10 Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Anak Lelaki

10 Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Anak Lelaki | 21 Mac lepas adalah hari lahir anak aku, Aneeq. Dan sebagai seorang mak kali pertama, aku macam confuse nak beli kan hadiah apa untuk anka aku yang manja sorang ni. Aku rasa ramai jugak yang tak tahu nak beli apa untuk hari lahir anak korang kan? Nah, aku bagi idea 10 Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Anak Lelaki korang. 

10 Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Anak Lelaki

1. Nerf N-Strike Elite Firestrike Blaster

Aku suka sangat bila tengok suami aku si Zul tu main-main sambil bonding dengan Aneeq. Rasa macam oh my god, sweet sangat hero-hero aku ni. Dan sempena hari lahir Aneeq yang pertama ni, aku nak sangat belikan Nerf N-Strike Elite Firestrike Blaster supaya Zul dengan Aneeq boleh main sama-sama, boleh bonding lebih lagi sambil-sambil aku keluar pergi shopping. Bahahahahha. Sebenarnya mainan macam ni boleh ajar Aneeq tentang macam mana nak buat strategi untuk kalahkan pasukan lawan. So, sambil having fun anak-beranak, aktiviti main Nerf ni boleh tingkatkan daya pemikiran Aneeq jugak. Bukan setakat daya pemikiran Aneeq yang teruji, fizikal dia nanti pun memang berlecak ketiak berpeluh main Nerf ni. Betul tak?   


2. Ringway Digital Drums TD 90

Aku lahir bulan Mac. Aneeq pun lahir bulan Mac. So, aku rasa sedikit sebanyak sifat, sikap dan minat aku anak-beranak ni mesti lebih kurang sama. Dan aku memang minat sangat dengan muzik. Jadi, aku nak belikan Aneeq Ringway Digital Drums TD 90 supaya Aneeq boleh belajar basic main drum. Memang banyak lagi instrumen muzik yang lain tapi entahlah. Bagi aku ahli musik yang main drum a.k.a drummer ni sangat cool di mata aku. Aku pun nak tengok anak aku nampak cool jugak. Hehehhe. Aku suka dengan set drum ni sebab dia ada multi-function LED display, voice control dan polyphony 64 notes max.  
  


3. Inflatable Baby Child Toddler Infant Swimming Seat Float Boat Ring Raft Chair Pool Toy (Speaker Car)

Aku kalau boleh, nak bagi Aneeq cuba segala benda dalam dunia ni. Dan salah satu aktiviti yang aku nak sangat Aneeq cuba adalah berenang. Tapi nak bagi Aneeq ada rasa confident dalam air tu, sebenarnya aku yang takut lebih. Jadi, aku rasa untuk permulaan ni, lebih selamat kalau Aneeq main kolam guna Inflatable Baby Child Toddler Infant Swimming Seat Float Boat Ring Raft Chair Pool Toy ni. Lagipun design swimming seat ni comel sangat. Mesti Aneeq pun suka. Selain daripada buat main dalam kolam, boleh je kalau nak guna swimming seat ni untuk main dalam rumah. Yang penting kena kreatif lah kan? Dah jimat dekat situ. 



4. Sony A6000 24.3MP Mirrorless Camera with E PZ 16-50mm (White)

Since Aneeq dah besar (eceyh, padahal baru setahun), aku rasa macam excited sangat nak tahu apa minat dia. Aku tau, minat terhadap sesuatu tu boleh dipupuk. So why not kalau aku cuba pupuk minat Aneeq dalam seni fotografi kan? Aku rasa untuk permulaan ni, Sony A6000 24.3MP Mirrorless Camera with E PZ 16-50mm ni memang sesuai untuk Aneeq berjinak-jinak dengan kamera, komposisi dan sebagainya yang berkaitan dengan fotografi. Saiznya yang kompak dan kecil serta ringan memang sesuai untuk Aneeq yang kecil ni. Kalau bagi DSLR karang, tak terlarat pulak dia nak angkat. Lagipun, kamera ni memang tahan lasak. Faham-faham je lah budak-budak nak membesar, memang habis barang dieorang main lasak. 


5. Deuter GoGo 25L Casual Backpack (Black Titan)

Ya, ya nampak macam over pulak kan aku nak bagi Aneeq pakai bagpack dia kecik-kecik macam ni. Tapi, bagi aku apa salahnya kalau aku nak belikan Deuter GoGo 25L Casual Backpack (Black Titan) sebagai hadiah hari lahir dia kan. At least aku boleh ajar Aneeq bertanggungjawab jaga barang-barang milik dia sendiri. Bila kitoerang travel, boleh lah Aneeq guna bag pack ni untuk isi barang-barang dia sendiri dan dia kena belajar macam mana nak jaga barang dia supaya tak hilang. Ya, aku memang mak yang pemalas tegas! Perlu ajar anak bertanggungjawab sejak kecil lagi. Lagipun bagpack ni saiznya cuma 25L, tak adalah besar dan banyak sangat barang yang boleh diisi dalam ni. Sesuailah dengan Aneeq. 


6. The Secret Garden Coloring Book

Korang tau, jadi seorang mak kepada anak kecil ni memang serabut jugak otak rasanya. Yang paling penat aku rasa masa pergi makan dekat luar. Aneeq memang susah nak duduk diam. Sudahnya aku dan Zul terpaksa makan bergilir-gilir - sorang makan, sorang jaga aneeq. Jawabnya, makanan pun dah sejuk. Aku pun terfikir satu idea ni untuk belikan Aneeq The Secret Garden Coloring Book supaya Aneeq boleh duduk diam dan mewarna waktu makan di luar. Coloring book ni pun yang uniknye dia ada interactive activity yang Aneeq boleh buat. Bukan takat nak latih motor skill tangan Aneeq tapi jugak untuk tingkatkan daya kreativiti Aneeq dengan mewarna. Pergh, memang berguna betul coloring book ni.  


7. Shake N Take 3 Juice Smoothie Blender with 2 Sport Bottles (Blue)

Aneeq ni suka sangat makan buah-buahan. Berkat aku paksa dia breakfast dengan buah-buahan setiap pagi. Nampak sangat aku malas masak hahahaha. Sekarang ni aku plan nak bagi Aneeq minum jus buah-buahan segar setiap petang pulak waktu snacking. Biasanya petang-petang aku akan bawak Aneeq mandi dekat pool atau main dekat playground. Bila balik rumah, hausnya dia memang tak terkata. Jadi, aku rasa kalau aku beli Shake N Take 3 Juice Smoothie Blender with 2 Sport Bottles ni, boleh bawak jus buah-buahan masa kiteorang pergi main dekat playground. Kalau dia haus je, aku bagi minum. Lagipun Shake N Take ni tak besar mana pun. Senang nak bawak ke sana sini. Nak blendkan buah-buahan untuk buat jus pun senang. 


8. Anti-lost Child Safety Harness Backpack - Toddler Keeper Bag Bat 

Lately aku dengar banyak sangat kes culik budak. Nauzubillahiminzalik. Tak nak lah terjadi pada aku ataupun orang-orang sekeliling aku. Sekarang ni pun Aneeq dah mula dapat kaki. Aku risau sangat kalau kiteorang keluar dan Aneeq suka-suka hati dia lari ke mana-mana entah. Susah hati aku jadinya. Aku rasa Anti-lost Child Safety Harness Backpack - Toddler Keeper Bag Bat memang aku perlu sangat untuk pastikan keselamatan Aneeq terjamin masa keluar jalan-jalan. Lagipun, harness bagpack ni selesa untuk budak sebab ada padded shoulder strap dan design dia pun memang menarik. 


9. 3pcs Gentleman Baby Boy Clothing Set Shirt Overalls Blue HB365

Bila Aneeq dah masuk umur setahun ni, aku selalu berangan nak pakai baju matching dengan Aneeq. Walaupun Aneeq lelaki, tapi nak jugak lah Aneeq pakai baju kacak-kacak. Susah nak cari baju unutk budak-budak lelaki sebab yang berlambak dekat pasaran sekarang ni yang cantik semua baju-baju budak perempuan. Nasib baik dekat Lazada ni, senang je nak cari baju-baju budak lelaki yang memang smart. Aku suka 3pcs Gentleman Baby Boy Clothing Set Shirt Overalls Blue HB365 ni sebab ia diperbuat daripada cotton. Jadi, selesa lah kalau Aneeq pakai nanti. Al maklumlah, cuaca dekat maaysia ni panas. 


10. HomeLux Quilted Mattress Safeguard and Protector (3 Layers) 

Well, at the end of the day, Aneeq is still my little boy. Masih kencing dalam cloth diaper, masih kencing malam dalam tidur, dan masih belum boleh cakap nak kencing. Jadi, aku masih lagi dalam proses nak ajar Aneeq jadi pampers free. Untuk mengelakkan tilam Aneeq menjadi mangsa bau hancing, poo poo dan pee pee nya, aku perlukan sangat HomeLux Quilted Mattress Safeguard and Protector ini. Yang aku paling suka pasal mattress protector yang ini adalah fabrik dia yang sejuk dan sesuai untuk cuaca yang panas macam sekarang ni. Dan yang penting, ianya lembut, tahan lasak dan senang nak dicuci. 

Bila aku tengok balik senarai idea hadiah hari lahir unutk Aneeq ni, macam banyak pulak. Huhuhu. Melampau betul mak ni nak beli hadiah banyak-banyak untuk birthday pertama Aneeq. Sebenarnya semua barang ni aku nampak masa tengah window shopping dekat website Lazada. 

Well, aku harap, entri ni sedikit sebanyak dapat tolong korang cari idea nak beli hadiah apa untuk anak lelaki korang nanti. 


This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.


Post a Comment

2 Comments

  1. tgk barang anak tersangat best! lagi best dari tengok barang mak pak..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kan. Seronok tgk barang-barang budak ni. Mak bapak yang terlebih excited

      Delete