Buku 77 Resepi Istimewa Pressure Cooker | Korang ada pressure cooker dekat rumah? Kalau ada, menu apa yang korang biasa masak guna pressure cooker tu?
Fadzi masa mula-mula beli pressure cooker Phillips dulu, Fadzi macam blur jugak nak masak apa guna benda tu. Zul yang belikan pressure cooker tu untuk Fadzi sebab Fadzi tak larat nak berdiri masak masa pregnant kan Anas tahun lepas.
Buku 77 Resepi Istimewa Pressure Cooker
Dalam blur blur tu, Fadzi ada jumpa satu buku resepi untuk pressure cooker - 77 Resepi Istimewa Pressure Cooker. Buku ini ditulis oleh Chef Hanieliza. Chef Hanieliza ni famous dengan buku resipi 1 Hari 1 Resepi dia dulu.
Kalau ikutkan dalam buku tu dia guna Pressure Cooker Noxxa. Tapi kalau korang ada pressure cooker jenama lain pun, okay je nak ikut resepi dalam buku ni. Cuma korang kena pandai adjust function yang ada dekat pressure cooker korang tu nanti.
Menu 77 Resepi Istimewa Pressure Cooker
Dalam buku resepi ni ada 77 jenis menu yang korang boleh cuba dari menu ayam. bubur, daging, makanan laut, makanan barat, pulut, nasi, mee, sayur, kuih muih dan kek.
1) AYAM
Ayam Bakar Lada Hitam
Ayam Bakar Tomyam
Ayam Masak Lemak Berempah
Ayam Goreng Berempah
Ayam Kari Kapitan
Ayam Kam Heong
Ayam Sambal Bali
Masak Lemak Cili Api Ayam dan Rebung
Rendang Ayam
Sambal Ayam Bersantan
Masak Lemak Cili Api Ayam dan Kentang
Stew Ayam
2) BUBUR Bubur Caca Warna Warni Bubur Kacang Hijau Bubur Kacang Merah Bubur Nasi Ayam Bubur Pulut Hitam Kolak Ubi @ Pengat Ubi 3) DAGING Daging Goreng Brokoli Daging Turkish Gulai Tulang Kambing Daging Tetel dan Nangka Masak Padang Sup Tulang Merah Kerisek Daging Kerutup Daging Terengganu Kerabu Perut 4) IKAN/ MAKANAN LAUT Asam Pedas Berempah Gulai Berempah Ikan dan Kacang Panjang Kari Kepala Ikan Kari Ketam Dengan Nanas (Tumis Darat) Kerutub Ikan Sambal Udang Thai Ikan Kukus Asam Boi Ikan Bakar Berempah 5) MAKANAN BARAT Spiral Goreng Pedas Bebola Carbonara Spageti Aglio Olio Sup Makaroni
6) NASI/ PULUT
Nasi Beriani Tulang
Nasi Dagang
Pulut Ikan Pekasam
Pulut Kuning
Nasi Lemak
Nasi Goreng Ikan Masin
Nasi Kacang Dal
Nasi Goreng Kubis Bunga
Nasi Goreng Bunga Kantan
Nasi Arab Maghlubah
Nasi Goreng Cina
Nasi Tomato Ayam
Nasi Minyak Pelangi
7)KUETIAU/ LAKSA/ MI/ MIHUN Kuetiau Goreng Kuetiau Daging Laksa Penang Bihun Hailam Mi Goreng Instant Mi Rebus Tulang Mihun Singapore 8) SAYUR Rendang Jering Tua Sayur Lemak Kacang Panjang Masak Lemak Labu Air Masak Lemak Pucuk Ubi/Petai Gulai Pisang 9) KEK Chocolate Moist Cake Kek Buah Kukus Kek Pelangi Kek Oren Kukus Kek Marble Kek Pisang 10) KUIH-MUIH Wajik Dodol Bingka Ubi Onde-onde Labu Kuih Lopes Serimuka Labu Pulut Serunding Apam Jagung
2) BUBUR Bubur Caca Warna Warni Bubur Kacang Hijau Bubur Kacang Merah Bubur Nasi Ayam Bubur Pulut Hitam Kolak Ubi @ Pengat Ubi 3) DAGING Daging Goreng Brokoli Daging Turkish Gulai Tulang Kambing Daging Tetel dan Nangka Masak Padang Sup Tulang Merah Kerisek Daging Kerutup Daging Terengganu Kerabu Perut 4) IKAN/ MAKANAN LAUT Asam Pedas Berempah Gulai Berempah Ikan dan Kacang Panjang Kari Kepala Ikan Kari Ketam Dengan Nanas (Tumis Darat) Kerutub Ikan Sambal Udang Thai Ikan Kukus Asam Boi Ikan Bakar Berempah 5) MAKANAN BARAT Spiral Goreng Pedas Bebola Carbonara Spageti Aglio Olio Sup Makaroni
7)KUETIAU/ LAKSA/ MI/ MIHUN Kuetiau Goreng Kuetiau Daging Laksa Penang Bihun Hailam Mi Goreng Instant Mi Rebus Tulang Mihun Singapore 8) SAYUR Rendang Jering Tua Sayur Lemak Kacang Panjang Masak Lemak Labu Air Masak Lemak Pucuk Ubi/Petai Gulai Pisang 9) KEK Chocolate Moist Cake Kek Buah Kukus Kek Pelangi Kek Oren Kukus Kek Marble Kek Pisang 10) KUIH-MUIH Wajik Dodol Bingka Ubi Onde-onde Labu Kuih Lopes Serimuka Labu Pulut Serunding Apam Jagung
Fadzi suka dengan buku ni sebab walaupun ada 77 resepi tapi dia ringan, nipis dan muka surat dia semua berwarna. Setiap resepi akan disertakan dengan gambar menu yang dah siap di belah kiri. Belah kanan pula gambar bahan-bahan, senarai bahan-bahan masakan, langkah-langkah nak masak dan beberapa gambar langkah masakan.
Cara dia tulis langkah-langkah memasak tu pun simple dan tak banyak sangat. Kalau paling banyak pun resepi untuk Kek Marble sampai 13 step. Kalau tak, resepi resepi lain dalam 6, 7 step je. Senang nak ikut.
Langkah demi langkah memasak tu termasuklah nak tekan butang function apa, nak biarkan berapa lama untuk satu satu function tu, nak isi bahan-bahan mana satu dulu, waktu bila nak kacau, waktu bila nak letak santan dan waktu bila nak off kan. Memang senang nak follow.
Setiap resepi pun akan dinyatakan berapa lama masa penyediaan, berapa lama masa untuk masak dan resepi tu untuk hidangan berapa orang. Senang lah kita nak bajet masa dan banyak mana kan.
Dekat page awal-awal buku ni, Chef ada bagi panduan macam mana untuk menggunakan periuk tekanan elektrik pelbagai guna. Chef jugak ada senaraikan 7 fungsi pelbagai guna pressure cooker ni. Baru Fadzi tau apa kegunaan sebenar pressure cooker ni.
So far Fadzi suka masak guna resepi daripada buku ni. Dan Zul pun pernah masak guna resepi dalam buku ni tau. Favourite resepi dia kek coklat. Serius senang. Letak itu letak ini, mix mix dan campak dalam pressure cooker, tekan button function cake dan tinggal 45 minit. Terus menjadi. Tak payah nak check cucuk lidi bagai.
Fadzi rasa buku ni sangat berbaloi untuk dibeli kalau korang ada pressure cooker dekat rumah. Lagi berbaloi kalau korang jenis yang blur blur dan tak reti nak pakai pressure cooker tu macam Fadzi.
Walaupun korang pakai brand selain daripada pressure cooker Haier, tak ada masalah pun. Function pressure cooker brand lain ni lebih kurang sama je. Nama function je yang mungkin berbeza sikit. Yang tu kena explore lah sikit pressure cooker yang korang ada tu.
Buku resepi istimewa pressure cooker ni Fadzi beli online je dekat sini - 77 Resipi Istimewa Pressure Cooker. Senang sikit. Fadzi sekarang ni dah malas nak pergi beli barang dekat luar. Senang beli online je.
Kalau dah beli, mesti setiap hari korang akan pakai pressure cooker ni untuk memasak. Percaya lah.
25 Comments
woww, banyaknyaa resepi..
ReplyDeleteuntung siapa ada pressure cooker. wawa belum beli lagi ni. kena tggu naik rmh baru beli..
ReplyDeletewah mmg senang guna pc ni tapi mama mmg tak reti huhu
ReplyDeletememang berhasrat nak beli sbijik pressure cooker. tapi tunda sebab fikir boleh goreng jeke..
ReplyDeletetengok haa banyak resepi boleh buat
bnyakmyer resepi
ReplyDeletekami ada noxxa pc..dah dekat 7-8 tahun kut..paling best kalau masak sup tulang dan daging..mmg lembut giler..jimat masa pulak tu..cuma skrg ni nak try masak kentang goreng tanpa minyak..mcm scary jer..haha
ReplyDeleteMenarik laaa buku Resipi ni. Ada banyak pilihan menu yang sedap sedap. Tetiba rasa nak beli pressure cooker lak! HEhe
ReplyDeletePart ni akak suka...sebabnya Fadzi tau la akak mmg suka masak kan..hehe..cooking is my passion...bestnya kalau ada pressure cooker kat rumah...buat masmasa ni takde lagi...
ReplyDeleteTengah plan nak dapatkan pressure cooker satu ni. hihi. Nanti boleh la dapatkan buku ni pulak. Memang jimat masa guna pressure cooker ni kan...
ReplyDeleteThis is great! Will be very helpful for those who learning to cook like me. Life will be easier...lol
ReplyDeletewaahh..... menarik buku nih ... hehheh ai mmg pakai noxxa pun .. mmg senang byj pakai noxxa. banyak boleh buat and cepat jer tau.. bole laaa cari buku ni nanti
ReplyDeleteperghhhh! bagusnya buku resepi pressure cooker ni, pembahagian dalam buku ni pun bagus, jadi senang untuk pembaca nak baca dan cari. Adeh, rasa nak beli jugaklah,hehe
ReplyDeleteBanyak yer resepi best2. Bab buat kek tu, cam mudah jer. Terus rasa nak beli satu jugak lah pressure cooker kat rumah ni. Sbb kdg2 mood malas masak yg susah2. Nk yg senang jer
ReplyDeleteKenapa nak 77 tak cukup kan 100 resipi lagi banyak tu ehhehehe tapi sekarang memang ramai orang dah beralih arah kepada Pressure cooker memang mudah dan senang nanti kita akan cuba satu lah resipi dalam ni hehehehe..
ReplyDeleteTak pasti kalau nak invest dalam pressure cooker sebab pernah terbaca ada yang meletup. Ha :D Tapi memang banyak giler resepi-resepi yang direkomenkan. Boleh cuba beberapa nanti kalau dapat buku ini. :p
ReplyDeleteWahh menariknya, siap ada resepi utk masak gunakan pressure cooker. Selalu sis kalau guna preesure cooker ni nak masak daging agar cepat lembut je..mcm dhal kambing, ni mcm2 resepi leh buat..nanti nak try lah
ReplyDeleteNak cari gak sebab kesian multi-cooker Rawlins sangat jarang digunakan. dah ada 77 resipi nie boleh la nak memasak bagai kan.
ReplyDeleteWaaaa recipe khas utk pressure cooker! Ni mmg patut beli ni. Senang sikit nak usha2 recipe. Kdg2 nak google pun xde idea nak google apa hahaha
ReplyDeleteBoleh tahan banyak gak resepi, 77 jenis tu. Kalau ikut kesemua, dah berapa bulan tak payah pening pening fikir nak masak apa kan
ReplyDeletesenang kan everything also can use pressure cooker to cook! and good to have this resepi book to guide on the 77 dishes.
ReplyDeleteMenarik buku ni. Ala2 dapat beri panduan kalau nak masak dan sebagainha bila guna pressure cooker. Dpt try semua resepi menarik jugak ni :-)
ReplyDeleteWah banyak betul menu yang ada dalam buku ni. Tak rugi beli macam ni. Selak ja kalau nak masak kan. Btw suka tengok aneeq tolong masak :)
ReplyDeletedah lama plan nak beli presure cooker. sebab banyak baca yang banyak benda boleh masak guna benda tu.. senang plak nak guna
ReplyDeleteWow. all of the recipe Look very tempting, and that much more appealing and delicious!
ReplyDeleteWould you like to follow each other on GFC?
If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.
http://www.okcheori.com
ari tu hampir2 nak beli direct dgn k liza.
ReplyDeletetak jadi hi hi hi hi...
sebab bila buka kotak pc, ada dah buku resepi.
tapi tu la, bagus buku k liza ni.
membantu sgt! memudahkan.