Cara Buat Duit Dengan Menulis

Cara Buat Duit Dengan Menulis | Sebelum menjadi seorang blogger dan sekarang seorang ghostwriter, Fadzi tak pernah terfikir yang kita sebenarnya boleh jana pendapatan dengan menulis. 


Sungguh, tak pernah terfikir langsung.


Sampailah Fadzi terjebak dengan dunia blogging secara serius. Barulah Fadzi sedar dengan menulis, kita boleh buat duit. 


Tapi Fadzi tak nak berhenti setakat menulis blog personal sahaja, Fadzi nak lebih daripada itu.


Kemudian, terjebaklah Fadzi ke dalam dunia ghostwriter. Barulah terbuka mata Fadzi seluas-luasnya tentang peluang buat duit dengan menulis. 


Besar sebenarnya peluang yang ada walaupun hanya dengan menulis ini.


Cara buat duit dengan menulis

Cara Buat Duit Dengan Menulis

Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana nak buat duit dengan menulis. Betul tak? 


Ramai yang rasa macam eh betul ke boleh jana pendapatan hanya dengan menulis?


Sebelum ini Fadzi pun macam itu. Rasa yakin tak yakin saja. Lebih-lebih lagi bila fikir nak jadikan menulis sebagai satu kerjaya tetap. 


Sampailah Fadzi terjumpa ebook Rahsia Mudah RM1000 Sebulan Dengan Menulis.


Bagi Fadzi, ebook ini sangat berbaloi bagi yang nak memulakan kerjaya dengan menulis. 


Tak kisah sama ada nak buat kerjaya menulis ini sebagai satu kerjaya tetap atau part time. 


Dalam ebook ini korang akan dapat panduan sebenar cara untuk menjana pendapatan dengan aktiviti penulisan. 


Sesuai bagi korang yang baru nak bermula mahupun yang nak tambah ilmu tentang kerjaya freelance writer ini.



Nota: 

Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. 


Apabila korang beli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email korang dan korang perlu download ia ke komputer atau smartphone korang. 


TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah korang.



Penulis E-book: Aqif Azizan

Bagi yang belum mengenali Tuan Aqif Azizan, beliau adalah seorang pakar dan juga jurulatih penulisan bisnes yang sudah lama berkecimpung dalam bidang penulisan.

Aqif Azizan

Fadzi pun memang follow Tuan Aqif Azizan sejak pertama kali Fadzi kenal beliau masa menghadiri Seminar Buat Duit Dengan Affiliate pada tahun 2014. Antara kejayaan yang buat Fadzi kagum dengan Tuan Aqif Azizan adalah

  1. Mampu menjana 4 angka hampir setiap bulan daripada upah menulis untuk orang lain. 
  2. Menghasilkan beberapa buah ebook yang mampu memberikan beliau pendapatan pasif. Antara ebook yang pernah beliau tulis adalah 17 Resepi Kaya & Berjaya, Rahsia Usahawan Emas dan 7 Hari Siapkan Ebook.
  3. Menghasilkan 3 buah buku iaitu Inspirasi Kaya & Berjaya Siri 1, Inspirasi Kaya & Berjaya Siri 2 serta Buat Duit Dengan Freelance Blogging.



8 Perkongsian Mahal Dari Tuan Aqif Azizan

Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana Tuan Aqif Azizan boleh menulis begitu banyak bahan penulisan dalam jangka masa yang singkat? 


Macam mana pula nak jana pendapatan yang konsisten setiap bulan hanya dengan menulis?


Kesemua persoalan inilah yang Tuan Aqif kongsikan dalam ebook Rahsia Mudah RM1000 Sebulan Dengan Menulis. 


Ada 8 bab penting yang korang kena baca dan kena hadam untuk faham.


Cara buat duit dengan menulis

1. 5 Sebab Kenapa Tuan Aqif Azizan Gila Menulis

Untuk menjadi seorang penulis, korang perlu ada paling kurang satu daripada 5 sebab yang dikongsikan oleh Tuan Aqif. 


5 sebab ini biasanya orang panggil BIG WHY.


BIG WHY kenapa korang nak menjadikan menulis sebagai satu kerjaya. BIG WHY ini boleh jadi disebabkan oleh duit, keluarga, diri sendiri dan sebagainya. 



2. 10 Batu Penghalang Serta Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Sebagai Penulis

Korang perlu tahu dan elakkan daripada melakukan 10 kesilapan ini untuk menjadi seorang penulis yang berjaya, dengan lebih mudah. 


Fadzi sendiri ada buat kesalahan-kesalahan yang disenaraikan. Sekarang Fadzi perlahan-lahan cuba elak daripada melakukan kesalahan yang sama. 


Daripada 10 kesalahan itu, Fadzi ada buat 8 kesilapan 😅😅



3. 3 Fasa Penulisan 

Terdapat 3 fasa penulisan yang korang kena lalui untuk memudahkan korang menguruskan diri serta kerjaya freelance writer. 


Sejujurnya, Fadzi pun tak terfikir tentang fasa-fasa ini.


Tapi, Fadzi sangat setuju dengan fasa yang terakhir dalam ebook ini. Fadzi sendiri dah mengalami masalah yang sama seperti Tuan Aqif ceritakan dalam ebook ini. 


Cuma pada waktu itu, Fadzi masih tak ada ilmu tentang cara nak menghadapi fasa terakhir itu. 


Sekarang dah tahu, Alhamdullilah dah boleh elak masalah yang selalu dialami oleh freelance writer di fasa ketiga. 



4. 9 Syarat Membina Blog

Blog adalah medium yang sangat bagus untuk korang bina jenama sebagai seorang penulis. 


Tapi blog yang bagus perlu dibina dengan bersyarat. Bukan secara hentam keromo sahaja. 


Bab ini akan terangkan 9 perkara penting bina blog yang berkualiti untuk menjadi seorang penulis. 


Banyak juga kesalahan yang Fadzi dah buat dalam blog sekarang. Fadzi kena perbaiki dari semasa ke semasa.



5. 17 Cara Promosi

Terdapat 17 cara yang dikongsikan oleh Tuan Aqif untuk mempromosikan servis menulis anda kepada bakal pelanggan. 


Selepas baca bab ini, Fadzi rasa macam banyak lagi cara yang Fadzi tak gunakan untuk mempromosikan servis yang Fadzi tawarkan ini. 


Fadzi pilih satu cara untuk buat dalam satu-satu masa. Lebih senang untuk follow.


Kalau nak buat semua cara dalam satu masa, Fadzi takut nanti jadi serabut pula.



6. 3 Teknik Menjadi Pakar Dengan Pantas

Bab teknik menjadi pakar dengan pantas ini adalah bab yang paling Fadzi suka. 


Dan Fadzi juga tak sangka kita sebenarnya boleh menjadi seorang yang pakar dalam sesebuah bidang dalam jangka masa yang singkat. 


Korang perlu dapatkan ebook Rahsia Mudah RM1000 Sebulan Dengan Menulis ini untuk tahu cara-cara untuk menjadi seorang yang pakar dalam bidang yang korang nak ceburi.



7. 5 Formula Mudah Tingkatkan Jualan

Jualan dan freelance writing adalah dua perkara yang saling berkait. Kalau kita sebagai seorang freelance writer tidak mempunyai jualan, kita akan rasa:


  • Motivasi untuk menulis merudum
  • Minat menulis semakin pudar
  • Ragu-ragu dengan potensi freelance writing


Oleh itu, penting untuk kita mendapatkan jualan. Ada 5 formula mudah yang korang boleh terus guna untuk mendapatkan serta meningkatkan jualan servis menulis korang.



8. 37 Cara Cari Idea Penulisan

Memang diakui kadang-kadang Fadzi jadi kering idea nak menulis. Tapi idea menulis tidak boleh ditunggu datang sendiri. Kita perlu buat sesuatu untuk mendapat idea. 


Dalam bab ini, ada 37 cara untuk kita dapatkan idea untuk menulis. Semuanya mudah dilakukan. 


Cara-cara ini memang membantu Fadzi mendapatkan idea masa terkena writer's block.


cara buat duit dengan menulis
Kredit gambar: Freepik

Fadzi sendiri dah baca ebook Rahsia Mudah Menulis RM1000 Sebulan Dengan Menulis ini. Banyak panduan yang Fadzi dapat untuk menjana pendapatan daripada menulis sahaja.


Banyak lagi ilmu dan tips yang Fadzi baca tapi tak apply lagi dalam kerjaya penulisan Fadzi. Baru buat sikit-sikit. Tips dan ilmu yang ada dalam ebook ini banyak sangat. 


Kalau nak mudah, tak perlu buat semua dalam satu-satu masa. Korang boleh pilih mana yang korang rasa mudah dan selesa nak buat dulu. InsyaAllah korang boleh nampak perubahan. 


Kalau korang pun nak mula menjana pendapatan dengan menulis, korang boleh dapatkan di sini - Rahsia Mudah RM1000 Sebulan Dengan Menulis.




Post a Comment

2 Comments

  1. peluang yg bagus siapa yg suka menulis ni atau pndai dgn penulisan. nice sharing

    ReplyDelete
  2. Wow, good info dan GV berminat juga dengan buku ini. Nanti ada rezeki GV nak beli buku. terbaik kak. :)

    ReplyDelete