Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Sekarang ni, hasil tulisan dah boleh bagi korang hasil pendapatan yang mampu menampung kehidupan. Blogger, wartawan, penulis skrip dan macam-macam kerja lagi memang memerlukan skill menulis yang bagus untuk menghasilkan penulisan yang bermutu. Kalau korang rasa penulisan korang masih lagi tak bagus tapi nak buat duit dengan menulis, korang boleh baca dekat sini - Cara Buat Duit Dengan Menulis.  

Update: Seminar ini dah pun tamat. Tapi tak apa, korang still boleh baca entry di bawah untuk tambah ilmu pasal affiliate.  

Hmmm, barang dapur makin hari makin naik harga. Bulan April nanti kena GST pulak untuk barang dan servis yang dibeli dan digunapakai, yuran belajar tak dapat biasiswa lagi, makanan pun dah mahal sekarang ni, harga minyak makin tak menentu setiap bulan, kerja pun tak ada kerja tetap. Apa nak buat ni?


Buat duit online

Aku pening kepala fikir pasal masa depan aku. Korang pening tak? Pening aku macam mana nak buat duit lebih nak tampung kehidupan yang lebih selesa sikit. Aku ingat awal-awal berblogging dulu, buat duit guna blog ni kacang je. Tapi, susah jugak rupanya. Tapi, aku nak jugak merasa dapat duit melalui blog ni. Tapi, macam mana?

Kacang je je sebenarnya nak buat duit melalui blog ni. Cuma kena ada ilmu. Hari ni aku nak kongsi sikit dengan korang pasal satu seminar ilmu ni. Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog. Seminar ni adalah seminar anjuran DenaiHati yang terkenal dengan slogan Hidup untuk Memberi. Kali ni DenaiHati nak memberi peluang pada blogger-blogger untuk mencari duit melalui affiliate menggunakan blog.


Apa yang Akan Dipelajari Dalam Seminar Ini?

Dalam seminar ini beberapa perkara akan didedahkan oleh speaker-speaker undangan -- 

  • Senarai program affiliate yang kita boleh sertai
  • Cara membina blog yang boleh buat jualan dari program affiliate
  • Teknik pemasaran guna SEO
  • Dan banyak lagi


Siapakah yang Akan Menjadi Panel Speaker Nanti?


  • Dato’ Hussamuddin – Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkra.
  • Encik Titan – pemilik blog Titan
  • Prof Hariz – Mula menjejakkan kaki dalam dunia Affiliate pada tahun 2014dan mampu menjana ribuan ringgit dalam tempoh yang singkat.
  • Suhaimy (Shuth) – Merupakan seorang Internet Marketer
  • Eizil – Salah seorang tunggak utama dalam Team Denaihati Network.

Di mana dan Bila Seminar Ini Akan Diadakan

Tempat: Dewan Sultan Mahmud V, Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor
Tarikh: 13 Disember 2014
Masa: 9.00 am hingga 5.00 pm

Berapa Yuran Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog?

RM150 seorang

Macammana Nak Mendaftar?

Layari Pendaftaran Seminar BUat Duit Affiliate Dengan Blog (Dah ditutup)


http://denaihati.com/daftar/daftar-seminar-buat-duit-affiliate-dengan-blog


Aku dah daftar. Harap-harapnya, bila dah dapat ilmu sikit pasal affiliate ni, boleh lah tampung sikit-sikit duit dapur, yuran, makanan, duit minyak. InsyaAllah. Kalau korang berminat nak tambah pendapatan melalui blog, apa kata join jugak seminar ni? Boleh jumpa dekat sana nanti. :D

Oh, kalau korang pergi, jangan lupa bagitahu aku. Boleh lah kita jumpa-jumpa, kenal-kenal, ngorat-ngorat. Ihik~ Kbai.

Post a Comment

0 Comments