Cara Hilangkan Hasad Dengki

Cara Hilangkan Hasad Dengki | Pernah tak korang rasa ada orang dengki pada korang? Itu rasanya perkara biasa kan. Ada orang seronok bila tengok kita bahagia, ada kalanya tak suka tengok kita ada segalanya.

Tapi, pernah tak rasa korang yang sebenarnya dengki kepada kawan-kawan korang? Ha, jangan rasa pelik tau. Mesti ada waktunya kita ada rasa dengki dekat kawan-kawan bila diaorang dapat sesuatu kan.

Cara Hilangkan Hasad Dengki

Apa Itu Hasad Dengki?

Hasad dengki itu maksudnya:

”Seseorang yang tidak gembira kalau saudaranya mendapatkan sesuatu, sedangkan ia sendiri akan gembira kalau memperolehnya, maka orang yang sedemikian ini disebut orang dengki.”
(Imam Nawawi, Riyadhussolehin)

Kalau menurut Imam Ghazali, ada tiga jenis tahap kedengkian iaitu:

1. Kita mahukan kenikmatan orang lain itu hilang dan kita yang dapat menggantikannya.

2. Kita mahukan kenikmatan orang lain itu hilang walaupun kita tak dapat menggantikannya. Tak kisah kita tak dapat gantikannya disebabkan rasa mustahil kita boleh buat, susah untuk dapat atau sebab-sebab lain.

Yang penting, kita gembira kalau orang lain jatuh. Jahat sangat bunyinya kan?

3. Kita tak mahukan kenikmatan orang lain itu hilang tapi kita rasa benci dan menyampah kalau orang lain mempunyai kenikmatan yang lebih hebat daripada kita.

Yang ini pula kiranya kita macam tak redha dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita.

Punca perasaan hasad dengki ini adalah dari mata. Kemudian lahirnya perasaan tak senang melihat kejayaan atau kesenangan yang dimiliki oleh orang lain. 

Banyak contoh hasad dengki ini sebenarnya tapi rasanya paling senang nak tengok hasad dengki di tempat kerja. Bila kawan kita naik pangkat, kita cemburu. Kita rasa kita yang patut dinaikkan pangkat.

Atau hasad dengki dalam media sosial. Kita nampak kawan tulis status pasal anak dia comel, kita kata hek eleh, anak aku lagi comel. Lebih kurang macam itu lah contohnya.

Tanda Dan Sifat Orang Berhasad Dengki

Tanda orang ada sifat hasad dengki:

"Apabila ada kawan atau kenalan kita dapat kejayaan, kita rasa sakit hati sangat. 

Dan apabila kawan kita dapat bencana, kita rasa senang hati, rasa seronok."

Cara Hilangkan Hasad Dengki

Orang yang memiliki sifat hasad dengki hidupnya tidak akan tenang. 
  • Yang pertamanya sebab dia dimurkai Allah. 
  • Dan yang keduanya, fikiran dia akan selalu bercelaru sebab asyik tidak puas hati terhadap orang lain.


Orang yang ada sifat ini akan mewujudkan permusuhan. Dia akan rasa diri sendiri lebih baik daripada orang lain. Jadi, dia akan rasa gelisah setiap kali ada orang yang mempunyai kelebihan daripadanya.

Yang lebih teruk kalau sifat dengki itu mendorong dia melakukan perkara-perkara terkutuk seperti fitnah, bergaduh, berbohong, menghina dan sebagainya.


Fadzi ada baca dalam Facebook status Ustaz Iqbal Zain, katanya:
"Hampir semua orang dihinggapi penyakit hasad dengki. Cuma bezanya banyak atau sedikit, bertindak atau tidak. Hatta ulama-ulama pun terkena penyakit ini bahkan lebih berat lagi, hingga di dalam hadis ada dinyatakan, salah satu sebab dari golongan yang masuk neraka itu ialah ulama kerana hasadnya."


Fadzi rasa Fadzi sendiri pun kadang-kadang ada rasa macam cemburu bila kawan-kawan atau kenalan di Facebook tulis status tentang kejayaan itu ini. Tapi tidaklah sampai tahap nak diaorang jatuh.

Tapi Fadzi pun rasa takut juga. Takut kalau Fadzi layankan perasaan cemburu ini, lama-lama akan jadi dengki yang tak munasabah pula. Jadi, Fadzi gigih Google cara untuk hilangkan perasaan hasad dengki ini.

Cara Hilangkan Hasad Dengki

Fadzi rasa benda ini penting untuk dikongsikan dengan korang semua. Mana tahu waktu ini korang pun ada terwujud perasaan hasad dengki ini dekat kawan-kawan atau kenalan kan.

Antara cara menghilangkan rasa dengki, korang boleh cuba di bawah:
1. Setiap kali orang yang kita dengki mendapat kejayaan, kita ucapkan tahniah dan cuba untuk bergembira atas kejayaan dia. Kalau orang itu ditimpa bencana, ucapkan takziah dan bersedih sekali dengan apa yang menimpanya.

2. Puji kebaikan dan keistimewaan orang itu tanpa dia tahu. Kalau kita tahu aib dia, simpan dan jangan sebarkan.

3. Kalau ada orang kutuk dia, bela dia. Ucapkan perkara yang baik-baik tentang dia.

3. Selalu berdoa agar Allah hilangkan serta jauhkan rasa dengki dalam diri sama ada terhadap orang yang kita dengki atau orang lain.

4. Redha dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita walaupun nikmat yang kita perolehi tak sehebat orang yang kita dengki. InsyaAllah mesti ada sebab kenapa Allah bagi kita kurang sikit kejayaan daripada orang itu.

5. Percaya kita ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Dan orang lain juga ada kelebihan serta kekurang mereka. Allah Maha Adil. Dia dah berikan peluang yang sama rata untuk kita semua.

6. Kalau tak mampu nak buat kelima-lima langkah di atas, ataupun dah buat tapi masih rasa dengki. Sekiranya korang follow orang itu di media sosial, unfollow saja mereka. Bukan niat untuk memutuskan silaturahim, tapi lebih untuk menjaga mata dan hati kita dari terus merasa tak tenang dan berdengki dengan apa yang mereka kongsikan. Nanti dah hari raya, datang rumah mereka dan mohon kemaafan :)

Cara Hilangkan Hasad Dengki


Kalau rasa-rasa diri kita dah cemburu terhadap kejayaan kawan-kawan kita, tahan perasaan itu ya. Kalau rasa tak boleh nak tahan rasa dengki, cuba langkah-langkah di atas ini. 

InsyaAllah kalau kita berusaha untuk elakkan maksiat dan kejahatan, Allah mesti akan bantu kita. Yang penting kita usaha. 


Post a Comment

11 Comments

  1. nice sharing, xperlu nk dengki dgn rezeki msing2..fikir ada yg lbh susah dr kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Betul tu. Tapi kadang-kadang syaitan dia cuba nak bolak balik kan perasaan manusia kan

      Delete
  2. Nice content and asome theme. Thank you

    ReplyDelete
  3. نعوذ بالله من ذلك

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitu lah kan. Banyak banyak berdoa

      Delete
  4. Bila tengok orang lain lebih kaya, lebih maju atau lebih berjaya dalam hal-hal tertentu secara automatik mesti ingat dorang dapat semua tu bukan sebab dorang hebat tapi sebab Allah yang maha kaya lagi maha hebat nak bagi semua tu kat dorang.

    Ada orang usaha sikit hasilnya menggunung, ada orang hampir mati berusaha tapi hasilnya sikit sangat. Semua tu Allah yang bagi.

    Apa yang pasti dapat kurang di dunia insha Allah dapat lebih di akhirat. Dapat lebih di dunia nanti di akhirat belum tentu dapat lebih. Allah maha adil.

    Kita berusaha, Allah tentukan.

    Apa yang penting? Akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Akhirat paling penting. Dan kite kene usaha, Allah yang tentukan segalanya

      Delete
  5. Betul tu..kdg² manusia ni dia susah tgk org lain senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Harap-harap kita pun tak jadi macam tu

      Delete
  6. yg bahayanya apabila kita sendiri tidak tahu kita dengki org tu.. Nauzubillah minzalik.. semoga dijauhi drp sifat2 yg boleh mendtgkan kemurkaan Allah

    ReplyDelete