Tips Ketika Menghadiri Interview Kerja

Hari tu aku ada kongsikan dengan korang aku ada temuduga kerja hari ni kan. Pagi tadi lepas sahur, gigih aku siapkan baju, susun fail, print resume dan praktis speaking. Habis speaking London aku tadi.

Temuduga Kerja

Pukul 11 pagi lebih, aku gerak ke Shah Alam. Room mate hantarkan. Dalam redah-redah jam tu, boleh tersampai awal pulak dalam pukul 12.30 tengah hari. Sempat la pergi cuci kereta kejap. Hahahaha. Lepas tu solat zohor kejap dekat Masjid Besar Shah Alam tu. Mak aih, dah lama aku tak pergi sana. 

Pukul 2 petang lebih aku dah ada dekat ofis tempat interview kerja tu. Dalam cuak nak kena interview tu, aku teringat aku ada baca banyak tips-tips semasa interview dijalankan. Meh aku kongsi sikit dengan korang apa yang aku baca dan yang aku amalkan.

Tips Ketika Menghadiri Interview Kerja

Interview Kerja

1. Pakai pakaian yang sesuai.

Waktu interview kerja ni, first impression sangat penting. Apa yang orang akan perasan pertama sekali adalah pakaian korang. Pakai pakaian yang sesuai dan selamat. Pasti kan jugak rambut atau tudung korang kacak dan kemas.

2. Datang ada waktu yang bersesuaian

Datang pada waktu yang sedang-sedang elok. Kalau datang lambat, habis lah first impression korang pada syarikat tu. Tapi kalau korang datang awal sangat pulak takut mengganggu interviewer tu buat kerja atau menyusahkan diri korang sendiri kene tunggu lama untuk tunggu turn korang kena interview kerja

3. Jaga gerak badan (body language)

Ini gillllaaaa penting! Duduk tegak! Kekalkan hubungan mata (eye contact) korang dengan tukang temuduga! Guna pergerakan tangan dan ke depan kan badan korang bila korang nak bercakap. Jadi peramah. Relax tapi jaga postur badan.

4. Jangkakan yang tak terjangka.

Jangan terkejut kalau tiba-tiba interviewer suruh kau berlakon waktu temuduga tu nanti. Atau menyanyi. Atau berjoget. Atau buat lawak. Atau bagi soalan-soalan pedas atau soalan-soalan peribadi. Atau apa-apa saje lah. Cuma jangan terkejut je.

Kesalahan semasa interview kerja

5. Tanya soalan.

Biasanya lepas tukang temuduga habis tanya soalan pada korang, dieorang akan bagi peluang pada korang untuk tanya soalan pada dieorang pulak. Ambik peluang ni untuk tanya apa yang korang nak tahu pasal syarikat, jawatan, bila boleh tahu keputusan dan lain-lain. Seboleh-bolehnya elakkan tanya pasal gaji dan cuti. 

6. Tutup atau senyapkan telefon

Bayangkan tengah-tengah interview kerja tu, telefon korang berbunyi. Lagu pulak lagu head banging habis. Apa lah pandangan interviewer tu pada korang kan. Lepas tu korang gelabah pulak nak angkat atau drop call tu. Hai, jangan buat perangai. 

7. Dengar soalan dengan betul dan jawab dengan positif

Dengar betul-betul soalan daripada temuduga dan berikan jawapan yang ringkas serta padat dan tambahkan dengan contoh yang relevan. Kalau perlukan masa untuk berfikir, korang boleh duduk senyap sekejap lepas dieorang tanya soalan. Fikir jawapan yang terbaik lepas tu baru cakap. 

8. Senyum dan bersalam dengan tegas

Waktu temuduga kerja tu, ya kita cuak. Tapi jangan sampai korang masam muka pulak. Dan waktu interview tu bila berjabat tangan, pastikan salam korang tu tak lembik. Makin tegas salam korang, semakin bagus pada pandangan orang.


Tadi INTERVIEW KERJA aku berjalan selama sejam je. Ada tiga orang panel -- sorang perempuan dua orang lelaki. Dannnn, interview adalah dalam bahasa Melayu. =___=  Penat praktis berkepuk-kepuk speaking London. Tak ada teknikal test pun. Cuma soalan-soalan yang lebih kepada latar belakang aku, apa yang aku dah pernah buat, skop kerja lama dan lebih kurang macam tu je lah.

Keputusan interview kerja akan dapat lepas raya. Agak-agak aku dapat tak? Agak-agak aku terima tak? Kita tunggu dan lihat sahaja. 


Entri berkaitan tips interview yang mungkin korang berminat:
1. Tips Sebelum Menghadiri Interview Kerja 
2. Senarai Semak Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Temuduga Kerja
3. Tips Selepas Menghadiri Interview Kerja


Post a Comment

2 Comments

  1. Humm..saya x pernah pegi interview..
    Saya adalah org yg dimana cpat gigil bila interview jika d kelas pon klau ckgu sroh dtg untok menerangkn sesuatu pon sya akn mgggiil dan x tau nk ckp ap walaupon sya tahu jwpn nya..ada x tips mcm mna nk tangani masalah gugup nihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syawani kena selalu buat. Bila dah banyak kali buat, dah tau apa salah dan apa yang betul. Lepas ni mesti dah confident. Jangan risau, semua orang akan rasa gugup tu. nak buat apa-apa pun mesti gugup. tapi, kite kene confident lah. Jangan putus asa tau. terus je buat :)

      Delete