-->

Huawei P20 Pro Black Screen Problem

April 01, 2019
Huawei P20 Pro Black Screen Problem | Masa celebrate birthday Aneeq 2 minggu lepas, Fadzi mula perasan yang phone Huawei P20 Pro Fadzi macam ada masalah sikit.

Ingatkan masalah kecil je sebab phone hang kejap kejap Fadzi okay je. Tunggu sekejap hang tu, tak lama lepas tu dah boleh guna semula. Tapi bila banyak kali dia hang, dia bawak ke masalah lain pulak.

Huawei P20 Pro Black Screen Problem

Huawei P20 Pro Black Screen Problem

Mula-mula dia hang je bila Fadzi try nak on kan phone. Dua tiga hari lepas tu pulak, skrin phone Fadzi jadi hitam. Try tekan butang apa pun tetap hitam. Tapi bunyi call, bunyi notification masuk ada je.

Bila berjaya on kan semula, skrin jadi macam bergegar. Lebih kurang macam glitch effect. Bila dah jadi macam tu, Fadzi cepat-cepat transfer semua gambar dan video dari phone ke laptop. 

Antara problem yang jadi pada phone Huawei P20 Pro Fadzi:

  • Hang - Bila tekan mana-mana button, phone tak bergerak. Statik.
  • Solution - Fadzi kena tekan On/Off button bagi skrin dia terpadam. Lepas tu kena tekan On/Off semula. Baru okay. Ada masa walaupun buat solution dekat atas ni ada yang tak okay tu, Fadzi kena biar phone tu lama-lama, tak usik apa-apa, lama sikit lepas tu baru okay.


  • Glitch Effect - Terjadi masa Fadzi tengah on phone. Tiba-tiba display skrin jadi bergegar. Sebenarnya glitch effect ni jadi lepas phone Fadzi 2 kali jadi black screen.
  • Solution - Solution untuk glitch effect ni pun sama macam dekat atas. Tekan On/Off button. Awal-awal memang jadi okay tapi lama-lama, skrin terus jadi blank. Hitam. 


  • Black Screen - Skrin phone Fadzi terus hitam. Kalau call ada bunyi lagi. Bunyi notification pun masih ada. Cuma skrin yang gelap.
  • Solution - Mula-mula Fadzi cuba force shut down. Tekan button On/Off sekali dengan button volume sampai phone rasa bergegar. Lepas tu lama dalam sejam dua macam tu baru skrin nampak semula. Adalah dalam 3 kali jadi macam ni. Lepas tu, bila cuba solution yang sama, skrin phone dah tak nak on. Nak tak nak terpaksa hantar ke Huawei Center untuk baiki. 


Zul tolong hantarkan phone Huawei P20 Pro Fadzi yang ada black screen problem tu dekat Huawei Service Center di Sunway Pyramid hari Sabtu pagi. Lebih kurang 4 petang macam tu, diaorang call kata dah siap.

Tapi disebabkan Zul dah balik rumah dah, kiteorang pun pergi ambil next day nya. Katanya skrin phone memang problem. Diaorang terus tukar skrin phone tu. Dah setel masalah.

Syukur sangat sebab phone tu masih di dalam waranti. Kalau tak, mahal weh tukar skrin Huawei P20 Pro ni. Fadzi tengok dekat website diaorang senarai harga untuk sparepart. 

Senarai Harga Spare part Huawei P20 Pro Malaysia

Fuh, lepas ni Fadzi nak kena jaga elok elok phone ni. Dah tak nak bagi Aneeq main. Mana lah tau kot kot kena lagi macam ni kan. Dah lah Fadzi banyak buat kerja guna phone ni. 

Dan phone ni masih tak sampai setahun lagi. Waranti pulak setahun je sampai bulan Julai ni nanti. Harap harap lepas ni tak ada masalah dah dengan phone. Sayang weh. 


You Might Also Like

22 comments

  1. syukur masih under warranty. boleh claim kat centre kan.. bab2 phone rosak ni faham benar rasanya macam mana.. adeh.. nak baiki bukan sikit2..

    ReplyDelete
  2. seb baik dalam waranti...kalau tak mmg jenuh nak bayar kalau skrin yang original...huawei gambar semu cantik2 kan ...especially untuk gambar flat lay

    ReplyDelete
  3. terbaek.. nasib baik msh ada warranty :)

    ReplyDelete
  4. Fone klu prob baik g centre terus. Sayang kan klu rosak

    ReplyDelete
  5. Phone saya pun selalu je ada prob. Maybe dah sampai masa untuk beli baru.

    ReplyDelete
  6. wow didn't know this hp got problem til you shared here. Me using neffos c7 n had also black screen problem.. , sadly mine no more warranty. :(

    ReplyDelete
  7. Bagus post ni sebab suami guna phone Huawei. Boleh la refer post Fadzi nanti. Alah....tak tahan la kalau hang tu. Maybe banyak nau file yang nak kena delete tak. Tu pun sebab phone hang macam phone samsung ni ha...Bila delete banyak file bergambar tu settle masalah. Phone ni kalau masalah...memang menjadi masalah la kat kita sebab semua info kat phone kan?...

    ReplyDelete
  8. Kena jaga phone baik-baik. I don't let my kids to play with my phone. Nanti jatuh, habis my $$$.

    ReplyDelete
  9. Alamak phone hang memang boleh jammed. Tambah bila dengan phone tu kita buat kerja. Mujurlah masih dalam waranti lagi tu kalau tak masak juga kan fadzi.

    ReplyDelete
  10. nasib boleh claim warranty kalu tak mau berkopak dompet duit nak repair tu. kena beringat lepas ni supaya tak rosak lagi. seram dengar bab telefon rosak lagi-lagi kerja memang bergantung dengan satu telefon je

    ReplyDelete
  11. Kalau masalah screen memang mahal. Bella punya noteFE haritu screen tak sensitif. Nak taip huruf A susah. Nasib jugak masih dlm warranti and the cost about 150+ kot. Henpon baru ni wak, P20. Memang kena handle with care. I pun clumsy henpon bnyk kali jatuh. Adoyai.

    ReplyDelete
  12. Ha nasib baik ada warranty lagi kalau tak nak tukar je skrin dah harga macam sebijik phone. Jaga elok2 lepasni kak.hehehe

    ReplyDelete
  13. Fuhh. Nasib baik. Selamat duit. Iza tak pernah try Huawei tapi orang kata gambar cantik klu guna camera dia. Betul ke?

    ReplyDelete
  14. Alamak... Kita baca pun nervouse seyh. Kita pakai huawei gak. Tetiba risau. Tapi syukur alhamdulillah still under warranty, kalau tak mahalnya! Huhuuu

    ReplyDelete
  15. La ye keee.. Memang cadang nak beli phone baru salah satunya new P series kat Huawei. Seram jugak kalau kena mahal2 habis warranty sbb pernah kena dulu dulu.

    ReplyDelete
  16. Kita pakai vivo je. Stakat ni alhamdulillah la. Lagi beberapa hari nak cukup setahun. Tapi memang tak bagi anak anak pegang la.
    Kalau tak, mau rosak cepat juga macam fon sebelum ni.
    Nak berganti fon tiap tahun tak mampu rasanya.
    Kadang tu elok je lagi. Cuma ada masalah lain, dah tak dapat nak guna.

    ReplyDelete
  17. Rawlins pun sejenis yang nak menjaga phone sebab beli mahal kan. Kerja kita plak banyak yang pakai our phone kan. Nasib baik dalam waranty ye tak.

    ReplyDelete
  18. Sebab tu nad pun tak bagi anak main phoneni. Phone nad guna touch tangan dan face muka nad... Hehehw.. Memg dia tak boleh buka. Weii nasib ade waranti tu, mahal giler harga dia erk. Rasa smwua phone mwsti mahal kan. Memang seroau kalaubphone rosak, dahla ni nnyawa kita oo. .

    ReplyDelete
  19. Nasib la ada warranty lagi. Hehe kte iphone user dah sedekad so far ipone terakhir pakai ni sejak thn 2015 sampai skrg lom rosak..

    ReplyDelete
  20. Apabila phone ni x berfungsi, mmg pening kepala ni. Mouse mommy pun tension kalau phone tu buat hal. Byk gambor dan jugak maklumat, nombor telefon, catatan kat dlm phone ni, nak ckp diari dan buku nota digital pun jadilah. Nasib baik iphone ok lah setakat ni. Kalau tak, mmg tension! Nasib baik phone kamu masih dlm tempoh warranty tu.

    ReplyDelete
  21. OMG glad that it is still under warranty for you. Just look at the price of the replacement...it is ridiculously expensive if you ask me...Goodness.

    ReplyDelete
  22. Bila pakai handphone mahal memang kena jaga leklok kan .Saya pakai p20 pun xsampai setahun lg. Memang kena jaga bebetul

    ReplyDelete