Fadzi Razak

April 11, 2020

TENTANG FADZI RAZAK

Assalamualaikum dan hai semua. 

Nama saya Fadzi Razak. Saya adalah pemilik dan penulis di Blog Fadzi Razak. 

Saya berasal dari Pahang. Sekarang menetap di Shah Alam, Selangor. 

Saya merupakan seorang ibu dua orang anak lelaki - Aneeq dan Anas. Banyak cerita tentang mereka yang saya tulis dalam blog ini. 

Saya juga seorang work from home mom. Saya ada membuat beberapa servis yang pasti dapat membantu pemilik bisnes untuk memajukan lagi penjualan produk korang. Antara servis yang saya sediakan adalah:
  • Produk/servis review (Blog dan media sosial)
  • Servis ghostwriter 
  • Produk photoshoot
Saya bermula dengan servis-servis di atas atas dasar passion, hobi dan keseronokan. Tapi lama kelamaan, passion itu akhirnya berubah menjadi peluang sumber pendapatan saya. 

Saya percaya pekerjaan yang dilakukan atas dasar passion dan keseronokan pasti menghasilkan kualiti kerja yang bagus. 

Jika korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang servis yang saya tawarkan, boleh lihat di SERVIS


TENTANG BLOG FADZI RAZAK

Blog Fadzi Razak merupakan sebuah blog Malaysia Family Lifestyle. Blog ini berkongsi tentang pelbagai perkara tentang gaya hidup keluarga di Malaysia. 

Blog ini telah dimulakan pada tahun 2014. Pada asalnya saya lebih banyak bercerita tentang gaya hidup wanita dalam blog ini. Tapi selepas melahirkan anak, saya lebih banyak berkongsi tentang parenting dan gaya hidup berkeluarga.

Dalam Blog Fadzi Razak, korang akan dapat baca pelbagai artikel dengan topik seperti:
  • Gaya Hidup Keluarga
  • Parenting
  • Tips Rumah
  • Resepi
  • Review
  • Tips Blogging, Ghostwriter dan Phone Photography
Saya harapkan perkongsian saya dalam blog ini dapat membantu sedikit sebanyak korang yang membaca. Dan semoga apa yang saya dapat bantu korang ini, Allah balas dengan pahala yang boleh saya bawa ke akhirat nanti. *Lap air mata terharu sikit huhu*




No comments:

Powered by Blogger.