Petang tadi dah diadakan Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Najib Razak. Aku tak ada lah tengok beria pun. Saja-saja bukak nak dengar kot kot ada keuntungan untuk aku ke kan. Dan antara isi kandungan yang ada dalam Bajet 2016 kalin ini adalah seperti berikut.

Bajet 2016 Malaysia


Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia
 
  • Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.
  • Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps 
  • Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.
  • RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara
  • Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah 
  • Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.
  • Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP
  • Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menendah.
  • Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.
  • Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.
  • Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.
  • Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.
  • Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.
  • Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Prorgam Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.
  • Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.
  • Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred mulai tahun 2016
  • Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam dinaikkan kepada RM1200 sebulan
  • Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajaan dinaikkan kepada RM950 sebulan
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan kadar bayaran dinaikkan
  • BR1M 2016 Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.
  • BR1M 2016 Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
  • BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400
  • BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.
  • Had Pelepasan Cukai: Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1000 kepada RM2000. Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tidak tinggal bersama, diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 masing2 untuk ibu & bapa.Dengan syarat, ibu dan bapa masing-masing berumur 60 tahun ke atas tidak berpendapatan melebihi RM2000 sebulan.
  • Had pelepasan cukai Individu: Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada RM3000 kepada RM4000.
  • Had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM6k kepada RM8k bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang lanjutkan pengajian bagi tahun taksiran 2016.
  • Had pelepasan cukai sedia ada ibubapa dengan anak OKU RM6k. Jika anak lanjutkan pelajaran, jumlah boleh dituntut RM14k. Bagi ibubapa kepada anak-anak OKU yangg lanjutkan pengajian, had pelepasan cukai dinaikkn daripada RM6k kepada RM8k mulai tahun taksiran 2016.
  • Berkuatkuasa 1 Julai 2016, penyelerasan gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia.
  • Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah.
  • Majikan yang gagal mematuhi peraturan gaji minimum di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia boleh dikenakan tindakan undang-undang. Gaji minimum RM920 (Sabah, Sarawak dan Labuan) manakala RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016.
  • Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan atau penjawat awam akan dibayar pada Januari 2016.
  • Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.

Aku sebenarnya tak dapat apa-apa sangat pun daripada Bajet 2016 ni kecuali pelepasan cukai untuk aku dan baby Aneeq. Itu untuk suami je lah. Aku tak dek pape pun untung daripada Bajet 2016 ni. 

Korang pulak macam mana? Ada untung ka? Tak ada?

Bajet 2016 Malaysia

by on October 23, 2015
Petang tadi dah diadakan Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Najib Razak. Aku tak ada lah tengok beria pun. Saja-saja bukak nak dengar kot ko...
Orang perempuan ni, kalau pasal muka mesti sangat-sangat menjaga. Betul tak? Tak nak ada jerawat, tak nak ada jeragat, tak nak muka berminyak dan kalau boleh nak muka flawless tak ada masalah. Kalau korang rasa korang nak kulit wajah sihat dan cantik, aku nak rekemen dekat korang pakai Malaika Facial Treatment Oil ni.

Malaika Facial Treatment Oil

Lately ni jerebu kuat gila kan? Habis muka aku naik bintik-bintik kecik dan gatal-gatal sebab jerebu tu. Serius seksa. Yang paling gatal dekat hidung, asyik tergaru-garu je. Jadi, aku cubalah pakai Malaika Facial Treatment Oil untuk cuba hilangkan segala kekotoran dekat muka ni. Dan, Alhamdullilah makin lama aku pakai, makin hilang gatal-gatal dekat muka aku.

Malaika Oil ni sebenarnya adalah minyak muka semula jadi yang boleh membersihkan kulit muka secara mendalam dan antara fungsi dia:
  • Menghilangkan jerawat serta jeragat kecil
  • Menghilangkan minyak kotor dari muka
  • Bersihkan alat solek pada muka.
Malaika Facial Treatment Oil

Bagi yang nak cuba Malaika Oil ni, jangan risau. Barang baik ni buatan 100% bumiputera. Malaika Oil ni dibuat di Kelantan dan dah dapat kelulusan KKM pun. Boleh semak dengan nombor pendaftaran NOT150403152K.

Kandungan Bahan Dalam Malaika Oil

Biasanya sebelum aku pakai sesuatu produk tu, aku akan tengok dulu apa kandungan dia. Iya la, takut jugak kalau bahan dia macam-macam pulak kan. Tapi, dalam Malaika Oil ni semua bahan dia semual jadi. So, tak perlu nak risau.
  • Extra Virgin Olive Oil
  • Lemon Oil
  • Castor Oil
  • Temu lawak Powder
  • Herba
  • Bunga-bungaan

Malaika Facial Treatment Oil

Cara Memakai Malaika Oil

Kalau ikut website dieorang, cara pakai Malaika Oil ni 2 kali sehariwaktu pagi dan sebelum tidur malam. Dan kalau ada masalah jerawat atau jeragat yang teruk, sapu semalaman dekat kawasan yang bermasalah tu.

Tapi sebab aku tak ada masalah jerawat atau jeragat sangat, so aku just guna Malaika Oil ni untuk bersihkan muka dari kekotoran je. Nak nak lagi bila keluar waktu jerebu tu. 

Aku balik rumah je, aku rileks kan muka bagi hilang peluh semua. Lepas tu aku sapu Malaika Oil. Biar dalam seminit dua lepas tu aku cuci muka guna pencuci muka biasa. 

Malaika Facial Treatment Oil

Malam pulak aku akan pakai sebelum tidur. Aku akan sapu Malaika Oil dalam seminit dua jugak. Lepas tu cuci macam biasa. Bila tidur tu, aku rasa selesa sangat.

Lepas sapu Malaika Oil dan cuci muka guna pencuci muka biasa, aku rasa muka jadi macam lembut je. Aneeq pun suka pegang-pegang sambil tampar-tampar muka aku bila kiteorang baring sama-sama. >.< 

Yang aku paling suka dengan Malaika Oil ni sebab bau dia wangi. Bau macam lemon citrus sikit. Nasib baik aku mampu tahan diri sendiri. Kalau tak ada minyak ni masuk mulut karang. Hehehehe.

So, kalau korang rasa korang ada masalah muka dan berminat nak dapatkan Malaika Facial Treatment Oil, korang boleh tengok dekat website, Facebook dan Instagram dieorang.


Amaran: Bacaan khas untuk pasangan yang sudah berkahwin atau mereka yang forever alone. Bahahahhaha.
CiUM – The First Kissing Lipbalm

CiUM ni sebenarnya adalah lipbalm yang tercipta untuk merapatkan dan memperbaiki hubungan dengan rasa yang menarik dan unik. Dengan menggunakan lipbalm ni, korang akan alami pengalaman bercium yang unik. Hahahhaa. Okay, kite stop cakap pasal bercium sampai sini. Aku akan cakap lebih pasal lipbalm ni sendiri.

Lipbalm CiUM ni ada 2 kombinasi perisa iaitu:
  • Ais & Sambal
  • Meeko & Strawberry
CiUM – The First Kissing Lipbalm

Yang aku dah rasa cuma ais dan sambal.
Perisa ais:
Bila pakai, mula-mula tak rasa apa-apa. Bila lama sikit, bibir mula rasa manis-manis. Lepas tu lama sikit, bibir mula rasa sejuk macam ais. So, bila manis dan sejuk combine, rasa memang sedap berangin.
Perisa sambal:
Sama jugak macam perisa ais tadi. Mula-mula pakai tak rasa apa. Dalam 30 saat lepas tu rasa manis-manis. Tak ada pun rasa pedas ke apa. Cuma manis.
Bila bercampur kedua-dua perisa ni, rasa dia manis-manis unik. Kalau termasuk dalam mulut sekali pun, memang rasa sedap sebab dia manis. Hehehhe.  

Cara Pakai CiUM:
Untuk pasangan yang telah berkahwin:
  1. Pakai satu perisa di bibir korang
  2. Pakai perisa yang lain di bibir suami/isteri korang
  3. Cium pasangan korang
  4. Nikmati perisa yang dengan rasa yang rare dan meletup
Atau bagi yang forever alone, jangan risau. Lipbalm ni pun sesuai untuk korang jugak. Tapi cara pakai dia lain sikit. Cara dia:

CiUM Lipbalm
  1. Pakai satu perisa di bibir atas
  2. Pakai satu perisa lagi di bibir bawah
  3. Gomol-gomolkan bibir atas dengan bibir bawah
  4. Nikmati perisa yang dengan rasa yang rare dan meletup
Since lipbalm ni tak ada warna, memang tak ada hal la kalau lelaki nak pakai lipbalm ni. lipbalm CiUM ni selain ada perisa yang rare, ia jugak melembapkan bibir. So, tak de lah bibir korang pecah-pecah atau kering je kan. 

Oh, kalau nak beli dekat dalam AirAsia pun boleh tapi aku cadangkan korang pergi beli dekat website die je sebab lagi murah. :D

Dalam entri yang lepas aku ada cakap aku yang aku ni kengkonon orang suka DIY. Ya, kengkonon nya. Aku ni memang suka buat kerja design design ni walaupun sebenarnya tak reti. Aku dari dulu nak design baju tshirt sendiri tapi aku tak tau nak buat dekat mana. Rupanya sekarang ni, kalau nak design tshirt atau mug atau apa-apa saja, dah boleh buat secara online je dekat Printcious.com.

Printcious
 

Kenapa nak kena design hadiah sendiri?

Aku banyak dapat soalan macam ni. Kenapa nak kena reka design sendiri padahal design kan dieorang dah ada.

Jawapan aku senang je. Aku nak nampak rare dan bagi orang yang terima hadiah tu nampak kesungguhan dan keikhlasan aku. Eceecee. Mesti lah kalau boleh kita nak lain daripada yang lain kan. Nanti karang pakai tshirt yang sama design dengan orang lain, tiba-tiba jadi boria pulak. 

Orang perempuan kan tak suka kalau baju dieorang sama dengan orang lain. Kalau jumpa orang baju sama mesti lain menyorok. Hahahha. Nampak sangat pengalaman sendiri. :p 

Printcious

Dekat Printcious ni, korang boleh sama ada nak beli terus barang-barang dieorang dengan design yang sedia ada atau korang boleh guna design yang korang ada. Antara barang yang korang boleh beli dan design di Printcious:
  • Tshirt
  • Kusyen
  • Ceramik tiles
  • Cawan

Apa yang aku suka sangat dengan website Printcious ni, layout dan design dieorang sangat kemas. Sedap mata memandang. Nak navigate dari satu menu ke menu yang lain pun senang. Dan nak buat design sendiri untuk tshirt pun memang senang sangat.

Printcious
Ini interface untuk design tshirt sendiri. Ada beberapa pilihan warna, saiz dan kuantiti. Lepas pilih warna, saiz dan kuantiti, korang boleh klik Customise it untuk buat design sendiri.

Printcious
Ini pulak interface untuk design tshirt korang tu. Korang boleh pilih sama ada nak letak tulisan atau gambar atau QR code atau kesemua sekali. Just make sure semua tu ada dalam petak hijau safety lines tu.

Okay, siapa nak bagi hadiah dekat aku? Boleh lah cari hadiah dekat Printcious ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Printcious, korang boleh tengok Facebook dan website dia.


‘Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart’