Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

May 09, 2019
Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall | Hari tu Fadzi ada cakap dengan Zul pasal Jalan Jalan Japan ni. Fadzi cakap dekat dia yang ada kawan Fadzi kata barang-barang dekat situ murah.

Terus Zul cakap, "murah kawan awak tu murah mana?". Terus Fadzi macam emmm, okay. Nak try pergi dekat Jalan Jalan Japan nanti tengok harga. Last week Fadzi pun pergi lah JJJ dekat cawangan M3 Shopping Mall untuk kemurahan barang barang dekat situ.

Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

Surprisingly, memang murah! Korang boleh dapat macam-macam jenis barang dengan harga serendah RM1. Bila Fadzi masuk-masuk je dalam Jalan Jalan Japan ni, Fadzi jadi rambang mata.

Dah lah banyak pilihan, harga pulak murah. Terus Fadzi whatsapp Zul nak bagitau dia tempat ni memang gila murah. Excited gila kot. Zul siap suruh Fadzi habiskan RM100 ahahahaha. Aduh.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

Tempat ni besar jugak lah. Diaorang ambik 3 lot kedai. Jalan antara rak dengan rak yang lain pun besar jadi selesa lah kalau nak shopping bawak troli jenis bakul kecil. 

Kalau korang masuk sini, korang boleh jumpa macam-macam benda. Dari pakaian lelaki, pakaian wanita, pakaian kanak-kanak, sampailah ke mainan budak-budak, pinggan mangkuk, kayu golf, stroller, baby chair dan the list goes on.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

Cantikkan dieorang susun ikut warna macam ni. Buat Fadzi rasa nak ambil satu warna sehelai. Tapi cara dieorang susun terlalu crowded. Susah sikit nak bawak keluar satu satu tanpa terkeluar baju yang lain.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Pakaian wanita long sleeve korang boleh dapat dengan harga semurah RM3. Ye Fadzi tau gambar dekat atas ni tunjuk RM5 tapi ada yang Fadzi jumpa baju tu harga RM3 je.

Kesemua barang dekat sini dieorang dah asingkan ikut kategori dan saiz lagi. Contohnya kalau korang nak cari baju sleeveless kanak-kanak umur 3 tahun, korang boleh cari tanda 3 year old sleeveless dekat bahagian baju kanak-kanak. Siap sekali dengan saiz. Senang weh!

Harga memang murah sebab kesemua barang dekat sini adalah barang preloved. Tapi korang jangan pandang sebelah mata. Condition barang-barang masih elok dan masih boleh dipakai. 

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Car seat. Semua masih elok dan bersih je. Tak ada kotor pun nampak sekali lalu. 

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Harga car seat yang sempat Fadzi ambil gambar. RM250. Kalau tak silap ada yang berharga RM100 lebih jugak.

Selepas dalam 2 jam shoping dekat Jalan Jalan Japan M3 Mall ni, Fadzi dah buat keputusan untuk datang untuk shopping lagi dekat Jala Jalan Japan ni. Tapi mungkin Fadzi nak cuba dekat cawangan Jalan Jalan Japan yang lain pulak.


Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

Oh kalau korang nak tau, Jalan Jalan Japan ni cawangan yang keempat diaorang. Jalan Jalan Japan dekat M3 Mall Taman Melawati ni akan buka pada 18 May 2019. Cawangan lain ada dekat 
  1. One City Skypark USJ
  2. 1 Shamelin Mall Cheras
  3. Centerpoint Seremban

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

Antara banyak banyak barangan dekat Jalan Jalan Japan ni, barang yang paling banyak yang korang boleh jumpa adalah pakaian, beg, kasut dan toys.


Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Beg luggage

Tips Shopping Di Jalan Jalan Japan

Kalau yang masih belum pernah datang ke JJJ ni, ada sedikit tips dari Fadzi untuk korang.

1. Jangan Bawa Anak
Kalau korang ada anak bawah 10 tahun, jangan bawak dieorang hahahaha. Tapi betul ni, tak payah lah bawak dieorang sebab bila ada dekat sini, korang mesti akan spend time lama untuk cari barang-barang yang korang nak. Nanti dieorang penat pulak, tantrum lah pulak kan.

2. Tetapkan Bajet 
Bila masuk dekat Jalan Jalan Japan, korang mesti rambang mata nak beli semua barang. Harga memang murah tapi kalau korang dah beli banyak, mau kena ratus ratus jugak.

3. Simpan Barang Yang Tak Nak Di Tempat Sepatutnya
Bila  korang dah ambil sesuatu barang, tapi tiba tiba ubah fikiran tak jadi nak ambil. Tak ada masalah. Tapi pastikan korang letak balik barang tu dekat mana korang ambil.

4. Check Barang Yang Korang Pilih
Korang kena faham yang barang barang dekat sini semuanya preloved. Jadi ada lah sikit calar balar ke rebeh rebeh ke kan. Jangan pulak korang compare kan barangan dekat sini dengan barangan yang baru baru. Jadi pastikan korang puas hati dengan barangan yang korang pilih baru pergi bayar.

Dah tak nak cakap banyak pasal Jalan Jalan Japan ni. Fadzi bagi gambar je yang tunjukkan betapa gila bestnya tempat ini untuk kaki shopping.


Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Bath tub belambak. Tak payah beli baru. Beli yang murah sikit dekat sini je. Jimat duit.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
 Set golf dan beg golf pun banyak dekat sini

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
 Spek mata hitam pun ada. Harga yang sempat Fadzi tengok RM15 sepasang.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Jeans! Ada jeans untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak sekali. Yang bestnya, Fadzi jumpa jenas brand Levi's dengan harga RM20 weh. 

Korang boleh bayangkan tak jenas branded macam Levi's yang berharga ratus ratus ringgit, korang boleh dapat dengan harga RM20 je. Tapi yang pentng korang kena rajin cari lah.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Kasut. Macam macam jenis kasut. Kasut branded yang mahal pun ada tapi harga murah. Masa Fadzi duk tengok tengok tu, harga kasut Adidas cuma RM40!

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Pinggan mangkuk, kole, cawan mug semua ada. Kalau korang jenis yang suka ambil gambar makanan, korang boleh beli pinggan mangkuk dan gelas dekat sini untuk props gambar korang. Harga pun bermula RM1 satu.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Kalau ada yang baru nak cuba cuba surfing, jangan beli board baru. Beli je board second and dekat sini. Jimat korang.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Toys toys toys. Serius banyak gila toys dekat sini. Dari charakter yang korang kenal sampai character yang korang tak kenal. Semua ada. Murah pun murah.

Tu antara barang-barang yang ada dekat Jalan Jalan Japan cawangan M3 Shopping Mall masa Fadzi pergi hari tu. Barang diaorang akan sentiasa berubah-ubah sebab katanya setiap sejam dieorang akan restock barang.

Semua barang ni korang boleh beli dengan harga bermula RM1 sampai lah harga RM ratus-ratus ikut pada barang. Tapi for sure harga dieorang lebih murah daripada barang-barang baru.

Jalan Jalan Japan dekat M3 Shopping Mall ni mula dibuka pada 18 Mei 2019. Yang cawangan lain dah bukak lama dah. Serius Fadzi dah addicted dengan JJJ ni tau. Kalau korang pergi, mesti korang pun jadi addicted sekali.


You Might Also Like

20 comments

  1. Macam menarik je jalan2 japan ni. Harga pun mur mur. Kite nak cari barang ni. Nak try la cuci mata kt sini. hehehhe

    ReplyDelete
  2. ermm kak lily dah pi yang kat Centerpoint Seremban tuh, memang ye fadzi sangat-sangat rambang mata sampai tak tau nak beli yang mana satu. murah tuh satu hal, kualiti tuh not bad walaupun preloved

    ReplyDelete
  3. one of my favorite place to go ... i always go One Shamelin Mall there... puas shopping at there!!

    ReplyDelete
  4. dari dulu dok baca org suggest kan datang ke JJJ nie, tapi sampai skrg nie tak pergi2 lagi. teringin nak pergi sebab dengar cerita barang2 dia murah2. nantilah nak singgah yg cawangan terbaru nie. hopefully barang banyak lagi. hahaha

    ReplyDelete
  5. Waa JJJ dh bukak tmbh satu lg outlet di tmpt yg baru kan, tak dpt nk join pergi situ haritu. Anyway dh pergi 2 outlet dia yg lain kat Seremban & KL, mmg nice brg murah2 kualiti pon ok kan. Kalau nk jimat mmg crik jela kat JJJ ni mcm2 ada haha.

    ReplyDelete
  6. Murah gilerrr lah barang kat sini semua barang dari Jepun sini kita macam barang Bundle lah juga kan hehehe kita tengok orang beli semua murah-murah dan penuh beg wakaka jelous juga...

    ReplyDelete
  7. alamak tempat shopping berhantu, kene wajib singgah ni. sebab semua harganya murah-murah. berbaloi berbelanja rm100 tu fadzi, banyak benda hang boleh dapat kan

    ReplyDelete
  8. Bestnya shopping dekat sini. Dah la banyak pilihan, murah, barang terjaga kualitinya, cantik pulak tu. Kena masuk dalam list ni!

    ReplyDelete
  9. Wow byknya barang & pilihan. Dah x nampak macam barang preloved pun sbb nampak elok lg. Cuma yg car seat tu hati-hati kalau beli, sbb takut ada expiry date, or kalau dah pernah accident dia dah x boleh guna patutnya.

    ReplyDelete
  10. Okey dh bookmark JJJ ni M3 mall..pernah pi dlu cawangan lain best

    ReplyDelete
  11. Bonde selalu pergi Jalan-Jalan Japan uchong dengan Seremban! tapi cawangan baru ni nampak lebih banyak barangnya.. bolehlah terjah nanti macam menarik jer nih kalau dan pergi nanti harus nak repeat lagi he he he

    ReplyDelete
  12. fuh haven datang JJJ ni, pernah pergi branch kat one city amboi banyak betul barang pre loved dari negara matahari terbit ni. semua nampak baru & elok lagi. betul tu fadzi banyak barang harga murah & berbaloi untuk beli, kena pandai pilih je

    ReplyDelete
  13. best kan pergi jalan2 japan ni..semua barang dia murah..cantik lagi pulak tu..datang sini memng borong banyak tau..hhahaha..ni outlet terbaru dia erk..

    ReplyDelete
  14. Adoi jelesnya harap sangat jalan jalan japan ada buka cawangan kat Penang jugak. Ramai cakap sana barang murah. Jeles tengok korang shopping baju harga murahnya.

    ReplyDelete
  15. dulu kalau nak ke oversea mesti akan pergi jalan jalan jepun nak shopping pakaian sebab murah dan berkualiti. Tapi sebab masalah pengangkutan skang ni jarang dah ke sana. sbb banyak outlet dia jauh dari cheras dan lokasi public transpot.

    ReplyDelete
  16. Owhhh dah ada satu lagi cawangan ya. Sis pernah ke Shah Alam n Cheras. Gi pun sebab nak cr baju winter..not bad jugallah..harga pun murah2

    ReplyDelete
  17. Rawlins tak suka!
    Sebab kalau Rawlins pergi lain, memang akan cecah ratus kot sebab nak borong seluar, mainan dan juga tumbler Starbucks. Nie dok terbayang-bayang tumbler Starbucks tu!

    ReplyDelete
  18. Aduhhh... Tergoda terpengaruh dah ni. Nak kena pi tengok sendiri ni. Tak puas tengok gambar Fadzi. Tengok gambar pun dah tak tentu arah ni HAhaaa...

    ReplyDelete
  19. Memang best sometimes pergi JJJ memang boleh dapat banyak barang yang interesting and murah juga kan. Nanti kelly singgah.

    ReplyDelete
  20. Ada tgk masa tgh diorang setup di shamelin..dh pindah lepas tu tak kesana dah..nie dh buka area dekat wajib pergi nie..

    ReplyDelete