Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) Dah Masuk

January 22, 2020


Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) Dah Masuk | Bagi yang ternanti-nanti bila BSH 2020 nak masuk, finally duit bantuan dah masuk. Rata-rata kawan Fadzi di Facebook dah update yang diaorang dah dapat.

Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) Dah Masuk

Kemain eh seronok diaorang hehehe. Walaupun Fadzi tak dapat, Fadzi seronok jugak tengok diaorang update dan share apa diaorang buat dengan duit bantuan sara hidup tu. Fadzi harap korang yang dapat tu, guna untuk sebaiknya lah okay?

Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) Dah Masuk

Untuk tahun 2020 ini, pembayaran fasa pertama BSH 2020 bagi kategori isi rumah telah pun masuk sebanyak RM300 mulai 20 Januari 2020.

Bagi masih yang tak tahu, kerajaan telah pun umumkan  dalam Ucapan Belanjawan 2020 yang diaorang akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH). 

Tujuannya bagi menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) untuk meringankan kos sara hidup mereka. 

Pembayaran fasa pertama BSH 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 (Isnin) kepada penerima BSH yang berdaftar (kategori isi rumah) di dalam pangkalan data BSH 2019 seperti berikut: 

Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) Dah Masuk

Pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa BSH 2019. 

Bagi korang yang masih tak dapat tu, sabar ya. Katanya duit akan dimasukkan ke dalam akaun bermula hari Isnin (20 Januari 2020) hingga Rabu (22 Januari 2020).

Permohonan Baru BSH 2020 Dan Kemaskini BSH 2020

Kalau ada antara korang yang masih belum memohon untuk mendapatkan BSH 2020, korang boleh memohon atau mengemaskini bermula pada 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

Kategori Permohonan BSH 2020

Selain daripada kategori isi rumah, permohonan untuk BSH 2020 juga dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020. 

  • Korang tidak perlu membuat permohonan baharu/kemaskini kalau:
  • Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  • Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Walau bagaimanapun, pemohon perlu membuat permohonan baharu/ kemaskini sekiranya:
    • i. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH (Kategori Baharu);
    • ii. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; dan
    • iii. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020.

Untuk baki pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan dimasukkan ke dalam akaun pada fasa kedua dan ketiga. 

Bagi kategori bujang dan OKU pula akan dimasukkan dalam akaun bank masing-masing secara one-off pada fasa kedua.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tenogk website https://bsh.hasil.gov.my/.



Baca ini juga ..

11 comments

  1. Wahh, sapa nak bagi kan rm300. Seronok boleh shopping. Hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah semoga yang mendapat BSH ni dpt memanafaatkan bantuan tu sebaik mungkin

    ReplyDelete
  3. Alaaa tak pernah dapat haha..moga yg dapat tu manfaatkan betul2 dan moga dapat membantu mereka yg btl2 memerlukan

    ReplyDelete
  4. Wah dah masuk ya. Best utk yg dapat. Kita pun xdapat. Semoga yang dapat gunakan sebaik2 nya

    ReplyDelete
  5. pernah berasa nak apply jugak tapi takperlah , kita bagi pada yang lebih layak ...InsyaAllah yang selebihnya kita usaha dan minta allah permudahkan .....

    ReplyDelete
  6. Bila sharing bab bantuan sara hidup ni mesti ramai suka baca sbb nak tahu masih bole pohon ke tidak jika tahun lalu tak dpt... good sharing!

    ReplyDelete
  7. Moga BSH dapat membantu keluarga yang memerlukan untuk kelangsungan hidup dan kesejahteraan keluarga ye tak

    ReplyDelete
  8. Seronok yang dapat BSH. Semoga dapat membantu mereka yang betul-betul memerlukan

    ReplyDelete
  9. tahniah kepada yang dapat. semoga manfaatkan wang tersebut kepada jalan yang benar. hehe :)

    ReplyDelete
  10. semoga bantuan ni dapat ringankan beban mereka yang memerlukan. Dulu masa bantuan kerajaan sebelum ni, pernah dapat dua tahun. Bila kehidupan dah upgrade. Giliran org lain pula kami beri. Dari situ kami belajar manage kewangan. Lagi berduit, lagi kena jaga kewangan sebab tiada bantuan tepi dah. Hehehe. So, tahniah kepada semua yang dapat.

    ReplyDelete
  11. Mampu tengok jela orang lain dapat, hehe. Dah kawen ni, bila total up dengan gaji husband terus tak layak dah.

    ReplyDelete

Followers