Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia | Hari ini merupakan hari ke 25 Fadzi menjejakkan kaki ke Australia. Tak sampai sebulan pun lagi. Hari ini baru rasanya ada kekuatan dan masa untuk menulis tentang penghijrahan Fadzi dan keluarga ke sini.

Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Perancangan Berhijrah Ke Australia

Ceritanya begini. Kami dapat tahu Zul ada peluang untuk pergi ke Australia untuk bekerja hujung tahun 2019 lagi. Tapi waktu itu masih kabur-kabur. 


Kami pun tak pasti lagi nak pergi atau tidak sebab ada komitmen nak bayar kereta dan 2 buah rumah. Fadzi pula dah plan macam-macam untuk rumah baru dan untuk persekolahan Aneeq.


Ada cerita di sebalik penghijrahan ini tapi sebab berkaitan dengan company Zul, jadi Fadzi tak dapat nak cerita lebih detail dekat sini. 


Dah 3 kali Zul berulang-alik Malaysia-Australia atas urusan kerja. Jadi kami buat keputusan untuk Zul terima kerja di Australia dan kami sekeluarga pindah ke sana. 


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Perancangan nak pindah ke sana agak lama. Dari awal Mac 2020 sampailah betul-betul berlaku bulan November 2020. Mencabar sikit sebab pandemik Covid19. 


Kami sebenarnya tak tahu bila kami boleh mula pindah. Yang lagi gila, kami tahu tarikh tiket flight untuk migrate ke Australia 28 hari sebelum penerbangan. Nasib baik kami dah slowly buat persediaan seperti visa, medical checkup dan dokumen penting. 


Kena pula hari yang kami tahu kami nak fly, Selangor kena PKPB lepas third wave kes undi di Sabah. Tak banyak benda yang kami boleh buat waktu itu selain daripada kemas barang-barang untuk dibawa ke Australia. Family pun kami tak dapat nak jumpa.


Sehari Sebelum Terbang Ke Australia

Sehari sebelum terbang ke Australia, company yang uruskan pindah barang datang. Mereka pack kan semua barang yang kami nak bawa ke sana. Waktu ni Fadzi rasa sebak gila. Kami nak tinggalkan first home. Banyak kenangan dekat sini.

 

Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Bila mereka dah siap kemas barang, kami pun bergerak ke Sepang. Duduk dekat hotel Sepang sebab tiket ke Adelaide pukul 9 pagi. Sebelum naik teksi, sempat kami jumpa dengan kakak Fadzi. 


Dalam perjalanan ke Sepang, Aneeq dan Anas tidur. Hati Fadzi ini sebak lagi. Sebab dah tau besoknya Fadzi dah tak ada di Malaysia. Tak tau kenapa sedih sangat. Mungkin sebab tak sempat jumpa family kot.


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Sampai di Orange Hotel, kami bersihkan diri dan tidur awal. Besoknya nak bangun awal. Pukul 6 pagi dah ada teksi yang menunggu nak hantar ke airport.

Hari Terbang Ke Australia

Pagi tu pukul 5.00 kami dah bangun. Kami bersiap-siap untuk naik teksi. Teksi dah sampai pun dan terus bawa kami ke airport. 


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Kami terus pergi check in beg. Nasib baik pergi awal. Ada masalah rupanya. Nama kami tak ada dalam sistem. Padahal immigration Australia dah sedia maklum yang kami akan datang ke sana. 


Nasib baik ada orang in charge. Bagus kerja dia. Memang ambil sedikit masa tapi semua setel. Nama Fadzi paling last masuk dalam sistem. Jadi kami dapat seat paling belakang dalam kabin yang paling belakang.


Bila dan on board dan captain announce kapal terbang nak mula bergerak, Fadzi rasa sebak sangat. Kami duduk lane tengah. Jadi boleh tengok tanah bumi Malaysia kesayangan ini sipi-sipi saja lah bila take off.


Waktu kapal terbang bergerak, makin berkaca mata. Teringat-ingat apa yang Fadzi bakal tinggalkan. Tinggal Mak Apak, tinggal adik beradik, tinggal rumah, tinggal Malaysia, tinggal semua comfort zone Fadzi.


Tak sempat nak jumpa Mak Apak dan adik beradik sebab PKPB Selangor. Banyak benda yang kami terpaksa korbankan. Keluarga, rumah, kereta dan comfort zone. 


Tak tau lah kami boleh hidup ke tidak dekat tempat baru. Tak tau lah Aneeq boleh terima ke tidak dengan environment yang berbeza. Tak tau lah Fadzi boleh urus ke tidak hidup dekat culture yang asing.


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Mula saja kapal terbang gerak laju dan naik ke udara, jatuh juga setitik dua air dari mata ini. Tapi pandang belah lain sebab tak nak bagi Zul dengan anak-anak nampak.


Tiba-tiba rasa ada orang meraba-raba tangan kiri Fadzi. Anas yang duduk dekat sebelah cari tangan Fadzi nak pegang. Bila dah dapat tangan Fadzi, Anas genggam kuat-kuat. Waktu itu emosi sangat. Memang laju saja air mata ini jatuh.


Dalam Perjalanan Ke Adelaide, Australia

30 minit selepas kapal terbang berlepas, Anas dah mula mengantuk. Sebijik perangai Fadzi kalau travel. Mula berjalan terus tertidur.


Anas tidur lena. 3 jam terus. Senang hati sikit. Tak ada tantrum, menangis atau rasa tak selesa. 


Aneeq pula tengok 4 movie straight dalam flight. Ya Rabbi. Geram tengok dia. Mata bulat saja tengok kartun.


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Sejam sebelum mendarat, Anas pula tiba-tiba nak buang air besar. Dah lah Anas jenis tak suka berak dalam lampin. Nak tak nak, Fadzi kena masuk sekali dalam tandas nak tolong pegang kan Anas sambil dia buang air besar.


Kaki kejang, tangan lenguh, hidung senak. Dalam tandas kapal terbang ya. Kecil. Sempit. Dan tak ada air nak basuh. Yang ada cuma air dekat sinki untuk basuh tangan.


Dah lah lama pula tu Anas membuang. Bertuah betul budak ni.


Perjalanan dari KL ke Adelaide ambil masa dalam 7 jam. Kami guna Malaysia Airlines. Orang tak ramai dalam kabin. Sebab nak masuk ke Australia, ada had bilangan penumpang yang tertentu.


Kami dibenarkan untuk pindah seat lain untuk duduk dengan lebih selesa dan tidur. Seat lane tengah banyak yang kosong. Tapi Fadzi tak boleh nak buat macam tu. Tak kan nak tinggal budak-budak dekat seat mereka pula kan.


Makanan MAS sediakan 2 kali. Makan tengah hari dan makan petang. Dua dua menu yang dapat sedap.


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Tapi Fadzi tak boleh habiskan sebab takut termuntah. Banyak cheese sangat. Rasa sayangnya tak makan habis.


Kek mango cheese yang mereka sediakan untuk makan tengah hari sedap sangat. Yang buat Fadzi boleh tahan muntah dalam flight adalah kek mango cheese dan kopi.


Overall, Fadzi happy dengan servis Malaysia Airlines. Dari awal check in sampai mendarat. Semua Fadzi puas hati dengan layanan mereka.


Touch Down Di Adelaide Australia

10 minit sebelum mendarat, kapten kapal buat pengumuman. Dalam hati Fadzi ini Ya Allah berdebarnya nak masuk ke negara orang untuk hidup baru. 


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Kapal terbang MAS mendarat di Adelaide pukul 7.07 petang waktu tempatan. Waktu itu keadaan masih cerah. Matahari pun tinggi lagi dekat langit. 


Fadzi pandang luar. Nampak dah tanah Australia. Fadzi pandang pula Zul, kemudian Aneeq dan akhir sekali Anas. Fadzi senyum. 


Ini permulaan hidup yang baru. 


Next entri - Hari Pertama Jejak Kaki Di Australia.




Post a Comment

9 Comments

  1. kak ana akan selalu follow update fadzi dan anak2 di FB dan IG, kak ana doakan semoga dipermudahkannya juga segala urusan fadzi sekeluarga di perantauan. Pasti rindu juga dengan fadzi.

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan untuk fadzi n keluarga disana :)
    mesti best kan duduk sana^^

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan. InsyaAllah semua akan baik-baik saja

    ReplyDelete
  4. perubahan itu kadang-kadang satu tanda yg indah...Fadzi boleh! insya-Allah, be safe and enjoy your new journey, your new adventure! :D

    ReplyDelete
  5. Moga dipermudahkan segala urusan Fadzi dan keluarga disana. Memang sedih bila nak migrate jauh dari keluarga waima kalau dalam Malaysia sekalipun kan. Be strong and stay strong...soon Fadzi akan dapat adapt things since anak2 masih kecil..My prayer will be with you too

    ReplyDelete
  6. all the best untuk Fadzi dan family.

    ReplyDelete
  7. moga dipermudahkan urusan.. takpe di mana pun, tetap bumi Allah. take care okay

    ReplyDelete
  8. All d best to u n ur family fadzy... Nnt kalau akak pi sydney boleh melawat awak❤️

    ReplyDelete
  9. Jangan sedih2 ye, insyaallah ni peluang terbaik buat Fadzi sekeluarga

    ReplyDelete