Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia Dari 18 Hingga 31 Mac 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia Dari 18 Hingga 31 Mac 2020 | Petang tadi kecoh katanya kerajaan nak buat pengumuman penting pukul 9 malam. Fadzi pun macam okay, tunggu je lah nak umum apa kan.

Lockdown Malaysia Dari 18 Hingga 31 Mac 2020

Tetiba kecoh pulak orang ramai serbu pasaraya dan kedai-kedai runcit untuk beli stok makanan. Ramai jugak lah kawan-kawan dekat Facebook duk share gambar orang ambil barang penuh 2 3 troli. Risau kena lockdown kot.

Lockdown Malaysia Dari 18 Hingga 31 Mac 2020

Sampai pukul 9 malam, tengok-tengok diaorang postpone pula pengumuman ke pukul 10 malam. Pukul 10 malam kejap tadi baru dieorang buat pengumuman.

Kalau yang masih tak tau pengumuman tu tentang apa, krang boleh baca dekat sini.

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. 

Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi; 

Pertama:
Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.  

Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.  

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020. 

Kedua:
Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

Ketiga:
Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara. 

Keempat:
Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti. 

Kelima:
Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara. 

Keenam:
Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan. 

Bagi yang masih tak beli stok makanan, jangan risau sangat. Pasaraya dan kedai-kedai runcit masih dibuka. Kerajaan juga bagi jaminan stok makanan sentiasa ada. 

Tapi itu pun kalau korang tak beli barang macam nak buat kenduri lah kan. Sebelum buat panic buying, fikir-fikir kan lah orang-orang lain yang tunggu gaji baru boleh beli barang ya.

Beli cukup-cukup untuk family korang dan tinggal-tinggalkan juga untuk family lain. InsyaAllah tak ada apa-apa. Stay inside and have fun watching neflix :D


You Might Also Like

0 comments