Buka Puasa Di Shah Alam 2020 - Taste Of Malaysia @Laman Kayangan | Ini tahun kedua Fadzi berkesempatan untuk join preview Ramadhan Buffet di Laman Kayangan yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam ini.
Personally, Fadzi rasa tahun ini menu-menu yang disediakan masa buffet Ramadan di Laman Kayangan tahun 2020 lebih menarik daripada tahun lepas. Nak nak lagi bila diaorang menampilkan pelbagai menu tradisi dari pelbagai negeri.
Buka Puasa Di Shah Alam 2020 - Taste Of Malaysia @Laman Kayangan
Minggu lepas Fadzi sempat pergi ke preview buffet Ramadan Laman Kayangan. Jalan je dari tempat parking ke pintu masuk dewan, tak sempat masuk dewan lagi dah nampak Kambing Golek di atas bara.
Itu baru belah luar tau. Bila masuk dewan, lagi banyak pilihan menu yang boleh dipilih. Kali ini ada 13 stall yang menghidangkan lebih dariapda 100 menu yang boleh korang rasa waktu berbuka puasa nanti.
Antara signature dish yang korang wajib cuba adalah seperti Tempoyak Ikan Patin Temerloh, Kambing Mak Dara, Nasi Dagang Pak Hassan dan Sup Daging Merah.
Antara stall lain yang bakal menghidangkan pelbagai jenis menu Citarasa Malaysia dari pelbagai negeri di Malaysia adalah:
Masa berbuka nanti, korang jugak akan dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar. Baru lah seronok nak berbuka puasa kan.
Dekat sini ada pelbagai kemudahan disediakan yang semestinya memudahkan korang untuk berbuka puasa dengan selesa dan tenang. Ada surau disediakan, tempat parking yang banyak dan percuma, ada free wifi dan dalam dewan fully air conditioned.
Tarikh Dan Masa Buffet Ramadhan Taste Of Malaysia @Laman Kayangan
Majlis Buffet Ramadhan Taste Of Malaysia @Laman Kayangan akan diadakan setiap hari bermula dari tarikh seperti di bawah.
25 April 2020 - 20 May 2020
Harga Buffet Ramadan Taste Of Malaysia @Laman Kayangan
Dekat bawah ni Fadzi senaraikan harga untuk voucher berbuka puasa di Laman Kayangan Shah Alam tahun 2020.
Early Bird (Pembelian bermula 28 Februari 2020 hingga 24 April 2020)
RM59 - Dewasa
RM35 - Kanak-kanak dan warga emas
Harga Asal
RM69 - Dewasa
RM39 - Kanak-kanak dan warga emas
Pakej Family
RM138 - Beli 2 dewasa percuma 1 kanak-kanak/warga emas
RM621 - Beli 9 dewasa percuma 1 dewasa
Pakej Korporat
RM6900
Beli 10 meja dapat percuma 1 meja + 5 pax + 15% diskaun untuk pembelian voucher seterusnya untuk 5 pax
RM13800
Beli 20 meja dapat percuma 2 meja + 2 meja VIP setting + 5 pax + 2 hamper raya + 2 bunting + projector & P.A. System + 15% diskaun untuk pembelian voucher seterusnya untuk 1 meja
RM20700
Beli 30 meja dapat percuma 3 meja + 3 meja VIP setting + 5 pax + 3 hamper raya + 2 bunting + projector & P.A. System + 1 backdrop 10'x10' + 15% diskaun untuk pembelian voucher seterusnya untuk 3 meja
RM27600
Beli 40 meja dapat percuma 4 meja + 4 meja VIP setting + 5 pax + 400 special gift Ramadan + 4 hamper raya + 2 bunting + projector & P.A. System + 1 backdrop 10'x10' + 15% diskaun untuk pembelian voucher seterusnya untuk 4 meja
RM34500
Beli 50 meja dapat percuma 5 meja + 5 meja VIP setting + 5 pax + 500 special gift Ramadan + 5 hamper raya + 2 bunting + projector & P.A. System + 1 backdrop 10'x10' + 15% diskaun untuk pembelian voucher seterusnya untuk 5 meja
Untuk maklumat lanjut tentang Buffet Ramadan Taste Of Malaysia @Laman Kayangan, korang boleh tengok dekat bawah.
Website: https://lamankayangan.com/ramadhan2020/
FB: lamankayanganshahalam
IG: lamankayanganshahalam
Alamat: Dataran Karyawan, Kompleks Belia & Kebudayaan, Negeri Selagor, Seksyen 7 40000 Shah Alam, Selangor.
Waze/Google Maps (Laman Kayangan)
Nombor telefon: 03-5885 9224/011 1878 4681/019 250 3090
Fadzi tak sabar nak bawak family datang berbuka puasa dekat Laman Kayangan lagi tahun ni. Makanan yang disediakan masa preview buffet Ramadan hari tu memang sedap. Bila makan masa berbuka bulan Ramadan dengan family nanti, mesti lagi sedap :D
Bagi yang mencari tempat berbuka puasa di Shah Alam tahun 2020 ni, korang boleh cepat-cepat beli voucher berbuka puasa di Laman Kayangan ini untuk dapatkan harga promosi.
30 Comments
wow meriah
ReplyDeleteMemang meriah :D
Deleteaida sgt la suka mkn gini tau, fadzi.
ReplyDeletebwk anak2. berbuka lain dari yg lain sesekali, kan.
kat rumah jer,boring la kan.
malangnya, dah bertahun tak makan gini.
asben aida x brape gemar... kami ikut aje la.
dia ada keutamaan yg lain bila bulan puasa. terutama mlm.
so, mostly berbuka di rumah saje :)
Jarang jarang kan nak makan macam ni. Sekali sekal seronok juga
DeleteWahh dah start buffet ramadan. Tak sabarnya. My fav tu Tempoyak Ikan Patin Temerloh. Wajib buffet ramadan ada Kambing Golek kan. Memang payah nak cari Buffet yang ada Nasi Dagang. Kalau ada memang sis laju jer ambil yang itu dulu haha
ReplyDeleteTempoyak ikan patin tu rare jugak nak jumpa dekat buffet ramadan
DeleteBestnye..harga pun ok..tak sabar nak puasa dan berbuka puasa dengan family.
ReplyDeleteHarga not bad compared dengan menu yang ada
DeleteSekarang memang tengah rancak preview buffet ramadhan. Dapatlah kita buat pilihan nak meniknati buffet ramadhan dekat mana kan. Tapi masa Ramadhan nanti, nur tengah pantang. Eh tercerita pulak hahahaha ni kes jealous tengok orang dapat makan sedap2 ramadhan nanti
ReplyDeleteHeheh tak apa. Habiskan pantang. Lepas habis pantang ha, banyak benda best lagi boleh makan
DeleteSetiap tahun dengar pasal Laman Kayangan ni tapi belum pernah try. Tahun ni bolehlah cuba, harganya pun masih boleh runding. Hehe.
ReplyDeleteKan. Harga dia not bad untuk menu yang ada
Deletesedap tu. banyak pilihan, suasana pun nyaman dan meriah. tentu buka puasa pun best
ReplyDeleteTahun lepas pernah bukak puasa dekat sini jugak. Makanan memang terbaik
DeleteLaman Kayangan nie memang terkenal dengan kepelbagaian juadah di situ. Tu dah nampak banyak sangat juadahnya - makanan dan harga seiring ye. Boleh masuk dalam senarai to go for ramadhan
ReplyDeleteBanayk menu negeri negeri dekat sini. Menarik semuanya
DeleteMemang best buka puasa kat sini sebab macam2 ada.. mmg puas hati
ReplyDeleteKak Ayu pun pernah berbuka dekat sini?
DeleteRuby perhatikan lokasi jauh camni mesti harga buffet murah dan menu kena dengan selera Ruby yang suka masakan kampung. Huwwwaaa. waiiiii jauh sangat
ReplyDeleteTu yang seronoknya kan kak ruby. Masakan kampung yang kita rindu
DeleteNampak menarik semua makanan kat sini. Harga pun sangat berbaloi kalo nak berbuka puasa bersama keluarga
ReplyDeletePernah makan 2 kali ramadan dekat sini. Memang terbaik
DeleteTak sangka, dah nak masuk bulan puasa dah kan? Sekejapnya je rasa. Nanti kita try buka puasa kat sini
ReplyDeleteHujung bulan ni je dah masuk ramadan. Kurang seri nampaknya ramadan kali ni
DeleteSedapnya menu-menu dia.. kalau dekat maunya tb pi ni berbuka puasa kat sini.. kambing golek tu macam memanggil2 je
ReplyDeleteKambing golek tu memang orang cari sangat kat kalau dekat buffet ramadan
DeleteHarga dengan menu yang di sajikan sangat berbaloi gile...banyak pilihan dan nampak sedap..tempatnya pun nampak selesa kan...
ReplyDeleteMenu dia banyak. Tempat dia pun selesa sangat
DeleteTahun ni tak boleh makan sedap2 sangatla time bulan puasa, sebab dalam tempoh berpantang masa tu. Hehe. Raya pun tak raya sangat.
ReplyDeleteTakpe emi. Kena jaga diri elok elok waktu pantang tau
Delete