My Shaklee Apps Memudahkan Urusan Pengedar SHAKLEE

My Shaklee Apps Memudahkan Urusan Pengedar SHAKLEE | Jenama Shaklee. Sebut saja Shaklee orang kompem dah kenal. Senang keje aku, tak payah buat intro bagai. Hahahha. Walaupun aku bukanlah salah seorang pengedar atau agen Shaklee, tapi minggu lepas aku telah pun dijemput untuk join sekali majlis pelancaran My Shaklee Apps.

My Shaklee Apps


My Shaklee Memudahkan Urusan Jual Beli Serta Consultation Shaklee

Kalau selama ni, pengedar-pengedar Shaklee mesti kena guna flyer, bawak laptop untuk tayang slides dan tulis tempahan dekat buku kira-kira. Leceh kan? Tapi sekarang ni dah ada aplikasi yang akan memudahkan para pengedar untuk urusan jual, beli dan consultation dengan pelanggan korang. Yang jadi customer pun senang, tak payah tunggu pengedar terhegeh-hegeh bukak beg, bukak laptop, bukak buku untuk buat semua.

Kemudahan Yang Ada Dalam My Shaklee Apps

Apa yang seorang pengedar Shaklee boleh buat dengan aplikasi My Shaklee ni? Banyak. Serius banyak.
  • Tunjuk slide show tentang produk Shaklee
  • Pamerkan dan jual produk kepada pembeli
  • Daftarkan pengedar baru
  • Buat training untuk diri sendiri dan team 
  • Monitor perjalanan bisnes 

Hari tu aku ada pergi tengok demo orang Shaklee pakai My Shaklee dan aku sendiri dah cuba aplikasi ni. Apa yang aku paling suka pasal My Shaklee Apps ni, interface dia cantik, kemas dan mudah nak faham. 

My Shaklee Apps
Overall interface. Dekat sini korang boleh pilih korang nak buat task apa - Nak ambil order, nak tengok dan tunjuk video, nak daftar pengedar baru, nak tengok laporan perniagaan dan boleh jugak kalau nak tengok live update daripada Shaklee sendiri.

My Shaklee Apps
Interface dekat atas ni pulak untuk daftar pengedar baru downline korang. Sekarang dah senang, buat online saja. Tak payah isi borang dan hantar kepada HQ. Kalau guna My Shaklee apps ni, dia terus hantar ke HQ. Tak payah buat 2 3 kali kerja.

My Shaklee Apps
Dekat interface ni, korang boleh guna untuk  tunjuk katalog produk Shaklee kepada pelanggan dan untuk rujukan diri sendiri jugak. Senang. Tak payah dah bawak berbundle-bundle flyer dan pamplet dah lepas ni.

My Shaklee Apps
Melalui interface dekat atas ni pulak korang boleh pamerkan segala produk Shaklee yang ada, maklumat tentang syarikat Shaklee, guideline macam mana nak pakai My Shaklee apps, dan maklumat pasal produk-produk Shaklee yang ada. Sekarang lebih mudah untuk korang belajar pasal produk-produk Shaklee atau pun nak buat trainin dengan downline-downline di bawah korang.

So, yes. Ini adalah aplikasi wajib yang seorang PENGEDAR SHAKLEE perlu ada dalam phone masing-masing. Kalau tak ada, aku rasa macam rugi sangat korang jadi pengedar Shaklee yang tak up to date. 

Kalau korang masih lagi terfikir-fikir, aku yang bukan pengedar Shaklee boleh ke nak download aplikasi ni. Heee, maaf, tak boleh. Hanya ahli Shaklee yang ada No ID sahaja boleh guna My Shaklee apps ni. Setahu aku, setakat hari ni, aplikasi My Shaklee ni masih diberikan secara percuma. Tapi, nanti akan diletakkan harga RM10.00. So, jom cepat-cepat download aplikasi My Shaklee secara percuma dulu sekarang!

Untuk android: Download sini
Untuk iPad: Download sini
Untuk iPhone: Tunggu dulu 






Post a Comment

0 Comments