Idea Hadiah Untuk Wanita - Set Hadiah Enchanteur

Idea Hadiah Untuk Wanita - Set Hadiah Enchanteur | Orang lelaki kalau tak ada idea nak beli hadiah apa untuk wanita masing-masing, korang boleh baca entry ini untuk dapatkan idea hadiah untuk wanita. 


Idea Hadiah Untuk Wanita


Idea Hadiah Untuk Wanita

Antara idea hadiah yang korang boleh beli untuk wanita adalah:
Bunga - Terlalu klise dan bila dah 2 3 hari, bunga pun mati tak tahan lama.
Coklat - Makan dalam 2 minggu dah boleh habis. Tak tahan lama.
Kereta - Unless korang kaya atau wanita itu mak atau bini korang, berbaloi jugak nak belikan.
Handbag - Pastikan korang tau design pilihan diaorang, kalau tak membazir je kalau korang beli tapi diaorang tak suka.
Perfurm - Beli perfurm yang mahal untuk pastikan bau wangi dan tahan lama. Kalau nak murah, beli jenama Enchanteur.


Enchanteur

Alang-alang cakap pasal perfrum murah tapi tahan lama, Fadzi nak ceritalah pasal satu jenama minyak wangi yang memang tahan lama walaupun harganya tak begitu mahal iaitu jenama Enchanteur. Rasanya dah ramai yang kenal brand ni kan, jadi tak perlulah Fadzi nak cerita panjang pasal pengenalan kepada Enchanteur ni. 

Tapi yang Fadzi nak ceritakan pada korang kali ini adalah Enchanteur sekarang ada keluarkan 3 jenis Set Hadiah Enchanteur iaitu: 

  • Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris
  • Set Hadiah Enchanteur Paris Mon Amie 
  • Set Hadiah Mini Enchanteur

Fadzi sendiri ada satu set daripada Enchanteur ni iaitu Set Hadiah Mini Enchanteur (Belle Amour & Romantic). Dalam set ini korang akan dapat sebotol perfurm Belle Amour dan sebotol perfurm Romantic. Kedua-dua botol ini datang dalam saiz 15ml setiap satu.

Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau.


Enchanteur Belle Amour
Belle Amour
Bau Belle Amour ni tersangat manis macam bau buah-buahan pun ada.


Enchanteur Romantic
Romantic
Bau Romantic ni pulak wangi juga tapi tak terlalu manis macam Belle Amour.  


Set Hadiah Mini Enchanteur
Selain daripada set dekat atas ni, ada lagi 4 jenis Set Hadiah Mini Enchanteur yang korang boleh dapatkan iaitu:

  • Set Hadiah Mini Enchanteur (Mon Amie & Belle Amour)
  • Set Hadiah Mini Enchanteur (Belle Amour & Adore)
  • Set Hadiah Mini Enchanteur (Mon Amie)
  • Set Hadiah Mini Enchanteur (Mon Amie & Charming)

Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris

Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (Belle Amour & Mon Amie)

Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar

Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. 

Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. 

Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. 

Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (Mon Amie & Adore)

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. 

Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. 

Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. 

Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja. 


Set Hadiah Enchanteur Paris Mon Amie

Set Hadiah Enchanteur Paris Mon Amie 

Dalam Set Hadiah Enchanteur Paris Mon Amie ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. 

Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. 

Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan korang melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. 

Nah, dah ada idea nak belikan Set Hadiah Enchanteur yang mana untuk wanita-wanita kesayangan korang?


ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). 

ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). 

Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

Question of the Day

Antara banyak-banyak bau Enchanteur (Belle Amour, Romantic, Charming, Mon Amie, Adore, Cheri dan Jolie), mana satu yang korang paling suka. Dan kenapa?


Post a Comment

52 Comments

  1. aah la sesuai buat hadiah...

    ReplyDelete
  2. Set hadiah ni boleh juga buat hantaran perkahwinan

    ReplyDelete
  3. Selain kereta insya-Allah boleh buat hadiah untuk wanita. Apapun Enchanteur tetap pilihan dalam idea pemberian hadiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brand ni memang terkenal dari dulu lagi kan

      Delete
  4. Cerita berkenaan hari wanita nie, teman hadiahkan google renang untuk teman...🏊🏻‍♂️🏊🏻‍♂️🏊🏻‍♂️ 😌☺️
    Mahal kot google renang tu... direka khas untuk wanita....

    ReplyDelete
  5. rare sgt kereta..heheh..murah jugak ye set ni..best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah kalau kereta tu ada yang mampu ada yang tak mampu. yang ini mampu milik

      Delete
  6. Uhh isteri saya antara yang sukakan minyak wangi, tetapi dia jenis tak beli keluaran sini, suka order dari Oversea .. sbb katanya lebih murah dan tahan lama.

    ReplyDelete
  7. wangi echanteur ni, tapi wawa tak pernah pakai. wawa suka bau vanila je. bau dia soft.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau vanila boleh buat saya tertidur. Sedap

      Delete
  8. lamanyaaaaa tak singgah sini menjenguk.. hehe.. hai hai..
    salam ramadhan =)

    ReplyDelete
  9. biasa tanya je dulu apa depa nak.

    baru beli.

    kang main seprise ni, takut depa tak nak aje.

    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh orang dah belikan tak kan tak nak pulak kan

      Delete
  10. Menariknya..kak min memang suka wangian enchanteur ni. Maklum la sejak muda2 dulu enchanteur ni dah ada. Dulu zaman sekolah sape pakai enchanteur ni ada kelas laaaa haha..memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa saya kecik tak dapat nak pakaki enhanteur. Dah besar baru pandai beli sendiri hehehe

      Delete
  11. Uishh bestnyaa .Hadiah rare nih. Boleh beli bagi utk pelbagai acara. Lelaki punya xde ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enchanteur rasanya semua produk perempuan. Tak jumpe lagi yang lelaki

      Delete
  12. Suka wangian dari enchaunter nie. Siap ada dalam packing untuk hadiah lagi. Mudahlah nk bagi surprise dkt org. tp takutlah nk bg perfume dkt org, takut bau yg kita suka tu tak kena dengan citarasa dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala tak ada nya. Mesti dieorang suka kalau dapat hadiah perfurm

      Delete
  13. Wah bagus ada set hadiah yang menarik macam ini sebagai hadiah kan. Lagipun minyak wangi ramai orang suka

    ReplyDelete
  14. Idea yang bagus untuk bagi sebagai hadiah kepada kawan kawan perempuan. Lagipun minyak wangi ni tahan pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Nak nak lagi pulak brand enchanteur. Murah tapi tahan lama

      Delete
  15. Dari dulu sampai sekarang Enchanteur terpahat di hati sebab ummi Amni suka pakai bedak dan deodorant enchanteur.Amni pnh try minyak wangi dia.memang best gile baunya hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka losyen dia. Sedap sangat baunya

      Delete
  16. Kalau hadiah yang macam ni, perempuan mana yang tak suka kan. Pilihan yang bijak, boleh menambat hati sape2 pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan mana mana pun suka kalau dapat perfurm kan

      Delete
  17. kiut sangat kalau lelaki bagi set enchanteur perfume ni..dahla wangi, tahan lama pulak tu. Bentuk botol pun menarik..murah pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Botol dia unik sangat. Memang sesuai untuk buat hadiah

      Delete
  18. Masih utuh dalam pasaran kan? Ingt masa sekolah dh ada Enchanteur.. memang ada pembeli tersendiri dan skrg ada in box untuk dibuat gift.. sennag sgt xpyh fikir nak beli box lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, dari dulu masa saya kecik kecik lagi memang dah ada enhchanteur ni

      Delete
  19. brand ni dari zaman aida anak dara.
    evergreen. ari tu cari bedak utk anak2 dara pun beli yg ni.
    bau nyer ada yg over wangi hi hi hi...
    aida amik yg light light wangi aje.
    bagus brand ni. bertahan sampai ari ni. still maintain.
    aida suka iklan nyer di tv. sweet couple sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dari dulu ada dan masih mendapat sambutan

      Delete
  20. Enchanteur ni memang wangi. dari dulu lagi dah famous dah. sekarang makin banyak pulak produk mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin bertambah produk dia untuk stay dalam market. Kalau produk lama je, susah nak maintain

      Delete
  21. Woahh i tk pernah tahu enchanteur ni dah ada gift set mcmtu. mon amie tu nampak mcm best jee. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan botol dia untuk buat set hadiah

      Delete
  22. Perempuan memang suka kalau dapat hadiah perfume. Jenama Enchanteur ni memang dah Lama dikenali dan baunya memang best Dan memukau . Harganya mampu milik Dan berbaloi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka sangat kalau dapat hadiah perfurm ehehehe

      Delete
  23. Benda paling susah nak buat keputusan adalah nak beli hadiah untuk orang. Nak nak untuk wanita. Cadangan ni menarik. Nanti boleh cuba hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah tak ada idea sangat nak beli apa untuk orang perempuan, boleh je belikan set enchanteur ni

      Delete
  24. Bagus lah kita selalu beri hadiah kepada kawan kawan sebab ia adalah sunnah nabi dan mengeratkan silaturahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu. Eratkan silaturahim dengna memberi hadiah

      Delete
  25. Ibu memang suka dapat hadiah berupa minyak wangi dari saudara mara. Bau bauan yang harum makes my day

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dapat bau bauan yang harum, rasa mood pun ok kan

      Delete