Resepi Ikan Talapia Tiga Rasa Senang Dan Sedap

Resepi Ikan Talapia Tiga Rasa Senang Dan Sedap | Hari ni dah lost count Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Memang kitaorang satu family tak keluar langsung dari rumah. Zul je yang akan keluar untuk beli barang-barang dapur. Itu pun boleh kira dengan jari je lah berapa kali je dia pernah keluar.

Disebabkan dah dua tiga minggu asyik makan ayam dan telur, teringin nak makan ikan pula. Malas nak susahkan Zul keluar beli. Fadzi tengok je mana-mana yang ada jual ikan online dan boleh buat delivery terus ke rumah. Dapatlah 3 ekor ikan talapia untuk masak.


Resepi Ikan Talapia Tiga Rasa Senang Dan Sedap

Makanya, entry blog kali ni Fadzi nak kongsikan resepi Ikan Talapia Masak Tiga Rasa. Versi senang tapi sedap. Bahan pun tak banyak dekat rumah, Jadi kita main campak-campak sajalah.


Bahan-bahan :
- Seekor ikan talapia sederhana besar. (letak garam dan kunyit)
- Tomato, timun, nenas. (Potong dadu) - Sayur dekat rumah Fadzi ada lobak merah dan bunga kobis saja. Jadi gunalah apa yang ada.
- Sos cili, sos tomato, sos tiram. (Sesudu besar tetiap satu)
- 2 ulas Bawang putih (Tak kisah nak tumbuk atau nak kisar) - Fadzi tumbuk
- 2 ulas bawang merah(Tak kisah nak tumbuk atau nak kisar) Fadzi tumbuk

Cara Membuat Ikan Talapia Tiga Rasa:
1. Goreng ikan sampai garing kedua-dua belah. Pastikan minyak betul-betul panas.
3. Tumis bawang putih dan bawang yang sudah siap ditumbuk. Sampai naik bau.


4. Masukkan semua sos.
5. Masa ini boleh kalau tambah gula dan garam secukup rasa. 
6. Letak secawan air bagi sedikit berkuah.
7. Masukkan timun, nenas dan tomato. - Fadzi masukkan lobak merah dan bunga kobis.


8. Biar sekejap dalam 2-3 minit bagi lembut sikit. - Fadzi letak lama sikit sebab guna lobak merah dengan bunga kobis. Sayur yang keras.
9. Bila dah mendidih, boleh masukkan ikan yang sudah siap digoreng tadi.
10. Siap untuk dihidang.

Tada, dah siap ikan talapia tiga rasa. Maaflah gambar ikan talapia tiga rasa yang dah siap tak semenggah. Itu je bahan-bahan yang ada dekat rumah ni. Tapi yang penting, sedap okay. Aneeq pun puji sedap. Hehehee.

Fadzi bukan selalu makan ikan sebenarnya. Nak nak lagi pulak ikan talapia. Tapi kali ni makan, rasa sedap pulak isi ikannya tu. Zul pun yang tak berapa gemar makan ikan kata isi ikan tu lembut dan manis.


Ikan talapia yang korang nampak dalam gambar tu dari Cosmo Green Farm. Korang tengok pun nampak ikan dia fresh je kan. Kalau korang mencari delivery ikan tilapia, korang pergi je dekat Facebook diaorang dan order dekat situ. 


Tak pun korang contact Mr Norman dekat nombor 013-3353 134 Isnin sampai Sabtu dari pukul 10 pagi sampai 2 petang.

Untuk ikan tilapia ni, harga dia mula dari RM18 per gram. Berat seekor ikan tilapia ni dalam 400g hingga 800g macam tu lah. Tapi ada minimum order RM50. Ada delivery cas. Tapi kalau korang nak pick up sendiri pun boleh.

Dah lepas dapat ikan tu, baru Fadzi perasan yang diaorang pun ada buat delivery untuk sayur-sayuran juga. Ada lettuce, bentong ginger, cili padi, timun dan macam-macam lagi. Kalau order sekali hari tu, mesti gambar menu ni tak sehambar ini hahahahah.


You Might Also Like

10 comments

  1. lama lak rasa tak makan ikan talapia....eh ayampenyet tu sebelum goreng rebus dulu dengan bahan yang di nyatakan ye,pastu to perap pulak baru goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lah baru tau. ingatkan kene goreng terus. thank you thank you hehehe

      Delete
  2. Sedap ni, buat lalu makan nasik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bertambah. Rugi masak sekor je hahaha

      Delete
  3. Assalamualaikum sis... setelah bertahun-tahun tak menjenguk blog ni... akhirnya sampai jugak SS kt sini. Sedapnya nampak ikan talapia tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Lama juga tak jengak ke blog SS. Nanti saya balas kunjungan nya ya :D

      Delete
  4. heyyyyyyyyyy.. sedapnya !! makan dengan nasi panas, sudah..

    ReplyDelete
  5. sedap ikan talapia nie.. buat mkn tgh hari kan time PKP.. dap dap

    ReplyDelete