Pelikan Art Camp Dan 30 % Back To School Sale Pelikan Malaysia | Sekarang ni dah masuk pun cuti sekolah. Ada yang pening fikir nak bagi anak-anak buat apa tak? Aku nak kongsi dengan korang ni pasal salah satu aktiviti cuti sekolah yang anak-anak korang boleh join. Sabtu lepas Aneeq ada join Pelikan Art Class dekat The Gardens Mall KL.

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Pelikan Art Camp The Gardens KL

Pelikan ni sebenarnya jenama barang-barang alat tulis yang aku suka sangat masa kecil-kecil dulu. Kalau dapat satu stationery jenama Pelikan ni, rasa macam orang kaya dah waktu tu sebabnya brand ni macam brand eksklusif. Macam-macam jenis barang alat tulis yang ada bawah jenama Pelikan ni. Ada watercolor dan cat untuk budak-budak, fountain pen eksklusif untuk orang dewasa, beg sekolah dan barang-barang untuk buat party pun ada. Kalau masuk sini mesti korang jadi rambang mata nak beli apa.

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Pelikan Art Camp ni salah satu inisiatif Pelikan Store untuk bagi kanak-kanak bawah 12 tahun belajar seni. Kelas seni ni dibuat dalam Pelikan Store tu sendiri. Diaorang ada satu ruang dalam kedai yang lengkap dengan meja dan kerusi untuk buat aktiviti-aktiviti seni. Dan dalam setiap kelas tu, akan ada seorang cikgu seni datang untuk ajar anak-anak korang buat hasil seni. 

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online
Aneeq tengah kusyuk buat master piece dia. Bila dah habis kelas, bertitik-titik jugak baju dia dengan cat. Huhuhuh.

Jadual Pelikan Art Camp

Pelikan Art Camp ni diaorang buat hujung minggu je hari Sabtu dan Ahad. Setiap hari Sabtu dan Ahad tu ada 2 sesi - 3.00 petang dan 4.00 petang Setiap sesi berjalan selama sejam. Aktiviti yang akan dibuat pasa setiap minggu berbeza-beza dan guna material yang berbeza jugak. So, tak lah bosan anak-anak korang kalau dieorang selalu nak datang sini.

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online
Ni dieorang tengah get ready nak start kelas. Kelas kali ni kelas mewarna guna cat air dan kayu lidi.  

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Harga untuk setiap satu sesi RM15 untuk member dan RM20 untuk non member. Aku cadangkan korang book awal-awal kalau nak masukkan anak-anak kornag dekat Pelikan Art Camp ni sebab satu sesi diaorang tak ambil ramai. Dalam 10 orang je macam tu. Korang boleh book slot untuk anak korang dengan call nombor ni 03 2202 0801.

Pelikan Membership

Kalau korang nak murah, aku rasa better korang jadi membership. Bukan setakat boleh dapat harga Pelikan Art Camp murah. Kalau korang beli barang dekat Pelikan ni pun boleh dapat diskaun. 

Untuk dapatkan membership ni korang sama ada boleh beli barang Pelikan berharga RM100 hingga ke atas dan terus boleh dapat free membership. Kalau korang beli barang tak sampai RM100 pun tak apa. Korang boleh bayar RM10 dan dapat membership selama setahun.

Tapi sekarang ni Pelikan tengah buat promosi. Kalau korang nak free membership Pelikan, korang boleh pergi ke kaunter diaorang dan tunjukkan yang korang dah like Facebook Pelikan atau follow Instagram Pelikan. Nanti korang boleh dapat free membership selama setahun dan free gift! Tapi promosi ni sampai 2 Januari 2017 je tau.   

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Back To School Campaign

Biasalah kalau nak masuk sekolah tahun depan, mesti semua nak barang baru kan? Dari bulan November ni sampai Januari 2017, Pelikan Store akan buat sale besar-besaran. Korang boleh dapat sampai 30% diskaun dan untuk member pulak korang akan dapat additional 10% diskaun. Untuk Members Day pulak hanya dari 27 hingga 31 November 2016 saja. Dan yang paling best, dengan setiap pembelian, anak-anak korang boleh join kontest mewarna. Korang boleh baca pasal kontest mewarna untuk kanak-kanak tu dekat sini- Pelikan Best Friend Coloring Contest

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Pelikan Online Store

Kalau korang duduk jauh dari Kuala Lumpur, jangan risau. Sekarang ni korang dah boleh beli barang-barangan Pelikan secara online. Untuk online shop pun sekarang dieorang tengah ada promosi. Kalau korang beli barang berharga RM100 (Semenanjung) dan RM200 (Sabah Sarawak) ke atas, korang akan dapat free shipping. Promosi ni valid sampai 2 Januari 2017 je. 

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online
Hasil tangkapan dari Pelikan Sabtu lepas. Aneeq dengan Art Camp nya. Aku dengan Pelikan stationerynya. Apa yang aku dapat dekat sini:



Untuk maklumat lanjut lagi pasal aktiviti Kelas Seni Untuk Kanak-Kanak Pelikan dan sales yang dieorang tengah buat ni, korang boleh tengok website, Facebook dan Instagram diaorang. 

Korang boleh guna voucher code untuk dapatkan RM20 diskaun kalau beli secara online dekat website diaorang. 


Voucher Code: BTS2016



5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil - Selalu jugak orang tanya aku macam mana nak cepat mengandung, macam mana nak senang hamil. Walaupun aku dah ada Aneeq, tapi aku bukan lah orang yang expert nak bagi tips-tips untuk cepat hamil. Aku cuma boleh cakap, pemakanan tu kena jaga sebab setiap apa yang kita makan tu memang mempengaruhi hormon dalam badan kita. Kebiasaannya memang aku amalkan susu kambing, kurma dan madu

Tips mudah hamil

5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil

Antara makanan sihat yang korang boleh amalkan untuk tingkatkan kesuburan pasangan suami isteri adalah:

1. Produk Susu 

Susu memang kaya dengan kalsium. Itu semua orang tahu. Tapi, mungkin ramai yang tak tahu produk susu jugak boleh menghasilkan hormon kesuburan untuk mudah hamil. Produk susu yang aku maksudkan dekat sini bukan setakat susu lembu saja tapi termasuk juga susu kambing, keju, yogurt dan sebagainya.


2. Kurma

Buah kurma ni dah lama digunakan oleh masyarakat Timur Tengah untuk meningkatkan kesuburan pasangan suami isteri. Buah kurma ni mengandungi asid folik yang membantu pembentukan sel baru dalam rahim isteri. Bagi yang rasa tak boleh nak makan kurma, boleh campurkan susu kambing, kurma dan madu untuk dapatkan rasa yang lebih sedap. Nak senang sekarang dah ada Susu Kambing Kurma Madu.

3. Madu

Madu pun antara makanan yang dah lama diamalkan sejak turun temurun untuk senang mengandung. Madu dapat mencegah gangguan haid pada isteri serta menjadi tubuh badan sentiasa segar. Bagi suami pulak, madu dapat meningkatkan jumlah dan kualiti sperma dan mencegah daripada kemandulan. 

4. Kopi

Kopi ni lebih makanan sihat untuk suami. Kopi dikatakan boleh meningkatkan keaktifan sperma tapi korang perlu tahu yang kopi ni tak boleh diambil secara berlebihan. Sehari secawan pun dah cukup. Dan penting untuk kita minum kopi yang di'brew' daripada kacang kopi yang dipanggang. Kopi yang jenis ini agak mahal tapi kurang kandungan kafein.

5. Kekacang

Walnut, badam dan aprikot adalah antara kekacang yang korang boleh amalkan supaya cepat hamil. Kekacang jenis ini mengandungi omega 3 yang sangat baik dalam menjaga fungsi sistem reproduksi suami dan isteri. Ha, jangan suruh isteri je yang makan sorang-sorang, suami pun kena.

Tapi aku tau, kita semua ni busy sangat. Ada masanya memang tak sempat nak buat dan ambil makanan-makanan yang aku sebut dekat atas tadi lebih-lebih lagi bila nak blend susu kambing, kurma dan madu tu. So, dekat sini aku nak cadangkan korang ambil Set Ikhtiar Lazz bagi pasangan yang nak cuba hamil. Yang aku tengok dari testimoni dieorang, setakat Oktober 2016 ni, dah 118 pasangan yang berjaya untuk hamil dengan consume Lazz Susu Kambing ni. 

Set Ikthiar Lazz Untuk Kesuburan Suami Isteri

Dalam Set Ikthiar Lazz ni ada dua jenis produk iaitu:

Lazz Susu Kambing Kurma Madu

Lazz Susu Kambing Kurma Madu

1. Lazzcafe (Untuk Suami - Isteri pun boleh minum)
Dalam satu kotak Lazzcafe ni ada 20 sachet. Setiap pek mengandungi Susu Kambing Organik iaitu susu kambing yang tidak panas dan tidak hamis. Harga untuk sekotak adalah RM35.90.

Lazz Susu Kambing Kurma Madu

Lazz Susu Kambing Kurma Madu

2. Lazz Susu Kambing Kurma (Untuk Isteri)
Dalam satu kotak Lazz Susu Kambing Kurma ada satu pek berat 500g dalam bentuk serbuk. Satu pek ni boleh buat dalam 26 mug. Harga untuk sekotak adalah RM45.90.

Ikthiar untuk cepat hamil ni bukan bergantung pada isteri je. Suami pun kena lah jaga segala serba serbi termasuk pemakanan. Jadi, aku rasa elok sangat kalau diamalkan Set Ikhtiar Lazz ni supaya korang semua mudah untuk dapat anak.

Lazz Susu Kambing Kurma Madu

Lazz Susu Kambing Kurma Madu
Kepada peminat susu kambing jangan risau Lazz Susu Kambing jugak terdapat dalam Lazz Susu Kambing Asli yang sesuai diminum untuk semua lapisan umur dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. 

Aku dah cuba ketiga-tiga produk Lazz Susu Kambing ni dan aku paling suka Lazzcafe sebab rasa kopi bersama rasa susu kambing yang best. Bagi yang suka kan rasa susu kambing sebenar boleh dapatkan Lazz Susu Kambing Asli. Atau nak rasa campuran susu kambing bersama kurma, korang boleh dapatkan Lazz Susu Kambing Kurma. Aku sebenarnya tak berapa biasa sangat minum air susu kambing sebab biasanya akan bau hamis. Tapi ketiga-tiga produk dari Lazz ni aku suka dan ternyata boleh minum tanpa masalah bau hamis kambing. Tambahan lagi, produk ni adalah produk bumiputera Muslim dan dibuat daripada bahan-bahan yang 100% organik dan semulajadi tanpa campuran formula sintetik.

Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut pasal Lazz Susu Kambing ni, korang boleh tengok website, Facebook dan Instagram dieorang. 

InsyaAllah segala usaha kita Allah akan kurniakan dengan rezeki yang tak ternilai harganya. Kalau dah berjaya dapat kurniaan anak, jangan ambil mudah. Pastikan kita cukup ilmu untuk mendidik anak. Boleh juga korang dapatkan ilmu dalam mendidik dan membesarkan anak pintar dan cerdas

Fadzi Razak Dalam FB Live Dear Nestle | Awal bulan November ni, 2 hari bulan November 2016 to be exact, rumah aku dikunjungi oleh team Dear Nestle dengan Chef Muluk dan Jojo Struys sebab diaorang nak buat cooking demo dan nak ajar aku cara-cara bersenam yang betul. Aku excited gila sebab selebriti datang rumah huhuhu.


Fadzi Razak di media

Ni waktu team Dear Nestle datang ke rumah aku untuk prepare barang-barang untuk masa dan setting tempat. Dieorang setup dua tempat. Satu tempat untuk aku dan Jojo berborak. 

Fadzi Razak di media

Dan satu lagi setup untuk tempat Chef Muluk buat demo memasak. Demo memasak kali ni simple je, Chicken Sandwich dengan Corn Flakes.

Fadzi Razak di media

Tada! Ini lah hasilnya Chicken Sandwich Corn Flakes. Sedap. Roti dan ayam tu lembut, ditambah dengan manis-manis sayur-sayuran macam lobak, brokoli dan jagung. Lepas tu, Chef Muluk tabur corn flake atas roti. Bila dah tambah corn flakes tu atas roti, dia tambah tekstur yang berbeza pada Chicken Sandwich ni. So ada tekstur lembut dan ada tekstur ranggup.  

Fadzi Razak di media

Dengan Jojo. Cantiknya dia ni. Cakap pun sweet sangat. Lembut. Walaupun sekejap je dengan Jojo, aku rasa selesa sangat dengan dia. Jojo pun jenis yang banyak cakap. Banyak yang dia ajar aku pasal cara bersenam yang betul. Dan jujur aku cakap, Jojo ni positif sangat orangnya. Masa berborak dengan Jojo, dia bercerita pasal benda-benda yang sedap didengar je.  

Fadzi Razak di media

Ini pulak Chef Muluk. Chef Muluk ni peramah sangat orangnya. Aku yang jenis pemalu pun jadi tak kekok nak berborak dengan dia. Kalau berborak dengan Chef Muluk, memang banyak je ceritanya.  

Fadzi Razak di media

Ni lepas habis shooting. Shooting demo memasak dan demo exercise dengan Chef Muluk dan Jojo memang seronok. Pengalaman baru aku dapat sepanjang 2 tahun jadi blogger ni. Serius seronok sebab dapat jumpa ramai orang yang positif. Dan lagi seronok bila dapat beraksi depan kamera walaupun hanya untuk Facebook Live Dear Nestle.

Aku teringat lagi impian aku masa muda-muda dulu nak ada rancangan TV sendiri. Nak jadi host pergi jalan-jalan travel dalam malaysia dan cuba macam-macam jenis makanan Malaysia. Kuat berangan kan? Hahahahha.  

Fadzi Razak di media

Zul, Aneeq, Chef Muluk, aku dan Jojo. Aneeq muka monyok sebab baru penat baru lepas main dekat playground bawah rumah. Masa shooting Aneeq tak boleh ada sebab nanti dia bising. Hahahha.

Oh ye, kalau korang nak tengok cooking demo dari Chef Muluk dan rutin exercise yang Jojo ajar pada aku, korang boleh tengok dekat video di bawah.

Dalam banyak-banyak produk Nestle, aku suka susu kotak dia sebab murah dan sedap. Satu lagi yang buat aku suka susu kotak dia sebab packaging dia simple tapi menarik. Sebenarnya baru aku tau, Nestle ni banyak produk bawah satu jenama. Korang boleh jumpa susu kotak, makanan bijiran, susu kanak-kanak, Milo, kopi, Nestum, instant noodle, perasa masakan, kicap, sos dan banyak lagi.

Alang-alang sekarang ni Nestle dah boleh dibeli secara online dekat Lazada dan Lazada pun tengah buat Lazada Online Revolution - sale besar-besaran, apa kata korang beli je barang-barang Nestle dekat situ. Jimat duit dan jimat masa!


UrbanStay Guest House - Homestay Murah Gombak | Sabtu lepas aku ada kena attend 2 event dekat Wangsa Maju dan Gombak. Disebabkan dari rumah ke area tempat event tu agak jauh, makan masa dekat sejam jugak nak sampai jadi aku cadang untuk cari dan tidur satu malam di homestay murah dekat Gombak. Last-last aku buat keputusan untuk stay dekat UrbanStay Guest House Sri Gombak.


Homestay Murah Gombak

Bila sampai je dekat UrbanStay Guest House ni, aku rasa macam masuk rumah mewah. Dia punya dekorasi dalam rumah cantiknya. UrbanStay Guest House ni letaknya dekat Urban 360 Condominium Taman Sri Gombak. Bahagian bawah condo ni ada Dominos, kedai mak dan anak kalau tak silap dan satu lagi tak tau kedai apa. Tak pergi tengok pulak.

Parking UrbanStay Guest House
Dekat sini dieorang buat konsep open parking. Korang boleh parking sama ada bahagian depan atau bahagian belakang bangunan. Dan parking free je, tak perlu bayar.  

Harga Satu Malam UrbanStay Guest House 
Masa aku stay dekat sini, harga untuk satu malam aku dapat RM160 sebab waktu tu ada promosi. Harga biasa satu malam RM180. 


Homestay Murah Gombak
Lif untuk ke homstay ni. Safety dia memang cukup terjaga. Lagipun condo ni bukan high density punya environment. Jadi, area sini memang tak busy dan tak bising sangat. Tunggu lif pun cepat je. 

Homestay Murah Gombak

UrbanStay Guest House - Homestay Murah Gombak
Bila korang langkah masuk dalam UrbanStay Guest House Gombak ni, mesti korang kagum. Aku suka tengok macam mana dieorang deko homestay ni bagi nampak mewah. Masuk pintu utama je, belah kiri korang akan ada satu panel room divider dan satu shelf untuk letak barang. Sekali aku tengok room divider dieorang tu, memang aku berminat betul dengan konsep homestay ni. 

Homestay Murah Gombak

Ini bahagian living room. Sebenarnya rumah ni studio tapi dieorang tambah buat bilik tidur satu. 

Homestay Murah Gombak

Cantik tak? Dinding tu dibuat full cermin. Aku terus jatuh cinta dekat area living room homestay ni. 

Homestay Murah Gombak

Yang bestnya, sofa ni. Sofa ni sebenarnya sofa bed. Korang boleh extend untuk jadi katil. Jadi, boleh lah ramai sikit duduk sini. 2 orang boleh tidur dalam bilik dan 2 atau 3 orang boleh tidur dekat luar.

Homestay Murah Gombak

Ni keadaan sofa bila dah di extend untuk jadi katil. Kalau budak-budak kecil, muat lah dalam 4 orang. Kalau dewasa tu, dalam 2 orang muat kot. Kalau 3 orang kena sempit-sempit sikit.

Homestay Murah Gombak

Sofa ni pun didatangkan sekali dengan bantal dan selimut. Dekat living room ni sejuk tau. Hari tu aku tidur dengan Aneeq dekat luar ni, pasang air cond. Sampai separuh malam tak tahan gigil. Terus tutup air cond.

Homestay Murah Gombak

Walaupun homestay ni agak kecil, tapi selesa. Dekat living room ni ada siap sofa dan ada TV dengan siaran enJoi.  

Homestay Murah Gombak

Ini pandangan bahagian pintu utama dan ruang makan. Aku berminat betul dengan kabinet dapur dia. Bersih putih. 

Homestay Murah Gombak

Meja makan. Nampak santai sangat meja makan homestay ni. Rasa macam makan dekat restoran pun ada.

Homestay Murah Gombak

Ini bahagian dapur. Zul jeles tengok kabinet full sampai ke atas. Asalnya dekat rumah kiteorang, Zul nak buat macam ni lah tapi sebab developer dah siap-siap pasang kabinet tak full, Zul pasrah je lah malas nak ubah. 

Homestay Murah Gombak

Dekat homestay ni disediakan jugak microwave so korang boleh panaskan makanan yang korang beli atau bawa. 

Homestay Murah Gombak

Aku suka sinki dalam ni. Dan pili air yang boleh ubah-ubah macam ni. Senang nak buat kerja dekat dapur.

Homestay Murah Gombak

Kalau rasa-rasa nak minum air panas, korang boleh masak air guna kettle yang disediakan dan ada 3 in 1 dieorang sediakan.

Homestay Murah Gombak

Nak makan tak ada pinggan pulak? Tak pe, homestay ni dah siap-siap sediakan pinggan, piring, mug, jug dan gelas. 

Homestay Murah Gombak

Toilet homestay ni aku paling suka tang lantai dia. Lantai jenis tak licin, menggerutu. Sesuai sangat kalau budak-budak kecik nak mandi. Budak-budak kalau mandi nak melompat lah apa lah. Lantai jenis kesat macam ni boleh elak licin dan terjatuh.

Homestay Murah Gombak

Bilik tidur. Bilik tidur ni pun salah satu benda yang Zul suka sangat. Tapi dia suka bahagian pintu. Pintu bilik tidur ni jenis slide macam pintu orang Jepun. Jimat space sangat. Dulu Zul pun nak buat dekat rumah tapi mahal sangat terus tak jadi nak buat. 

Homestay Murah Gombak

Katil dalam bilik tidur ni agak tinggi. Aneeq pun tak sampai nak panjat. Dalam bilik ni tak ada air cond, cuma kipas dan lampu. Nampak tak cermin tu? Tu almari dengan cermin full. Perempuan mana yang tak suka kan? 

Homestay Murah Gombak

UrbanStay Guest House Gombak ni ada jugak sediakan 2 helai tuala. Senang hidup. Tak payah usung tuala dari rumah.

Homestay Murah Gombak

Dan ada jugak seterika kalau korang nak seterika baju korang. Disediakan sekali cloth startch spray. 

Homestay Murah Gombak

Ini bahagian yang kiteorang paling suka - beranda. Ini first time aku pergi hotel atau homestay yang buat beranda macam ni. Menarik sangat. Tak terlalu crowded cuma ada kerusi untuk lepak, meja tepi dengan hiasan dan penyidai.

Homestay Murah Gombak

Dieorang letak karpet hijau lagilah tambah kecantikan dekat luar ni. Bila duduk dekat luar ni kan, angin pun sedap tiup.  


Homestay Murah Gombak

Tengok ni, pagi-pagi tak mandi lagi dah keluar nak bersantai dekat bahagian beranda ni. Dua hari stay dekat homestay ni, dua dua hari lepas dekat beranda je. 

Homestay Murah Gombak

Kalau korang tengok belah luar beranda ni, korang boleh nampak pool dekat bawah. Dekat sini biasalah bising sikit sebab orang main air dekat pool kan. Tapi kalau tutup sliding door, memang senyap je.

Homestay Murah Gombak

Kalau rasa-rasa macam nak pergi gym, dekat UrbanStay Guest House ni pun korang boleh pergi. Korang turun ke Tingkat 6, cari guard dan minta tolong dia bukak kan pintu gym kalau tak ada orang dekat dalam.

Homestay Murah Gombak

Banyak jugak barang exercise dalam gym ni. Dia punya dinding pun full cermin. Sambil exercise memang boleh nampak view cantik nak nak lagi gym ni sebelah pool je. Kehkehkeh. 

Homestay Murah Gombak

Dekat Tingkat 6 ni jugak ada playground untuk budak-budak. Playground ni tak besar dan tak berapa banyak mainan pun tapi boleh je lah kalau nak bagi anak-anak korang main dekat sini. 

Homestay Murah Gombak

Tu dia kolam renang dia. Kalau tengok dari atas, pool dia macam jenis infinity pool yang belah hujung sana tu.  

Homestay Murah Gombak

Dan dekat belah tepi pool ada cermin. Style habis lah dieorang buat pool design macam ni.

Homestay Murah Gombak

Ini pool untuk kanak-kanak. Aneeq tak sempat main pun sebab aku duduk dekat homestay Gombak ni sekejap je. Most of the time, kiteorang keluar pergi event. 

Homestay Murah Gombak

Kalau korang pergi Tingkat 17 pulak, mesti korang teruja habis. Dekat Tingkat 17 ada bahagian bbq pit. Bila aku naik tengok dekat sini kan, rasa macam cantik gila. Boleh buat wedding on roof top dekat sini.

Homestay Murah Gombak

Serius cantik dekat sini. Tempat dia dah lah fully putih, lepas tu ada tambah-tambah warna hijau dari pokok semulajadi. Kalau korang nak buat wedding on roof top, korang book lah tempat ni. Ermm, itu pun kalau boleh lah hahaha.

Homestay Murah Gombak

Dekat sini ada 4 bbq pit yang korang boleh. Dan ada 4 jugak pili air beserta sinki bersebelahan dengan bbq pit. Korang dah tak payah bawak besi untuk grill tu sebab dieorang memang dah sediakan siap-siap.

Homestay Murah Gombak

Aku suka gila tempat BBQ diaorang. Putih, bersih, luas, tinggi, boleh nampak view KLCC. Serius kalau boleh buat roof top wedding dekat sini, memang cantik.

Kalau korang nak cari homestay murah di Gombak, try lah UrbanStay Guest House ni. Homestay ni selesa dan nampak mewah. Berbaloi dengan harga yang korang bayar. Kalau korang nak book homestay ni, korang boleh book melalui Facebook, airbnb atau terus contact nombor orang yang handle homestay ni.

airbnb | Azzad  0 14-262 3000