Cara Untuk Memindahkan UNIFI Ke Rumah Baru

Untuk pengetahuan korang, aku baru saja berpindah ke Shah Alam Darul Student (bak kata kawan aku). Aku pindah dari Cheras ke Shah Alam dalam bulan ni jugak. Dalam bulan ni jugak lah aku pindah semua barang rumah, tamatkan perkhidmatan Astro dan pindahkan UNIFI ke rumah baru.

Unifi
Memandangkan kontrak dengan UNIFI masih berbaki setahun, terpaksalah aku buat permohonan pindahkan ke Shah Alam. Permohonan untuk memindahkan UNIFI ni tak adalah leceh sangat tapi leceh sikit je. Jadi, macam mana caranya untuk pindahkan servis UNIFI ke tempat baru?


Pada asalnya, untuk memohon pindahkan servis UNIFI ke tempat baru ni ada cas. RM300. Tak ke rasa botak kepala setiap kali nak pindah kena cas RM300. Bengkek jugak aku waktu tu. Lepas tu aku cubalah Google kot-kot ada cara lain untuk tak payah bayar RM300 tu.
Waktu aku Google tu, aku ada terjumpa satu laman web agen TM cakap, sekarang ni UNIFI dah tak cas RM300 untuk pemindahan UNIFI ke tempat baru. Tapi, untuk sementara waktu saja lah. Tak tahu lah bila diaorang mula cas semula RM300. Bagi aku, tak payah lah cas RM300 tu. Memang orang tak nak bayar punya. 

Ok ok sekarang aku nak cerita macam mana nak pindahkan UNIFI ke tempat yang baru.

Cara Untuk Memindahkan UNIFI Ke Rumah Baru

1. Pergi Ke TM Point Yang Terdekat

Mula-mula sekali korang kena pergi ke TM Point yang paling dekat dengan rumah baru korang. Kalau korang tak pasti dekat mana, korang boleh semak dekat link TMPoint.

2. Isi Borang Permohonan Pemindahan UNIFI

Bila korang dah ada dekat TM Point tu, korang akan diberi satu borang permohonan pemindahan UNIFI. Jangan risau, tak banyak pun maklumat yang korang kena isi. Ada satu muka surat saja. Lepas siap isi borang, korang akan diberi nombor dan tunggu lah sampai nombor korang dipanggil.

Borang permohonan pemindahan perkhidmatan UNIFI

Dekat kaunter khidmat pelanggan nanti, pegawai khidmat pelanggan tu akan uruskan segala paper work untuk korang. Dia akan bagi waktu bila yang sesuai untuk technician datang untuk buat penyambungan. Jangkamasa technician nak datang tu paling awal 3 hari dan paling lewat 5 hari.

3. Ambil  Paper Work Relocate Confirmation UNIFI

Jangan lupa untuk ambil paper work Relocate Confirmation dari pegawai perkhidmatan tu lepas setel dekat kaunter. Paper work ni nanti korang kena tunjuk dekat technician yang datang ke rumah korang untuk buat pemasangan nanti. Dalam paper work ni semua maklumat pasal akaun UNIFI korang ada.

Relocate Confirmation
 

4. Tunggu Technician Datang 3 Hingga Ke 5 Hari 

Macam yang aku sebut dekat atas tadi, technician akan datang dalam jangkamasa 3 hingga ke 5 hari. Biasanya Pegawai Perkhidmatan dah bagi siap-siap tarikh technician datang pada hari korang datang ke TM Point tu tapi bergantung jugak pada technician tu. Kalau tak ada apa-apa masalah pada technician, diaorang akan datang pada hari yang dah ditetapkan. Kalau tak, technician tu sendiri yang akan telefon korang untuk set tarikh lain.

Untuk pengetahuan korang, tak ada cas untuk pemindahan servis UNIFI ni. Tapi, kalau kena tambah kabel, itu kena bayar pada technician yang datang untuk pasangkan UNIFI nanti. Misal lah kata, technician tu nak tipu sampai korang kena bayar ribu-ribu ringgit untuk kabel saja -- mintak resit dan bawak resit tu ke TM Point yang korang dah pergi sebelum ni. Laporkan saja pada diaorang dan diaorang akan ambil tindakan.

Sementara tu, kematu lah korang tak ada internet. :p


Post a Comment

14 Comments

  1. salam nak tanya , proses ni amik masa berapa hari ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan pengalaman saya, masa diaorang ambil dalam 3 hari dari tarikh kite apply untuk pindah tu. So, better ambil kira dalam masa 3-5 hari

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian.. sy dh risau kalau kena bayar RM300, banyak tu...

    Sy ada soalan tambahan:
    Utk set Unfi yg di rumah lama kita tu kita bawa sendiri lah ya ke rumah baru, mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul, set unifi (box + telefon) kena bawa sendiri ke rumah baru

      Delete
  3. google pasal nak pindah unifi, jumpa blog ni, terima kasih atas maklumat ni, plan nak pindah rumah, kalu tak de info rumit gak, takut kena tipu plk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah, semoga urusan Mus pindah unifi okay semuanya

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian. Setahu sy, unifi akan caj kos pemindahan kalau dah tamat kontrak. Selagi dalam kontrak, caj takkan dikenakan. Tp dari kena caj, baik terminate dan apply je yg baru... hahahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhehehhe kalau dah tamat kontrak dan dikenakan cas, memang saya akan terminate juga. Tapi sekarang saya pun dah bertukar dari unifi ke time

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsian puan.. plan pindah 14jun20 lps raya.. jd nk book siap2 tarikh awal... step by step mcm ni la yg sgt membantu... dok tanya dkt web tm, dorg duk suruh guna livechat ja... connection putus2... jd panjang cerita.. ni google terus dpt blog puan... dah x pening dah.. ehehe.. terima kasih sekali lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah semoga dipermudahkan urusan pindah ya.

      Delete
  6. Thanks for sharing the infor

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian sgat membantu

    ReplyDelete
  8. Nk tanya dia ada minta ic x untuk thumbprint? Sbb saya guna mana adik, skrg dia da balik klntan so kmi da pindah mcm ssh je nk proses tukaq alamat

    ReplyDelete
  9. kalau untuk cawangan syarikat pindah tempat, kita jadi wakil ke tmpoint macam mana tuan?

    ReplyDelete