5 Sebab Telekung Reehans Menjadi Pilihan Muslimah

Telekung Reehans Pilihan Muslimah | Reehans Telekung ni adalah telekung inovasi pertama yang dihasilkan untuk Muslimah Moden yang pentingkan pakaian solat yang praktikal dan selesa.  Samalah macam aku. Aku kalau boleh nak telekung yang cantik-cantik dan dalam masa yang sama tak panas dan tak jarang. Telekung sekarang ni banyak yang pakai kain jenis melekap dekat badan, panas dan jarang. Tapi, telekung Reehans ni memang terbaik - selesa, kemas, cantik dan mudah.

Telekung Reehans

Telekung Reehans ni memang baru lagi dekat pasaran. Itu pun sebab owner dia memang sangat teliti dalam menghasilkan telekung yang berkualiti tinggi. Kalau nak menghasilkan barang yang berkualiti tinggi, masa yang diambil tu mestilah lama sikit kan. Kita pun tak nak lah pakai telekung yang tangkap muat je kan? Yang pentingnya Telekung Reehans yang menjadi pilihan Muslimah ini mudah, cepat dan sangat selesa.

5 Sebab Telekung Reehans Menjadi Pilihan Muslimah


1. Kain Berkualiti Dan Selesa

Telekung Reehans ni dihasilkan menggunakan kain English Cotton dan Italian Valentro. Kalau korang nak tahu, kain Italian Valentro ni memang sangat selesa, cantik dan tak panas. Biasanya kain ni orang buat baju kahwin sebab kain dia jenis lembut dan flowy. Kalau kain English Cotton ni pulak memang terkenal dengan coraknya yang cantik-cantik dan jenis kain yang selesa tak melekap di badan. Kain English Cotton ni jugak tak berat dan sejuk je bila pakai. Kalau basuh banyak kali pun tak berbulu.

Telekung Reehans

2. Tak Perlu Pakai Kain

Hahahha. Ape punye ayat tu? Hehhehe. Maksud aku tak perlu pakai kain ni, korang just sarung je Telekung Reehans ni. Kan biasa kita pakai telekung ada 2 pasang kan? Satu telekung tutup badan dan satu lagi kain. Yang istimewa tentang Telekung Reehans ni, dia sehelai je. Korang sarung sehelai ni, dia tutup dari kepala sampai kaki. Cuba tengok gambar dekat atas ni kalau korang tak boleh bayang. Dah senang kan. Tak payah pakai 2 3 helai kain. Cepat pun cepat nak sarung dan nak buka. 

3. Pelbagai Koleksi Pilihan

Telekung Reehans ni banyak sangat pilihan. Dalam 3 koleksi. Setiap koleksi tu pulak ada macam-macam warna dan corak pilihan. Antara koleksi dan corak yang ada:

Reehans Balqish
 REEHANS BALQIS
Telekung Reehans Koleksi Balqis ni memang cantik sebab ada corak. Macam-macam jenis corak yang ada - bunga kecil, bunga besar, warna pun ada macam-macam jenis warna. Telekung yang ni dibuat daripada kain English Cotton. Koleksi Balqis ni ada 24 warna dan corak semuanya. Kalau korang nak tengok warna-warna dan corak yang lain, korang boleh tengok dekat sini -> Reehans Balqis.


Reehans Nur
REEHANS NUR
Telekung Reehans Koleksi Nur ni pulak sesuai bagi korang yang agak-agak low profile dan yang tak suka warna meriah sangat. Koleksi Nur ni yang unik dia, ada ropol-ropol dekat bawah kain. Memang cantik bila nampak ropol-ropol tu. Itu kira daya penarik telekung Koleksi Nur ni lah. Telekung Nur ni diperbuat daripada kain Italian Valentro. Koleksi Nur ni ada total ada 7 warna plain. Boleh tengok variasi warna Reehans Nur dekat sini -> Reehans Nur
 

Reehans Rania
REEHANS RANIA 
Telekung Reehans Koleksi Rania ni pulak lebih kurang je macam Koleksi Nur. Yang membezakan kedua-dua koleksi ni adalah ropol-ropol. Bagi Koleksi Rania ni, warna plain jugak tapi tak ada ropol-ropol di bahagian bawah kain. Telekung Rania ni dibuat daripada kain Italian Valentro yang lembut dan sejuk. Untuk Koleksi Rania ni cuma ada 2 pilihan warna saja. Untuk tengok pilihan warna Koleksi Rania, korang boleh tengok dekat sini -> Reehans Rania.   

4. Sistem Shopping Cart 

Sekarang ni semua nak cepat. Kalau berniaga online tapi kalau nak beli barang sikit-sikit kena Whatsapp, sikit-sikit kena PM. Leceh kan? Tapi Telekung Reehans ni dah maju sikit ke depan sebab dieorang guna sistem shopping cart dalam website dieorang. Shopping cart dieorang pun senang sangat nak digunakan dan mudah difahami. So, memang senang lah nak shopping telekung dekat Telekung Reehans ni. Jimat masa, jimat kredit dan jimat sakit hati. Hahahha.

5. Produk Buatan Bumiputra

Kita selalu cakap, sokonglah barang buatan bumiputra. Nah, TELEKUNG REEHANS ni satu lagi barang buatan bumiputra Muslim yang korang boleh sokong ramai-ramai. Lepas ni tak ada alasan lagi untuk korang pergi beli telekung yang dihasilkan dari China atau dari Vietnam.  


Nak tau apa yang best jugak pasal Telekung Reehans ni? Telekung Reehans ni pun ada dekat Lazada. Tak caya? Cuba korang tengok dekat sini -> Reehans Telekung Lazada. 

Setiap pembelian Telekung Reehans ni jugak akan disertakan sekali dengan beg. Senang lah dah ada beg sendiri untuk letak telekung. Cantik dan mudah. Senang kalau nak bawak telekung ni ke mana-mana.

"Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria" 

Tak gitu? Betullah kan. Ini tagline yang dipegang oleh Telekung Reehans yang merupakan pilihan Muslimah masa kini. Kalau pakaian atau telekung yang kita pakai tu selesa, insyaAllah kita lebih bersemangat dan ikhlas nak buat ibadah kan?

Telekung Reehans

Okay lah, cakap banyak-banyak pun tak guna. Kalau korang nak tau lebih lanjut atau nak dapatkan Telekung Reehans Pilihan Muslimah ni, korang boleh tengok info dekat bawah.

Info Lanjut dan Tempahan
    WhatsApp/Tel: +6011-14481591
    Email: reehanstelekung@gmail.com
    Facebook: Reehans Telekung
    Website: www.reehans.com

Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur

Post a Comment

33 Comments

  1. Menarik dan rare, harga ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs A, harga die pricey sikit around RM190 ke RM240 >.<

      Delete
    2. Tahniah Sis! anda menang

      Delete
    3. Baru tengok. Alhamdullilah. Terima kasih Mrs A :D

      Delete
  2. Salam Fadzi razak...semoga sihat sejahtera di bulan Kemerdekaan Malaysia 2015 ini. Artikel yang cukup lengkap dengan informasi berkaitan "Telekung Reehans Pilihan Muslimah". Semoga berjaya buat Fadzi Razak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih. Semoga berjaya juga :D

      Delete
  3. woww, first time wawa tgk kain semayang macam ni.. bagus juga tk de kain kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi senang and cepat kalau tak ada kain kan? Pakai sarung sekali je :D

      Delete
  4. entry yg lain dari yg lain.. good luck dlm kontest telekung reehans ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kaish nik. InsyyaAllah. Good luck kembali :D

      Delete
  5. As-Salam.
    Terima kasih kerana sudi join kontest anjuran saya ni.
    Dengan ini, penyertaan diterima secara rasmi.

    Selamat berjaya.

    ReplyDelete
  6. goodluck

    done follow #349

    ReplyDelete
  7. Haii..terbaiklah. Artikel yg lengkap. Sambil baca dpt tambah info tentang pelbagai telekung di pasaran sekarang ni...

    ReplyDelete
  8. wah, cantik2... harga pun ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup memang cantik pun telekung reehans ni tasha :D

      Delete
  9. memang banyak sebab knp muslimah perlu pakai telekung reehans

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak sebab telekung reehans ni pilihan muslimah kan :)

      Delete
  10. Terbaik semoga sukses ya bro

    ReplyDelete
  11. salam, BW here :)
    inovasi telekung yg sgt memudahkan kaum hawa utk beribadah
    semoga berjaya!

    ReplyDelete
  12. Telekung reehans ni macam jubah telekung kan? Lagi senang lah muslimah nak beribadat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah macam jubah. Memang rare design die

      Delete
  13. ohoo..tahniah..menang juga :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Kite same-same menang. Tahniah jugak :D

      Delete
  14. Assalam Sis..salam ziarah..

    tahniah yer sis pemenang contest psl telekung tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah syukur menang :D

      terima kasih julie :D

      Delete