Hari Pertama Jejak Kaki Di Australia | Kapal terbang MAS mendarat di Adelaide pukul 7.07 petang waktu tempatan. Waktu tu keadaan masih cerah. Matahari pun tinggi lagi dekat langit.


Perjalanan nak keluar dari kapal terbang, check suhu, pemeriksaan imigresen dan ambil beg tak ambil masa yang lama. Tapi agak rushing sampai tak sempat nak ambil gambar dan video buat kenangan.

Lagipun masa ini kami tak dibenarkan ambil gambar atau video sepanjang proses yang berlaku.

Hijrah ke Australia

Pemeriksaan Suhu Penumpang Kapal Terbang

Mula-mula sekali lepas keluar daripada kapal terbang, ada beberapa staf kesihatan yang check suhu badan penumpang. Lepas itu, kami diminta untuk tanggalkan penutup muka. Mereka ada bagi penutup muka baru untuk kami semua pakai.

Untuk Anas, staff tu cakap yang mereka bagi saja penutup muka untuk anak-anak kecil. Kalau tak boleh pakai, tak ada masalah. Boleh saja budak-budak tak pakai.

Tapi Anas okay saja bab pakai mask. Dia lagi suka kalau dapat pakai mask. Sebab dia fikir kalau pakai mask, boleh keluar rumah.

Sedih bila kenangkan masa kami di Malaysia. Aneeq dan Anas dah lama tak keluar rumah. Nak main dekat playground pun kami takut nak bawa. Kesian sangat.

Bila dah lepas check suhu dan pakai mask baru, kami teruskan perjalanan ke depan. Kali ini kami kena lalui proses imigresen.

Pemeriksaan Imigresen

Masa tengah tunggu giliran nak check dekat kaunter imigresen, kami tak dibenarkan menggunakan telefon.

Nak telefon orang atau nak check Whatsapp pun tak boleh. Ada akak polis garang tegur. Bukan tegur Fadzi lah. Fadzi kan budak baik ikut arahan.

Proses imigresen sekejap saja. Kami kena turunkan mask dan staff akan check muka kita sama atau tidak dengan gambar dalam passport.

Proses ini sekejap saja. Tambah-tambah lagi sebab orang tak ramai. Lepas siap segala urusan dekat kaunter, kami jalan ke ruangan untuk ambil beg.

Lepas ambil beg bagasi, ada pemeriksaan barangan dalam beg. Walaupun dah declare bawa makanan dan ubat, masih kena buka beg dan tunjuk pada diaorang.

Nasib baik 6 pek makanan kembara, 1 pek serunding, 4 pek sambal dan supplement semua lepas. Kalau tak, mereput lah kami.

Tapi 1 pek kotak Brahims dan 1 pek makanan kembara kena buka sebab diaorang nak tengok isi kandungan makanan macam mana.

Siap check beg, kami kena naik bas untuk di hantar ke hotel kuarantin. Bas tengah tunggu di luar pintu masuk airport.

Keluar Dari Lapangan Terbang Adelaide

Kami pun teruskan berjalan keluar sambil disapa ramah dengan pegawai-pegawai polis yang jaga sepanjang jalan keluar airport tu.
Keluar je bangunan airport, terus Fadzi rasa sejuk gila.

Fadzi tak pakai sweater. Baju t-shirt turtle neck tebal sikit je dari t-shirt biasa. Confident kan?

Sebelum ni Zul dah pernah pergi Australia beberapa kali. Dia kata Fadzi mesti suka duduk Australia sebab dekat sini sejuk. Waktu summer pun sejuk-sejuk windy kalau duduk dekat-dekat dengan area laut.

Fadzi memang suka tempat sejuk. Masa study dulu pun kawan-kawan panggil Fadzi kulit buaya, kulit biawak sebab tahan sejuk dalam aircond.

Jadi dengan yakinnya Fadzi rasa boleh tahan sejuk dekat sini Sekali bila dah ada dekat sini, ha ambik! Tau pula nak menggeletar.

Kami tunggu giliran untuk naik bas. Bila tiba giliran, kami kena letak beg tepi bas berdekatan dengan ruangan untuk letak beg dekat bawah bas.

Staff yang jaga akan masukkan beg ke dalam ruangan tempat letak bas. Sambil-sambil itu, mereka ada bagi penerangan ringkas apa yang kami perlu buat.

Sebelum naik bas, kami kena ambil sanitiser yang disediakan dan sapu pada tangan. Staff dekat situ puji Aneeq sebab pandai pakai sanitiser.

Perjalanan Ke Hotel Kuarantin Di Adelaide

Setel letak beg, sapu sanitiser pada tangan dan naik bas, Aneeq pilih untuk duduk dekat bahagian belakang sekali.

Perjalanan dari airport ke hotel ambil masa dalam 20 minit. Waktu ni Fadzi tak tahu lagi hotel mana kitaorang dapat. Reda saja duduk dekat mana pun asalkan dapat rehat dan tidur.

Sepanjang perjalanan, ada jurucakap yang terangkan dekat kiri kanan ada apa dan cerita sejarah pasal Adelaide sikit-sikit. Dah macam pemandu pelancong pula gayanya.

Hijrah ke Australia


Tapi waktu tu dah malam jadi gelap je dekat luar. Tak clear. Dalam bas pula penuh lampu biru je.

Fadzi pulak sakit kepala seharian suntuk keluar. Sambil-sambil tu tengah tahan nak muntah. Fadzi pejam mata je sambil Anas tidur atas Fadzi.

Sampai ke hotel tempat kami kuarantin, Fadzi rasa lega sangat. Dah terbayang-bayang hot shower dan katil empuk.

Kami tunggu giliran nak turun bas. Semua orang kena turun sikit-sikit. Sekali keluar, 5 orang je. Ambik sangat seat belakang sekali, kan? Dah jadi orang paling akhir turun.
 

Beg kami, team hotel yang keluarkan dari tempat bag dan bawakan sampai ke depan bilik hotel. Butang lif semua diaorang tekankan sampai ke level bilik. Sebab risau kami ada Covid19.

Pindah ke Australia

Pindah ke Australia


Dalam penat-penat tu pun Fadzi rasa seronok sebab layanan yang diberikan dari semua - MAS, Australian government dan hotel semua baik-baik belaka. Tak ada apa langsung nak komplen.

Bila dieorang layan baik-baik macam tu, kita pun balaslah layanan yang baik-baik juga dekat dieorang supaya mudah kerja.

Walaupun tak keluar merasa lagi bumi Australia ni macam mana sebab terperap je dalam bilik hotel tapi Fadzi dah mula suka negara ni.

Cuma ada satu benda yang Fadzi tak suka. Fadzi kena belajar basuh kencing dan berak tanpa air.

Lepas ini Fadzi nak cerita pasal hotel yang kami dapat untuk kuarantin. Kalau nak baca cerita Fadzi di Australia, boleh mula di sini - Hijrah Ke Australia.



Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia | Hari ini merupakan hari ke 25 Fadzi menjejakkan kaki ke Australia. Tak sampai sebulan pun lagi. Hari ini baru rasanya ada kekuatan dan masa untuk menulis tentang penghijrahan Fadzi dan keluarga ke sini.

Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Perancangan Berhijrah Ke Australia

Ceritanya begini. Kami dapat tahu Zul ada peluang untuk pergi ke Australia untuk bekerja hujung tahun 2019 lagi. Tapi waktu itu masih kabur-kabur. 


Kami pun tak pasti lagi nak pergi atau tidak sebab ada komitmen nak bayar kereta dan 2 buah rumah. Fadzi pula dah plan macam-macam untuk rumah baru dan untuk persekolahan Aneeq.


Ada cerita di sebalik penghijrahan ini tapi sebab berkaitan dengan company Zul, jadi Fadzi tak dapat nak cerita lebih detail dekat sini. 


Dah 3 kali Zul berulang-alik Malaysia-Australia atas urusan kerja. Jadi kami buat keputusan untuk Zul terima kerja di Australia dan kami sekeluarga pindah ke sana. 


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Perancangan nak pindah ke sana agak lama. Dari awal Mac 2020 sampailah betul-betul berlaku bulan November 2020. Mencabar sikit sebab pandemik Covid19. 


Kami sebenarnya tak tahu bila kami boleh mula pindah. Yang lagi gila, kami tahu tarikh tiket flight untuk migrate ke Australia 28 hari sebelum penerbangan. Nasib baik kami dah slowly buat persediaan seperti visa, medical checkup dan dokumen penting. 


Kena pula hari yang kami tahu kami nak fly, Selangor kena PKPB lepas third wave kes undi di Sabah. Tak banyak benda yang kami boleh buat waktu itu selain daripada kemas barang-barang untuk dibawa ke Australia. Family pun kami tak dapat nak jumpa.


Sehari Sebelum Terbang Ke Australia

Sehari sebelum terbang ke Australia, company yang uruskan pindah barang datang. Mereka pack kan semua barang yang kami nak bawa ke sana. Waktu ni Fadzi rasa sebak gila. Kami nak tinggalkan first home. Banyak kenangan dekat sini.

 

Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Bila mereka dah siap kemas barang, kami pun bergerak ke Sepang. Duduk dekat hotel Sepang sebab tiket ke Adelaide pukul 9 pagi. Sebelum naik teksi, sempat kami jumpa dengan kakak Fadzi. 


Dalam perjalanan ke Sepang, Aneeq dan Anas tidur. Hati Fadzi ini sebak lagi. Sebab dah tau besoknya Fadzi dah tak ada di Malaysia. Tak tau kenapa sedih sangat. Mungkin sebab tak sempat jumpa family kot.


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Sampai di Orange Hotel, kami bersihkan diri dan tidur awal. Besoknya nak bangun awal. Pukul 6 pagi dah ada teksi yang menunggu nak hantar ke airport.

Hari Terbang Ke Australia

Pagi tu pukul 5.00 kami dah bangun. Kami bersiap-siap untuk naik teksi. Teksi dah sampai pun dan terus bawa kami ke airport. 


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Kami terus pergi check in beg. Nasib baik pergi awal. Ada masalah rupanya. Nama kami tak ada dalam sistem. Padahal immigration Australia dah sedia maklum yang kami akan datang ke sana. 


Nasib baik ada orang in charge. Bagus kerja dia. Memang ambil sedikit masa tapi semua setel. Nama Fadzi paling last masuk dalam sistem. Jadi kami dapat seat paling belakang dalam kabin yang paling belakang.


Bila dan on board dan captain announce kapal terbang nak mula bergerak, Fadzi rasa sebak sangat. Kami duduk lane tengah. Jadi boleh tengok tanah bumi Malaysia kesayangan ini sipi-sipi saja lah bila take off.


Waktu kapal terbang bergerak, makin berkaca mata. Teringat-ingat apa yang Fadzi bakal tinggalkan. Tinggal Mak Apak, tinggal adik beradik, tinggal rumah, tinggal Malaysia, tinggal semua comfort zone Fadzi.


Tak sempat nak jumpa Mak Apak dan adik beradik sebab PKPB Selangor. Banyak benda yang kami terpaksa korbankan. Keluarga, rumah, kereta dan comfort zone. 


Tak tau lah kami boleh hidup ke tidak dekat tempat baru. Tak tau lah Aneeq boleh terima ke tidak dengan environment yang berbeza. Tak tau lah Fadzi boleh urus ke tidak hidup dekat culture yang asing.


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Mula saja kapal terbang gerak laju dan naik ke udara, jatuh juga setitik dua air dari mata ini. Tapi pandang belah lain sebab tak nak bagi Zul dengan anak-anak nampak.


Tiba-tiba rasa ada orang meraba-raba tangan kiri Fadzi. Anas yang duduk dekat sebelah cari tangan Fadzi nak pegang. Bila dah dapat tangan Fadzi, Anas genggam kuat-kuat. Waktu itu emosi sangat. Memang laju saja air mata ini jatuh.


Dalam Perjalanan Ke Adelaide, Australia

30 minit selepas kapal terbang berlepas, Anas dah mula mengantuk. Sebijik perangai Fadzi kalau travel. Mula berjalan terus tertidur.


Anas tidur lena. 3 jam terus. Senang hati sikit. Tak ada tantrum, menangis atau rasa tak selesa. 


Aneeq pula tengok 4 movie straight dalam flight. Ya Rabbi. Geram tengok dia. Mata bulat saja tengok kartun.


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Sejam sebelum mendarat, Anas pula tiba-tiba nak buang air besar. Dah lah Anas jenis tak suka berak dalam lampin. Nak tak nak, Fadzi kena masuk sekali dalam tandas nak tolong pegang kan Anas sambil dia buang air besar.


Kaki kejang, tangan lenguh, hidung senak. Dalam tandas kapal terbang ya. Kecil. Sempit. Dan tak ada air nak basuh. Yang ada cuma air dekat sinki untuk basuh tangan.


Dah lah lama pula tu Anas membuang. Bertuah betul budak ni.


Perjalanan dari KL ke Adelaide ambil masa dalam 7 jam. Kami guna Malaysia Airlines. Orang tak ramai dalam kabin. Sebab nak masuk ke Australia, ada had bilangan penumpang yang tertentu.


Kami dibenarkan untuk pindah seat lain untuk duduk dengan lebih selesa dan tidur. Seat lane tengah banyak yang kosong. Tapi Fadzi tak boleh nak buat macam tu. Tak kan nak tinggal budak-budak dekat seat mereka pula kan.


Makanan MAS sediakan 2 kali. Makan tengah hari dan makan petang. Dua dua menu yang dapat sedap.


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Tapi Fadzi tak boleh habiskan sebab takut termuntah. Banyak cheese sangat. Rasa sayangnya tak makan habis.


Kek mango cheese yang mereka sediakan untuk makan tengah hari sedap sangat. Yang buat Fadzi boleh tahan muntah dalam flight adalah kek mango cheese dan kopi.


Overall, Fadzi happy dengan servis Malaysia Airlines. Dari awal check in sampai mendarat. Semua Fadzi puas hati dengan layanan mereka.


Touch Down Di Adelaide Australia

10 minit sebelum mendarat, kapten kapal buat pengumuman. Dalam hati Fadzi ini Ya Allah berdebarnya nak masuk ke negara orang untuk hidup baru. 


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Kapal terbang MAS mendarat di Adelaide pukul 7.07 petang waktu tempatan. Waktu itu keadaan masih cerah. Matahari pun tinggi lagi dekat langit. 


Fadzi pandang luar. Nampak dah tanah Australia. Fadzi pandang pula Zul, kemudian Aneeq dan akhir sekali Anas. Fadzi senyum. 


Ini permulaan hidup yang baru. 


Next entri - Hari Pertama Jejak Kaki Di Australia.




Walaupun rata-rata menu daging merupakan antara menu yang sering mendapat sambutan, tapi tak semua orang suka makan daging. Malah ada yang sama sekali tak makan daging dan lebih kepada makanan laut ataupun sayur-sayuran.


Corak pemakanan seseorang itu hak masing-masing dan bagi mereka yang lebih gemarkan menu sayuran, di sini dikongsikan 10 menu dan lokasi tempat makan untuk pengemar vegetarian untuk negeri Pulau Pinang.



#1. SUPE Vegan - George Town

Restoran Jepun Vegan menyajikan sushi vegan, roti tangan, tempura, nasi goreng dan mi, mi sup, dan bubur. Duduk di atas tikar tatami atau kerusi makan biasa. Est. 2013 dahulu sebagai Sushi Kitchen (pemilikan berbeza).

Alamat: 12 Gat Lebuh Acheh, Georgetown, Penang, Malaysia


#2. Sushi Kitchen Gurney Plaza

Adakah anda menginginkan masakan Jepun tetapi enggan merosakkan diet vegetarian anda? Sushi Kitchen adalah penyelesaian terbaik untuk anda! Tidak ada tempat lain yang melakukannya seperti mereka, menyajikan masakan Jepun dari sushi roll hingga udon.

Alamat: Gurney Plaza, 03-82, 170, 10250 George Town, Penang.


#3. Mews Cafe

MEWS CAFÉ menyajikan makanan Melayu yang disediakan dengan bahan-bahan tempatan segar. Pengunjung boleh memilih untuk menjamu selera dalam suasana berhawa dingin yang selesa atau di kawasan terbuka. Kafe yang enak disajikan semua disediakan dengan sos dan rempah buatan sendiri, tanpa penggunaan MSG.

Alamat: 77, Muntri St, Georgetown, 10200 George Town, Penang



#4. The Leaf Healthy House

Restoran vegetarian yang didirikan pada tahun 2011 ini yang terdapat di Penang Road ini mempunyai suasana hijau sementara di bahagian dalamnya sangat selesa. Terdapat ramai pekerja yang pergi ke sini untuk makan tengah hari.

Kedai ini tidak menggunakan gluten, MSG, perasa, pewarna tiruan, gula putih, dan garam putih, mereka memilih untuk menggunakan rempah tertentu sahaja. Menu yang terdapat di sini adalah gabungan makanan Barat dan Timur, ada nasi, mi, spageti. Apa yang disyorkan ialah Nasi Ulam - nasi kukus dengan campuran ramuan dan rempah

Alamat: 5, Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.


#5. Zen Xin Vegetarian

Makanan vegetarian moden mempunyai pelbagai jenis variasi dan rasanya lebih sedap. Restoran ini sangat terkenal kerana rasa hidangan vegetarian tidak kalah dengan hidangan biasa yang mengandungi daging. Sebilangan besar makanan adalah Makanan Cina.

Alamat: 42, Jalan Nagor, 10050 George Town, Pulau Pinang.


#6. Idealite


Idealite merupakan salah satu restoran yang terkenal, ia mempunyai cawangan di Malaysia Timur dan Utara dan sehinggalah ke Singapura. Kebanyakan orang berpendapat bahawa makanan vegetarian tidak kaya dengan nutrien, tetapi makanan di Idealite mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, serat, mineral, dan air.

Alamat: 3f 60, Plaza Gurney, Persiaran Gurney, 10250 George Town, Pulau Pinang.


#7. Yi Ke Shu

Dengan konsep kafe yang menjual kopi, makanan Barat, dan pencuci mulut, Yi Ke Shu cuba menawarkan makanan vegetarian kepada kalangan orang muda. Menu yang sangat menarik dengan reka bentuk dalaman kafe yang menawan. Terdapat juga tempat khas untuk produk buatan sendiri dan organik.

Makanan yang disyorkan di sini adalah tahu goreng dengan sos manis dan masam, mi cendawan buatan sendiri, pizza petani, dan nasi sos merah. Selepas makan, anda juga boleh mencuba pelbagai jenis kek yang terdapat di kafe ini.

Alamat: 29-1-57, Jalan Paya Terubong, Golden Triangle, 11900 Penang.


#8. Janxden Greenlife

Sekiranya anda ingin mencuba campuran makanan Barat dan Asia, Janxden Greenlife merupakan tempatnya. Menu yang terdapat di kafe ini semuanya merupakan buatan sendiri, dari nasi, bubur, spageti, makanan sampingan, makanan ringan, sehinggalah minuman.

Anda pasti akan keliru apabila melihat terdapat begitu banyak menu. Antara yang disyorkan ialah Bubur Brokoli, pulpa lembut yang dicampurkan dengan brokoli.

Alamat: 50, Jalan Chow Thye, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang.



#9. Evergreen Vegetarian House

Evergreen Vegetarian House merupakan restoran yang menyediakan hidangan vegetarian dan juga menggunakan sistem layan diri. Pilih hidangan anda daripada 30 hidangan vegetarian yang terdapat di sini termasuk kangkung goreng, roti kukus, ladu, tauhu, dan pelbagai lagi.

Antara harga yang biasa dicecah oleh pelanggan ialah sekitar RM10 untuk tiga hidangan termasuk nasi.

Alamat: 39 A, Jalan Cantonment, 10250 George Town, Pulau Pinang


#10. Holy Guacamole - Love Lane

Mungkin satu-satunya restoran Mexico yang terdapat di sini, Holy Guacamole mempunyai quesadilla, burrito, fajitas, pizza, dan taco yang boleh disajikan di Naucalpan.

Makanan di sini tidak sepenuhnya vegetarian, tetapi terdapat pilihan vegetarian, dan dengan muzik live pada waktu malam, ia adalah tempat yang anda tidak mahu ketinggalan.

Alamat: 65, Love Ln, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Itulah dia 10 lokasi menu vegetarian di Pulau Pinang. Tapi sebelum buat sebarang pesanan pastikan dulu restoran itu benar-benar sesuai dan ada status Halal kerana perkongsian restoran di atas ini bersifat menyeluruh mengikut masyarakat kita yang berbilang kaum.



Untuk lebih mudah dan selamat, boleh buat pesanan online melalui aplikasi Foodpanda. Melalui food delivery penang oleh Foodpanda ini ada pelbagai menu yang sesuai termasuk untuk mereka yang bukan pecinta daging.

Dan untuk setiap menu tersebut memang ada info untuk restoran dan sajian yang dipamerkan. Bolehlah lihat status halalnya juga.



Cara Untuk Jadi Ghostwriter Malaysia | Kebelakangan ini Fadzi banyak dapat soalan dekat email pasal bidang ghostwriter. Ramai yang berminat untuk tahu macam mana nak jadi seorang ghostwriter.


Jadi dalam entry kali ini, Fadzi kumpul semua soalan yang Fadzi selalu dapat dan jawab terus dekat sini. 


Mana tahu one day, korang pun terbuka hati nak jadi ghostwriter juga kan. Macam Fadzi dari blogger tiba-tiba jadi ghostwriter.


Sebelum Fadzi kongsikan cara-cara untuk menjadi seorang ghostwriter, rasanya eloklah kita fahamkan dahulu apa itu ghostwriter, apa kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh ghostwriter dan siapa yang memerlukan khidmat ghostwriter ini?


cara jadi ghostwriter, macam mana nak jadi ghostwriter, langkah-langkah jadi ghostwriter, berapa bayaran ghostwriter, apa kerja ghostwriter,


Apa Itu Ghostwriter?

Korang tahu atau tidak ghostwriter itu apa? Kalau yang masih belum tahu, ghostwriter adalah seorang penulis yang diupah untuk menulis bagi pihak orang lain


Hasil penulisan tersebut tidak akan dikreditkan langsung kepada ghostwriter. Ia akan menjadi hak milik pihak yang mengupah kita 100%. 


Nampak macam sedih? Jangan risau sebab harga yang dibayar untuk dapatkan hasil kerja kita memang berbaloi dengan apa yang kita korbankan.


Ghostwriter juga dikenali sebagai penulis siluman, penulis hantu ataupun penulis upahan dalam bahasa Melayu.



Jenis Kerja Yang Dilakukan Oleh Ghostwriter

Sebagai ghostwriter, banyak jenis pekerjaan yang korang boleh lakukan. Antaranya:

  • Menulis artikel untuk blog atau website
  • Menulis buku atau ebook
  • Menulis content untuk media sosial
  • Menulis copywriting untuk jualan
  • Menulis surat rasmi
  • Menulis teks ucapan 
  • Menterjemah
  • Transkripsi (menukar video atau audio ke teks)
  • Menyediakan kertas kerja untuk syarikat atau individu
  • Menyediakan company profile untuk syarikat
  • Menulis skrip drama
  • Menyediakan penulisan teknikal seperti SOP
  • Menyediakan proposal atau tender
  • Proofread dokumen

Apa yang Fadzi senaraikan adalah sebahagian daripada kerja yang boleh dilakukan oleh seorang ghostwriter. 

Banyak lagi tugasannya. Kerjaya sebagai seorang ghostwriter tidak terbatas

Bila korang masuk sendiri dalam bidang ini, korang akan dapat banyak peluang yang tidak tersangka-sangka. 

Korang akan rasa sendiri betapa luasnya bidang ghostwriter sebab ramai sebenarnya memerlukan servis menulis ini.


Siapa Yang Memerlukan Khidmat Ghostwriter?

Mesti korang tertanya-tanya, adakah orang yang perlukan khidmat menulis? Kenapa mereka tidak menulis sendiri? 


Memang ada orang di luar sana yang memerlukan khidmat penulis ghostwriter ini. Sebabnya:

  • Tidak mahir menyusun ayat dengan baik
  • Tidak mahir tentang SEO (Search Engine Optimization)
  • Tidak mempunyai masa
  • Tiada idea untuk menghasilkan content di media sosial 

Bakal client korang boleh jadi dari golongan:
  • Tokoh negara
  • Ahli politik
  • Artis dan selebriti
  • Orang kenamaan
  • Founder produk atau bisnes 
  • Pakar dalam sesuatu bidang
  • Organisasi

Jadi jika korang mempunyai kemahiran unutk menulis, ambil peluang ini untuk tawarkan servis menulis bagi pihak mereka. 

Tapi macam mana nak jadi seorang ghostwriter?


Cara Untuk Menjadi Seorang Ghostwriter

Untuk menjadi seorang ghostwriter, korang boleh bermula sendiri. Caranya mudah tapi hati kena kental ya. 


Fadzi kongsikan dengan korang cara Fadzi bermula sebagai seorang ghostwriter.



1. Cari Ilmu Penulisan Dan Marketing

Perkara pertama yang Fadzi buat adalah join kelas online Ghostwriter Junior. Fadzi percaya setiap apa yang kita nak buat, kena ada ilmu


Jadi Fadzi join kelas ini. Alhamdullilah banyak benda yang Fadzi belajar pasal ghostwriter melalui kelas ini.


Korang tak perlu risau nak pergi kelas sebab semua pembelajaran dibuat melalui online sahaja. Kelas online selama 2 hari, Sabtu dan Ahad. 


Ada 6 modul yang penting untuk korang tahu macam mana nak mula jadi ghostwriter.


Kalau korang nak join juga kelas ghostwriter junior ini, korang boleh klik dekat sini - Kelas Online Ghostwriter Junior. 


Selepas masuk dalam bidang ghostwriter, Fadzi non stop cari ilmu pasal penulisan dan marketing. 


Disebabkan Fadzi agak susah nak keluar rumah dan masuk kelas fizikal, biasanya Fadzi akan join kelas-kelas yang dijalankan secara online. 



cara jadi ghostwriter, macam mana nak jadi ghostwriter, langkah-langkah jadi ghostwriter, berapa bayaran ghostwriter, apa kerja ghostwriter,

2.Promosikan Diri Melalui Media Sosial

Apa-apa jenis bisnes termasuk jual barangan atau servis memerlukan promosi untuk dikenali. 


Sama juga dengan servis penulisan ghostwriter. Servis ini juga memerlukan promosi untuk dikenali ramai.


Korang boleh bermula dengan promosi servis ghostwriter yang korang lakukan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 


Cuba lakukan promosi secara soft sell lebih daripada hard sell. Macam mana nak buat promosi secara soft sell? 


Bagi Fadzi cara promosi secara soft sell lebih muah daripada hard sell. Korang boleh jadi diri sendiri.


Ambil gambar workspace korang dan cerita tengah buat apa. Ambil video tengah menaip dan buat story telling sikit.


Ambil gambar tengah spend time dengan anak, kemudian buat storytelling tengah spend time dengan anak habis-habisan sebab nanti dah nak mula buat kerja-kerja menulis. 



3. Cari Kerja-Kerja Di Media Sosial

Selain daripada mempromosikan servis ghostwriter, korang juga boleh ambil inisiatif sendiri untuk mencari kerja. 


Kerja sebagai penulis bebas, kita tak boleh tunggu kerja datang cari kita. Kita sendiri kena cari kerja. 


Antara cara yang boleh dilakukan untuk mencari kerja ialah melalui:

  • Facebook Jobs
  • LinkedIn Jobs
  • Bidding di website freelance marketplace seperti Upwork dan Freelancer.com
  • Email kepada founder produk atau servis terutamanya company start-up
  • Tanya kepada ahli keluarga serta kawan-kawan 
  • Cari di Google dengan keyword "penulis artikel"



4. Networking Dengan Ghostwriter Lain

Sama seperti bidang-bidang lain, lebih banyak networking yang korang ada, lebih besar peluang kerja yang bakal korang dapat. 


Bukanlah bermakna korang menggunakan kabel untuk mendapatkan kerja. 


Jauh ya beza guna kabel dengan bernetworking.


Kalau korang masuk kelas online Ghostwriter Junior yang Fadzi join tu, lepas habis kelas korang akan dimasukkan ke dalam Group Alumni Ghostwriter Junior. 


Dekat situ, korang akan dapat banyak peluang pekerjaan yang dikongsikan dengan alumni-alumni yang lain. 


Kebanyakan mereka yang berkongsi kerja ini tak menang tangan dapat kerja menulis.


Selain itu, dalam group alumni ini, banyak lagi ilmu yang korang akan dapat. Alumni akan berkongsi pengalaman-pengalaman diaorang masa buat kerja. 


Jadi kalau korang ada masalah masa buat kerja menulis, boleh tanya dekat situ saja.



Ada beberapa lagi cara yang korang boleh buat tapi Fadzi masih belum buat iaitu:



5. Buat Website Professional

Bina website ghostwriter yang professional. Letakkan maklumat-maklumat yang penting untuk orang mudah cari korang melalui website tersebut. 


Buat sekali professional personal branding supaya orang mudah nak kenal korang.


Korang tak perlukan website yang fancy pun. Cukup sekadar ada 5 page - Home, About, Contact, Services dan Blog


Jangan underestimate the power of page blog dalam sesebuah website ya. Blog inilah yang akan memastikan website korang sentiasa hidup. 


Page website lain kebiasannya statik dan tidak banyak perubahan. Kalau blog pula, sentiasa ber'update'. 


Itulah fungsi sebenar page blog dalam sesebuah website. Untuk memastikan webpage itu sentiasa hidup.



6. Buat Name Card

Fadzi ada name card online untuk servis ghostwriter. Tapi Fadzi tak buat name card fizikal. 


Mungkin sebab Fadzi memang tak selalu keluar rumah pun untuk berjumpa orang dan sebagainya. 


Tapi kalau korang jenis yang selalu keluar rumah atau jumpa ramai orang, korang boleh buat name card. 


Tinggalkan name card korang di mana-mana tempat yang sesuai atau bertukar name card dengan potential client.



Dah tahu cara-cara nak jadi ghostwriter? Dah ready nak jadi ghostwriter? 


Mungkin korang kena tahu juga untuk menjadi seorang ghostwriter, ada beberapa benda yang korang perlu ada.



Apa Yang Diperlukan Untuk Menjadi Seorang Ghoswriter?

Apa yang korang perlu ada untuk bermula sebagai seorang ghostwriter? Untuk menjadi seorang ghostwriter, korang perlukan benda-benda ini:



1. Laptop/Dekstop atau Smartphone

Seboleh-bolehnya dapatkan sebuah laptop supaya korang senang untuk buat kerja-kerja menulis. 


Kalau tiada laptop pun, sebenarnya smartphone sudah mengcukupi cuma korang kena bersabar sikit lah.


Fadzi sendiri guna ketiga-tiga laptop, dekstop dan smartphone untuk bekerja.

 

Kalau dekat meja kerja, Fadzi gunakan dekstop ataupun laptop. Kalau Fadzi buat kerja selain di meja kerja, Fadzi akan buat kerja menggunakan phone.


Untuk menulis Fadzi menggunakan Google Docs supaya Fadzi boleh sync semua kerja-kerja Fadzi sama ada dalam dekstop, laptop ataupun smartphone. 


Contohnya kalau belah pagi Fadzi buat kerja dengan dekstop kemudian Fadzi berhenti sekejap untuk masak lunch. 


Lepas lunch Fadzi boleh sambung buat kerja dekat mana yang Fadzi berhenti tadi menggunakan smartphone ketika duduk di sofa pula. Mudah kan?



2. Email Atau Cara Untuk Dihubungi

Sebelum ini Fadzi menggunakan nombor telefon supaya client boleh menghubungi Fadzi melalui Whatsapp sahaja. 


Tapi selepas ada mentor, Fadzi baru tahu nombor telefon kita sebenarnya private dan tak sepatutnya digunakan untuk komunikasi dengan client. 


Kecuali jika korang ada nombor telefon yang khusus untuk kerja dan tidak bercampur dengan nombor telefon peribadi.


Jadi nasihat Fadzi, korang berkomunikasi dengan email atau platform komunikasi yang tidak memerlukan korang untuk berkongsi nombor telefon peribadi contohnya seperti Skype, LinkedIn Message dan Facebook Messenger.


Tapi sebab Fadzi dah bermula awal dengan nombor telefon, jadi Fadzi teruskan juga dengan nombor telefon hehe.



cara jadi ghostwriter, macam mana nak jadi ghostwriter, langkah-langkah jadi ghostwriter, berapa bayaran ghostwriter, apa kerja ghostwriter,

3. Portfolio

Untuk meyakinkan bakal client untuk mengupah korang menulis, mereka perlu pastikan yang korang mempunyai skill menulis yang bagus. 


Macam mana mereka nak tahu? Melalui portfolio korang lah.


Portfolio itu apa? Portfolio itu adalah contoh-contoh kerja yang korang boleh tunjukkan sebagai bukti yang korang mampu buat sesuatu kerja. 


Untuk kerja-kerja ghostwriter, korang boleh sediakan portfolio berbentuk penulisan.


Berapa banyak contoh penulisan yang perlu ada? 


Fadzi cadangkan korang sediakan 3 ke 5 contoh penulisan. Pastikan kesemuanya adalah contoh penulisan yang terbaik korang ada. 


Tak perlu tulis artikel yang terlalu panjang. Cukup sekadar satu page A4 penuh.


Tulis lebih kurang 500 patah perkataan. Korang boleh letak sample penulisan dalam blog, website atau Google Drive. 


Jika client nak contoh penulisan, korang boleh berikan sahaja link blog, link website atau link kepada Google Drive di mana korang simpan portfolio korang.


Pastikan korang set Google Drive kepada setting read only. Risau juga kalau potential client godek-godek masa tengok sample korang, terdelete atau tertambah dokumen pula.



4. Bank Akaun

Perkara yang paling penting untuk menjadi seorang ghostwriter adalah bank akaun


Korang boleh pilih nak buat bank akaun dari bank mana-mana pun. Terpulang kepada pilihan korang sendiri.


Tapi kalau korang berniat untuk nak dapat kerja dari luar negara, Fadzi cadangkan korang buat akaun PayPal untuk menerima bayaran. 


Sebab PayPal adalah antara platform online payment system yang boleh dipercayai.



5. Semangat Yang Tinggi

Dan yang terakhir, korang perlu ada semangat yang tinggi. Kerja sebagai seorang ghostwriter atau mana-mana jenis freelancer bukan senang


Selain daripada buat kerja, kita juga harus mencari kerja. Tak boleh duduk diam sahaja nanti kerja tak masuk.


Kita juga kena pandai susun masa untuk waktu kerja dan waktu keluarga. 


Ambil kerja yang mampu kita buat dalam kuantiti yang sesuai supaya kita boleh menghasilkan kualiti kerja yang bagus.


Kita juga kena bersedia untuk menerima rejection apabila potential client 'seen' kan sahaja message kita selepas kita beri rate card. 


Perkara ini memang dah biasa berlaku. Fadzi pun sendiri selalu kena. Tapi jangan risau, insyaAllah ada banyak lagi rezeki kita di luar sana.



Fadzi dah bercerita panjang pasal apa itu ghostwriter, apa kerja-kerja yang ghostwriter lakukan dan siapa yang memerlukan servis ghoistwriter ini. 


Korang pun dah baca macam mana nak mula jadi ghostwriter dan apa yang diperlukan untuk menjadi seorang ghostwriter. 


Macam mana? Dah berkobar-kobar nak jadi ghostwriter?


Mungkin ada satu perkara lagi yang korang nak tahu sebelum mula berjinak-jinak dengan bidang ghostwriter ini. 


Mesti korang nak tahu berapa bayaran yang diterima oleh seorang ghostwriter untuk servis menulis ini kan?


cara jadi ghostwriter, macam mana nak jadi ghostwriter, langkah-langkah jadi ghostwriter, berapa bayaran ghostwriter, apa kerja ghostwriter,


Berapa Bayaran Jadi Ghostwriter?

Ini adalah soalan yang paling 'hot' bila orang bertanya pasal ghostwriter. Berapa bayaran yang diterima oleh seorang ghostwriter. 


Bila bercakap pasal bayaran ghostwriter, Fadzi tak boleh nak jawab secara tepat.


Setiap ghostwriter ada rate harga servis sendiri. Ada yang murah dan ada yang lebih mahal. 


Kenapa? Sebab ianya bergantung kepada pengalaman dan skill menulis yang mereka ada. 


Ada juga yang meletakkan harga berdasarkan patah perkataan, jam bekerja ataupun berdasarkan projek


Untuk kerja-kerja yang berulang atau kecil-kecilan, Fadzi boleh cadangkan korang letak harga berdasarkan jumlah patah perkataan ataupun jam waktu bekerja. 


Tapi untuk projek besar seperti buku, ebook dan content untuk media sosial, wajarlah kalau korang letak harga berdasarkan project milestone. 


Contohnya menulis buku; client buat bayaran deposit 30% sebelum kita mulakan kerja-kerja menulis. 


Lepas kita siapkan agak-agak dalam 40% kerja, client perlu bayar dalam beberapa % daripada harga penuh. Dan seterusnya sampailah kita siap kerja.

 

Harga untuk setiap penulisan juga haruslah berbeza-beza. 


Harga untuk menulis 1000 patah perkataan artikel untuk blog atau website tidak boleh sama dengan harga untuk menulis ebook 20 muka surat.


Harga untuk copywriting iklan FB Ads juga tidak semestinya sama dengan harga menterjemah teks berbahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. 


You get the idea, kan?



Dah Sedia Nak Jadi Ghostwriter?

Sekarang korang dah baca habis artikel ini, dah bersedia untuk menjadi seorang ghostwriter yang bagus? 


Sebelum menjadi seorang ghostwriter, pastikan korang lengkapkan diri dengan sedikit basic tentang menjadi penulis upahan.


InsyaAllah, kalau korang bekerja dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, Allah akan bagi pulangan yang lebih berbaloi. Selamat berjinak dalam bidang ghostwriter 😄


Kalau ada apa-apa soalan lagi tentang ghostwriter, korang boleh email Fadzi dekat fadzirazak@gmail.com.


Kalau nak dapatkan servis penulisan Fadzi pun, boleh email juga Fadzi. InsyaAllah, korang akan dapat hasil penulisan yang terbaik daripada Fadzi.



Kredit Gambar: Freepik