Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan SedapKuih Cara Manis ni sangat mudah untuk dibuat. Fadzi pernah buat kuih ni dengan Aneeq. Aneeq pun nampak sangat enjoy masa buat kuih ni. Sebab senang kan.

Fadzi selalu confused acuan mana satu yang sebetulnya digunakan untuk buat kuih Cara Manis ni. Bentuk kuih ni biasanya bentuk bujur berlekuk di bahagian luar. Tapi ada juga yang berbentuk bunga.


Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

Kuih Cara Manis

Ramai yang dah kenal kuih Cara Manis ni kan. Kuihnya berwarna hijau hijau muda daun pandan. Rasanya yang manis-manis memang mudah diterima orang. Tak kira yang besar ataupun kanak-kanak.

Tapi kalau nak lagi sedap, bahagian luar atau kulit kuih cara ni kena buat garing-garing. Baru sedap. Garing di luar. Manis, lembut dan sedikit cair-cair di bahagian dalamnya.

Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

Hari ni Fadzi buat Kuih Cara Manis untuk berbuka puasa. Rasanya ini kuih yang paling senang nak buat. Bahan-bahan pun guna bahan yang selalu ada di rumah. 

Kalau dulu kita boleh pakai daun pandan yang ditanam di tepi rumah. Tapi sekarang kan ramai yang duduk rumah atas langit. Boleh saja gantikan daun pandan dengan pewarna hijau dan perasa pandan tiruan.

Baik, jom kita mula masak Kuih Cara Manis ni.


Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

Bahan-Bahan Untuk Buat Kuih Cara Manis:

Daun pandan (Fadzi tak ada daun pandan. Guna pewarna hijau dan perasa pandan saja)
1 cawan air
100g santan (Fadzi guna setengah kotak 200g punya)
1 biji telur 1 1/2 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Gula secukupnya untuk ditabur di atas adunan kuih Cara Manis

Adunan yang terhasil daripada kuantiti bahan yang Fadzi tulis dekat atas ni boleh dapat 12 pasang kuih Cara Manis. Total 24 biji. Cawan yang Fadzi guna adalah cawan yang minum air teh tu. Telur pulak sebiji saiz B.

Cara Penyediaan Kuih Cara Manis:

1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam blender. 
Tips: Masukkan air, santan, telur, pewarna hijau serta perasa santan dulu. Kemudian baru letak tepung gandum. Kalau letak tepung gandum, masa blend, tepung gandum akan melekat pada dinding blender.


Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

Incase tepung gandum terlekat pada dinding blender, korang guna spatula lembut untuk kikiskan tepung-tepung yang melekat tu dalam adunan. Lepas tu blender sampai sebati.

2. Bila adunan kuih Cara Manis dah sebati, korang tapis adunan tu. Tujuannya supaya adunan tak berketul. Kadang-kadang ada tepung yang tak sebati.

3. Panaskan acuan dengan api yang perlahan. 


Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

4. Sapu minyak dalam acuan. Tujuannya untuk elak melekat dan nak bagi kulit luar kuih Cara Manis tu garing sikit. Tapi jangan sampai minyak bertakung dalam acuan.


Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

5. Tuang adunan tadi ke dalam acuan.

Tips: Untuk elakkan comot dan adunan terlebih melimpah daripada acuan, gunakan bekas yang ada muncung. Senang nak bajet berapa banyak nak letak dalam acuan.


Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

6. Taburkan setengah sudu teh gula pasir di atas permukaan adunan.
Tips: Fadzi guna sudu KFC yang buat makan coleslaw atau mashed potato tu. Kiranya guna setengah daripada sudu KFC. 


Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

7. Tutup acuan. Bakar dalam masa 4 hingga 5 minit.
Tips: Fadzi tutup pakai tudung periuk yang muat-muat acuan. 

Bila dah agak-agak 5 minit, leraikan kuih Cara Manis dari acuan. Fadzi gunakan sudu saja. Senang. 

Tengok tahap mana korang nak kuih korang garing. Bila dah puas hati dengan tahap kegaringan, dah boleh angkat. Jangan bagi hangus.

8. Angkat dan sedia dihidangkan. 
Tips: Bila dah angkat, jangan terus makan. Melecur mulut nanti. Bagi suam-suam sikit baru makan.


Tips Buat Kuih Cara Manis Yang Sedap

Fadzi ada juga Google untuk dapatkan tips masak Kuih Cara yang sedap. Dan antara yang Fadzi jumpa tips adalah:

1. Penggunaan daun pandan

Kalau nak rasa yang lebih asli dan bau yang lebih wangi, gunakan daun pandan. Caranya cuma kisarkan daun pandan dan tapis bagi mendapatkan pati jus pandan tu.

2. Sapu Minyak Pada Acuan

Sapu kan minyak pada acuan kuih Cara Manis tu. Tujuannya untuk mengelakkan kuih Cara Manis terlekat pasa acuan. Bila sapu minyak, mudah sikit nak keluarkan kuih.

Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

Kuih Cara Manis ni sangat sedap dibuat makan masa berbuka puasa ataupun hidangan menu minum petang. Rasa manis dia sedap je meluncur dalam anak tekak. 

Kalau korang nak buat kuih Cara Manis, bolehlah cuba Resepi Kuih Cara Manis ini. Selamat mencuba!


You Might Also Like

17 comments

  1. yeaa..akak dah buat sebelum puasa sebab memang kesukaan anak2...nanti nak repeat minggu ni kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dan senang nak buat kan kak fuzy kuih cara ni.

      Delete
  2. Tak pernah buat. Senang jugak cara buat kuih ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senang je buah kuih cara ni. Dulu saya ingat pun susah hehe

      Delete
  3. FAV saya kuih ni..tapi saya suka cara berlauk lagi sebab masin kan..wahh macam tu rupanya cara nak buat..nampak mudah tapi tak tahu reti ke tak hehe..Follow here #748

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mudah saja sebenarnya. Boleh cuba buat. Thank you for the follow

      Delete
  4. sedapnyaaaa. lama gila x makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Senang pulak tu nak buat :D

      Delete
  5. Assalamualaikum. cantiknya kejadian kuih cara manis ni... Allahu, setelah sekian lama melepak dlm blog FadziRazak ni... bertahun2 dah suka mai jenguk sini... patotla cari kat bloglist tak jumpa. rupanya tak follow2... so done follow hari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, alhamdullilah kuih senang boleh lah nampak cantik. Cuba kuih yang susah nak buat. Menangis tepi katil hahaha.

      Thank you SS follow kite.

      Delete
  6. sha bru tau nama dia kuih cara..bukan baulu ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, yang ni kuih cara. ade 2 jenis kuih cara. 1 kuih cara manis macam ni. satu lagi kuih cara berlauk yang warna kuning. dekat atas dia ada inti ayam, daun sup (kot) dengan cili potong. kuih cara ni pakai santan. yang baulu tu, kalau tak silap saya dia tak pakai santan. tekstur dia pun lebih kenyal macam kek.

      Delete
  7. Senang jugak tapi kena beli acuan dulu. Rumah saya banyak pokok pandan. Teringin jugak nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya banyak pokok pandan. Saya rumah atas langit. Balkoni pun tak ada. Nak bercucuk tanam, tak ada tempat hehehe.

      Delete
  8. wah rupanya senang je nak buat kuih ni. malangnya saya seorang je yang suka kuih ni. anak2 tak layan. huhu…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uih kuih ni lah paling senang nak buat, senang nak makan. sedap pulak tu. rugi budak budak hehehhe

      Delete
  9. teringin nak buat kuih ni, tapi tulah..takde pulak acuan nya

    ReplyDelete