Senarai Barang Dan Servis Yang Tidak Dikenakan Cukai GST

Lebih kurang 3 bulan lagi Good Service Tax (GST) akan diaplikasi dalam kehidupan seharian semua warga Malaysia. Ada yang pening kepala tak? Mesti semua pening kan. Sekarang ni kita jadi rakyat yang tak boleh nak komplen apa-apa dah. Apa kerajaan nak implement dekat negara, diaorang pakai bantai saja tanpa mintak pandangan rakyat. Jadi, apa yang mampu kita buat sekarang ialah berusaha untuk tingkatkan pendapatan hidup.

Good Service Tax (GST)

Bersempena lagi beberapa bulan nak masuk ke bulan GST ni, aku nak kongsikan dengan korang antara barang-barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai GST. Seperti yang kita maklum, ada beberapa kategori barang dan servis yang tidak akan dikenakan cukai GST termasuklah servis review blog Fadzi Razak. Wahahahha. 

Senarai Barang Dan Servis Yang Tidak Dikenakan Cukai GST

Berikut adalah senarai barang-barang dan perkhidmatan yang tidak akan dikenakan sebarang cukai GST. Walau bagaimanapun, anggap saja lah korang akan terpaksa bayar harga barang mahal jugak sebab kemungkinan untuk harga barang dan perkhidmatan naik amat tinggi.

Senarai Barangan Yang Tidak Dikenakan Cukai GST

  • Beras/Padi
  • Gula
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Garam
  • Sayur-sayuran
  • Rempah ratus
  • Haiwan hidup/ daging dan organ dalaman haiwan 
  • Ikan dan isi ikan
  • Kerang
  • Molluscs
  • Telur burung
  • Bekalan elektrik
  • Bekalan air
  • Barangan yang dibekal di bawah skim pengilang tol diluluskan 
  • Kawasan yang ditetapkan
  • Eksport
  • Deemed eksport
  • Ship stores

Good Service Tax (GST)

Senarai Perkhidmatan Yang Tidak Dikenakan Cukai GST

  • Pengangkutan penumpang (tempatan)
  • Perkhidmatan kesihatan
  • Perkhidmatan pendidikan
  • Bekalan tanah dan rumah kediaman
  • Bekalan emas
  • Perkhidmatan kewangan
  • Eksport
  • Pengangkutan antarabangsa dan ancillary service
  • Perkhidmatan pelabuhan  dan lapangan terbang
  • Kawasan yang ditetapkan
  • Telekomunikasi
  • Agen Skim Bayar Balik Pelancong
  • Perkhidmatan yang disediakan oleh kelab, persatuan dan kesatuan

Kalau korang nak baca huraian lebih lanjut pasal barang-barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai GST ni, korang boleh download artikel PDF berkenaan dengan Cukai GST Barang & Perkhidmatan yang telah disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri ni. Dalam artikel ni ada diaorang sebut secara terperinci senarai barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai GST.

Korang dah sedia untuk menghadapi peningkatan harga barang-barang dan perkhidmatan ni?


Post a Comment

0 Comments