Hari Pertama Jejak Kaki Di Australia

Hari Pertama Jejak Kaki Di Australia | Kapal terbang MAS mendarat di Adelaide pukul 7.07 petang waktu tempatan. Waktu tu keadaan masih cerah. Matahari pun tinggi lagi dekat langit.


Perjalanan nak keluar dari kapal terbang, check suhu, pemeriksaan imigresen dan ambil beg tak ambil masa yang lama. Tapi agak rushing sampai tak sempat nak ambil gambar dan video buat kenangan.

Lagipun masa ini kami tak dibenarkan ambil gambar atau video sepanjang proses yang berlaku.

Hijrah ke Australia

Pemeriksaan Suhu Penumpang Kapal Terbang

Mula-mula sekali lepas keluar daripada kapal terbang, ada beberapa staf kesihatan yang check suhu badan penumpang. Lepas itu, kami diminta untuk tanggalkan penutup muka. Mereka ada bagi penutup muka baru untuk kami semua pakai.

Untuk Anas, staff tu cakap yang mereka bagi saja penutup muka untuk anak-anak kecil. Kalau tak boleh pakai, tak ada masalah. Boleh saja budak-budak tak pakai.

Tapi Anas okay saja bab pakai mask. Dia lagi suka kalau dapat pakai mask. Sebab dia fikir kalau pakai mask, boleh keluar rumah.

Sedih bila kenangkan masa kami di Malaysia. Aneeq dan Anas dah lama tak keluar rumah. Nak main dekat playground pun kami takut nak bawa. Kesian sangat.

Bila dah lepas check suhu dan pakai mask baru, kami teruskan perjalanan ke depan. Kali ini kami kena lalui proses imigresen.

Pemeriksaan Imigresen

Masa tengah tunggu giliran nak check dekat kaunter imigresen, kami tak dibenarkan menggunakan telefon.

Nak telefon orang atau nak check Whatsapp pun tak boleh. Ada akak polis garang tegur. Bukan tegur Fadzi lah. Fadzi kan budak baik ikut arahan.

Proses imigresen sekejap saja. Kami kena turunkan mask dan staff akan check muka kita sama atau tidak dengan gambar dalam passport.

Proses ini sekejap saja. Tambah-tambah lagi sebab orang tak ramai. Lepas siap segala urusan dekat kaunter, kami jalan ke ruangan untuk ambil beg.

Lepas ambil beg bagasi, ada pemeriksaan barangan dalam beg. Walaupun dah declare bawa makanan dan ubat, masih kena buka beg dan tunjuk pada diaorang.

Nasib baik 6 pek makanan kembara, 1 pek serunding, 4 pek sambal dan supplement semua lepas. Kalau tak, mereput lah kami.

Tapi 1 pek kotak Brahims dan 1 pek makanan kembara kena buka sebab diaorang nak tengok isi kandungan makanan macam mana.

Siap check beg, kami kena naik bas untuk di hantar ke hotel kuarantin. Bas tengah tunggu di luar pintu masuk airport.

Keluar Dari Lapangan Terbang Adelaide

Kami pun teruskan berjalan keluar sambil disapa ramah dengan pegawai-pegawai polis yang jaga sepanjang jalan keluar airport tu.
Keluar je bangunan airport, terus Fadzi rasa sejuk gila.

Fadzi tak pakai sweater. Baju t-shirt turtle neck tebal sikit je dari t-shirt biasa. Confident kan?

Sebelum ni Zul dah pernah pergi Australia beberapa kali. Dia kata Fadzi mesti suka duduk Australia sebab dekat sini sejuk. Waktu summer pun sejuk-sejuk windy kalau duduk dekat-dekat dengan area laut.

Fadzi memang suka tempat sejuk. Masa study dulu pun kawan-kawan panggil Fadzi kulit buaya, kulit biawak sebab tahan sejuk dalam aircond.

Jadi dengan yakinnya Fadzi rasa boleh tahan sejuk dekat sini Sekali bila dah ada dekat sini, ha ambik! Tau pula nak menggeletar.

Kami tunggu giliran untuk naik bas. Bila tiba giliran, kami kena letak beg tepi bas berdekatan dengan ruangan untuk letak beg dekat bawah bas.

Staff yang jaga akan masukkan beg ke dalam ruangan tempat letak bas. Sambil-sambil itu, mereka ada bagi penerangan ringkas apa yang kami perlu buat.

Sebelum naik bas, kami kena ambil sanitiser yang disediakan dan sapu pada tangan. Staff dekat situ puji Aneeq sebab pandai pakai sanitiser.

Perjalanan Ke Hotel Kuarantin Di Adelaide

Setel letak beg, sapu sanitiser pada tangan dan naik bas, Aneeq pilih untuk duduk dekat bahagian belakang sekali.

Perjalanan dari airport ke hotel ambil masa dalam 20 minit. Waktu ni Fadzi tak tahu lagi hotel mana kitaorang dapat. Reda saja duduk dekat mana pun asalkan dapat rehat dan tidur.

Sepanjang perjalanan, ada jurucakap yang terangkan dekat kiri kanan ada apa dan cerita sejarah pasal Adelaide sikit-sikit. Dah macam pemandu pelancong pula gayanya.

Hijrah ke Australia


Tapi waktu tu dah malam jadi gelap je dekat luar. Tak clear. Dalam bas pula penuh lampu biru je.

Fadzi pulak sakit kepala seharian suntuk keluar. Sambil-sambil tu tengah tahan nak muntah. Fadzi pejam mata je sambil Anas tidur atas Fadzi.

Sampai ke hotel tempat kami kuarantin, Fadzi rasa lega sangat. Dah terbayang-bayang hot shower dan katil empuk.

Kami tunggu giliran nak turun bas. Semua orang kena turun sikit-sikit. Sekali keluar, 5 orang je. Ambik sangat seat belakang sekali, kan? Dah jadi orang paling akhir turun.
 

Beg kami, team hotel yang keluarkan dari tempat bag dan bawakan sampai ke depan bilik hotel. Butang lif semua diaorang tekankan sampai ke level bilik. Sebab risau kami ada Covid19.

Pindah ke Australia

Pindah ke Australia


Dalam penat-penat tu pun Fadzi rasa seronok sebab layanan yang diberikan dari semua - MAS, Australian government dan hotel semua baik-baik belaka. Tak ada apa langsung nak komplen.

Bila dieorang layan baik-baik macam tu, kita pun balaslah layanan yang baik-baik juga dekat dieorang supaya mudah kerja.

Walaupun tak keluar merasa lagi bumi Australia ni macam mana sebab terperap je dalam bilik hotel tapi Fadzi dah mula suka negara ni.

Cuma ada satu benda yang Fadzi tak suka. Fadzi kena belajar basuh kencing dan berak tanpa air.

Lepas ini Fadzi nak cerita pasal hotel yang kami dapat untuk kuarantin. Kalau nak baca cerita Fadzi di Australia, boleh mula di sini - Hijrah Ke Australia.



Post a comment

2 Comments

  1. ssh jgk nak masuk negara orang time2 covid ni..huhu

    ReplyDelete
  2. memang kena bawa airlah klu travel kat sana ya fadzi, memang tak puas rasanya basuh tak guna air ni

    ReplyDelete