Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online | Korang dah check ke WTD? Mana tau ada duit yang korang akan dapat nanti. Sekarang ni dah tak payah susah-susah nak pergi pejabat akauntan negeri nak check. Check WTD online pun dah boleh sekarang.

Fadzi tau boleh start semak WTD online ni masa 1 Januari lepas. Tapi Fadzi check 2hb. Punyalah payah. Nak register website loading. Nak tunggu dieorang bagi password lama. Nak log in guna password yang diberi, tak boleh. 

Jadi Fadzi register lah lagi sekali. Nak register lagi sekali tu pun payah jugak. Semalam cuba register, loading teruk website nya. Mungkin dieorang tengah ubah sistem. Hari ni register, baru ok masuk.

Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

Rasanya kalau korang nak check mulai hari ni, dah ok kot. Sebab tengok page pendaftaran, diaorang ada buat perubahan sikit. Dan Fadzi daftar tadi, smooth sikit perjalanan dia.

Okay, kalau yang tertanya-tanya macam mana nak check WTD secara online, korang boleh baca artikel ni sampai habis. Ready? Go!

1. Pergi ke website https://egumis.anm.gov.my/
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online


2. Klik Semakan>Pendaftaran
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

3. Isi borang pendaftaran. Klik Terms & Cond, reCaptcha dan Daftar
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

4. Bila keluar pop up message macam ni, klik Ya
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

5. Pendaftaran korang dah berjaya.
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

6. Terus pergi log in. Klik Semakan>Log Masuk
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

7. Isikan username dan password
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

8. Korang kena tukar password untuk kali pertama. Fadzi buat password yang sama macam yang register pun ok je. Tak ada masalah.
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

9. Kena kemaskini details dulu. Kalau tak, tak boleh nak check WTD online
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

10. Bila dah kemaskini, page ini akan keluar. Klik dekat butang KLIK SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

11. Isikan nombor pengenalan dan klik Cari
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

12. Nanti keluarlah senarai wang yang tidak dituntut kalau korang ada. Fadzi... Ermm.. Tak ada hahahaha. Dia kata rekod Fadzi tak ada dalam senarai.

Tapi kalau difikir-fikir, Fadzi ada je satu akaun bank yang dah lama tak aktif. Dan ada je duit dalam tu. Cuma Fadzi dah tak ada kad bank tu. Buku pun tak ada dah. Entah ke mana.

Sepatutnya ada lah sedikit amount yang terpapar tapi tak ada. Mungkin sebab website tu pun masih lagi baru. Fadzi check lepas dieorang buat penambahbaikan untuk pendaftaran.

Dan bila kawan-kawan dekat Facebook pun ada cakap benda yang sama, pasal tak ada rekod untuk diaorang. Jadi Fadzi rasa ada lah sistem dieorang yang masih tak betul. 

Tunggu dalam sebulan dua lagi mungkin akan check semula dan tengok balik ada rekod atau tidak. Untuk korang yang masih tak register lagi untuk check WTD online, boleh lah cuba. 

Post a Comment

16 Comments

  1. Than you sharing. Mudah jadikan panduan untuk mereka yang nak check ada step by step macam ni. airah pun stuck nak check haritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya 2hb hari tu pun sebenarnya stuck jugak. Rupanya dieorang tengah buat maintenance.

      Delete
  2. Dah check dan memang ada yang tak dituntut. Mula2 masa nak bukak sistem tu jam tapi akhirnya boleh juga bukak walau lambat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, awal awal tu macam diaorang ada buat maintenance kejap kejap

      Delete
  3. Rawlins terus daftar dan semak ye. Pun takde WTD atas nama Rawlins hahaha. Baru je berbunga harapan mudahan ada duit extra hahaha

    ReplyDelete
  4. Bagus boleh buat online. Sis tak silap last year pergi ibu pejabat dia..mmg ramai org kena tunggu no giliran bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Check online ni memang membantu sangat.

      Delete
  5. Tak pernah check lagi sebab lom daftar . Nanti K.Sal try , mana la tahu kot ada rezeki terpijak kan..berangan je dulu ni. Tapi nak try la daftarkan mak jugak. Mana tau ade ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah cuba dulu kak sal. InsyaAllah ada rezeki tu

      Delete
  6. baru tau pasal wang tak dituntut ni, thanks atas tips. Baru bukak akaun, mana tau ada rezeki terpijak.

    ReplyDelete
  7. Thank you share info ni. Tak pernah lagi semak WTD. Taknak semak. Takut murung tengok result dia. Haha

    ReplyDelete
  8. Dah cek semalam..hahaa..samalah takde dalam rekod..kahkah..beria nak tau kot ada kan..ehhee.takpela..

    ReplyDelete
  9. Huda tak check lagi, takut kecewa..nak tunggu sistem diorg stabil dulu lah,next month lah baru nak check

    ReplyDelete
  10. Now I have learnt about this. Never know can be checked. Will, hope is not too troublesome to get the money out

    ReplyDelete