Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog. Busy betul hujung-hujung tahun ni. Aku tau mesti korang pun busy gila kan. Tapi, dalam busy busy kita ni, korang dah bayar zakat dah ke belum?
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Selain tu jugak, zakat ni dapat melahirkan rasa bersyukur kite pada semua nikmat yang Allah dah kurniakan pada kita. Melalui zakat juga kita dapat menzahirkan ketaatan dan kehambaan kita kepada Allah dengan mengikuti perintahNya.
Jenis-jenis Zakat
Zakat ni ada jenis-jenis dia jugak. Jenis-jenis zakat ni korang boleh tengok dekat bawah.- Zakat Fitrah
- Zakat Harta
- Zakat Pendapatan
- Zakat Emas dan Perak
- Zakat Perniagaan
- Zakat Saham
- Zakat KWSP
- Zakat Pertanian
- Zakat Ternakan
- Zakat Wang Simpanan
Syarat-syarat Zakat
Orang-orang yang WAJIB bayar zakat adalah orang-orang yang tergolong dalam golongan di bawah ni:- Islam - Zakat hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja
- Merdeka - Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah
- Milik Sempurna - Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain.
- Cukup Nisab - Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas)
- Cukup Haul - Genap setahun harta disimpan
- Niat Untuk Berniaga - Hanya untuk zakat perniagaan sahaja
Cara Mudah Bayar Zakat
Sekarang ni dah macam-macam cara yang ada untuk kita senang bayar zakat. Kalau tak boleh nak pergi ke kaunter PPZ, boleh online je. Kalau tak boleh online, ape kata buat automatik potongan gaji? Antara 9 cara yang boleh digunakan untuk bayar zakat:- Kaunter PPZ-MAIWP
- Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP
- Potongan Gaji (Skim Thohir)
- Portal www.zakat.com.my
- Aplikasi i-zakat
- Perbankan Internet
- Kaunter Bank
- Pejabat Pos
- MYEG
- Ejen Kutipan Zakat
- Kad Kredit Islamik
Ke mana duit diagihkan? Mesti korang takut kan lepas dengar cerita-cerita pasal badan berkenaan guna duit orang buat itu ini kan? Jangan risau. Duit-duit zakat yang korang dah bayar tu di bawah tanggungjawab Pusat Pungutan Zakat dan kesemuanya akan disalurkan kepada lapan golongan asnaf (penerima zakat) yang memerlukan melalui 28 skim .
Untuk pengetahuan korang, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) ni ditubuhkan untuk menguruskan usaha pungutan zakat bagi pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan. PPZ ni bertanggungjawab untuk memungut zakat harta di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pulak bertanggungjawab untuk mengagihkan kepada penerima zakat yang layak. So, PPZ ni bukanlah badan yang bertanggungjawab nak agihkan zakat. Dieorang cuma kumpulkan zakat saja.
10 Comments
Hmmm ... kalau menang contest pun kena zakat ye .. huhuhu... ada kiraannya tu. Apapun, sebagai umat Islam kita kena bertanggungjawab dalam melaksana kewajipan.
ReplyDeleteHuhu... jangan lupa support saya dalam Contest Review Lynk.my 2015 ye. Terima kasih.
Alamak tak sempat bro! >.<
DeleteBermacam2 cara nak bayar zakat skg nie.. nak atau taknak je
ReplyDeleteBetul tu. Tinggal nak tak nak je
Deletebuat masa ni masih belum lagi layak byr zakat...hihi..tapi sekarang ni mmg senang...nak bayar, nak kira..semuanya dah ada kemudahan yang tersendiri...
ReplyDeleteBetul. Sekarang macam2 platform dah boleh guna untuk bayar zakat
Deleteada banyak betul kemudahan zaman teknologi canggih ni.. xda alasan dah kata x dan banyak betoi dakkk..
ReplyDeletehehe lama x mai jenguk Mami Gojes ni =D
Hahhaha mami gojes busy lately >.<
DeleteSenang betul nak bayar Zakat sekarang n, antara nak dengan tak nak je dan tak boleh bagi alasan-alasan tak nak bayar.
ReplyDeleteBetul. Kalau yang banyak alasan tu memang niat tak nak bayar kot
Delete