Mewangi Satu Dunia - Produk Kecantikan Wajah Dan Badan | Aku suka kalau sesuatu produk kecantikan tu sesuai dipakai untuk semua bahagian. Maksud aku, boleh pakai dekat muka dan badan sekaligus. Lebih jimat kan? Tapi, sekarang ni kebanyakan produk kecantikan hanya tertumpu sama ada pada muka sahaja atau badan sahaja. Tapi kan, ada satu produk yang korang boleh pakai untuk muka dan badan hanya menggunakan satu produk dan produk-produk yang aku maksudkan itu adalah di bawah rangkaian jenama Mewangi.
Kesemua produk mewangi ni dah dapat kelulusan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Korang tak payah risau sebab produk-produk Mewangi ni tak ada bahan-bahan kimia bahaya.
Rangkaian Produk Kecantikan Mewangi
Mewangi ni adalah salah satu jenama untuk produk kecantikan wajah dan kulit badan yang 100% berkualiti tinggi, selamat dan suci. Kesemua produk rangkaian Mewangi ni dibuat menggunakan bahan-bahan semula jadi macam garam bukit, lilin lebah, pati bunga-bungaan dan herba tempatan.Kesemua produk mewangi ni dah dapat kelulusan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Korang tak payah risau sebab produk-produk Mewangi ni tak ada bahan-bahan kimia bahaya.
Puan Ayu Azmera Abd Moin Pengasas Produk Kecantikan Mewangi
Pengasas produk jenama Mewangi ni adalah Puan Ayu Azmera Abd Moin. Masa majlis perasmian produk Mewangi hari tu, aku nampak Puan Ayu ni semangat betul bila bagi ucapan dekat atas pentas. Ada banyak tips dan kata-kata nasihat yang Puan Ayu bagi untuk wanita-wanita masa berucap tu dan dalam masa yang sama, Puan Ayu pun menyokong bila ada golongan wanita yang berniaga dengan mengadakan program wakil jualan Mewangi ni.Kalau korang nak cuba tambah pendapatan melalui perniagaan, korang boleh lah cuba memasarkan produk Mewangi ni sebab Puan Ayu akan sama-sama membantu korang dalam memberi tunjuk ajar berniaga.
Noraniza Idris sebagai Duta Produk Kecantikan Mewangi
Kalau korang nak tau, duta untuk jenama Mewangi ni adalah Noraniza Idris. Siapa yang tak kenal Noraniza Idris kan? Kak Ani ni memang glamer dengan jolokan Ratu Irama Malaysia. Setiap persembahan Kak Ani memang tak lari daripada elemen Irama Malaysia sebab tu aku suka dia.
Kak Ani pun terpilih jadi duta produk Mewangi sebab dia kan seorang selebriti yang ramai orang kenal. Disebabkan Kak Ani ni selalu sibuk dengan jadual kerjaya seni, mestilah kena memilih produk penjagaan kulit yang terbaik untuk tampil segar dan cantik. Dan rangkaian produk Mewangi ni dah terbukti bagus dan jadi pilihan Kak Ani yang dah mula pakai sejak Mewangi masuk pasaran Malaysia.
Kak Ani pun terpilih jadi duta produk Mewangi sebab dia kan seorang selebriti yang ramai orang kenal. Disebabkan Kak Ani ni selalu sibuk dengan jadual kerjaya seni, mestilah kena memilih produk penjagaan kulit yang terbaik untuk tampil segar dan cantik. Dan rangkaian produk Mewangi ni dah terbukti bagus dan jadi pilihan Kak Ani yang dah mula pakai sejak Mewangi masuk pasaran Malaysia.
Pre-Review Trial Set Mewangi
Produk bawah jenama Mewangi ni sekarang ada 4 produk dan akan datang akan tambah lagi beberapa produk. Antara produk yang Puan Ayu ni hasilkan adalah:
Mewangi Chewing Gum Soap
Walaupun namanya soap tapi sebenarnya ini produk pencuci muka. Chewing Gum Soap ni dihasilkan daripada madu dan kulit kayu manis. Tekstur dia likat dan bau pun lebih kurang macam bubble gum.Mewangi Cream
Mewangi Cream ni pulak adalah krim untuk kegunaan muka dan badan yang dihasilkan daripada 7 pati bunga dan serbuk mutiara. Tekstur dia lebih lembut dan ringan. Bau dia wangi.Mewangi Peeling Scrub
Peeling Scrub ni lulur garam bukit untuk korang sental muka dan badan supaya segala daki-daki hilang. Tekstur yang ni agak kasar sebab dia ada garam bukit tu tapi bila sental kulit tu tak rasa sakit pun. Bau dia kurang sikit daripada yang lain.Mewangi Penaik Seri 7 Bunga
Penaik Seri 7 Bunga ni pulak krim muka yang diekstrak dan diformulasikan daripada lilin lebah dengan 7 pati bunga.Antara banyak-banyak produk under Mewangi ni aku paling excited nak pakai Chewing Gum Soap tu sebab bau dia betul-betul macam bau chewing gum. Sedap sangat bau.
Akan ada 3 produk baru lain yang akan dikeluarkan under jenama Mewangi ni iaitu Gincu Bibir Mewangi (Pink Ayu, Pink Mawar, Merah Pinang dan Natural gloss), Bedak Alas Mewangi dan Minyak Wangi Mewangi. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal produk bawah jenama Mewangi ni, korang boleh tengok dekat bawah.
3 Comments
produk baru ke ni..wahhh..pink gitu
ReplyDeletewow new product
ReplyDeletecek tak try, cek bagi umi ceq yang try. okay katanya
ReplyDelete