Pelembap Bibir Chu Lip Untuk Bibir Yang Sihat

Orang perempuan ni, kalau nak keluar mesti make up kan? Haip haip, jangan tipu. Kalau jenis yang tak make up pun, paling kurang mesti pakai lipbalm untuk jaga kesihatan bibir kan. Banyak jenis lipbalm yang dah ada dekat pasaran Malaysia ini. Tapi, kali ini aku nak kongsikan dengan korang satu pelembap bibir baru yang didatangkan khas dari Jepun ini iaitu Chu Lip lipbalm.

Chu Lip Lipbalm
 
Kalau kebiasaan pelembap bibir, semuanya mesti dalam bentuk silinder panjang macam lipstik kan? Meh, bosan. Ha, ini lah kelainan  yang ada pada Chu Lip lipbalm ni. Chu Lip lipbalm ni bentuk dia rare sikit. Bentuk dia ala-ala kubah dan didatangkan dalam 4 variasi warna iaitu Merah Jambu, Merah, Ungu dan Hijau.  Yang aku suka pasal pelembap bibir Chu Lip ni, korang boleh kumpul semua warna dan buat macam accessories pulak. Kalau hari ni korang pakai baju warna Merah, korang bawak lah Chu Lip lipbalm warna Merah dalam handbag. Matching kan? Heheheh.

Kalau korang berminat untuk mendapatkan pelembap bibir Chu Lip daripada Mentholatum ni, korang boleh cari dekat mana-mana farmasi atau supermarket dengan harga RM25.90 sahaja. Untuk dalam Malaysia ni, ada 4 bau dan perisa berbeza yang sesuai untuk korang punya mood iaitu:

Pelembap Bibir Chu Lip
Merah Jambu (Paris, Perfect Memories) - Bau beri manis dengan campuran unik rasa rasberi dan peach.

Pelembap Bibir Chu Lip
Merah (NY, Brilliant My Way) - Bau manis buah-buahan epal, halia dan teh ros.

Pelembap Bibir Chu Lip
Ungu (Arabian, Floral Shower) - Bau bunga elegan ros, germanium dan bunga cengkih.

Pelembap Bibir Chu Lip
Hijau (Nordic, Fancy Nostalgia) - Bau buah oren, limau dan mangga yang menyegarkan.

Kesemua bau dan perisa Chu Lip lipbalm ini dirumuskan dengan bahan-bahan yang melembapkan seperti Minyak Zaitun, Minyak Kacang Macadamia dan Minyak Rose Hip untuk bibir yang segar dan sihat. 

Sekarang ni Metholatum tengah buat satu pertandingan untuk Chu Lip lipbalm ni tau. Dieorang tengah mencari design Chu Lip yang paling menarik dan gempak. Cara dia senang saja, korang dapatkan Chu Lip lipbalm dari kedai atau farmasi terdekat, design lah Chu Lip lipbalm korang dengan cara yang paling kreatif, ambil gambar dan upload gambar Chu Lip lipbalm yang korang dah design ke laman web PIMP MY CHU LIP.

Hari Sabtu lepas aku ada join satu event anjuran Chu Lip dan The Butterfly Project - Beauty Bloggers untuk Event Pimp My Chu Lip. Waktu event tu, kiteorang semua design Chu Lip kiteorang masing-masing. Jadi, kalau korang nak tengok contoh-contoh design yang ada, korang boleh tengok dalam gambar-gambar dekat bawah ni.  

Pimp My Chu Lip
 Ini yang aku design. Hahahha. Nama dia Janet Jackson. Menakutkan tak? 

Pimp My Chu Lip

Pimp My Chu Lip

Pimp My Chu Lip

Pimp My Chu Lip

Pimp My Chu Lip

Pimp My Chu Lip

Dan korang nak tahu apa hadiah untuk Pertandingan Pimp My Chu Lip ni?

Pimp My Chu Lip

Hadiah Utama:

1 x iPad Mini 3 16GB

Hadiah Sampingan:

5 x 1 set  Chu Lip


Amboi, iPad Mini 3 kau. Berbaloi ke tak? Reka design je pun. Apa lagi. Dapatkan Chu Lip lipbalm korang dari pasaraya atau farmasi terdekat, reka design dan tunggu peluang korang untuk menang iPad Mini 3! Jangan lambat-lambat okay sebab pertandingan ni berlangsung dari 5 Mac 2015 hingga 31 Mac 2015 sahaja.

 

 

Post a Comment

0 Comments