Set Rangkaian Produk SAFI Rumusan Bahan Semula Jadi Dan Habbatus Sauda

Sekarang ni, dah ramai yang pentingkan produk-produk kecantikan diri yang berasaskan bahan semula jadi, betul tak? Kalau aku pun, aku mesti nak cari pencuci muka, toner, krim muka dan sebagai yang yang berasaskan bahan semula jadi. Nak cantik tapi dalam masa yang sama nak jugak dapatkan manfaat daripada alam semula jadi.


Set Rangkaian Produk SAFI

Baru-baru ni SAFI ada keluarkan set rangkaian produk SAFI untuk wanita yang berasaskan bahan semula jadi  seperti lidah buaya, mentimun, gamat dan buah manggis digabungkan dengan Habbatus Sauda. Korang tau tak Habbatus Sauda tu adalah ubat segala penyakit selain maut?

Set Rangkaian Produk SAFI Rumusan Bahan Semula Jadi Dan Habbatus Sauda


Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda
Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda 
(50g RM6.10 | 100g RM10.80)
Tesktur pembersih muka sari mentimun ni nampak berkilat dan berwarna putih. Bau dia memang sedap. Calit sikit saja pada tapak tangan dan gosok untuk dapatkan buih. Aku rasa sedap pakai pembersih muka sari mentimun ni sebab bau dia yang wangi dan senang nak bilas. Sari mentimun ni pulak akan membantu korang untuk mengecilkan pori-pori muka. Hasil dia, kulit jadi lebih sihat, bermaya dan lembut.


Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda
Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda 
(50g RM6.10 | 100g RM10.80)
Aku harap korang boleh bertabah bila pakai pencuci muka sari susu manggis ni. Tesktur dia putih berkilat dan yang penting, bau dia Ya Allah, menggugat iman sungguh. Bau wangi manggis sampai aku rasa macam nak makan.  Sari susu manggis ni akan membantu korang untuk mencerah dan melembapkan kulit wajah. Lepas pakai, kulit wajah akan jadi lebih cerah, lembap dan halus. 


Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda
Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda 
(50g RM6.10 | 100g RM10.80)
Pembersih muka sari gamat ni pun sama juga tekstur dia, putih berkilat. Ha, walaupun ini sari gamat tapi jangan risau. Bau dia bukan macam bau minyak gamat. Bau dia wangi macam losyen. Bila bau pencuci muka sari gamat ni aku teringat dekat losyen yang mak aku pakai. Uii, rindu pulak. Sari gamat ni terkenal sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional jadi dia mampu mengawal jerawat secara efektif. Kalau korang pakai pencuci muka sari gamat ni, hasilnya kulit muka korang akan jadi lebih berseri tanpa cela jerawat. 


Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda
Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda
(100ml RM7.50)
Aku suka penyegar sari mentimun dengan lidah buaya ni sebab paling utama dia tak ada alkohol. Lagipun, dia diperbuat daripada 2 sumber semulajadi yang memnag orang pakai untuk kecantikan muka - lidah buaya dan mentimun. Penyegar muka ni membantu mengecilkan pori dan sambil-sambil tu membersihkan sisa kekotoran pada permukaan kulit wajah. Bila diamalkan selalu, kulit akan jadi lebih tegang dan sentiasa lembap. Kalau nak gunakan penyegar ni sebagai penanggal make up pun boleh.

Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda
Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda 
(80g RM8.90)
Pelembap muka sari gamat ni pun bau dia tak macam minyak gamat yang ada orang tak suka bila bau. Yang ini jangan risau, memang bau macam bau losyen yang sedap. Tekstur dia macam losyen yang halus dan berwarna putih. Gamat ni bertindak sebagai agen pemulihan kulit. Ianya mampu membantu unutk mengawal minyak muka dan membuat kulit dapat bernafas dengan lebih efektif. Bila dah minyak di muka dapat dikawal dan kulit wajah dapat pengudaraan yang sempurna, hasilnya kulit wajah akan lebih berseri tanpa jerawat.


Pelembap Muka Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda
Pelembap Muka Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda 
(80g RM8.90)
Pelembap muka lidah buaya ni baunya sedap. Cuba bayangkan bau lidah buaya. Bau dia tak kuat sangat, cukup-cukup sedang bau dia. Tesktur dia licin, ringan dan berwarna putih. Tesktur dia lebih kurang macam losyen badan yang ringan. Bila pakai pada muka, rasa sejuk je dan tak rasa berminyak pun. Bagi aku, pelembap muka pokok lidah buaya ni paling sesuai untuk dipakai sekarang sebab sekarang ni kan cuaca panas dan kering. Kalau pakai pelembap muka lidah buaya ni, kulit akan jadi lebih lembap dan sihat. 


Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda
Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda 
(16g RM7.40)
Aku suka tengok packaging krim kecantikan lidah buaya SAFI ni. Comel kecil molek berwarna hijau. Tekstur krim dia smooth je warna coklat ala-ala nude. Disebabkan warna nude tu, krim ni sesuai sangat kalau korang buat sebagai asas solek selain daripada dipakai sebagai krim pelembap. Bila sapu pada kulit muka, korang akan rasa kulit tu lembut dan halus. Dan krim dia tak ada rasa berat bila sapu pada muka. Warna nude tu pun cepat blend dengan warna kulit.

Kalau korang perasan, semua produk baru dari rangkaian SAFI ni menggabungkan Habbatus Sauda atau jintan hitam sebagai salah satu formula dia. Kalau korang nak tahu, Habbatus Sauda ni dapat membantu melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria. 

Rangkaian produk SAFI ni boleh didapati di seluruh malaysia termasuklah farmasi, pasaraya dan hypermarket yang terdekat dengan korang. Kalau korang nak tau lebi hlanjutlagi apsal rangkaian produk baru SAFI ni, korang boleh melalui sosial media SAFI seperti di bawah.


 


Post a Comment

23 Comments

  1. packging safi dah comel2 kan?
    xdelah dlu nmpak mcm org tua je ..hehe
    murah and selamat tp MG pakai safi dlu tkde kesan ape2 ke lmbat ke tatau la ..

    mgkin nak try dia punya moisturizer tu mcm cntik je bekas dia..hehe



    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    TOLONG INFORM SAMA ADA ANDA BOLEH BUKA ATAU TAK BLOG MG :)
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/03/minta-tolong-inform-jika-anda-tak-boleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha MG, dulu2 memang nampak macam produk orang tua2 je kan? Tp sekarang dieorang punye packaging dah cantik dah

      Delete
  2. Lama tak pakai Safi. This range macam best je. Full of good ingredients.

    ReplyDelete
  3. Safi adalah produk bersih dan mampu beli rakyat Malaysia. Dengan packaging terkini lebih memenuhi citarasa dan tarikan pengguna.

    ReplyDelete
  4. Dulu pernah try safi whitening. But tak tau skrg begitu byk range of skincare by Safi! Nice review!

    ReplyDelete
  5. Seems like a great series of products, gonna check it out in the store :D

    ReplyDelete
  6. Safi always been the best product for asian skin. Sekarang dgn habbatus sauda pulak..lagi la umph!

    ReplyDelete
  7. x pernah guna this brand before tapi looks nice je. Thanks for sharing =)

    ReplyDelete
  8. I like this brand for its quality, can't wait to try out their new collection :)

    ReplyDelete
  9. I love how affordable these products are! And I believe I've seen them in stores before!

    ReplyDelete
  10. suka bau produk ni siap ada habastus sauda dan juga aloe vera..

    ReplyDelete
  11. Assalam,saya mau tya adkha penyegar dan krim kecantikan untuk safi sari susu manggis tu,sbb saya ada bli pelembap nya dia suruh gunakan selepas penyegar.mohon balas#

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asyirah, untuk manggis tu memang tak ada penyegar dan krim kecantikan. Dia cuma ada pembersih je.

      Asyirah boleh gunakan penyegar sari mentimun dan krim kecantikan sari gamat atau lidah buaya dengan pelembap manggis tu.

      Delete
    2. Pelembab ada, td baru tgok kat kedai.. Tp penyegar xpasti😊

      Delete
  12. saya pengguna safi sejak study di u masa saya pakai ramai tanya sy pakai produk apa.. thanks Safi!

    ReplyDelete
  13. sue_santiey16 January, 2017

    Safi sari gamat campur dgn safi aloe vera boleh campur tak?terutama penyegar dgn krim kecantikan aloe vera..sbb sari gamat tak ada penyegar dgn krim kecantikan kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sue, boleh je campur, tak ada masalah :)

      Delete
  14. Kalau muka ada jeragat boleh pakai ke..?


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Jiwa Tenang,

      Boleh je pakai tak ada masalah :)

      Delete
  15. salam , saya ada masalah jerawat pasir di dahi. sesuai pakai yang mana satu ya?

    ReplyDelete
  16. Mmg trbaik pembersih muka safi manggis nie.. Muka sy nmpk bersih lembab n cerah dri biasa..

    ReplyDelete
  17. Mmg trbaik pembersih muka safi manggis nie.. Muka sy nmpk bersih lembab n cerah dri biasa..

    ReplyDelete
  18. Krim kecantikn safi yg skrg dh x best ...mana nk cari krim kecantikn safi yg lama yg berwarna putih krim bkn berwarna coklat cair...knp safi x kekalkn produk yg lama .

    ReplyDelete