4 Produk Terbaik Hilangkan Parut Dalam Dunia

4 Produk Terbaik Hilangkan Parut Dalam Dunia | Masa aku ada bela kucing dulu, teringat lagi kaki aku penuh dengan parut kesan kena cakar. Serius memang calar balar habis kaki. Tangan pun ada jugak kesan parut tapi tak seteruk dekat kaki. Kalau tengok kesan parut, memang ngeri rasa. Kalau orang lain ada masalah parut jerawat, aku pulak masalah parut kena cakar dek kucing.

Dulu aku sapu minyak gamat je untuk hilangkan parut tu. Bayangkan bau minyak gamat tu macam mana, tiap-tiap malam aku sapu sampai suami aku pun membebel bau busuk padahal nak hilang parut tu punya lah lama. So, aku pun google produk hilangkan parut dengan cepat dan berkesan.   

4 Produk Terbaik Hilangkan Parut Dalam Dunia

Meh aku share dengan korang 4 produk terbaik untuk menghilangkan parut yang aku jumpa:

Mederma

1. Mederma

Mederma ni adalah salah satu produk hilangkan pelbagai jenis parut termasuk kesan melecur, kesan jerawat dan juga kesan regangan kulit. Mederma ada dalam 2 saiz iaitu 20g dan 50g. Kandungan Vitamin E dan aloe vera dalam Mederma akan membantu membaiki struktur kulit yang telah rosak. Korang boleh cari Mederma di mana-mana farmasi di Malaysia.

Tapi, kalau tengok testimoni Mederma, ada orang yang dah pakai sebelum ni cakap bila pakai Mederma ni ada rasa gatal-gatal dan masa yang diambil untuk hilangkan parut tu agak lama dalam 2 tahun. Itu pun parut dia berkurangan sikit je. Aku rasa gatal-gatal tu sebab kulit dia sensitif atau tak serasi dengan Mederma ni. 

Dermatix

2. Dermatix

Dermatix boleh hilangkan parut secara klinikal pada kulit. Selain daripada menghilangkan parut, Dermatix jugak boleh digunakan untuk sunblock dan juga mengurangkan kegatalan pada bahagian parut yang baru sembuh. Didatangkan dalam 2 saiz iaitu 7g dan 15g, Dermatix boleh didapati di mana-mana farmasi dan juga secara online.

Ada testimoni dari sorang pengguna ni kata Dermatix ni agak melekit dan tak mudah kering bila pakai. Itu je lah satu perkara yang dia agak kurang suka dengan Dermatix. Lepas beberapa minggu pakai, dia boleh nampak perubahan pada kesan parut yang makin berkurangan.

Azanis Scar Serum

3. Azanis Scar Serum

Azanis Scar Serum ni pada aku agak baru dalam market berbanding dengan produk-produk hilangkan parut yang lain. Walaupun baru tapi kesan dia hilangkan parut memang lebih pantas dan cepat. Kalau ikut pada testimoni, memang ramai yang dah pakai. Dan kesan parut hilang dan makin berkurang dalam jangka masa yang agak singkat jugak. Datang dalam botol 15ml, Azanis Scar Serum ni mempunyai kepekatan antioksida yang tinggi dan tindakan anti-radang dalam Vitamin E Natural (12 000 IU dalam pek 15ml). Dalam Azanis Scar Serum ni juga ada cocoa butter yang membantu mempercepatkan kesan menghilangkan parut. 

Azanis Scar Serum ni adalah satu produk hilangkan parut international. Bukan dekat Malaysia je ada Azanis Scar Serum ni, dekat Singapura, Indonesia dan Thailand pun orang pakai. Azanis Scar Serum ni boleh didapati di farmasi terdekat dan secara online. Cuma kalau beli online tu, pastikan yang korang beli tu original. 

Bio Oil

4. Bio Oil

Bio Oil juga merupakan salah satu produk untuk hilangkan parut yang agak terkenal dekat Malaysia. Bio Oil boleh hilangkan parut, kesan regangan, tona kulit tak sekata, kesan penuaan kulit dan kulit yang terhidrat. Ada 3 saiz yang korang boleh dapat iaitu 60ml, 125ml dan 200ml. Korang boleh beli dekat mana-mana farmasi dekat Malaysia. 

Antara testimoni yang aku dapat masa google pasal Bio Oil ni, ramai yang pakai Bio Oil. Ada sorang tu dia pakai atas parut tapi dia ada masalah alergi dan ekzema. Bila dia sapu, makin lama makin teruk so dia stop sapu. Tapi itu untuk bahagian badan dia. Bila dia sapu pada muka, okay je. 

Setakat ni 4 produk tu je lah yang aku rasa sesuai untuk menghilangkan pelbagai jenis parut. Nak dapatkan produk untuk ubat parut jerawat atau bekas luka yang sesuai dengan kulit kita ni bukan senang. Jadi, aku rekemen korang cuba je semua dan make sure beli botol yang kecil dulu. Kalau tak sesuai dengan kulit, tak lah membazir sangat rasanya kan? Dan yang penting, kena lah pakai secara konsisten.

  

Post a Comment

2 Comments