Pullman Hotel Adelaide - Kuarantin Mandatori 14 Hari | Fadzi sebenarnya tak tahu hotel apa yang kami akan dapat untuk duduk masa kuarantin wajib 14 hari selepas sampai di Australia.
Bila dah turun dari bas yang bawa kami dari lapangan terbang Adelaide ke hotel dan betul-betul dah nak masuk bangunan hotel, baru tahu dekat mana kami ditempatkan.
Pullman Hotel Adelaide. Masa tahu dapat Hotel Pullman rasa bersyukurnya Ya Allah. Bukan calang-calang hotel Pullman ini. Dekat Malaysia pun dah gah. Dekat Adelaide 5 star, Alhamdullilah.
Kami sampai di hotel lebih kurang pukul 9.30 malam. Disebabkan Aneeq minta untuk duduk dekat kerusi paling belakang sekali, kami jadi orang yang paling akhir turun dari bas.
Lepas turun dari bas, kami diminta untuk pastikan beg. Ada 3 beg terakhir yang tinggal. Dan ketiga-tiga itu beg kami.
Persekitaran agak gelap waktu itu. Ada lampu sana-sini tapu mungkin sebab baru turun dari bas, semua nampak blur.
Sebelum masuk ke dalam hotel, kami kena pakai sanitizer yang disediakan dekat pintu masuk hotel. Waktu itulah baru Fadzi tahu hotel apa yang kami akan duduk selama 14 hari kuarantin mandatori nanti.
Beg kami semuanya dibawa oleh staf hotel. Staf hotel pakai pakaian PPE siap dengan mask dan pelindung muka. Kami tak dibenarkan pegang apa-apa pun dalam hotel.
Masuk lobi hotel saja, staf Hotel Pullman terus tanya nama untuk berikan kunci bilik. Kami dapat 2 bilik connecting room. Alhamdullilah luas sikit untuk kami berempat.
Lepas itu kami ditanya pula tentang diet makanan. Kami cuma request untuk makan halal. Tersenyum staff hotel sambil cakap "Well, that's easy!" Syukur juga hotel ada sediakan makanan halal.
Sebelum dapat masuk hotel, ada satu prosedur lagi yang kami perlu lalui. Iaitu pengesahan identiti. Kami kena confirm kan identiti kepada polis yang bertugas. Polis nak tengok gambar dalam passport dengan in real life.
Habis semua prosedur, kami dibawa ke bilik. Dari lobi sampai depan pintu bilik, kami tak dibenarkan untuk sentuh apa-apa pun. Beg mereka yang bawakan, butang lif mereka yang tekankan.
Sampai di depan bilik, barulah kami boleh ambil beg dan bawa masuk ke dalam bilik.
Bilik Kuarantin Hotel Pullman Adelaide
Bilik yang kami dapat Alhamdullilah memuaskan. Bilik 1 ada satu king bed dan bilik 2 ada dua double bed.
Setiap bilik ada meja dan kerusi untuk kerja. Siap sekali dengan table lamp. Bagus juga. Dapatlah Zul kerja masa dalam kuarantin.
TV yang ada dalam kedua-dua bilik pun besar. Ada sofa dan juga coffea table.
Kemudahan lain yang disediakan adalah seperti seterika, papan seterika, mesin pengering rambut, peti keselamatan dan electric kettle. Ada 3 in 1 Nescafe, teh dan hot chocolate juga diberikan.
Peti ais pun ada juga cuma kecil sajalah. Standard untuk bilik hotel.
Jangan memain gais. Ada juga mesin Nespresso untuk buat pelbagai jenis kopi. Siap ada 8 Nespresso pod untuk kami cuba. Kalau habis 8 pod tu, boleh minta lagi tapi kena bayarlah.
Masa mula-mula masuk bilik, Fadzi ada nampak banyak paper bag. Rupa-rupanya dalam paper bag itu ada 2 botol air mineral, 1 pack cookies dan 1 pack energy bar.
Selain daripada itu, hotel juga ada sediakan pinggan, sudu, garfu, pisau dan kain. Cecair pencuci pinggan pun ada. Serbuk pencuci kain juga disediakan untuk kami basuh baju sendiri.
Toilet pula simple saja. Tak ada bathtub. Cuma ada shower dengan air panas dan air sejuk. Ada cermin besar sangat. Hotel jug ada sediakan shower gel, shampoo, conditioner dan body lotion.
Conditioner yang disediakan best. Pakai sekali terus lembut rambut. Body lotion pun best juga. Bau tak terlalu kuat. Dan sangat-sangat membantu kulit Fadzi dalam keadaan air-conditoner yang kering ini.
Mungkin yang sedikit kurang tentang bilik ini adalah view. Kami dapat view menghadap cark park.
Mula-mula rasa macam okay tapi bila dah 14 hari terperap dalam bilik tanpa udara segar dan view yang menarik, boleh tahan rasa nak gila tu. Tapi Aneeq dan Anas kreatif. Mereka gunakan apa yang ada di sekeliling untuk hiburkan dri sendiri termasuklah tengok car park tu.
Mereka kira berapa kereta ikut warna, ikut level, lambai dekat orang yang ada dekat parking kereta.
Kalau dah bosan, tengok ke bawah sikit boleh nampak orang atau kereta berjalan. Tengok atas boleh tengok langit biru sikit. Tenogk kiri kanan boleh nampak bangunan lain sikit. Tapi semuanya sikit-sikit saja boleh nampak.
Selama 14 hari kami kuarantin di Hotel Pullman Adelaide, semuanya selesa. Bilik bersih, luas, sejuk dan makanan pun disediakan setiap hari.
Tapi disebabkan makanan dekat negara orang kan, ada yang kami boleh makan dan ada yang kami tak boleh nak telan.
Menu Makanan Kuarantin Di Hotel Pullman Adelaide
Meh Fadzi kongsikan menu makanan apa yang kami dapat masa kuarantin di Hotel Pullman.
Minggu 1:
The food. Masa awal-awal kiteorang sampai dekat Hotel Pullman, staff dieorang ada tanya diet makanan...
Posted by Fadzi Razak on Tuesday, November 17, 2020
Minggu 2:
The food week 2. Makanan yang hotel sediakan masa kuarantin memang pelbagai. Ada menu makanan barat, makanan Asia,...
Posted by Fadzi Razak on Monday, November 30, 2020
Ada antara menunya memang sedap sampai licin bekas makanan. Tapi ada yang terbazir macam itu saja. Rugi juga lah rasanya tapi dah tak mampu nak masuk.
Setiap hari hotel akan sediakan 3 kali makanan. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Biasanya mereka akan hantar makanan pada waktu-waktu tertentu.
Sarapan: 7.00 pagi hingga 8.30 pagi
Makan tengah hari: 12.00 tengah hari sampai 1.00 petang
Makan malam: 6.30 petang hingga 7.30 malam
Dari awal sampai habis kuarantin, servis yang diberikan oleh Hotel Pullman sangat bagus. Walaupun tak ada servis housekeeping sebab mereka tak boleh masuk bilik, tapi semuanya memuaskan.
Waktu ini juga Fadzi belajar cara nak pasang cadar katil. Penat weh pasang cadar katil hotel ni. Berat gila tilam. Nak kena pasang berlayer-layer pula tu. Salute pada team housekeeping!
Hotel akan sediakan cadar, tuala dan kelengkapan mandi yang baru setiap hari Selasa dan Jumaat.
Jadi kalau rasa nak tukar cadar, kami kena cabut cadar dan letak dalam plastik hitam yang disediakan. Tuala pun sama letak dalam plastik hitam tu.
Lepas itu, kami kena pastikan plastik hitam itu diletakkan di luar depan pintu bilik pada pukul 1.30 petang.
Sampah pun sama juga. Semua sampah makanan atau selain daripada itu kena letak dalam plastik sampah hitam. Pukul 3.00 petang boleh letak depan pintu bilik. Tak boleh terlalu cepat dan tak boleh lambat. Kalau lambat staff terlepas bilik, mereka dah tak kutip.
Hari terakhir kami di hotel adalah hari yang paling membahagiakan. Kuarantin mandatori dalam hotel nampak macam best. Makanan pun nampak mewah.
Tapi sebenarnya tak lah bahagia sangat. Ada dugaan dan struggle yang masing-masing kena hadapi.
Tipulah kalau Fadzi kata Fadzi tak stress waktu kuarantin. Buat benda yang sama saja setiap hari. Mesti korang pun bosan kan. Maybe next entri ni Fadzi nak kongsikan dengan korang apa rutin harian Fadzi masa kuarantin dekt hotel hari tu.
Kalau nak baca pengalaman Fadzi migrate ke Australia dari awal, korang boleh mula dari sini - Hijrah ke Australia - From Malaysia To Australia.
6 Comments
keep writing okay. at least boleh tau perkembangan fadzi n anak2 kat sana.
ReplyDeletemoga dipermudahkan urusan di sana
ReplyDeleteSelesa sangat nampak hotelnya. Tazabar nak baca next story Fadzi kat sana
ReplyDeleteBestnya. Nnt cerita psal life dekat sydney pulak❤️
ReplyDeletehi Fadzi..keep sharing stories ya dan InsyaAllah kalau ada kesempatan boleh akak baca..semoga baik2 kat sana dan take care..kita jumpa selalu kat mukabuku kann
ReplyDeletesemoga baik2 saja untuk anda sekeluarga :)
ReplyDelete