Beli Baju Raya Oh Meriahnya Raya Dengan Jakel!

Waktu waktu bulan ramadan ni, mesti ramai yang duduk fikir nak beli baju raya baru kan? Sama lah dengan aku pun. Sejujurnya aku dah lama tak beli baju raya baru tau. Tiap-tiap tahun mesti recycle baju raya yang lama-lama atau pakai je balik baju nikah dan baju bersanding dulu. Jimat katanya. Tapi tahun ni aku gigih nak beli baju raya baru (sebab dah ada Aneeq, mestilah nak anak merasa baju raya baru kan).

Baju Raya Jakel

Sabtu lepas aku pergi ke Jakel Shah Alam sebab dieorang ada buat kempen Oh!! Meriahnya Raya. Dekat dengan rumah, tu yang aku rajin pergi tu. Macam tahun lepas jugak, Jakel ada ambil beberapa orang artis untuk jadi duta dan buat lelongan baju raya waktu event tu. Antara artis yang ada Sabtu lepas untuk buat lelongan tu Aaron Aziz, Nabil, AC Mizal, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Sempat lah aku jumpe face to face dengan retis-retis ni.

Baju Raya Jakel

Tahun ni ada lebih banyak Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz yang berbagai warna dan fabrik. Yang Aaron Aziz punya koleksi ni dia lebih fokus pada kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Baju melayu Aaron Aziz ni unutk lelaki-lelaki yang bersaiz besar akak abang sado. Jenis fabrik dia tak mudah berkedut so bila pergi beraya tu, nampak kemas je sepanjang masa.

Baju Raya Jakel

Baju Melayu Koleksi Nabil Ahmad pulak lebih kepada baju melayu moden kotemporari yang fokus pada kekemasan leher dan poket. Bagi aku beza baju melayu Nabil dengan baju melayu duta lain tu, cutting dia. Cutting baju melayu Nabil ni dia macam kecik kat bawah. so, sesuailah untuk orang yang berbadan kurus. Bila pakai ni tak nampak kurus sangat tapi nampak tough. 

Baju Raya Jakel

Koleksi Jubah Terawih Label Jep Sepahtu  ni menggunakan fabrik cotton yang bercorak dan ada kekemasan di potongan leher dan belakang bahu. Tambah lagi ada poket. So senang lah nak pergi terawih, ada poket unutk simpan kunci kereta ke, wallet ke handphone ke. Tak ada lah hilang ke apa kan kalau letak dekat lantai waktu solat tu.

Baju Raya Jakel

Untuk Koleksi Baju Melayu Upin Ipin pulak nampaknya jakel buat berlainan sikit tahun ni. Kalau tahun lepas baju Upin Ipin plain je. tahun ni, baju Upin Ipin ada rekaan baju melayu bercorak. Koleksi Baju Melayu Upin Ipin ni boleh dibeli dengan harga serendah RM59 dengan percuma sampin dan butang baju.


Koleksi Schawalara. Ha amboi sangat kan. Bertuah gila satu family jadi duta Jakel tahun ni. 

Baju Raya Jakel

Untuk Koleksi Scha Al Yahya ni ada baju kurung dan Jubah dress. Jubah-jubah dan baju kurung ni diperbuat dari macam-macam jenis fabrik. Saiz pulak dari S sampai XL. unutk koleksi jubah Scha ni memang ada banyak design dan warna. Tapi semua design dan warna memang very limited. Tak buat banyak-banyak sebab nak biar nampak esklusif sikit. Perempuan kan tak suka kalau baju yang dia pakai sama dengan baju orang lain. 

Baju Raya Jakel

Untuk Koleksi Awal Ashaari pulak, baju melayu jenis tak ada pesak dan fokus lebih pada kemasan leher, bunga poket dan motif warna. Kalau korang beli baju melayu koleksi Awal Ashaari ni, korang akan dapat percuma sampin dengan butang baju. Selain daripada baju melayu biasa, Koleksi Awal Ashaari ni pun ada jugak jubah lelaki. Jubah ni ada poket di bahagian depan dan jugak belah sisi. Senang nak simpan waller atau phone jugak. 

Baju Raya Jakel

Koleksi Lara Alana pulak, macam-macam jenis baju kurung kanak-kanka yang comel-comel sesuai untuk anak perempuan korang semua. Aku tengok koleksi Lara ni ada lebih daripada 10 rekaan. Tambah lagi setiap rekaan tu ada butiran beads dan lace. Amboi sangat kan. Kalah mak punye fashion. Hohohhoh. Koleksi Lara Alana ni sesuai untuk kanak-kanak perempuan yang berumur 1 hingga 12 tahun. Banyak jugak warna-warna unutk koleksi lara ni.

Ni gambar masa aku pergi event promosi jakel tu.

Baju Raya Jakel

Baju Raya Jakel

Baju Raya Jakel


Nah, kalau korang tengah duk mencari-cari baju raya baru untuk raya tahun ni, jom ramai-ramai pergi Jakel. jakel akan buat harga promosi untuk setiap baju raya sampailah malam raya nanti. 

Kalau korang nak dapat sepasang baju melayu percuma, pergi ke cawangan Jakel pada hari promosi dieorang. 300 orang pertama akan dapat sepasang baju melayu setiap orang! 
  • 18 Jun 2016 - jakel Johor Bahru
  • 25 Jun 2016 - jakel Sabahakan
  • 1 jun 2016 - Jakel Alor Setar

  

Post a Comment

6 Comments

  1. baju cara melayu untuk kaum adam semua sama je ehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe kalau nampak macam tu je memang same. Tapi dari segi potongan dan corak memang lain.

      Delete
  2. Replies
    1. Kan? Memang seronok bergaya kalau pakai baju jakel ni

      Delete
  3. jakel aloq star.
    1 jun atau 1 julai tu?

    ReplyDelete