Bila bercakap pasal nak cari kerja, semua orang akan gelabah nak buat resume kan? Korang tahu tak ciri-ciiri resume yang betul? Kadang-kadang aku tengok resume budak-budak fresh graduate waktu nak cati kerja macam apa je. Meh aku nak kongsikan dengan korang ciri-ciri resume yang menepati kriteria untuk temuduga kerja.
4 Tips Buat Resume Terbaik
1. Singkat,
padat, dan informatif
Tulis maklumat tentang diri korang dan pencapaian korang dalam bentuk point. Tak perlu buat esei untuk resume yang bagus. Bila maklumat korang ringkas dan padat, bakal majikan korang mesti tertarik nak tanya lebih mendalam pasal korang. Penting untuk tulis resume korang sehabis baik satu muka surat saja.
2. Fokus
pada aspek penting
Ya, korang hebat main sepak takraw, hebat tulis puisi jiwang karat. Tapi sesuai ke nak tulis semua tu bila korang cuba memohon untuk jawatan jurutera? Letakkan pencapaian atau pengalaman yang berkaitan dengan KEJURUTERAAN saja.
3. Jangan
terlalu detail
Ada maklumat yang tak perlu korang tulis secara detail. Contohnya, TARIKH berhenti bekerja. Misal kata korang dah 10 bulan tak bekerja, korang tak perlu letak tarikh dan bulan waktu korang tak bekerja tu. Cuma letak tahun saja. Kalau bakal majikan tengok korang dah 10 bukan menganggur, apa dia cakap pulak kan? Kalau letak tahun, dia tak perasan dah berapa lama korang tak bekerja.
4. Spesifik
Pastikan korang update resume korang setiap kali nak memohon untuk sesuatu pekerjaan. Dengan itu, kita dapat tambah atau buang maklumat yang perlu atau tak perlu bergantung kepada jawatan yang kita nak pohon tu.
0 Comments