kan.

Bibir dah kurang bengkak. Sakit pun dah kurang. Mungkin tinggal benda putih tu je yang nak pecah. Fadzi harap benda tu betul betul jerawat je dan bukannya bisul.  

Cara Hilangkan Bisul
So ni jerawat ke bisul guys?

Rawatan Cara Fadzi

Fadzi cuma nak share apa yang Fadzi buat untuk hilangkan atau mengurangkan jerawat atau bisul ni. Entah lah jerawat ke bisul ni.

1. Mandi shower air panas
Masa mandi shower, Fadzi guna air panas dan hala kan air panas tu dekat bahagian yang ada bonjolan tu. Buat lah dalam 3 hingga 5 minit macam tu. 

2. Tuam Dengan Tuala Panas
Rendam tuala kecil dalam air panas atau korang nak panas tuala kecil dalam bekas berisi air dalam microwave pun boleh. Tekap dekat bonjolan.

3. Letak Minyak Gamat
Yang ni sebenarnya Fadzi tak sarankan sangat sebab Fadzi pernah terbaca hari tu, kalau luka jangan letak minyak gamat. Takut ada infection. Tapi ni kan bukan luka lagi, so Fadzi letak je lah minyak gamat. 

4. Jangan Selalu Sentuh Bahagian Bonjolan
Jangan sentuh pun bonjolan tu. Ye la kan, kita tak tau tangan kita ni betul betul bersih ke tak. Pergi sentuh pulak benda tu takut jadi lagi teruk. Lagipun kalau kita sentuh benda tu lepas tu pegang anak ke suami ke isteri ke, tak pepasal jangkit ke tempat lain pulak kan.

Setakat 2 hari yang bawah bibir Fadzi ni ada bonjolan macam bisul atau jerawat ni, hari ni macam dah nak pecah kot. Sebab nampak bonjolan makin membonjol dan benda putih dalam tu semakin putih.

Korang doakan bila bonjolan ni pecah nanti dan sihat, tak ada kesan parut ye. Dah lah dekat muka. Jelas sangat pulak. Huhuhuh.


Beza Bisul Dengan Jerawat

by on September 26, 2019
Beza Bisul Dengan Jerawat | 2 hari lepas tiba-tiba je Fadzi rasa sakit dekat bawah bahagian bibir ni. Ingatkan ulser. Gigih mencari guna l...