Cara Solat Terawih Di Rumah

Cara Solat Terawih Di Rumah | Besok, 24 April 2020 Insya Allah kita akan mula berpuasa bagi tahun ini. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Covid19 ni, solat terawih tidak akan diadakan di mana-mana masjid dan surau pun.

Tapi itu tak bermaksud kita tak boleh bersolat terawih pun. Kalau nak solat terawih di rumah pun boleh sebenarnya. Dari dulu lagi memang boleh. Cuma kita tak biasa buat kan.

Cara Solat Terawih Di Rumah

Entry kali ini Fadzi nak kongsikan dengan korang cara untuk berterawih di rumah. Semoga sedikit sebanyak boleh membantu kita semua untuk mula atau untuk mengingatkan kita kembali cara-cara bersolat terawih di rumah.

Hukum Solat Sunat Tarawih

Sebelum Fadzi kongsikan cara buat solat tarawih dari rumah, Fadzi nak kongsikan hukum solat terawih ni. 

Sunat Muakad (sangat dituntut)
Ibadah yang sangat dituntut diadakan pada malam bulan Ramadan bagi orang lelaki dan wanita Islam. Tak kisah sama ada nak buat secara berjemaah ataupun secara berseorangan.

Solat terawih ini adalah sati ibadah yang sunat dilakukan di masjid, surau ataupun mana-mana tempat yang sesuai untuk solat berjemaah.

Solat sunat terawih ini dilakukan selepas menunaikan solat Fardhu Isyak dan solat sunat ba’diah dua rakaat hingga terbit waktu fajar.

Solat terawih ini boleh dilakukan sama ada 20 rakaat atau 8 rakaat. Solat terawih ini perlu ditunaikan dua rakat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram. Ulang dua rakaat setiap angkat takbir sampai habis 8 atau 20 rakaat.

Maksudnya korang:
Niat - angkat takbir - buat 2 rakaat - salam (2 rakaat)
Niat - angkat takbir - buat 2 rakaat - salam (2 rakaat)
Niat - angkat takbir - buat 2 rakaat - salam (2 rakaat)
Niat - angkat takbir - buat 2 rakaat - salam (2 rakaat)

Total jadi 8 rakaat. Kalau nak buat 20 rakaat, satu round solat tu kena buat 10 kali. Ha, faham tak? Harap korang boleh faham explaination Fadzi ni. 

Tapi pasti rukun solat tu buat semua tau, bukan 4 benda saja yang Fadzi bagitau dekat atas tu. Rukun solat sunat terawih ni sama saja dengan rukun solat fardhu dan solat sunat yang lain.

Lafaz Niat Solat Sunat Terawih Bersendirian

Ini adalah bacaan niat solat terawih kalau korang nak solat sorang-sorang.
Lafaz Niat Solat Sunat Terawih Bersendirian

Bacaan rumi: Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala 

Maksud: "Sahaja aku solat sunat terawih dua rakat kerana Allah Taala"


Lafaz Niat Solat Sunat Terawih Bermakmum

Ini pula adalah bacaan niat solat terawih kalau korang nak solat jadi makmum.
Lafaz Niat Solat Sunat Terawih Bermakmum
Bacaan rumi: Usolli sunnatal tarawih rak’ataini makmuman lillahi taala 

Maksud: "Sahaja aku solat sunat terawih dua rakat kerana Allah Taala"


Doa Selepas Solat Terawih

InsyaAllah lepas selesai solat terawih, korang boleh baca bacaan doa di bawah ni. Fadzi sertakan doa dalam bahasa Arab, tulisan rumi sekali dengan maksudnya.

Doa Selepas Solat Terawih

Bacaan rumi:
Bismillahirrahmanir rahim.

Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa ala Alihi wasohbihi ajmain, Allahummaj ‘alna bil imani kamilin,  walifara idhika muaddin. Wa lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil hudaa mutamassikiin.

Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.

Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.

Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail maqbuuliin. Wa alaa  taj ‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin. ilaahana Aafinaa wa’fu annaa waghfir allaahumma lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali ikhwaaninaa wali akhawaatinaa wali azwaajinaa wali ahliinaa wali ahli baitinaa

wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal amwaat.

Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.

Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,

Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi robbil  Aalamin.



Maksudnya:
Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.

Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.

Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana.

Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.

Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.

Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat.

Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.

Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.

Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.



Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.

Alhamdullilah, lepas habis solat terawih nanti, korang boleh akhirkan ibadah korang dengan solat witir. Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu korang yang tercari-cari cara untuk buat solat terawih di rumah.


Post a Comment

4 Comments

  1. Selamat berpuasa dan beribadah sepanjang Ramadan. Stay safe ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah selama berpuasa kembali :D

      Delete
  2. Terima kasih panduan ini ya

    ReplyDelete