Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology Review | Tahun depan Fadzi akan masuk umur 30 tahun. Tak sedar cepatnya masa berlalu. Dan tak sedar muka pun dah makin berusia. Waktu ni lah baru Fadzi terfikir nak jaga muka. Baru ni lah Fadzi cuba satu set rangkaian penjagaan wajah yang sesuai untuk wanita yang berumur 30 tahun keatas iaitu Set Rangkaian Safi Rania Gold dengan Beetox Technology.
Jadi, dalam entri kali ini, Fadzi nak kongsikan dengan korang antara kelebihan Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology dan cara pemakaiannya.
Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology
Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology ada banyak produk. Tapi Fadzi cuba 4 produk saja iaitu Safi Rania Gold Facial Cream Cleanser, Youthful Gold Essence, Youthful Elixir dan Moisturizing Day Cream SPF25PA++IR. Itu pun dah semput Fadzi nak follow rutin penjagaan wajah ni. Kesemua produk Safi Rania Gold Beetox Technology yang Fadzi pakai ni menggunakan teknologi Beetox dan Nano Gold 24k.
Teknologi Beetox ini adalah gabungan antara:
- Madu - untuk menghalus dan melembutkan kulit
- Royal Jelly - untuk merangsang pembaharuan kolagen
- Propolis - sebagai anti-oksidan semulajadi
- Bee Venom - untuk menegang dan menganjalkan kulit
Bio Nano Gold 24K yang ada dalam produk Safi Rania Gold ini dikatakan mampu meresap hingga lapisan dermis untuk merangsang penghasilan kolagen supaya tekstur kulit kita lebih halus dan tegang. Selain itu juga, ia dikatakan mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara.
Cara Pemakaian Safi Rania Gold Beetox Technology
Dekat bawah ni pulak Fadzi kongsikan step by step cara pemakaian Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology. Tapi produk yang Fadzi gunakan dekat sini cuma ada 4 saja tau iaitu Safi Rania Gold Facial Cream Cleanser, Youthful Gold Essence, Youthful Elixir dan Moisturizing Day Cream SPF25PA++IR.
1. Safi Rania Gold Facial Cream Cleanser
Okay, pertama kali sekali kita pakai Safi Rania Gold Facial Cream Cleanser. Warna facial cream ni kuning-kuning emas. Tekstur lembut dan licin. Ianya diformulasikan dengan Micro-Foam dan Anti-Oksidan. Katanya mampu membersih secara menyeluruh dan mampu membersihkan make up. Setakat yang Fadzi guna, Fadzi tak pernah lah make up tebal dan Fadzi tetap akan cuci muka guna pencuci make up.Bila pakai facial cream ni, Fadzi cadangkan korang letak sikit je. Jangan banyak-banyak sebab bila bercampur dengan air dan korang gosok, buih yang dihasilkan memang banyak. Buih dia lembut dan rasa macam creamy sikit. Bau dia sedap je, tak ada masalah.
2. Safi Rania Gold Youthful Gold Essence
Lepas cuci muka guna Facial Cream Cleanser, korang lap muka bagi kering dan sapukan Youthful Gold Essence pula. Ada yang bagi cadangan untuk letak pada kapas muka lepas tu baru dab dab kan pada muka. Tapi Fadzi malas. Jadi, Fadzi cuma tuangkan beberapa titik Youthful Gold Essence ni pada tapak tangan dan guna dua jari untuk dab pada muka.Ianya diformulasikan dengan Bio Nano Gold 24K, Gold Flake 24K dan Protein Sutera. Katanya ada kuasa melembab sehingga 24 jam yang bagus dengan Hyaluronic Acid dan mampu menjadikan kulit lembab serta licin. Tekstur dia licin tapi tak terlalu cair. Bau dia mild tapi sedap.
Untuk yang ni pulak, Fadzi cadangkan korang cuma tuang dalam 3 titik je sebab kalau banyak sangat, nanti rugi. Sebab bila Fadzi pakai, 3 titik pun dah cukup untuk cover muka, bawah dagu dan leher. Kalau korang sapu banyak-banyak pun nanti lambat kering dan rasa macam muka melekit.
3. Safi Rania Gold Youthful Elixir
Lepas pakai Youthful Gold Essence, tunggu sampai kering dan semua dah serap pada muka, lepas tu pakai Youthful Elixir ni pulak. Ianya diformualsi dengan Beetox, Nano Gold 24K dan Vitamin C. Katanya ia dapat membantu mengurangkan tanda penuaan, jeragat, pigmentasi, parut jerawat dan UV spot.
Tekstur Youthful Elixir ni sangat cair. Hati-hati bila letak dalam tapak tangan, takut nanti tumpah. Baunya pulak wangi. Cara pemakaiannya sama macam Essence, cuma perlu sapu atau dab kan pada muka.
Tekstur Youthful Elixir ni sangat cair. Hati-hati bila letak dalam tapak tangan, takut nanti tumpah. Baunya pulak wangi. Cara pemakaiannya sama macam Essence, cuma perlu sapu atau dab kan pada muka.
Kalau korang perasan, cecair Youthful Elixir ni kalau dalam botol dia ada dua lapisan. Satu lapisan atas berwarna oren dan satu lagi lapisan bawah berwarna kuning. Tu sebenarnya tak ada masalah pun. Memang dibuat macam tu. Cuma masa korang nak pakai nanti, korang goncanglah dulu botol tu bagi kedua-dua cecair tu sebati. Lepas tu titik pada tapak tangan dan cepat-cepat dab pada muka.
4. Safi Rania Gold Moisturizing Day Cream SPF25PA++IR
Dan akhir sekali, pakai sekali Moisturizing Day Cream. Ianya diformulasi dengan Nano Gold 24K dan Propolis. Katanya ia dapat melembabkan kulit dan mengukuhkan struktur kulit agar tahan sinaran UVA, UVB dan InfraRed (IR).
Tekstur dia lembut dan licin. Bau pun mild je. Tapi cream ni Fadzi paling jarang nak pakai sebab Fadzi tak suka sangat. Bila pakai, rasa macam muka ni melekit dan rasa tak selesa. Fadzi sepanjang masa ada dalam rumah buat kerja rumah semua. Sebelum pakai cream ni, bila buat kerja rumah, tak ada masalah sangat. Tapi bila Fadzi start pakai, buat kerja rumah, bahagian muka memang berpeluh teruk terutamanya bahagian atas bibir.
Dia punya peluh tu siap boleh mengalir lagi. Fadzi cadangkan kalau korang nak pakai cream ni, korang sapu senipis mungkin. Bagi yang nak pakai make up lepas pakai cream ni, mungkin boleh cuba dulu pakai dekat dekat rumah satu hari dekat rumah sebelum pakai dekat luar. Takut nanti berpeluh banyak, make up jadi bercapuk pulak.
Setakat 2 minggu yang Fadzi pakai Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology ni, Fadzi rasa puas hati jugak lah. Sebab sebelum dekat tepi mata kiri Fadzi dulu macam ingrow hair tau. Siap naik bump macam ada jerawat pulak. Puas Fadzi cuba tarik keluar tapi tak nak jugak keluar bulu tu. Bila Fadzi pakai set ni, hari kedua ketiga macam tu, Fadzi dah nampak bump tu makin lama makin mengecut.
Lepas tu, sebelum ni dekat area bawah mata, atas checkbone Fadzi macam ada biji-biji. Walaupun tak nampak tapi bila pegang boleh rasa. Bila Fadzi start pakai set ni, makin lama biji-biji tu makin kurang. Tapi dekat area tu bila lepas sapu Essence dengan Elixir, rasa macam geli-geli macam ada something bergerak bawah kulit muka dalam jangka masa yang singkat. Fadzi assume tu tindakbalas lah kot sebab memang tak ada masalah pun pada kulit. Tak pedih, tak sakit, cuma ada rasa 'sensation' dekat area tu.
So far Fadzi memang kagum dengan hasil set Safi Rania Gold Beetox Technology ni sebab sebelum ni Fadzi skeptikel sikit dengan produk-produk penjagaan muka local (jujur tak?). Bila pakai sendiri dan rasa perbezaan ni, Fadzi rasa kagum lah sikit.
Cuma ada satu je yang Fadzi tak berapa berkenan pasal set ni. Bila Fadzi pakai dan lepas tu nak solat, bila Fadzi basuh muka, Fadzi rasa macam muka bersabun. Pernah tak korang rasa sabun tak habis cuci? Ha, lebih kurang macam tu lah. Jadi, setiap kali Fadzi nak solat ke, Fadzi kena cuci muka bersih-bersih guna pencuci muka untuk hilangkan rasa 'bersabun' tu. Setakat ni, tu je lah masalah Fadzi. Yang lain memang okay je.
Jadi kalau korang berminat untuk cuba sendiri Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology, go ahead. Fadzi rekemen sangat-sangat. Lagipun Safi Rania Gold ni pun dah disahkan HALAL, hasil buatan Malaysia, harga berpatutan dan senang nak didapati di mana-mana pasaraya, hypermarket dan farmasi seluruh negara. Untuk maklumat lanjut pasal ni, korang boleh tengok dekat bawah.
Tekstur dia lembut dan licin. Bau pun mild je. Tapi cream ni Fadzi paling jarang nak pakai sebab Fadzi tak suka sangat. Bila pakai, rasa macam muka ni melekit dan rasa tak selesa. Fadzi sepanjang masa ada dalam rumah buat kerja rumah semua. Sebelum pakai cream ni, bila buat kerja rumah, tak ada masalah sangat. Tapi bila Fadzi start pakai, buat kerja rumah, bahagian muka memang berpeluh teruk terutamanya bahagian atas bibir.
Dia punya peluh tu siap boleh mengalir lagi. Fadzi cadangkan kalau korang nak pakai cream ni, korang sapu senipis mungkin. Bagi yang nak pakai make up lepas pakai cream ni, mungkin boleh cuba dulu pakai dekat dekat rumah satu hari dekat rumah sebelum pakai dekat luar. Takut nanti berpeluh banyak, make up jadi bercapuk pulak.
Pendapat Fadzi Tentang Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology
Setakat 2 minggu yang Fadzi pakai Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology ni, Fadzi rasa puas hati jugak lah. Sebab sebelum dekat tepi mata kiri Fadzi dulu macam ingrow hair tau. Siap naik bump macam ada jerawat pulak. Puas Fadzi cuba tarik keluar tapi tak nak jugak keluar bulu tu. Bila Fadzi pakai set ni, hari kedua ketiga macam tu, Fadzi dah nampak bump tu makin lama makin mengecut. Lepas tu, sebelum ni dekat area bawah mata, atas checkbone Fadzi macam ada biji-biji. Walaupun tak nampak tapi bila pegang boleh rasa. Bila Fadzi start pakai set ni, makin lama biji-biji tu makin kurang. Tapi dekat area tu bila lepas sapu Essence dengan Elixir, rasa macam geli-geli macam ada something bergerak bawah kulit muka dalam jangka masa yang singkat. Fadzi assume tu tindakbalas lah kot sebab memang tak ada masalah pun pada kulit. Tak pedih, tak sakit, cuma ada rasa 'sensation' dekat area tu.
So far Fadzi memang kagum dengan hasil set Safi Rania Gold Beetox Technology ni sebab sebelum ni Fadzi skeptikel sikit dengan produk-produk penjagaan muka local (jujur tak?). Bila pakai sendiri dan rasa perbezaan ni, Fadzi rasa kagum lah sikit.
Cuma ada satu je yang Fadzi tak berapa berkenan pasal set ni. Bila Fadzi pakai dan lepas tu nak solat, bila Fadzi basuh muka, Fadzi rasa macam muka bersabun. Pernah tak korang rasa sabun tak habis cuci? Ha, lebih kurang macam tu lah. Jadi, setiap kali Fadzi nak solat ke, Fadzi kena cuci muka bersih-bersih guna pencuci muka untuk hilangkan rasa 'bersabun' tu. Setakat ni, tu je lah masalah Fadzi. Yang lain memang okay je.
Jadi kalau korang berminat untuk cuba sendiri Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology, go ahead. Fadzi rekemen sangat-sangat. Lagipun Safi Rania Gold ni pun dah disahkan HALAL, hasil buatan Malaysia, harga berpatutan dan senang nak didapati di mana-mana pasaraya, hypermarket dan farmasi seluruh negara. Untuk maklumat lanjut pasal ni, korang boleh tengok dekat bawah.
1 Comments
Harga berapa ya?
ReplyDelete