10 Resipi Kuih Talam Yang Paling Popular

10 Resipi Kuih Talam Yang Paling Popular | Tak tahu lah kenapa tapi lately Fadzi rasa macam teringin sangat nak buat kuih muih tradisional Melayu. Faktor usia kot. Hahahha.

Jadi seminggu dua ni Fadzi asyik google je resepi resepi kuih Melayu. Alang-alang dah google, Fadzi buat terus entry resepi kuih talam popular ini untuk rujukan bila nak buat nanti. 

10 Resipi Kuih Talam Yang Paling Popular

Sebenarnya banyak lagi nama-nama dan versi kuih talam Melayu ni. Tapi nak buat semua memang tak termampu lah kot. Fadzi pilih untuk senaraikan 10 resipi kuih talam yang paling laku mengikut kata tukang jual kuih talam.



Resipi Kuih Seri Muka Pandan

1. Resipi Kuih Seri Muka Pandan

Lapisan Bawah

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut( rendam 4 jam)
2 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak


Cara-cara:
1. Panaskan kukusan sampai air mendidih.
2. Loyang lapik plastik.
3. Toskan pulut masukkan dlm loyang.
4. Campurkan santan, garam, minyak masak gaul dengan beras pulut tadi.
5. Ratakan dan kukus selama 20 minit.
6. Dah masak padatkan pulut.

Lapisan atas

Bahan-bahan:
2 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 biji telor
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air pandan
sedikit pewarna hijau

Cara-cara:
1. Campur semua bahan. Kacau dengan whisk sampai sebati.
2. Tapis dalam periuk.
3. Kacau atas dapur dengan api sederhana sampai agak2 pekat sikit.
4. Tuang atas pulut tadi dan kukus 20 minit.
5. Penutup kukusan ikat dengan kain supaya air tak menitik atas kuih.
6. Dah masak buka penutup dan biar atas api sekejap untuk keringkan permukaan kuih.
7. Dah sejuk baru potong.


Resipi Kuih Seri Muka Durian

2. Resipi Kuih Seri Muka Durian

Lapisan Bawah

Bahan-bahan:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (1 santan kotak & 1 1/2 cawan air)
1 sudu kecil garam (dan tambah secubit lagi)
Sedikit minyak masak (kalau guna santan kotak)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan dalam 20 minit atau sehingga masak .
2. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi. Atau boleh juga menggunakan loyang yang sama.
3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Nota: santan perlu dikurangkan supaya pulut tidak terlalu lembut.

Lapisan Atas 

Bahan-bahan:
4 cawan santan pekat (2 santan kotak & 2 cawan air)
1 cawan gula tebu/perang (saya guna gula kaster jer)
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung atau tepung kastad
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil  garam
Pewarna kuning (jika suka)

Cara-cara:
1. Masukkan santan, gula, garam dan durian dalam blender dan kisarkan.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
3. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad ke dalam mangkuk santan.
4. Masukkan pewarna. Kacau rata.
5. Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali non-stik [jika ada] sebentar. Saya terus tuang atas lapisan pulut tanpa dipanaskan terlebih dahulu
6. Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
7. Bila telah masak, sejukkan betul betul [dalam 4 -5 jam] baru dipotong menggunakan pisau plastik dan dihidangkan.



Resipi Kuih Koleh Kacang

3. Resipi Kuih Koleh Kacang

Bahan-bahan:

Bahan A:
1 cawan tepung kacang hijau
½ cawan gula pasir
1 sudu makan gula merah
2 cawan santan pekat (½ biji kelapa)

Bahan B (Serdak minyak):

1 cawan santan pekat (½ biji kelapa)

Cara-cara:
1. Gaul rata semua bahan A dan tapiskan ke dalam kuali.
2. Masakkan adunan menggunakan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
3. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang bersaiz 8 inci x 8 inci yang dilapikkan plastik, kemudian sejukkan.
4. Tapiskan bahan B ke dalam kuali dan masakkan sehingga pecah minyak dan berwarna coklat.
5. Taburkan ke atas kuih dan potongkan.
6. Sedia dihidangkan.



Resipi Kuih Talam Cendol

4. Resipi Kuih Talam Cendol

Bahan-bahan:
30 gm agar tali
120 gm gula merah
200 gm gula pasir
500 ml santan agak pekat
1200 ml air
1 sudu kecil garam
2 cawan cendol
2 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Rendam dahulu agar-agar dan kemudian masak dengan air ditambahkan daun pandan bagi larut. 
2. Masukkan gula putih, santan dan garam. Masakkan sekejap namun JANGAN bagi didih. Bahagikan 2 adunan.
3. Satu bahagian ditapis dan campurkan dengan cendol. Bahagian lain pula campurkan gula merah.
4. Tuangkan adunan cendol ke dalam loyang yang siap dilapik plastic dan kemudian bekukan.
5. Goreskan dengan garpu lapisan bawah itu dan kemudian tuangkan adunan gula merah dan kemudian bekukan. 
6. Terbalikkan sebelum dipotong mengikut saiz kegemaran.



Resipi Kuih Talam Keladi

5. Resipi Kuih Talam Keladi

Lapisan Bawah

Bahan-bahan:
Bahan A
200 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
1 1/2 sudu teh garam
300 ml santan pekat
700 ml air

Bahan B
200 gm keladi. Buang kulit, potong dadu kecil dan kukus dan timbang

Cara-cara:
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan tapis ke dalam periuk. Panaskan di atas api selama 2-3 minit.
2. Masukkan bahan B. Kemudian curahkan ke dalam loyang 10×10 yang diletakkan plastik. (letakkan sedikit minyak dan lapikkan plastic 14×14, menjadikan plastic melekat dengan cantik)
3. Kukus selama 25 minit.

Lapisan Atas

Bahan-bahan:
100 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
250 gm gula halus
4 biji telur grade A
200 ml santan pekat
400 ml air
Sedikit pewarna unggu
1/2 sudu garam

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau di atas api selama 2-3minit sebelum dituangkan ke atas lapisan bawah.
2. Jika ada air di atas lapisan bawah, lapkan terlebih dahulu dengan tisu dapur.
3. Kemudian goreskan permukaan bawah dengan garpu dan bolehlah dituan perlahan-lahan agar adunan tidak berbuih. Kukus selama 30 minit.
4. Resepi ini cukup-cukup dan sedang elok dengan loyang 10×10 itu. Jika kalau nak jual harganya adalah rm35 ke rm40.



Resipi Kuih Talam Suji

6. Resipi Kuih Talam Suji

Bahan-bahan:

Lapis bawah:
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas:
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.



Resipi Kuih Talam Tokyo

7. Resipi Kuih Talam Tokyo

Lapisan Bawah

Bahan-bahan:
1 cawan sagu rendam sekejap
1 paket kecil suun (pun rendam jugak dan gunting sikit)
1 cawan kelapa putih
1 kotak kecil santan Kara
1/2 cawan air
1/2 sudu besar garam (bahagian bawah ini perlu masin sedikit)

*Gaul semua

Lapisan Atas

Bahan-bahan:
20 ke 25 helai daun pandan blender dengan 2 1/2 cawan santan dan perah atau tapis
(2 kotak kecil santan Kara tambah air 1 cawan)
4 biji telur
1 cawan gula
6 sudu besar tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard

Cara-cara:
Blend lagi sekali. Kukus lapisan bawah dulu dalam 10 ke 15 minit, selepas tu baru yang atas. Berapa lama tu ikut jenis kukus masing-masing. Kalau tebal, perlu lama sedikit.


Resipi Kuih Tok Aji Sarban/Pulut Sekaya

8. Resipi Kuih Tok Aji Sarban/Pulut Sekaya

Bahan-bahan:
Bahan A (Lapisan bawah):
2 cawan beras pulut (Rendamkan selama 2 jam)
2½ cawan santan cair
½ sudu teh garam

Bahan B (Lapisan atas):
½ cawan gula pasir
½ cawan gula merah
½ cawan air panas
(Gula pasir, gula merah dibancuh dengan air panas & ditapis)
1 cawan santan pekat (½ biji kelapa)
½ cawan tepung gandum
3 biji telur
½ sudu teh garam

Cara-cara:
1. Basuh dan tuskan pulut dan masukkan semua bahan A ke dalam loyang.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan plastik di dalam loyang bulat yang lain bersaiz 8 inci.
4. Tekan pulut yang dikukus tadi supaya mampat dan rata. Kukuskan semula.
5. Bancuhkan semua bahan B dan tapiskan ke dalam mangkuk.
6. Cakarkan sedikit permukaan pulut dengan garpu dan tuangkan adunan.
7. Kukus lagi selama 30 minit.
8. Sejukkan dan sedia dihidangkan.



Resipi Kuih Lapis

9. Resipi Kuih Lapis

Bahan-bahan:
1½ cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
¾ cawan gula
4 cawan santan
Pewarna merah
½ sudu teh garam
Sedikit minyak (Bagi disapu pada loyang)

Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan kecuali pewarna dan minyak masak ke dalam mangkuk besar dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah ke dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal (putih) dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan air di dalam periuk kukusan dan sapukan minyak pada loyang bulat bersaiz 7 inci.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal (putih) dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal (putih) berselang-seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong. Sedia dihidangkan.



Resipi Kuih Talam Ubi Kayu

10. Resipi Kuih Talam Ubi Kayu

Lapisan bawah – Kuning

Bahan-bahan:
800gm ubi kayu yang siap di parut
250gm gula pasir
300 gm santan pekat
Sedikit garam
20gm tepung gandum

Atau

Lapisan bawah – Gula Merah

Bahan-bahan:
800gm ubi yang siap di parut
200gm santan pekat
*100ml air
*100gm gula pasir
*150gm gula merah
Sedikit garam
Daun pandan
20gm tepung gandum
*Masak jadikan sirap

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan sama ada kuning, atau gula merah ke dalam loyang 10×10 yang telah dilapik plastic. 
2. Kukuskan selama 20 minit

Lapisan Atas

Bahan-bahan:
300ml santan
500ml air
100gm tepung beras
20 gm tepung jagung
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
1. Masak hingga naik wap. 
2. Tuangkan ke atas ubi yang dikukus tadi. 
3. Kukus lagi selama 20 minit hingga masak.

Tu dia 10 resipi kuih talam paling senang. Niat hati kalau boleh nak buat satu jenis kuih talam seminggu tapi mungkin Fadzi akan adjust sikit kuantiti bahan-bahan sebab nak buat untuk 3 orang makan saja.

Fadzi tengah tunggu loyang dan beberapa lagi barang lain sampai. Beli online je senang. Nanti kalau Fadzi dah start buat kuih talam ni, Fadzi update dekat entry lain. Selamat mencuba. 


Post a Comment

3 Comments

  1. Sedapnya kuih talam.. siap ada senarai resepi nak buat kuih talam lagi.. Terima kasih di atas info yang diberikan..

    ReplyDelete
  2. sedap tu..suka kuih lapis dgn seri muka. boleh save la nk buat nnti

    ReplyDelete
  3. Kuih talam Tokyo macam kuih seri muka rupanya.

    ReplyDelete